Pages

Thursday 18 November 2010

Aidiladha 2010..

Salam...pagi ni Mr K dengan rajinnya telah membuat bentou untuk Amni chan..ngehehe..bestnya..terima kasih ye bi..ni disebabkan bini dia yang comel lote lagi kembang semangkuk ni sakit kepala dan tak larat nak bangun pagi..huk3..bila Mr K dah tolong siapkan bentou tuk Amni, saya la pulak ambik tugasnya menyiapkan Amni tuk ke sekolah..Mr K siap kata lagi kalu lepas ni kot nak suruh dia buat bentou lagi, siapkan lah barang2 yang nak di masak..wah...sangat teruja bini dia dengar kata2 dia tuh..yeahaa...:p

Semalam siap sembahyang raya, adalah saya hidangkan sarapan tuk sesapa yang free pagi tu..ala, nasi lomak dan karipap je..saya ade gak tempah rendang, tapi rendang tu tak siap lagi al kisahnya..hangin je pagi2 raya camtu..Okla...kita cerita part yang best pulak..balik dari sembahyang raya tuh, mesti Mr K terus bukak iphone dia dan tunjuk gambar dia dengan seorang Ustaz..pastu, tanya bini dia ni, kenal tak sape ni?? dan dah tentu jawapan yang paling jujurla si bini ni bagi kat dia..tak bi..sape?dari Malaysia ke? dengan bangganya dia menjawab, ini Dr MAZA (Mohd Asri Zainul Abidin) la..hah!!biar betul buat ape Dr. MAZA datang sini? Untuk pengetahuan sume, Dr MAZA datang ke Jepun di atas jemputan Japan Foundation di bawah program "Invitation program for Young Muslims Intellectuals in Southeast Asia". Rupa2nya Dr MAZA sudah 3 hari di Morioka ni, cuma kami di sini yang tak tahu kewujudan beliau..Pagi raya baru jumpa..memandangkan di surau tiada juadah yang dihidangkan , Mr K mengajak Dr MAZA datang bersarapan di rumah kami, tapi beliau waktu tu memang mengejar waktu nak pergi ke tempat lain pulak..So, sesapa yang belum berkenalan (macam saya ni:p) dengan Dr MAZA ni boleh la pergi ke sini..

Mr K bergambar dengan Dr. MAZA..

lagi gambar Dr bersama dengan student malaysia..opps..terselit 1 Egypt:)

Bila dah sarapan , sume pi ke kelas..samala dengan Mr K jugak..pastu, petang kami ke dentist pulak..ade appointment tuk budak bertiga ni..Amni chan kena tampal gigi..bagusnya Amni, tak nangis langsung..second appointment actually..so, dah biasa dengan nurse dan doctor..for twin pulak..ha amik ko..nangis sekuat2 nya..ekeke..Faeiq tak nak bukak mulut langsung dan Faeiz menangis sedu sedan lagi..Dah siap jumpa dentist, Mr K and the geng pi makan kamben golek kat tempat orang Pakistan pulok..haishh..sib baik takleh bawak pompuan, kot tak, konpem bini die ni mengekor jek..

Malam pulak, sembahyang isyak berjemaah kat umah kami ni..pastu takbir..dah takbir, makan ..Ada rendang, agar2 , puding dan sup sayur..semua tu bukan tuan rumah yang masak ye..adik2 ni yang buatkan..Saya cuma ngemas rumah je..muahaha..sebenarnya dah tak larat nak masak..(maaf takde gambar waktu kejadian)..

Ok..itu je kisah aidiladha tuk tahun ni..saya teramat jeles dengan mak saya..siap buat lemang lagi..pastu pagi raya kakak saya masak mee kari..Saya tahu mesti sedap sangat mee kari dia, sebab buat satu piyuk besar sekejap je dah habis..jelesnye..pastu ade lauk maman lagi tuh...sob..sob..

Monday 15 November 2010

Wahai anak- Hargailah ibu

Salam..sejak tertengok pasal Aidid Mua'ddib ni kat belog MR, selalu jugak pi duk kelebek belog dia..baca pasal MLM la..pasal orang kita yang suka cari jalan senang nak jadi cepat kayala..dalam duk kelebek2 tu ternampak satu entry nih..memang sedih bila baca tu..teringat pengorbanan mak..pastu teringat pulak pengalaman sendiri masa bersalin..

