Pages

Monday 23 April 2012

Amni, Faeiz & Faeiq # Influenza B

Salam wbt..fuhh..fuhhh..berhabuk dah blog kusam mak ni..huhu. Baru sempat nak update blog. Hampir seminggu rasanya tak update kot, nak BW apatah lagi. Memang tak nyempat sungguh. Inila kisahnya anak-anak di rumah ni. Bila seorang yang demam, mesti yang lain pun bejangkit jugak:(

Mulanya Faeiq yang demam dulu hari isnin lepas. Waktu tu demam biasa je, tapi half day kat sekolah sensei dah suruh bawak balik. Angkutla semua sekali balik rumahkan. Lepas tu hari rabu macam dah kebah, Amni pulak demam. Memang anak-anak ni kalau salah seorang yang demam, semua takkan pergi sekolah. Hari khamis dah dua beradik ni nampak dah sihat macam biasa, so pagi jumaat tu hantar ke sekolah macam biasa. Tak sampai 1/2 jam kat sekolah, sensei dah call babah diorang kata yang Amni dan Faeiq demam lagi. Ambik bawak balik rumah, bentou pun masih panas lagila time tu:p..Lepas tu pergi jumpa doktor sekali lagi, Amni yang diambil sample mukus tu *dia kan tak tahan sakit, nangis beria-ia dia:p* rupanya infected with influenza B. So, bila ada yang infected dengan virus ni, Faeiq pun di diagnosed sekalila dengan inluenza B..Hari tu doktor nasihatkan tolong pantau keadaan anak-anak ni. Jangan biarkan melarat sebab takut infection kat otak pulak..Sangat menakutkan bila doktor cakap macam tu. * doktor tu siap cerita lagi ada kes yang sampai nak terjun dari tingkap sebabkan otak dia dah dijangkiti oleh virus ni*

Pagi ni pulak turn Faeiz yang demam, pagi-pagi lagi babah dah bawak ke klinik. Terus doktor bagi ubat tanpa ambik sample mukus pun. Amni dan Faeiq alhamdulillah dah sihat semula. Sekarang ni kena tengok-tengokkan Faeiz jela. Harap-harap Afiya tak kena pulak. huhu. Kalau kat rumah ni Amni je yang berdisiplin pakai mask, twin tu susah sungguh nak suruh pakai. Dah pakai sekejap, lepas tu dia putuskan la tali kat tepi tu..haisshh.

Oklah.asalnya nak update pendek je, tapi terpanjang pulop..Insya Allah, bila anak-anak dah sihat macam biasa dan mama dia pun dah bersemangat nak berblog saya update lagi ye..:D

Tuesday 17 April 2012

Diaper Keeper/ Clutch DIY

Salam wbt..Baru berkesempatan untuk update. Agak muakkan tengok nasi ayam ipoh tu.hehe. Saya pun agak malas nak update kalau anak-anak ada kat rumah dan ada pulak yang demam. Jadi, kepentingan anak-anak harusla didahulukan. Harap demam tu tak berjangkit pada yang lain pulak. 
Hari ni nak abadikan pulak kat blog kusam ni antara hasil dari aktiviti saya bila anak-anak pergi sekolah. Sebagai salah satu kenangan saya sepanjang berada di sini dan juga mungkin boleh jadi rujukan buat kawan-kawan yang hendak buat sendiri diaper keeper/clutch untuk anak-anak. Bagi saya, saya lebih suka mencari tutorial dikalangan minah saleh sebabnya mereka ni tak kedekut ilmu dan sanggup berkongsi berjenis-jenis tutorial. Yang takde mungkin tutorial nak buat baju kurung, baju melayu dan segala jenis baju kebangsaan kita kot..hehe
 
sebelum ada diaper keeper ni, tengokla beg saya tuh (picture kiri)
tapi, bila dah guna diaper keeper tu beg jadi sangat kemas..ekeke
dahla macam-macam ada dalam tu, lepas tu dengan diaper anak-anak lagi, wet tissue lagi..
sangat berserabut tau.kalau nak cari barang, agak susah di situ..huhu
diapers selalunya kena bawak dalam 4 keping..
2 keping untuk Afiya dan lagi 2 keping untuk twins..
ni selalunya mesti ada dalam beg tu la.
(abaikan kain yang kedut-kedut itu..agak malas untuk menggosoknya..:p)
sekarang saya tengah guna yang warna hijau tu..
warna pink + black tu saje je buat lebih, manala tahu boleh buat jadi hadiah bagi dekat orang ke kan..
hari tu bila buat lagi satu, Mr K tanya, "kenapa buat banyak-banyak?"
binik dia pun menjawabla soklan dia tu"senang, kalau tak tahu nak bagi hadiah apa kat orang nanti, boleh je bagi ni." 

