Pages

Monday, 21 November 2011

Chocolate Cheese Cake..


Salam wbt..buat cheese cake ni hari selasa yang lepas. Sebelum babah diorang OS aritu memang dah siap beli cream cheese 1kg tuk mama buatkan anak-anak yang suka makan cheese cake ni. Buat petang, esok pagi nya dah habis..Memang peminat cheese cake. Selalunya memang macam tu, kalau buat tu, sekejap je dah habis. Kalau nak bagi orang lain, kena buat yang lain khas tuk anak-anak je.

Resipi ni ambik kat rumah Kak As. Aritu ternampak cheese cake kat sana, yang terus buat..Kali ni memang rajin nak ambik gambar. Selalunya memang malas sebab takdan nak ambik anak-anak dah sibuk nak makan semuakan..Jadi,kenala pentingkan anak-anak tu dulukan..:)

tak letak chocolate syrup banyak sangat, sebab diorang tak berapa suka rasa chocolate cake sekarang ni..mungkin dah muak..jadi, letak sikit je bagi ada warna dan rasa..

oreo pun tak letak sebab aritu ada buat oreo cheese cake, diorang makan 1 slice sorang je.
Jadi, mama ni jugakla yang kena habiskan..so, lepas tu memang tak buat langsung..

Chocolate Cheese cake
source: Asmaradayana

Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese
  • 200ml yogurt
  • 2 sudu lemon juice
  • 3 sudu tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 90g gula
  • 5 keping biskut oreo - tak letak..
  • Coklat Hershey's syrup secukupnya
Base
  • 200g biskut merrie (blend halus) -saya guna biskut Ritz; 110g
  • 70g butter (dicairkan).- 40g
Cara2, 
  • Untuk base, biskut dan butter disatukan
  • Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang springform
  • Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam (saya masuk dalam peti ais beku 15 minit)
  • Putar creamcheese dan gula hingga sebati, masukkan telor dan putar lagi. 
  • Masukkan yogurt, lemon juice dan tepung, putar sebati
  • Hancurkan biskut oreo dan masukkan dalam adunan cheese bersama sedikit coklat hershey syrup
  • Sebatikan dalam adunan. 
  • Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi, picitkan coklat hershey disekelililing dan lorekkan.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak. 
  • Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang dan sedia dihidang.







22 comments:

  1. dah cukup menyelerakan tu....tumpang semulut ye Kamalia...

    ReplyDelete
  2. modifikasi ikut keperluan n citarasa ya..;)

    ReplyDelete
  3. ai pong hantu cheese cake uols
    BAMOK ni dok mkan cheese cake selalu la...oishii sou dah telan ayaq lioq ni...sabaq jer x mau buat sebab dah buat cake adam tue...next month plak mkn cake...nangessss!

    ReplyDelete
  4. Alahai Lia tergudanya tengok cisko kek tu heheheh

    ReplyDelete
  5. alamak tiba2 rasa nk makan kek..huhuuu

    ReplyDelete
  6. lain sikit kan letak yogurt, selalu letak whipping cream kan. suka gak yg ni dia lembap2 gitu.
    *penat hari ni layan tetamu la kononnya. ekeke.. yuki turun dari tadi tp mizore la yuki campur air. samuii!

    ReplyDelete
  7. harap akak dapat juga buat cheesecake sendiri mcm awak.. setakat ni tak berapa rajinlah kamalia.. he..he..

    ReplyDelete
  8. no-bake cheese cake mmg my fav jugak ;)
    boleh la try lepas ni, sbb kat rumah ni byk biskut tak bermakan lg. huhu

    ReplyDelete
  9. salam lia.. meyelerakan nampak cheese cake akak pun baru makan cheese cake semalam buat untuk majlis.. lum post lagi.. dah mula turun salji ke kat sana

    ReplyDelete
  10. amboi so cute cantik ayu mabeles la kek kak lia nih...drooling...

    ReplyDelete
  11. sedapnyer lia....anak2 k'ida ada yg suka dan ada yg tak suka..so jarang la jugak buat, buat pun jika ada majlis atau kwn tempah ..

    ReplyDelete
  12. kamalia..ambik resepi ye..terima kasih..nanti cuti2..nak cuba nak buat

    ReplyDelete
  13. biaso mkn kek kat secret recipe jer...huhu

    ReplyDelete
  14. kalau tinggal kat oversea je mesti terer masak-masak kan?

    patut la akak tak pandai masakkkk..
    (read: kau mmng pemalas kakros)
    haha.

    ReplyDelete
  15. amie:dua tiga mult pun boleh;p

    easy:mmg kena baut mcm tu,kalau x,mama dia yg jd bambam..:)

    ayu:sabaq naa..sebulan skali je tau.ai aritu pun rs jugakal seslice,pastu tobat xnak mkn dah..

    ReplyDelete
  16. chik mimi:kehkeh..apelg, godek2la kat dpur.

    anum:hihihi..belila anum..

    asmara:sy mmg buat guna yogurt je kak,jrg guna wppg cream..nk bg rs creamy lebih kununnya..

    ReplyDelete
  17. hanis azla:kak,sy klau bole beli,sy dah lama beli..iA,mesti bole satu hari nnt..tunggu masa je tuh..

    ira:give me 5..sedapkan..haha,buat je gunala sume biskut tu.

    cma:nyum..nyum..mkn cma..

    ReplyDelete
  18. juwita:salam kak..hehe,ni pun sy mkn sikit je,pastu aritu ade buat gak..smaa la caam akk,buat tuk majlis..arini dan smlm xturun pun..

    cik norai:ala,kot norai buatmesti lg lawa meh..

    ReplyDelete
  19. ida:ank sy sume suka,tp kalau bole biar real cheese cake..kalau letak oreo bagai mmg xlaku..

    acik erna:ok kak,silakan buat..iA,jadinye

    papa mifz:yola,den dulu boli gakk..skang sumo bondo kono buek kan..

    ReplyDelete
  20. wos:haha..betul tu ka..sy dulu smbal belacan pun beli..eh,akk kan keje,kdg2 mmg xcukup masakan nak msk..sy dulu auswipe pun masak kdg2 je..

    ReplyDelete
  21. tumpang teliur sis.boleh cuba resepi ni. belum pernah try!

    ReplyDelete