*ihsan google*
Source Aidid Mua'ddib...tq..:)
Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni... benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku... bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun... Tapi yg buat salah nya memang aku pun.

Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung... nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak... sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.

Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan... mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primi" ni... anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse... nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.

Jadi... pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)... korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak... memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy"... iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah... abis nanti koyak ke anus... dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol... terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu... tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia... jeritnya....

Poop! muncul kepala baby... aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas... tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit... korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat... so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi... tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan memang berbau hanyir... itulah bau daging manusia... segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi... tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina... aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok... tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat... 1-2 inci punya luka... darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep... baru darah stop.... ok, break sekejap.

Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar... tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak... luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit... mau berpuluh kali jahitan... dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam... baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku... buatlah apa ko nak buat... aku dah tak kose - janji baby selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!

Ok... settle la satu perkara... dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni... benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin.... nothing special.

Eh... betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu... cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.

Jadi... lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu... meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu... cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak... kotakan.

- Anonymous

Pengalaman saya sendiri pulak, untuk Amni dulu walaupun jahitan luka episiotomi takdela banyak sangat ,tapi itupun saya jalan dah terkepit2 sebab ngilu dan pedih (nak buang air kecil pun takut, sampai terkencing dalam seluar-->haipp, jgn gelak la)....Alhamdulillah, sembuh cepat sangat tak sampai seminggu rasanya..Untuk twin pulak, rezeki saya untuk rasa kesakitan berganda..atas dan bawah (normal n cesarean)..bestkan..mesti dah ade yang sedia maklum kisah saya bersalinkan twin ni..carila dalam n3 yang lepas2..ada tu dan bacalah sendiri..Jadi, kawan2 semua boleh bayangkan keadaan saya masa tu..Dah la jenis tak tahan sakit, lembik..haisshhh..semua yang lemah2 tu ade kat saya..ngehehe..Alhamdulillah, proses membesarkan diorang memang dipermudahkan..Jadi, insya Allah kalau lepas ni ada rezeki lagi, saya nak bersalin normal je..uwaaa...taknak dah cesarean..sakit lorr...

Kawan2 semua pulak macam mana, senang tak proses bersalin tu??

p/s: saya tersangat rindu dengan mak saya sekarang nih..dalam keadaan macam ni, emosi memang tak stabil..rasa macam nak balik je..MR K, bole ke??hukhukhuk..

Friday 12 November 2010

Puding Batik Marie

Salam sume..agak malas nak bercerita ini hari..tapi, komen tentang kek batik ni:- memang sedap sangat..nanti kot beli biskut marie, nak buat lagi..pastu nak makan puas2..huhuhu..ni pun tak sume orang dapat rasa..cuma adik2 umah atas je, yang lenlain tu nextime la ye..:D

resipi ni amik dari umah Ika..dan ika amik dari Kak Ayu SG(S'pore) (memula dolu, saya konpius dgn SG ni..saya igt SG - sungai..rope2nye S'pore, agk sengal di situ..ekeke)..mintak ijin tuk cnp ye..tqvm:)

kalu tengok ghupe paras kek ni mmg huduh..tapi, rasa memang sedap..ade rs nestum tu yg buat ia jd sedap lagi..
kalu msk contest memotong kek, konpem dpt no 1 tuk kategori potongan kek paling huduh..:p

PUDING BATIK MARIE

Ingredients:-

  • 300g marie biscuits cut to quartered-(300g biskut marie-dipatahkan 4)
  • 1/2 cup condensed milk-(1/2 cawan susu pekat)
  • 2 cups milo-(2 cawan milo)
  • 3 tbsp cocoa powder-(3 sudu besar serbuk koko)
  • 1 cup nestum-for baby-(1 cawan bijiran nestum untuk baby)
  • 1 cup butter-(1 cawan butter)
  • 3 eggs-(3 biji telur)
  • 1 tsp vanilla essence-(1 sudu kecil vanilla essence)

Method:-
Lighly beaten eggs and combine all the ingredients except, bicuits and put to boil on a medium heat. When butter has melt and mixture thickens, add in biscuits. Mix well. Pour mixture into a tray which has been placed with plastic wrap as the base and press till compact. When all has been pressed, put in the fridge, serve when its already set, or cold. -( Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras.)