last but not least..
Afiya..."malulah mama..janganla ambil gambar saya ni..":))
awww..geram mama dengan dia ni tau..makin banyak mulut..gigit dia..:D

Untuk diaper keeper/clutch ni saya ambil tutorial dari siniFollow je steps yang diajar tu, Insya Allah jadila diaper keeper yang kita nakkan. Cuma untuk ukuran saya tak ikut sepenuhnya, saya buat ukuran diaper di sini. Harap tutorial tu dapat membantu sekiranya ada yang ingin membuat sendiri. Insya Allah. Selamat mencuba..:))

Friday 13 April 2012

Nasi Ayam Ipoh

Salam wbt. hari ni kita makan nasi ayam Ipoh pulak ye. Walaupun dah lama masak ni, 3 minggu lepas kot tapi takpe, gambar tak basikan..hehe. Ini antara nasi ayam yang selalu saya buat selain dari Nasi Ayam Penyet tu..2 resipi je nasi ayam kat rumah ni yang boleh diterima oleh rakyat jelata. Kebetulan nak hidang untuk tetamu, bolehla ambik gambar terus..p 

kalau takde tetamu, memang tak dapekla letak timun tu macam tu..hehe
Resipi ni ambik dari rumah Kak Hana. Terima kasih kak. Memang dah dekat 3 tahun guna resipi ni je. Anak- anak suka!:)
Nasi Ayam Ipoh
source: Kak Hana
resipi asal: quinne

Bahan-bahan
BAHAN NASI
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
BAHAN SUP
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
BAHAN CILI
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
BAHAN KICAP
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
BAHAN TAMBAHAN
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara
  1. Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. Penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. Cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. Cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Thursday 12 April 2012

Ichigo Gari 2012

Salam wbt. Antara aktiviti minggu lepas. Ichigo gari (strawberry picking) boleh dilakukan seeloknya selepas habis musim sejuk. Kalau di sini dalam bulan 4 dan bulan 5 memang waktu yang sesuai untuk aktiviti sebegini. Pada tahun pertama kami sampai ke sini, kami pernah pergi sekali dan untuk tahun lepas memang tak berkesempatan memandangkan waktu itu baru je lepas earthquake dan tsunami. Kami pulak selepas tu terus dihantar balik ke Malaysiakan. Jadi, tahun ni nak pergi balik ke tempat tahun pertama tu dah tak ingat kat mana lokasinya, terpaksa pergi tempat yang baru. Mungkin bukan rezeki kami waktu tu, sebabnya buah belum banyak masak dan tak berapa nak manis. Memang sebelum datang dah telefon dulu ladang ni dan mereka pun kata buah dah banyak masak tapi rupanya kami tertipu..sobs! Takpe, Mr K kata hujung bulan ni pergi lagi sekali tapi kena cari tempat yang mula-mula dulu tu..

