Pages

Monday, 14 May 2012

Afiya #My First Hanami

Salam wbt..Dah lama tak cerita pasal budak tecik ni kan. Alhamdulillah, dah sepuluh bulan dah dia ni..how time flies! Lagi dua bulan insya Allah setahun la dia dah..:))

Hanami lepas (22 April) merupakan hanami yang pertama jugak buat dia. Mama yang excited nak bawak dia pergi hanami. Afiya tak kisah pun sebenarnya..hehe mama je yang lebih-lebih. Budak manja ni sekarang pun dah ok dengan orang lain. Memula jumpa orang tu dia agak susah nak bergaul tapi biarkan lama sikit baru dia ok..Lega la sikit mama dia bila ada orang lain yang asyik dukung Afiya ni..hehe. Boleh melantak makan puas-puas..:p
Afiya bersama kakak Siti.
 Afiya dengan mama dan kakak Amni
bila dah lama kena pegang dengan orang lain,
nampak mama je terus jerit..
"mama..mama.."
 Afiya dengan kakak Fadhilah
 suka dapat pegang ball
suka bila didukung dengan kakak-kakak ni ye..


Friday, 11 May 2012

Hachimantai Aspite Line (Corridor of Snow)

Salam wbt..hehe..hari ni agak free walaupun pagi tadi rumah ni kecoh tah macam apa tah..haha, biasala mula nak sesuaikan diri masing-masing duduk di rumah dan belajar di rumah dengan mama yang garang macam singa jadian..eheh..tapi takdela sepanjang masa tu nak jadi singa je tengok jugakla keadaan waktu tu kan..kalau agak ketegaq tak nak dengar cakap mama, mulala berTUKAR..

Ok, hari ni saya update sikit pasal walls of snow tu ye..tapi, saya buat sampai part 2 boleh?hehe..gambar macam banyak, kalau saya nak collagekan rasa macam tak best pulak..tengok dulu camne, kalau tak dan jugak, terpaksa saya collagekan je gambar yang lain tu..

Hachimantai Aspite Line ni  di Iwate, kalau dari rumah kami dalam 30 minit nak ke kaki gunung tu..tapi bila nak naik ke atas tu agak  ambik masa jugak sebab jalan kecik dan bengkak bengkok macam ular kena palu. Aspite Line sepanjang winter dulu memang ditutup jalan ni due to heavy snow tapi dibuka balik pada akhir bulan April selama 20 hari sahaja. Untuk tahun ni, walls of snow yang dibuka adalah sepanjang 26km.. previously dalam 27km. takpelakan, beza 1km je pun. Ini pun kami tak pergi sampai atas sebabnya angin kuat sangat sampaikan kereta bergoyang macam kena goncang je..haha. Ketinggian dinding itu pulak ada yang mencapai sehingga 6 meter. Sangat tinggikan! Lagi satu, buat sesiapa yang nak pergi ke tempat begini dinasihatkan pakai winter clothes ye. Kat atas ni sejuk sangat disebabkan angin yang kuat. Lagi apa ye..takpe , nanti saya update dalam entry lain. Apapun, Alhamdulillah tercapai jugak impian kami nak pergi sini..

 belakang itu adalah Mount Hachimantai..
sekejap lagi kami akan naik ke atas itu..
gambar dari kaki gunung..
dah mula masuk ke dalam tunnel..
di nihon memang banyak sangat tunnel..
selalunya kalau kita nak tempuh kawasan yang bergunung, tunnel memang banyak sangat..
tunnel tu akan dibuat/ditebuk di tengah-tengah gunung itu sendiri..*sori, tak tahu nak terangkan camna*
untuk kes ni pulak adalah untuk snow shelter seperti di dalam gambar di atas..
ehem..saya suka gambar ni..terasa sangat terel..haha
kami pergi 2 kereta je..yang lain tak nak ikut..
sorry, banyak sangatla pulak gambar tunnel..
penulis waktu ni kemaruk ambil gambar tunnel..kononnya nak mengasah bakat yang tak seberapa ada ni :p
tak tahu apa kegunaan besi/tiang ini..
mungkin waktu lain kalau kami datang boleh tahu la kot apa tujuan di letak kat situ..
 subhanallah..
cuba lihat..ada some parts yang tak diselaputi dengan snow kan..
 ada warna tanah yang mengalir di tengah-tengah ..Masya Allah!
 semakin hampir ke pit stop pertama kami..hehe
 sign board yang menyebut jalan ini ditutp bermula dari 5.30pm hingga 8.30..*main agak je..;p*
jangan memandai-mandai nak masuk ke sini sepanjang waktu itu*eheh, itu saya yang tambah*
pit stop pertama..
angin waktu ini sangat kuat..
selepas je kami bergambar di sini, tetiba angin kuat datang..
semua terpaksa berpaling mengadap ke arah signboard untuk berlindung..
serius, memang waktu tu macam berlakon pun ada tau aksi diorang ni..
 aksi fido selepas keluar kereta..
saya rasa memang tempat angin kuat lalu kot*haha..sanagt tak cerdik teori saya ni:p*
saya rasa kalau dia lepaskan rambut dia tu memang boleh nampak betapa kuatnya angin tu..
sampaikan nak tutup pintu kereta pun agak susah..
 ni namanya takdo kojo, carik kojo..
nasibla waktu ni angin kuat tu belum sampai ke sini..sempatla dia naik ke atas tu ..
 waktu ni memang hanya mampu mengucapkan kata-kata pujian kepada Allah saja..
speechless..
 tak tahu nak tulis caption apa dah..
salah satu kekuasaan Yang Maha Esa..
selekoh sangat tajam..kepekaan dan ketenangan dalam pemanduan sangat diperlukan..
*ok, terasa sangat poyos*
Mount Iwate..



