Pages

Wednesday 29 June 2011

Bunga lagi..Ornamental Onion

Salam semua..masih sihat lagi, belum masanya baby ni nak keluar lagi. Haha, ni saja nak share gambar bunga lagi ni..Sila jangan pitamss okay..

Bunga ni ambik ari ahad lepas, biasala setiap minggu pergi ke Ike (pond/tasik). layan anak2 bagi ikan dan itik makan roti. Kat situ memang adela sekangkang taman bunga, jadi Mr K turunkan saya kat situ dan dia pergi bawak anak2 menjalankan aktiviti mingguan diorang tuh. Saya memang suka bunga dan bersyukur kerana Mr K amat memahami minat saya nih.(ecece, ayat macam kena intebiu la pulak)..At first saya ingat ni dandelion, tapi bila tengok saiz bunga, memang bukanla. Penatla balik dari menembak tu duk google sana sini apakah nama sebenar bunga ni..Kot tak, ari isnin aritu dah keluar dah gambar bunga ni..Semalam baru berjaya dapatkan nama dia tau, punyala susahnya nak berkenalan dengan cik bunga ni..Pemalu sangat..:p
nama saya:Ornamental Onion
nama botanical: Allium Giganteum

flower head saya ni boleh membesar sehingga 4 - 6 inci ye.
ketinggian saya bole mencapai sehingga 8 kaki..
tinggikan :)

tuk ambik gambar bunga ni semua saya hanya menggunakan zoom lens jek..
macro lens belum mampu lagi..hehehe



bunga ni tak tajam tau..lembut je pun
bau dia..biasa jela..bau bunga rasanya..hehe

memang tinggi pokok bunga ni
lebih tinggi dari pokok2 ros di sekitar situ.

eh, yang ni pendekla die..haha.
waktu ni bunga ni tak berdiri tegak..:p

roses pun banyak lagi kat sini
cuma dah ade yang gugur sikit2 kelopak bunga tuh.

naik silau tengok rose putih ni..
tapi, bila tengok kat tanah, putih2 je kelopak yang gugur tuh..
dah macam orang main tabur2 kat kubur lak bunga ros ni..:p

Monday 27 June 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Salam semua..hehehe..tak bersalin lagi walaupun dah sakit dari khamis malam hari tu lagi. Sungguh penat, tak cukup tido sangat dan macam2 la..Moody takyah cakap, habis semua orang dalam rumah ni kena angin bad mood mak yong sorang ni, baik Mr K ataupun anak2. Haha, siankan diorang, tak bersalah pun..:) Terima kasih banyak2 kepada yang beri cara2 nak minum air selusuh. Saya dah lupa waktu bila sebenarnya patut minum, yela dulu waktu Amni je kot saya minum air akar Fatimah tu, twin pulak tak sempat langsung. Terima kasih sekali lagi. Sayang korang.:))

Super Moist Eggless Chocolate Cake ni saya buat hari Khamis lepas. Memang sedap sangat dan dia punya kelembapan tu memang terbuktila. Nak buat pun senang, bahan2 pun tak banyak sangatkan nak guna. Jadi saya rasa sesapa je boleh cuba. Highly recommended!..

dah nampak cam brownies la pulak..haha

Resipi asal dari Kak Dayang Jack. Sebelum ni ada gak resipi tuk eggless cchoc cake, yang tu pun saya suka gak buat, tapi dah cuba yang ni, rasanya terus stick kat resipi ni jela pasni.

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resipi: Kak Dayang Jack
C n P: Izah Muffin lover

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


p/s:malas nak pegi weekly checkup sekejap lagi ni. malas nak naik kerusi ajaib setiap minggu. malas nak duduk kat situ 2 , 3 jam tunggu semuanya selesai. haha..nanti petang saya BW ye (kalau saya tak warded lagi la)..

Friday 24 June 2011

Boy and The Apple Tree

Salam semua. Sempena jumaat yang mulia ni, saya nak share satu artikel yang menarik. Artikel di ambil dari I Luv Islam.Com. Suka baca artikel dari sini sebagai pengisian untuk rohani kita.

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow...he loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by...the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.

One day, the boy came back to the tree and he looked sad . "Come and play with me" the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I do not play around trees any more" the boy replied. "I want toys. I need money to buy them." "Sorry, but I do not have money... but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money." The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was deeply saddened.

One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited "Come and play with me" the tree said. "I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me ? " " Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house." So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and upset.

One hot summer day, the man returned and the tree was delighted. "Come and play with me!" the tree said. "I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat ?" said the man . "Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy." So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the man returned after many years. " Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you ..." the tree said. "No problem, I do not have any teeth to bite" the man replied. "No more trunk for you to climb on" "I am too old for that now" the man said. "I really cannot give you anything... the only thing left is my dying roots" the tree said with tears. "I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years" the man replied. "Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, Come, come sit down with me and rest." The man sat down and the tree was glad and smiled with tears...

This is a story for everyone.

The tree is like our parents

When we were young, we loved to play with our Mum and Dad...

When we grow up, we leave them...only come to them when we need something or when we are in trouble.

No matter what,

parents will always be there and

give everything they could

just to make you happy.

You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents. We take them for granted we don't appreciate all they do for us, UNTIL it's too late. May Allah forgive us of our shortcomings and may He Guide us, Insha'allah Ameen

Please enlighten all your friends and your families by telling them this story,

Love your Parents..............

And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour.

And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say:

"My Lord! Bestow on them Your Mercy as they did bring me up when I was small."

Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam ) said that Jibreel AS (angel) Said that:

" Woe unto him in whose presence his parents or either one of them attains old age, and (through failure to serve them) he is not allowed to enter 'Jannah".


p/s: apa yang boleh disimpulkan, sayangilah ibu bapa kita (sekiranya masih ada) kerana mereka ni hanya hadir sekali je di dalam hidup kita. Tiada tukar ganti dengan yang lain.

p/s lagi: ibu bapa kita sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk kita sejak kita dari kecil hingga meningkat dewasa (walaupun dulu kecik2 ada gak memberontakkan). Kita hanya boleh faham apa yang cuba dilakukan oleh ibu bapa kita sewaktu kita kecil dahulu apabila kita sendiri menjadi ibu bapa kepada anak- anak kita pula.

p/s lagi dan lagi: sebenarnya saya dah mula rasa contractions dan sakit pinggang. Tanda2 nak bersalin tu rasanya, tapi masih boleh tahan, bukanlah unbearable pain. Berharap bersalin hari ni (yela, jumaatkan), dalam masa yang sama, rasa macam lambat lagi.haha..Patutkah saya suruh Mr K buat air selusuh? ke minum je air Zam Zam..? ada sesapa bole tolong jawabkan..:))


Thursday 23 June 2011

Donut Ball Pandan

Salam semua. Donut ball pandan yang senang bangat nak buat, tapi bolela pulak budak2 ni taknak makan. Mungkin waktu tu diorang takde selera nak makan, kebetulan baru elok demamkan. Mama diorang jugak yang kena habiskan. Donut ni memang lembut dan macam biasa gebus..

Resipi ambik dari rumah Ika..resipi asal dari rumah Kak Dayang ek..Mintak izin nak cnp resipi ni ye..

Sumber: Kak Dayang
C n P: Ika

Bahan :
  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh>>kita letak water roux
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran
Cara membuatnya :
  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.
*****************************************************************
Ni pulak nak selit cerita waktu kenduri doa selamat dan birthday twin aritu..Baru perasan gambar yang ade semua gambar makanan je..haha. Gambar ni pun ambik sebelum tetamu datang, yela malu la kan bila ade tetamu kita duk tertonggeng2 ambik gambar bagai ek. Tak sempat nak ambik gambar tetamu yang hadir sebab semua sibuk makan dengan tuan rumah sekali pun sibuk melantak jugak..Masak biasa2 je, tak larat nak amsak nasi dan lauk bagai, jadi gantikan dengan mee kari jek.

Makaroni Bakar
yang ni memang banyak lebih, siap diorang boleh tapau bawak balik lagi..
suka2..takdela kami nak kena habiskan semuakan.

Donut mesti ada..
yela, budak2 ada 6 orangkan, mak yung tak larat nak buat cuppies bagai, ganti jek dengan donut salut cekelat nih..

2 bijik kek..
blueberry cheese cake dan chocolate cake
buat 2 bijik sebab Amni pun nak potong kek jugak
dan tak semua orang suka cheese cakekan..
kek macam biasa mesti takde lebih. habis semua..alhamdulillah.

mee tuk mee kari..
gambar kuah kari dia takdela pulak, waktu ni masih ade lagi kat atas dapur kot.

aksesori tuk mee kari..tauhu semua saya letak je dalam kuah.
cili besar merah je saya tak letak.

pulut kuning digandingkan dengan sambal ikan bilis.
buat ni tuk lepaskan saya punya mengidam..haha
buat pagi2 lagi, makan brekpes bagai..
masak lebih, hidang tuk majlis ni sekali.:p

tepung pelita..sedap sangat
yang ni potluck dari adik hanim..rajin dia tau..
terima kasih hanim:)

puding cocktail

caramel puding..
potluck dari adik siti..
memang sedap sungguh..
dan saya memang kagumla dengan dia..tekstur puding ni memang smooth sungguh..
takde langsung lubang2 jerawat..
terima kasih siti..:)
yang dah kena amik tu saya la yang makan.
tak sempat nak tunggu majlis start pun..haha

Wednesday 22 June 2011

Rose Garden 2011

Salam semua. Hari ni kita layan bunga la pulak ye. Pergi ari sabtu minggu lepas..hehehe, saya bab jalan2 memang larat sokmo. Lagipun pagi tu tengok twin macam dah ok sikit, kami pun pergila ke Hanamaki tuk tengok bunga ros. Tapi, bila balik, demam semula..haha, padan muka mama, sapa suh bawak diorang pergi jalan2kan..Yang bestnya, bila masuk je taman ni, korang memang dah tak bau benda selain bau bunga ros jek. Kalau nak ikutkan pengamatan sayakan, setiap warna tu ada bau yang berbeza tau..(ke idung saya yang problem,kalu salah, betulkn)..Jom kita tengok bunga..gambo takdela secantik mana, dan mokcik pun takdela seterer/serajin mana gak nak duk cari setting camera yang sesuai (read:malas nak usik sana sini)..:)


saya suka ros..rasa nak petik bawak balik jek..:p

white rose

red color..

eh, yang camni ade tak kat Malaysia?

orange roses





pink









Faeiz bukan buat aksi budak nakal tau..
waktu ni kami nak tengok dia dah hbs makan lom..:p

waktu ni semua sihat belaka..elok je main kejar2, lari sana sini..


adik, jangan lari jauh2 tau..nanti penat babah nak kejar..:p

Mr K yang ngengada nak amik gambar celah bunga..:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...