Untuk entry ini memang tak banyak sangat gambar buah yang memikat hati. hehehe.. Tak jumpa buah yang besar-besar dan masak sepenuhnya. Mungkin dah habis kebetulan waktu kami sampai dalam pukul 2 petang gitu. Apa pun yang penting ank-anak suka dan puas makan ichigo. Selalu kalau beli memang tak pernah cukup, kali ni makanlah puas-puas ye anak-anak..Budak-budak kan memang suka buah!..hehe.
 buah yang tak berapa nak besar dan belum begitu masak..
bagi saya rasanya agak tawar kalau nak dibandingkan dengan ladang yang pernah kami pergi sebelum ni..
harga pun saya rasa makin naik dari tahun sebelumnya..
adult: 1300 yen, kanak2: 500 yen..
dudukla selama mana kita nak duduk kat situ dan makanlah sepuasnya..:)
kalau kat sini cara orang Jepun makan ichigo adalah cicah dengan susu pekat manis cap kepala lembu..ekeke
memandangkan buah ni agak tawar memang sedap je dicicah dengan susu tu..
kalau dulu tak payah cicah pun takpe, sebab memang dah begitu manis sangat rasanya..
susu pekat tu dijual asing dengan harga masuk ke situ. 
Faeiz dan Faeiq makan tanpa henti..saya rasa memang puas sangat kot sampai bila ditanya nak lagi atau tak, diorang jawab dah tak nak dah..bagus:p
budak tecik ni pun sama..
sangat suka ichigo, bila nampak babah duk petik ichigo pandang geram semacam je..:p
saya rasa banyak jugakla dia makan lebih dari 6 biji..
Alhamdulillah, tak sakit perut atau masalah lain..:)
Amni dengan ichigo..
setiap seorang dapat bekas tu seorang satu..memang penuh di isi, dah habis pergi petik lagi..:)
perasan tak rambut Amni dah pendek?..
Mama terpaksa gunting sebab kalau pagi-pagi nak pergi sekolah mesti gaduh-gaduh dengan dia nak sikat dan ikat rambut tu..
tak tahu nak ambik gambar apa..kita ambik jela gambar lampu tu..:p
antara deretan pokok ichigo..
 
see..ada yang masih kecik dan hijau lagi..

*semalam saya tak tahu pun ada earthquake dan ada keluar amaran tsunami tu. bila dah pukul 10.30 baru saya tahu. memang sekarang jarang sangat belek fb dan tengok tv..sebelum tido tengok iphone, baru tahu apa yang terjadi..harap semuanya ok dan saya tahu macam mana rasanya bila kita berhadapan dan merasai gegaran yang kuat tu. menangis saya bila tahu Acheh sekali lagi ditimpa bencana sebegitu walaupun amaran tsunami di tarik semula. Ada jugak yang perasan, semalam adalah 11.4. kalau tahun lepas 11.3 di Jepun. Kebetulan tarikh tu sama walaupun bulan dan tahun yang berlainankan. Semoga kita semua di bawah lindunganNya.*


p/s: 2-3 hari lepas ni agak kemaruk duk melayan Kdrama.;p tu sebab kadang-kadang update kadang-kadang tak sampaikan apa-apa yang berlaku kat dunia ni pun agak lambat saya dapat tahu..teruknya saya ni..:(

Monday 9 April 2012

Mee Rebus


Salam wbt..mee rebus yang sedap.. Buat 2 minggu lepas, jadi memang ikut jela resipi tu. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk merasa mee rebus buatan sendiri. Dah lama simpan resipi ni, jadi 2 minggu lepasla baru terrajin nak mencuba. Resipi dari Kak Yatie, terima kasih banyak-banyak buat Kak Yatie sudi berkongsi resipi ni. 
Mohon izin buat Kak Yatie untuk saya letak resipi ni untuk rujukan masa akan datang. Terima kasih.
Mee Rebus Kak Yatie
source: Kak yatie


Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh ( buang ekor, celur dan toskan)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • Cili merah dan Cili hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)
*UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
  • 4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 tangkai cili kering *
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk kari daging *(* bahan2 yg perlu di kisar halus)
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya


Cara-cara

PENYEDIAAN AWAL
  1. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  2. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
  3. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi
UNTUK KUAHNYA
  1. Kisar bahan yang bertanda*
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  4. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  6. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  7. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS
  1. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  2. Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...

Friday 6 April 2012

Kek Batik Lapis

Salam wbt. mood sendu dan mendung untuk update blog macam cuaca kat luar..hehe. Ehem..ada yang rindu tak?.;p. Mesti muak tengok nasi polo tukan..Takpe, hari ni kita tukar menu kepada kek batik pulak ye. Nak jemput makan pun dah habis. Buat hari khamis minggu lepas, sempena ada tetamu nak datang lunch hari Jumaat lepas. Dah lama tak buat dan makan, bila pergi ke international shop ternampak pulak biskut marie. Beli 2 bungkus, sebungkus buat kek dan sebungkus untuk kanak-kanak ribena makan.
ehem..abaikan je rupa paras kek itu..
comot sungguh..hekhekhek
tak tahu kenapa ada telur rebus kat situ..
lupa apa motip letak telur tu..;p

Resipi ambik dari rumah Kak Hana. Terima kasih kak dan jugak buat penyumbang resipi. Sangat sedap dan pasti akan diguna lagi resipi ni.

