Pages

Friday, 2 December 2011

Kuih Ketayap Polkadot

Salam wbt..dah lama tak buat kuih ketayap sebab inti dah habis. Jadi, bila nak kena buat inti yang baru, tersangatla malasnya. Padahal, bukannya kena parut kelapa bagaikan, campak je kelapa kering tu dalam piyuk, letak gula merah, letak santan sikit pastu letak air..masak sampai jadi sedap..hehe..tapi tula kalau dah malas saya memang taknak paksa diri buat. Nanti mesti tak sedap..haha.


Resipi ambik dari rumah ummizahidi, homesweethome. Saya punya polkadot takdela secantik mana tapi kira sedap mata memandangla..ecece, nak sedapkan hati sendiri ye tak..terima kasih kak ummi.

KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
 source: ummizahidi; HSH

Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (*akak letak 1 biji je) -saya pun sama
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan) -santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak) -xletak jugak
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti 
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 3/4 cawan gula merah *campur gula merah dan gula biasa
  • sedikit air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung *xletak pun 
 Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.
 *auto schedule post- pagi ni nak ke kindy anak2*

21 comments:

  1. 1st time tgk ketayap secomel ni.. :)

    ReplyDelete
  2. comey nyer uols
    ai jer x try2 lagik
    sebab suka yg biasa rona ijau tue kot ngeeee...
    ni kids tgk mesti berebut khen

    ReplyDelete
  3. pertama kali tengok ni..huhu.

    ada juga ya kuih ketayap polkadot...hehe

    ReplyDelete
  4. hari tu akak tgk kuih ketayap berwarna warni, merah, biru, hijau, kuning di rumah kenduri.. ini polka dot pula.. mmg memikat selera..

    ReplyDelete
  5. memang tomei betul kuih ketayap dia ni... rajinnya buat! tentu anak-anak pun suka nak makan...

    ReplyDelete
  6. alolo comel lote nya.. retro plak tu.. hehe

    ReplyDelete
  7. pergh! mcm letak coklat smarties pulak atas tu. hehe.. cantik u!

    ReplyDelete
  8. ketayap polkadot??
    kelihatan menarik dan tertarik..
    mesti anak2 suka mkn..

    nyum2..nak cuba la nnti~

    ReplyDelete
  9. kuih ketayap tu kena chiken pox ek? hihi

    ReplyDelete
  10. cantinya ketayap polkadot ni..geram tengok..sayang nak makan..

    ReplyDelete
  11. cantik sgt lia kuih ketayap ni...budak2 mesti suka sgt ni kan...mekasih di atas komen pada n3 k'ida yg lepas ye

    ReplyDelete
  12. alahinya sweetnya ketayap polkadot ni..kalernya pun sweet sgt..rasanya msti sedap kan..
    rajin sungguh la lia ni mencuba wat pelbagai kuih muih ni..

    ReplyDelete
  13. kamalia..acik memang tak pernah tengok lagi..first time tengok blog kamalia ni..boleh buat polka dot tu..cantik.

    ReplyDelete
  14. Cantik la. First time tengok. :) Sayang je nak makan.

    ReplyDelete
  15. kreatif! first time tengok ketayap ada polkadot. Selama ni ingat apam aje yg berpolkadot :-)

    ReplyDelete
  16. slm lia....pasal telur puyuh tu, k'ida beli yg dlm tin kt kedai halal kt sini, yg dh siap rebus la kiranya...kt keai jepun pun ada la lia telur puyuh, cuba tgk kt bahagian telur ayam..pernah nmpk

    ReplyDelete
  17. menarikla..idea yang baguss ni..budak2 mesti sukakan sbb warna nya yg menarik...

    ReplyDelete
  18. wah...nih nak mkn pun syg..hehe

    ReplyDelete
  19. comelnya! bila nak turun sendai lg?

    ReplyDelete
  20. festaim tau ada kuih ketayap dot dot...hehe...comel la..

    ReplyDelete
  21. What camera did u use to capture those photos above?

    ReplyDelete