Yang ini pulak Tiramisu Biscotti yang telah dibuat pada minggu lepas..(ayt skema)..resipi amik dari umah kak Hana..perghh..ni lagi satu..memang sodap banget..terima kasih ye kak share recipe yang sodap ni..korang patut cube tau..tapi, jgn la guna biskut marie pulak ye..kang jd lain pulak..saya taknak bertanggungjawab..jangan saman i tau.:p

nila tiramisu biscotti yg smpt diambil gambarnye..yang lenlain tu, biasala dah diagih2kan kepada adik2 yg sentiasa kelaparan itu..
tuk gambar potongan yang cantik boleh gi tengok kat umah kak hana ye..:p



Thursday 11 November 2010

Sotong Oriental


Salam...ngehehe..ni lagi entry tertangguh..memang sedap masak sotong camni rupenye, ni pun dah banyak kali masak, baru nak amik gambo..so,sesapa rasa cam kekeringan idea nak masak sotong cam saya ni, bole cuba yang ni pulak..ramai kan yang dah cuba sotong oriental nih..memang glemer gitu..resipi amik dari kak madihaa..saya c n p ye kak..mekaseh..

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.


yang ni version udang pulok..tp,terbanyak kuah daa..:p

*schedule entry*

Wednesday 10 November 2010

Genbi-kei n Geibi-kei

Salam..ni sume cite dah basi..kesian korang sume ye..dapat kawan cam saya ni..suka hidangkan dengan kisah2 basi..nak buek camnokan, first ladyla katakan.busy memanjang...ekeke..Hokeyla, 3 minggu lepas, kami pi la kat 1 tempat ni..Ichinoseki..Kat situ adalah 2 tempat yang fofular di kalangan orang2 kat sini..takdela jauh sangat, dalam 1 1/2 hour gakla dari rumah..

Memula kami pi ke Genbi-kei gorge..kat sini memang cantik, akan nampak air yang mengalir melalui celah2 batu dan macam air terjun pun ade gak..Tujuan utama ke sini sebenarnya nak tengok kouyou..Tapi, daun2 belum sepenuhnya bertukar warna waktu tu..Kami sampai pun dah tengah hari,jadi orang agak ramai..Saya jadi agak takut dan ngeri nak jalan kat situ, takut tergelincir..Actually, saya rasa tempat ni tersangatla tidak sesuainya nak bawak kanak2 ribena seperti anak2 kami ni..yela, dengan batu2 yang licin, jalan tak rata disebabkan sumenya berbatukan..saya agak takut nak lepaskan diorang ni..buatnye terjatuh ke dalam gaung tu, tak ke haru nanti..haishhh..kat sini jugak femes dengan flying dango..nape dipanggil flying dango? sebab kedai yang jual dango tu di seberang sana, jadi mereka ni akan letak dango dalam bakul dan hulurkan ke sebelah sini menggunakan tali sahaja..bestkan??

ni la flying dango...(ihsan google)
Selesai sudah sesi gedik2 amik gambar sume, pastu makan n solat..saya masak nasi lomak n bread pudding..pastu,adik hanim n mila buat mee goreng...memang kelaparan sebab sejuk sangat kat situ..habis sume sekali hadap je..pastu, ke Geibi-kei Gorge pulakkkk..