dah habis..
nanti saya sambung lagi naa..

p/s:adakah gambar ni sume terlalu besar?
kalau ye next time saya kicikkan sikit..

Monday, 7 May 2012

A quick update

Salam wbt..sebenarnya berkira-kira, samada nak terus berhenti berblogging atau buat tak tahu je. Lepas tu baru teringat tujuan saya berblogging pada mula-mula dulu adalah untuk coretkan segala kenangan sepanjang berada di sini. Memang kalau nak diikutkan sejak masuk bulan Mei ni takde masa langsung untuk bersosial di dunia maya*eceh*, cuma sesekali je menyapa kawan-kawan di fb..itupun tengok mood saya jugak sebenarnya..Sekarang anak-anak semua dah homeschool, memang agak mencabar..haha. Tapi takpe saya akan cuba sebaik mungkin. Rutin harian memang lari, nak tak nak saya kena ubah rutin tu mengikut keadaan sekarang. Takpe, nanti kalau free saya ceritala apa yang saya buat..kalau tau..hehe

Last week cuti golden week. Memang berjalan ke sana sini sampai rasa dah tak larat nak masak..:p

Hari ni cukupla yang ini je kot..Insya Allah, nanti saya update banyakkkkkkkkkkkk cerita..serius, banyak sungguh cerita dan gambar yang diperam..meh saya tunjuk serba sikit gambar yang ade..

ni sapa yang friend dengan saya di fb dah tengokla kot gambar ni..
saya pergi hujung bulan april hari tu..
wall of snow in Hachimantai..:))
nanti saya update cerita ye..

ni pulak hanami minggu lepas..
gambar di sekitar Morioka..
di Aomori belum transfer lagi..maleh..
gambar tulip pun ado jugak..pun belum transfer..
serba serbi maleh..takpe, nanti saya cuba jadi rajin jika masa mengizinkan..Insya Allah.

selain tu gambar masakan toksah cakapla..banyak jugak..
nanti saya update resipi yang saya cuba tuh..hehe..
padahal resipi biasa-biasa je pun..takdela segempak mana..

ok..itu je hari ni..ingat nak update pendek dan sekejap je, dah terlebih masa pulak dah..

p/s: jazakallahhu khairan kepada semua yang mendoakan kesihatan anak-anak saya hari tu. Alhamdulillah, semua kembali cergas...

Monday, 23 April 2012

Amni, Faeiz & Faeiq # Influenza B

Salam wbt..fuhh..fuhhh..berhabuk dah blog kusam mak ni..huhu. Baru sempat nak update blog. Hampir seminggu rasanya tak update kot, nak BW apatah lagi. Memang tak nyempat sungguh. Inila kisahnya anak-anak di rumah ni. Bila seorang yang demam, mesti yang lain pun bejangkit jugak:(

Mulanya Faeiq yang demam dulu hari isnin lepas. Waktu tu demam biasa je, tapi half day kat sekolah sensei dah suruh bawak balik. Angkutla semua sekali balik rumahkan. Lepas tu hari rabu macam dah kebah, Amni pulak demam. Memang anak-anak ni kalau salah seorang yang demam, semua takkan pergi sekolah. Hari khamis dah dua beradik ni nampak dah sihat macam biasa, so pagi jumaat tu hantar ke sekolah macam biasa. Tak sampai 1/2 jam kat sekolah, sensei dah call babah diorang kata yang Amni dan Faeiq demam lagi. Ambik bawak balik rumah, bentou pun masih panas lagila time tu:p..Lepas tu pergi jumpa doktor sekali lagi, Amni yang diambil sample mukus tu *dia kan tak tahan sakit, nangis beria-ia dia:p* rupanya infected with influenza B. So, bila ada yang infected dengan virus ni, Faeiq pun di diagnosed sekalila dengan inluenza B..Hari tu doktor nasihatkan tolong pantau keadaan anak-anak ni. Jangan biarkan melarat sebab takut infection kat otak pulak..Sangat menakutkan bila doktor cakap macam tu. * doktor tu siap cerita lagi ada kes yang sampai nak terjun dari tingkap sebabkan otak dia dah dijangkiti oleh virus ni*