RESEPI KEK BATIK LAPIS
resepi asal : wendyy@table2more @ hanamemories
olahan kedua : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.

Wednesday 4 April 2012

Nasi Polo dari Uighur, China

Salam wbt. Angin kuat yang lebih kurang sama macam angin taufan datang menyinggah Iwate dan sekitar Tohoku dari tengah malam tadi. Terjaga tengah malam terdengar angin ribut yang kuat, bergegar-gegarla rumah ni. Rasanya bumbung aparto ni macam nak tercabut dah. Sekarang ni dah ok sikit, angin pun dah tak kuat sangat macam pukul 7 pagi tadi..Alhamdulillah.

ni dari JMA: Japan Meteorology Agency
masih lagi ada weather warning (warna merah)..dinasihatkan duduk ontok-ontok dalam rumah..
tadi telepon Mr K pun dia cakap kena drive perlahan, sebab kereta bergoyang-goyang ditiup angin kuat..

Nasi polo tu kisah 2 minggu lepas. Kawan kami, Azimu-san jemput kami datang bertandang ke rumah dia. Baru berkesempatan datang walaupun dia dah ajak lama sungguh kot. Pergi melawat untuk tengok baby dan lagipun dalam minggu depan dia pun nak sambung phd kat Chiba Univ pulak. Pergi 3 beranak je, budak bertiga tu sekolah. Memang plan pergi bertiga sebab rumah dia kecik, so kalau nak bawak semua anak-anak takut macam tuan rumah tak selesa pulak nanti.
mula-mula sampai kami dihidangkan dengan ini..
saya rasa memang tradisi orang Uighur, 
bila ada tetamu datang rumah ini antara yang akan dihidangkan buat tetamu.
setakat ni 3 rumah kawan Uighur yang pernah kami datang ziarah, 
memang inila antara juadah yang akan dihidangkan..
picture from left to right:
walnut..sangat rangup..krup krap saya makan. 
kalau saya walnut ni digunakan bila nak buat cookies atau kek je..haha..
kanan ; atas ialah almond..siap ada kulit lagi..bersungguh saya memilih yang takde kulitnya..hehe
bawah ialah raisin..sangat sedap dan manis*mestilah manis :p*
semua ni memang di bawa dari Uighur, China.
lepas tu makan ni pulak..siap mereka bekalkan lagi untuk anak-anak. :D
sori, saya terlupa nama dia. kulit kuih ni macam kulit karipap..
goreng di atas kuali dengan minyak yang sedikit tak salah saya..
Ini jugak antara makanan yang mereka selalu hidangkan.
selalunya kalau Daigaku-sai (Univ festival), kuih ni memang ada dijual di gerai Uighur ni.
Sangat sedap dan inti adalah kamben..suka kamben.
Kalau macam yang selalu saya makan tu, intinya mesti ada sayur bayam, bawang dan lamb mince 
taraaaaaaaaa..inilah nasi polo..
Mr K dah selalu makan nasi ni kat surau. Memang antara menu yang dibuat oleh Uighur time iftar: nasi polo
Sebelum makan tu dia sesiap cakap dengan saya, makan perlahan-lahan, nanti takut cepat muak..haha
Nasi ni bagi saya manis dengan adanya raisin kat dalam tu, 
tapi disebabkan ada kamben bersungguh saya duk mengabiskan nasi sebanyak tu. 
Satu pinggan tu saya share dengan Mr K. 
Makcik tu siap bagi 2 spoon, suh makan dalam satu pinggan je kekdahnya.
Yang diorang pulak share bertiga satu pinggan ..
Nak masak dia pun senang je, lebih kurang kita masak nasi minyak rasanya. Tumis bawang (guna minyak sayur), lepas tu masukkan daging kamben, masukkan beras dan masak nasi macam biasa. Bila dah masak, keluarkan kamben dari dalam nasi tu, potong-ptong dan boleh dihidangkan macam yang dalam gambar tu..
ehem..gambar kami..saja je letak gambar yang senget macam ni, biar tak nampak badan sayakan..haha
terasa sangat kurus comel bila berdiri sebelah Raihan dan mak dia..huhu
Tinggi dan besarkan mereka ni..
Baby Aisyah sangat bambam..waktu lahir berat dia : 3.94kg..pitam saya dengarnya..
yela, mak dia pun besarkan, memang padanla dapat baby sebesar dan seberat tu.
Saya rasa baby Aisyah berat dia lebih kurang sama je dengan budak kecik lagi sorang ni ha..
Sibuk nak tengok baby, tapi bila orang pegang dia mulala menggelabah cari mama..:p
hadiah yang sempat saya jahit pagi tu.
Diaper keeper for Aisyah-chan.
nanti entry lain saya tunjukkan hasil diaper keeper yang saya buat.:))