Di Geibi-kei, kami menyusuri sungai dengan menaiki bot..Subhanallah..memang cantik sangat..sungguh indah ciptaan Allah..bot ni akan lalu di sepanjang sungai di mana ia di apit oleh cliffs setinggi 100 meters (dalam 328 kaki)..kita akan dibawa menyusuri sungai tu dalam 1 jam 20minit (pergi n balik).. lagi 20 minit tu kita boleh turun dan berjalan di 1 tempat tula..Sambil mendayung, pakcik ni akan bercerita pasal sungai dan cliffs di sekitar tu, beliau siap tunjukkan cliff yang seolah2 bentuk muka orang tau..siap ade hidung besar lagi tu ..:)

ni bot yang baru balik..suasana memang agak gelap sebab aritu mendung je dan waktu tu pun dah kul 3pm..

ini la pakcik pendayung sampan/bot kami..saya rasa beliau dalam early 60s kot..tapi, masih gagah bekerja..sambil mendayung, beliau menyanyi..suara, okla..:p

banyak je batu yang berbentuk camni..ada gak batu yang diorang ni buat tmpt semayang..
aksi gedik laki bini..ank2 org len yg tolong jaga..:p
tengok kat belakang kami tu, daun belum tukar warna sepenuhnya..


cantikkan...

amni sibuk bagi ikan makan..
kalu hujan, bole guna bot jenis ni..
dalam perjalanan pulang..hari dah golap..suasana pun dah sojuk..perut pun dah lapar...:p

Tuesday 9 November 2010

Muffin Orange

Salam semua...dah lama tak hapdate ini belog..biasala,angin rajin tu kadang2 ade, kadang2 takde..hokeyla, jom tengok resipi muffin ni..amik dari izah muffin lover..memang sedap weihh..elokla kalu sapa2 yang rajin nak buat muffin tu, cuba buat yang ni..harum semerbak bau orange tu tau...tq izah for sharing this yummy recipe..macam biasa, c n p ye..mekaseh...nah amik 3 ketui izah sebagai pengeras..:p


ORANGES MUFFINS
Bahannya:

2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar parutan kulit oren
1/2 cawan butter (dicairkan)
2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren
1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah
2 biji telur
1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak

topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip
1 sudu besar butter cair
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh ground cinnamon

Caranya:

Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
Masukkan ke dalam muffin try.
Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.

Friday 5 November 2010

Best Brownies (Angie)

Tengokla brownies ni..tak berapa cantik cam korang sume buat tau..hukhukhuk..tapi, nasib baik sedap tau..ececeh..:p.anak2 cam biasa la..duk makan topping die je dulu, pastu kot terasa nak makan yang bawah tu, barula makan..kot tak, rongak je bahagian atasnya..:D Resipi c n p dari MamaFami..dan original resipi dari Angie Allrecipes..

BEST BROWNIES
Source : Angie from Allrecipes
c n p: MamaFami...tq ma..:)

Ingredients :

1/2 cup butter
1/2 cup white sugar
1/4 cup brown sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla essence
1/3 cup unsweetened cocoa powder
1/2 cup all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
1/2 teaspoon baking powder

Frosting : (I didn't do this)

3 tablespoons butter, softened
3 tablespoons unsweetened cocoa powder
1 tablespoon honey
1 teaspoon vanilla extract
1 cup confectioners' sugar

Directions :

1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
2. Grease and flour an 8 inch square pan.
3. In a large saucepan, melt 1/2 cup butter. Remove from heat, and stir in sugar, eggs, and 1 teaspoon vanilla.
4. Beat in 1/3 cup cocoa, 1/2 cup flour, salt, and baking powder.
5. Spread batter into prepared pan.
6. Bake in preheated oven for 25 to 30 minutes. Do not overcook.

To Make Frosting:
Combine 3 tablespoons butter, 3 t. tablespoons cocoa, 1 tablespoon honey, 1 teaspoon vanilla, and 1 cup confectioners' sugar. Frost brownies while they are still warm.

Thursday 4 November 2010

Oh, tipah Tertipu!