Pagi ni pulak turn Faeiz yang demam, pagi-pagi lagi babah dah bawak ke klinik. Terus doktor bagi ubat tanpa ambik sample mukus pun. Amni dan Faeiq alhamdulillah dah sihat semula. Sekarang ni kena tengok-tengokkan Faeiz jela. Harap-harap Afiya tak kena pulak. huhu. Kalau kat rumah ni Amni je yang berdisiplin pakai mask, twin tu susah sungguh nak suruh pakai. Dah pakai sekejap, lepas tu dia putuskan la tali kat tepi tu..haisshh.

Oklah.asalnya nak update pendek je, tapi terpanjang pulop..Insya Allah, bila anak-anak dah sihat macam biasa dan mama dia pun dah bersemangat nak berblog saya update lagi ye..:D

Tuesday, 17 April 2012

Diaper Keeper/ Clutch DIY

Salam wbt..Baru berkesempatan untuk update. Agak muakkan tengok nasi ayam ipoh tu.hehe. Saya pun agak malas nak update kalau anak-anak ada kat rumah dan ada pulak yang demam. Jadi, kepentingan anak-anak harusla didahulukan. Harap demam tu tak berjangkit pada yang lain pulak. 
Hari ni nak abadikan pulak kat blog kusam ni antara hasil dari aktiviti saya bila anak-anak pergi sekolah. Sebagai salah satu kenangan saya sepanjang berada di sini dan juga mungkin boleh jadi rujukan buat kawan-kawan yang hendak buat sendiri diaper keeper/clutch untuk anak-anak. Bagi saya, saya lebih suka mencari tutorial dikalangan minah saleh sebabnya mereka ni tak kedekut ilmu dan sanggup berkongsi berjenis-jenis tutorial. Yang takde mungkin tutorial nak buat baju kurung, baju melayu dan segala jenis baju kebangsaan kita kot..hehe
 
sebelum ada diaper keeper ni, tengokla beg saya tuh (picture kiri)
tapi, bila dah guna diaper keeper tu beg jadi sangat kemas..ekeke
dahla macam-macam ada dalam tu, lepas tu dengan diaper anak-anak lagi, wet tissue lagi..
sangat berserabut tau.kalau nak cari barang, agak susah di situ..huhu
diapers selalunya kena bawak dalam 4 keping..
2 keping untuk Afiya dan lagi 2 keping untuk twins..
ni selalunya mesti ada dalam beg tu la.
(abaikan kain yang kedut-kedut itu..agak malas untuk menggosoknya..:p)
sekarang saya tengah guna yang warna hijau tu..
warna pink + black tu saje je buat lebih, manala tahu boleh buat jadi hadiah bagi dekat orang ke kan..
hari tu bila buat lagi satu, Mr K tanya, "kenapa buat banyak-banyak?"
binik dia pun menjawabla soklan dia tu"senang, kalau tak tahu nak bagi hadiah apa kat orang nanti, boleh je bagi ni." 

last but not least..
Afiya..."malulah mama..janganla ambil gambar saya ni..":))
awww..geram mama dengan dia ni tau..makin banyak mulut..gigit dia..:D

Untuk diaper keeper/clutch ni saya ambil tutorial dari siniFollow je steps yang diajar tu, Insya Allah jadila diaper keeper yang kita nakkan. Cuma untuk ukuran saya tak ikut sepenuhnya, saya buat ukuran diaper di sini. Harap tutorial tu dapat membantu sekiranya ada yang ingin membuat sendiri. Insya Allah. Selamat mencuba..:))

Friday, 13 April 2012

Nasi Ayam Ipoh

Salam wbt. hari ni kita makan nasi ayam Ipoh pulak ye. Walaupun dah lama masak ni, 3 minggu lepas kot tapi takpe, gambar tak basikan..hehe. Ini antara nasi ayam yang selalu saya buat selain dari Nasi Ayam Penyet tu..2 resipi je nasi ayam kat rumah ni yang boleh diterima oleh rakyat jelata. Kebetulan nak hidang untuk tetamu, bolehla ambik gambar terus..p 

kalau takde tetamu, memang tak dapekla letak timun tu macam tu..hehe
Resipi ni ambik dari rumah Kak Hana. Terima kasih kak. Memang dah dekat 3 tahun guna resipi ni je. Anak- anak suka!:)
Nasi Ayam Ipoh
source: Kak Hana
resipi asal: quinne