Monday 2 April 2012

Afiya # Cerita bulan lepas

Salam wbt. Baru nak update kisah Afiya, bulan lepas asyik terlupa je. Gambar kat bawah ni gambar minggu lepas, hari khamis. Waktu ni campak/ruam dia baru nak keluar. So, pepagi tu dah pergi hospital, kononnya nak ambik ubat sapu. Kesian tengok dia, macam tak selesa asyik tergaru-garu. Benda tu kan macam miang-miang kot, jadi selalu la dia asyik menangis dan merengek. Bila dah jumpa doktor, doktor pulak kata ni bukan campak *walaupun saya tahu itulah adalah campak, pengalaman anak sebelum ni kan..tapi, yela,dah dia doktor dengar jela cakap diakan..;p* . Bila dah kata bukan campak, takdela dapat ubat sapu untuk ruam tu. Balik rumah macam biasa, tapi kena mandikan selalu dari biasa. Esoknya tengok dah keluar kat kaki pulak..Alhamdulillah, sekarang dah genki (sihat)..

 tergaru-garu dia waktu ni.
ni dalam quarantine room..
nurse sesiap letak kami dalam ni, takut penyakit berjangkit..
 garu-garu lagi..
 lagi..
 dan lagi..hehe
mata pun sembab je 2 hari tu..

close up..ni hari jumaat..
dah keluar semua..tido pun sekejap-sekejap je..:(

waktu ni mama tengah sibuk nak siapkan hidangan 
untuk tetamu yang nak datang lunch, 
dia pun sama nak menolong jugak..haha
bila mama larang, nangis...berjuraian air mata..
sekarang memang macam tu, tak boleh ditegur, konpem nangis tersedu-sedu.
kalau nak dukung, tapi mama buat tak tahu je pun menangis tersedu-sedu..
babah tolong dukungkan pun still takmo jugak..anak manjakan..:))

Update untuk bulan lepas.. setakat minggu lepas berat turun sebab demam lama tu kan, takda selera nak makan langsung. berat: 6.67kg..sangat ringan dan kecik. Sebelum demam selera makan sangat baik, semua orang makan dia pun nak jugak. Selalunya mama akan bagi senbei je untuk dia kalau benda yang kami makan tu dia tak boleh makan kan. Kalau buah tu, bagi je makan semua.

Sangat suka makan ichigo (strawberry). Kalau dah habis sebiji, kena cepat-cepat bagi yang lain. Kalau tak menjerit nangis-nangis nak lagi. Kalau makan mikan (orange) pun sama jugak. huhu


Setakat bulan lepas (8 bulan) dah boleh duduk sendiri dan kalau berdiri tu dah boleh berjalan sambil berpegang atau berpaut pada meja. 


Sangat suka tengok Dora The Explorer dan Team UmiZoomi. Apa yang orang lain main, dia pun nak main jugak..


Okla..itu je kot hari ni. Update ni pun buat cepat-cepat, twins tak berapa sihat. Dah beberapa hari sakit perut, asyik terber- ber je..kadang-kadang serentak pulak tu, agak pitam di situ bila nak membasuh nya..haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...