Sebenarnya dah lama saya tak bercerita dan menulis betul2..ngehehe..idea sentiasa ada, cuma waktu mengekang saya dari menulis..ececeh (sebenarnya MALAS)..
Oklah..nak tanyala, korang mesti pernah ditipu oleh kawan sendirikan..Cerita ni nak dijadikan iktibar kepada semua agar jangan menipu dan jangan mudah percaya dengan apa yang orang cerita kat kita..alamak..dah ala2 Dr Fadzilah Kamsah la pulak..(bi, camne ayat Fadzilah Come to Me tuh??:p)
picture via google
Tiga tahun lepas, saya terjumpa la my ex schoolmate ni..katakanlah nama die Miss X (--->ni luahan hati ye)..waktu tu kebetulan kami ade amek exam..kunun2nya nak keje gomen la waktu tu..Jadi, sepanjang hari tu memang kami asyik berkepit jela..yela, exam tu dari pagi sampaila ke potang..sib baik Amni tinggal dengan MIL..Biasalakan, bila dah jumpa kawan lama, mesti la sembang riuh sekampung ye tak..berbuih2 la mulut ni bercerita..Saya memang camtu, bila jumpa kawan je, memang tak boleh berhenti bercakap..kunun2 nak lepaskan rindula..ekeke..

Antara topik yang kami borak2kan sepanjang hari tukan ----->(kami bercerita bila ade waktu rehat dan masa makan), macam biasala life memasing la yek..saya cerita saya punya life and vice versa..dan mana cerita pasal kengkawan yang kami tau, kami pun updatekan la diri memasing..sewaktu dia mengupdate kisah hidup dia kat saya, saya memang percaya sangat2..sebab dia ni waktu zaman sekolah terkenal dengan sifat baik hati dan seorang yang agak lurus..di bawah ni antara yang dia ceritakan pasal kisah hidup dia..:-
  • dia dah ade dua orang anak lelaki..rapat jugak umur anak dia..selang 1 setahun gitu..(saya waktu tu lom preggykan twin lagi..lmbt lagi wktu tu:p)
  • dia cerita, dia buat family planning guna kekdah ikat tiub fallopio secara temporary..{(Bilateral Tubal Ligation (BTL) dan selepas tu lakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat}
  • mempunyai asben yang berjaya di dalam perniagaannya..selalu ke obersi tuk meluaskan empayar bisnes...:)
  • bagi tips tuk dapatkan anak yang cerdik dan pintar..contohnya: sewaktu kita mengandung, amalkan makan kismis dan buah kurma..dan dia kata dia amat bertuah sebab dapat buah yang berkualiti di beli khas dari sana oleh orang Tabung Haji lagi (MIL dia yang belikan).
  • lagi apa ye??adelah kisah dia menjadi supermom bila asben gi obersi..
Kalau korang la kan, bila kawan korang bercerita benda yang baik2 macam ni, mesti la kita percaya ye tak? pastu siap bagi tips lagi..macam saya waktu tu dan sehingga sebelum tahu kisah sebenar, percaya bersungguh2 sebab dia bercerita dengan saya pun bersungguh2 waktu tu:D..lagipun bagi saya, bila orang cerita benda yang baik, takkan taknak percaya la pulakkan..dah kisah hidup dia, siapala saya nak nafikan..Waktu dah abis exam tukan, adela saya amek no phone dia..Dia suh saya call dia dulu, nanti barula dia akan save no saya..Tapi, saya ni asyik terlupa je nak call dia..Jadi, lepas hari tu, kami masing2 dah lost contact again...

Tiba2 bulan lepas, kat dalam FB la saya ternampak nama dia..selama ni tak terfikir pun nak cari dia..lepas dia dah aprroved tu saya pun tergolong la dalam friends list dia kan..selang 2 minggu camtu kot barula saya kelebek(suka dengan term ni..mekaseh MR) dia punya profile..Yela, nak la tau dah bape orang anak dia..keje katne.

