Pages

Wednesday, 1 December 2010

Bercuti

Ngehehe..dah lama tak update ini blog..berhabuk tul, penat nak ngemas ni. Terima kasih kepada kawan2 yang masih sudi singgah walaupun dah lama tak berupdate (ecece..ada ke yang singgah? perasan tul la:p) Sebenarnya bukan la taknak update, tapi kesihatan diri ni memang tak mengizinkan..ingatkan nak jugak suruh Mr K tolong updatekan, tapi dia pun busy tahap gaban kan..memang tak boleh nak kacau langsung la..

Sekarang ni masak pun ala kadar je..dah tak serajin macam dulu, sebabnya tak boleh duduk dapur tu lama2 sangat..kadang2 tu sampai 4 kali seminggu asyik makan nasi goreng je..muahahaha..sian laki den, nasib baik dia tak kisah..memang i sayang u lebih la bi..:)

budak bertiga ni teramat susah tuk ambik gambar diorang bersama.

Lagi satu, kemungkinan hujung bulan 12 ni kami nak cuti2 Malaysia lagi..yeaaaa..
Yelakan, memandangkan saya tak berapa sihat dan Mr K pun balik nak berubat, so, kami amik keputusan tuk balik waktu winter break ni..ala, tak lama pun..dalam 2 minggu jek..oh, Mr K ada penyakit batu karang..sekarang ni duk makan ubat hospital..doktor bagi gak option tuk buat operation guna kekdah shock/sound wave tu, tapi dia pilih tuk makan ubat je..sebab kos tuk operation tu tersangatla mahalnya..(itupun dah tolak insurance pun, masih mahal)..Mr K tak boleh terlupa makan ubat, kot tak nanti, konpem tak boleh bangun dan tak boleh buat kerja langsung..sian kan dia..:(

Anak2 kami pulak sekarang ni baru je elok dari demam...Biasala kan, masuk je musim sejuk, demam panas dan batuk2 pun mula menyerang..Alhamdulillah, Amni dan adik2 dah sihat walafiat..
kasih kakak kepada adik..(amni n faeiq)

amni n faeiz
Nak tahu tak..balik Malaysisa nantikan saya nak sangat makan rendang kerang..uwaaa...sedapnya..dah terbayang2 dah rendang kerang yang kakak saya buat..hik3..sekarang ni dah mula buat list benda yang nak makan waktu balik nanti..Kalau boleh, nak makan sume benda yang saya duk teringin selama ni..Nak balik ke Parit Raja waktu cuti ni tak tahu sempat tak..sebab sekarang ni MIL dah pindah ke Bentong, Pahang..jadi agak jauh nak berulang alik dari rumah mak saya..

ni pulak tempe goreng..akhirnya dapat gak makan..dah lama dah ni..sebulan yang lepas..

Lagi apa ye??rasa macam banyak je nak cerita..tapi, takdok idea..Nantila..kalu saya rajin dan mood ok nak berblogging, saya update balik..Kalau tak, tunggula saya balik pertengahan bulan Januari nanti..
hari isnin lepas..snow turun..lebat sangat..ni pukul 10.am..

yang ni pukul 10.30 am..sekejap je dah memutih jalan dan atap2 rumah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...