Salam wbt..dah lama tak buat kuih ketayap sebab inti dah habis. Jadi, bila nak kena buat inti yang baru, tersangatla malasnya. Padahal, bukannya kena parut kelapa bagaikan, campak je kelapa kering tu dalam piyuk, letak gula merah, letak santan sikit pastu letak air..masak sampai jadi sedap..hehe..tapi tula kalau dah malas saya memang taknak paksa diri buat. Nanti mesti tak sedap..haha.
Resipi ambik dari rumah ummizahidi, homesweethome. Saya punya polkadot takdela secantik mana tapi kira sedap mata memandangla..ecece, nak sedapkan hati sendiri ye tak..terima kasih kak ummi.
KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
source: ummizahidi; HSH
Bahan A
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur (*akak letak 1 biji je) -saya pun sama
- 2 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan) -santan
- 1 sudu teh garam
- pewarna hijau
- 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak) -xletak jugak
- sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 3/4 cawan gula merah *campur gula merah dan gula biasa
- sedikit air
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu besar tepung pulut/jagung *xletak pun
Cara-cara :
- Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
- Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
- Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
- Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
- Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
- Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.
*auto schedule post- pagi ni nak ke kindy anak2*
1st time tgk ketayap secomel ni.. :)
ReplyDeletecomey nyer uols
ReplyDeleteai jer x try2 lagik
sebab suka yg biasa rona ijau tue kot ngeeee...
ni kids tgk mesti berebut khen
pertama kali tengok ni..huhu.
ReplyDeleteada juga ya kuih ketayap polkadot...hehe
hari tu akak tgk kuih ketayap berwarna warni, merah, biru, hijau, kuning di rumah kenduri.. ini polka dot pula.. mmg memikat selera..
ReplyDeletememang tomei betul kuih ketayap dia ni... rajinnya buat! tentu anak-anak pun suka nak makan...
ReplyDeletealolo comel lote nya.. retro plak tu.. hehe
ReplyDeletepergh! mcm letak coklat smarties pulak atas tu. hehe.. cantik u!
ReplyDeleteketayap polkadot??
ReplyDeletekelihatan menarik dan tertarik..
mesti anak2 suka mkn..
nyum2..nak cuba la nnti~
kuih ketayap tu kena chiken pox ek? hihi
ReplyDeletecantinya ketayap polkadot ni..geram tengok..sayang nak makan..
ReplyDeletecantik sgt lia kuih ketayap ni...budak2 mesti suka sgt ni kan...mekasih di atas komen pada n3 k'ida yg lepas ye
ReplyDeletealahinya sweetnya ketayap polkadot ni..kalernya pun sweet sgt..rasanya msti sedap kan..
ReplyDeleterajin sungguh la lia ni mencuba wat pelbagai kuih muih ni..
kamalia..acik memang tak pernah tengok lagi..first time tengok blog kamalia ni..boleh buat polka dot tu..cantik.
ReplyDeleteCantik la. First time tengok. :) Sayang je nak makan.
ReplyDeletekreatif! first time tengok ketayap ada polkadot. Selama ni ingat apam aje yg berpolkadot :-)
ReplyDeleteslm lia....pasal telur puyuh tu, k'ida beli yg dlm tin kt kedai halal kt sini, yg dh siap rebus la kiranya...kt keai jepun pun ada la lia telur puyuh, cuba tgk kt bahagian telur ayam..pernah nmpk
ReplyDeletemenarikla..idea yang baguss ni..budak2 mesti sukakan sbb warna nya yg menarik...
ReplyDeletewah...nih nak mkn pun syg..hehe
ReplyDeletecomelnya! bila nak turun sendai lg?
ReplyDeletefestaim tau ada kuih ketayap dot dot...hehe...comel la..
ReplyDeleteWhat camera did u use to capture those photos above?
ReplyDelete