Baca punya baca tahulah saya dia baru je jadi teacher..okla tu..saya ni SAHM pulak..ececeh..nak glemer gaktu..pastu terus tengok photos dia..kunun2 nak tengokla gambar anak2 diakan..mesti somel cam dia gak..tengok2 punya tengok, ada gambar dia bernikah dan bersanding..gambar honeymun banyak la jugak..aikkk..mana gambar anak2 dia nih..saya tak pueh ati gakla ni..yela, saya ni ala2 kepohci itu macam la..ala, kepohci ngan asben sendirik je pun(tapi sekarang dah kepohci kat sini la pulak..(sian Miss X, seantero tahu kisah ko)..rupa2nya, dia baru kawin awal tahun aritu..camne saya tau ye?saya tengok comments dari gambar tu dia kata dia kawin awal tahun ni..ngehehe..pastu tengokla status2 dia selama ni..memangla, dia cuma cakap dia rindu kat ibu dan ayah dia (dia kena posting nun jauh di selatan; parents pulak kat KL)..rindu ngan asben dia sudah tentu..berderet setiap ari ko..naik muak la pulak tengok status camtu..yang peliknya, takdela pulak rindu ngan anak ke, yela mana tau kot yang ni asben baru ke??..dari situ barula saya tau, selama ni tipah TERTIPU..uwaaa..nasib baik ada FB ni yang membocorkan rahsianya..memula saya ingat nak jugakla tanya dia (sebelum duk kelebek profile diela), pasal anak2 diakan..pasal life dia sekarang..nasib baik tak jadi..tetiba rasa tak nak sangat jadi busy body(waktu tu la kununnya)..kot tak, konpem dia MALU dan remove saya dari friends list dia..ekeke.. (actually, tak kisah pun kalau dia nak remove..takde ape2 kesan dalam hidup ni)

Moral of the story..jangan menipu..tak baik..lambat laun orang akan tahu jugak..walaupun mungkin 3 tahun lepas dia ada sebab bercerita sebegitu, tapi walau apa pun, niat tak menghalal kan cara..betul tak??

Wednesday 3 November 2010

Daigakusai

University Festival..Dah basi pun cite nih..biasala saya nih, agak bz skit..ngehehe..daigakusai ni dalam 23-24hb aritu..macam biasa kami jual karipap, kuih bingka, kuih ketayap, kuih buah melaka dan pisang goreng..opss, ade lagi, bihun singapore..itu la menu yang adik2 ni bole buat selama 3 tahun berturut2..next year maybe tukar menu kot..tapi, macam biasa, kami tak dapatla nak menolong jual2 tukan..kanak2 ribena ni tersangat la susah untuk dikawal..cuma pergi beli, makan dan balik..

sesi melayan pelanggan..

tahun ni dapat stall yg plg tepi..best jugak..ramaikan yg datang beli..untung banyak jugak tahun ni..eh, ye ke?..

tengok ini budak..duduk di tepi fountain smbil main air..

nampak itu sume kuih muih..pisang digoreng kat belakang tu je..

pakcik ni ..die makan karipap tu depan kami, kunyah2 pastu telan..sib baik tak tercekik:p..
gigi pelesu masih kuat lagi kot..dah telan sebiji karipap, terus die pegi..erkkk
yela, kami expect mcm die nak komen tak sedap ke..sedap sangat ke..

gerai korea..

lihat diriku..sudah kuruskan..--->bluekkkk..

inilah benda yg setiap kali ade festival, kami akan berbelanja besar kat sini..satay kamben..kalu convert itu duit, rm 7.60 secucuk (200 yen)..tersangat sodap..selama 2 hari tu, kami dah belanja kat satay ni je 7 ribu yen..berbaloi sgt2..pueh ati sbb sodap..:p

inila gerai Uighur..jual satay kamben, pastu ade la mknn diorg jugak..sume sodap..untuk 1st daynye jualan je, diorang dah untung beratus2 ribu..best2..rezki diorangkan..

gerai France

gerai U.S


all picts via adik fahim..mekaseh ye--->kot terbace la..:D

Tuesday 2 November 2010

Blueberry Marble Cheesecake

Salam..Dah lama tak buat cheesecake..Memandangkan plain yogurt tu dah nak expired, jadi terpaksala digunakan sebaik mungkin..ingat nak buat blueberry cheesecake yang macam biasa tu, tapi tetiba tertukar buat yang jenis marble la pulak..resipi ni macam biasa saya amik dari Kak Hana..ahkak, saya c n p ye, mekaseh..tapikan, marble yang atas tu cam tak jadi sangat..nextime, kena letak filling tu lebih banyak lagi kot..


Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
  • 80g biskut merie or etc - hana gune ritz
  • 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g plain yogurt
  • 50g gula - (sy guna 90 g)
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - (sy guna - 95 g ; nextime kena letak je satu bekas lg sedap)
  • 25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry
Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...