Bahan-bahan
BAHAN NASI
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
BAHAN SUP
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
BAHAN CILI
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
BAHAN KICAP
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
BAHAN TAMBAHAN
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara
  1. Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. Penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. Cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. Cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Thursday, 12 April 2012

Ichigo Gari 2012

Salam wbt. Antara aktiviti minggu lepas. Ichigo gari (strawberry picking) boleh dilakukan seeloknya selepas habis musim sejuk. Kalau di sini dalam bulan 4 dan bulan 5 memang waktu yang sesuai untuk aktiviti sebegini. Pada tahun pertama kami sampai ke sini, kami pernah pergi sekali dan untuk tahun lepas memang tak berkesempatan memandangkan waktu itu baru je lepas earthquake dan tsunami. Kami pulak selepas tu terus dihantar balik ke Malaysiakan. Jadi, tahun ni nak pergi balik ke tempat tahun pertama tu dah tak ingat kat mana lokasinya, terpaksa pergi tempat yang baru. Mungkin bukan rezeki kami waktu tu, sebabnya buah belum banyak masak dan tak berapa nak manis. Memang sebelum datang dah telefon dulu ladang ni dan mereka pun kata buah dah banyak masak tapi rupanya kami tertipu..sobs! Takpe, Mr K kata hujung bulan ni pergi lagi sekali tapi kena cari tempat yang mula-mula dulu tu..

Untuk entry ini memang tak banyak sangat gambar buah yang memikat hati. hehehe.. Tak jumpa buah yang besar-besar dan masak sepenuhnya. Mungkin dah habis kebetulan waktu kami sampai dalam pukul 2 petang gitu. Apa pun yang penting ank-anak suka dan puas makan ichigo. Selalu kalau beli memang tak pernah cukup, kali ni makanlah puas-puas ye anak-anak..Budak-budak kan memang suka buah!..hehe.
 buah yang tak berapa nak besar dan belum begitu masak..
bagi saya rasanya agak tawar kalau nak dibandingkan dengan ladang yang pernah kami pergi sebelum ni..
harga pun saya rasa makin naik dari tahun sebelumnya..
adult: 1300 yen, kanak2: 500 yen..
dudukla selama mana kita nak duduk kat situ dan makanlah sepuasnya..:)
kalau kat sini cara orang Jepun makan ichigo adalah cicah dengan susu pekat manis cap kepala lembu..ekeke
memandangkan buah ni agak tawar memang sedap je dicicah dengan susu tu..
kalau dulu tak payah cicah pun takpe, sebab memang dah begitu manis sangat rasanya..
susu pekat tu dijual asing dengan harga masuk ke situ. 
Faeiz dan Faeiq makan tanpa henti..saya rasa memang puas sangat kot sampai bila ditanya nak lagi atau tak, diorang jawab dah tak nak dah..bagus:p
budak tecik ni pun sama..
sangat suka ichigo, bila nampak babah duk petik ichigo pandang geram semacam je..:p
saya rasa banyak jugakla dia makan lebih dari 6 biji..
Alhamdulillah, tak sakit perut atau masalah lain..:)
Amni dengan ichigo..
setiap seorang dapat bekas tu seorang satu..memang penuh di isi, dah habis pergi petik lagi..:)
perasan tak rambut Amni dah pendek?..
Mama terpaksa gunting sebab kalau pagi-pagi nak pergi sekolah mesti gaduh-gaduh dengan dia nak sikat dan ikat rambut tu..
tak tahu nak ambik gambar apa..kita ambik jela gambar lampu tu..:p
antara deretan pokok ichigo..
 
see..ada yang masih kecik dan hijau lagi..

*semalam saya tak tahu pun ada earthquake dan ada keluar amaran tsunami tu. bila dah pukul 10.30 baru saya tahu. memang sekarang jarang sangat belek fb dan tengok tv..sebelum tido tengok iphone, baru tahu apa yang terjadi..harap semuanya ok dan saya tahu macam mana rasanya bila kita berhadapan dan merasai gegaran yang kuat tu. menangis saya bila tahu Acheh sekali lagi ditimpa bencana sebegitu walaupun amaran tsunami di tarik semula. Ada jugak yang perasan, semalam adalah 11.4. kalau tahun lepas 11.3 di Jepun. Kebetulan tarikh tu sama walaupun bulan dan tahun yang berlainankan. Semoga kita semua di bawah lindunganNya.*


p/s: 2-3 hari lepas ni agak kemaruk duk melayan Kdrama.;p tu sebab kadang-kadang update kadang-kadang tak sampaikan apa-apa yang berlaku kat dunia ni pun agak lambat saya dapat tahu..teruknya saya ni..:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...