Pages

Tuesday 23 August 2011

Rayo...balik kampung..ooo..balik kampung..

Salam wbt..haha..tajuk tak tahan deh..Tapikan sebelum tu nak war2 kan sikit ni ha..kawan sayakan, Kakak As ada buat GA tau. Jadi, kepada sesapa yang nak dapat subenir yang menarik dan best2 dari Korea dan Jepun, pi la join GA yang dibuat oleh beliau dan link ada kat sini ye..

Jom berbalik pada tajuk arini. Baju rayo saya dah lama siap. Waktu balik bulan 1 aritu kakak saya dengan bermurah hatinya buatkan baju raya saya sebanyak 3 pasang..muahaha..terasa seperti kecik2 lagi la pulakkan. Yela, adik bongsu meh, mestila semua benda kakak nak bagi. Tapi, tuk Mr K dan anak2 memang tak beli yang baru pun. Memang kitorang dah plan taknak buat baju raya tahun ni tapi tula dah rezeki sayakan, dapatla 3 pasang..makcik kayo..:)

Kuih rayo? Dengan bangganya saya nak bagitau saya dah berjaya buat kerepek gunting semalam..haha. tapikan dengan pertolongan adik2 dara kat sini. Lagipun diorang willingly nak buat jugak, kununnya nak rasala suasana hari rayo tu kekdahnyakan..Tula, nasib baik ada adik2 ni, sebabnya saya baru buat sikit je, Afiya dah hek hek (read:nangis)..Jadi, semalam keje saya hanya menguli tepung jela..yang lain semua adik2 manis tu tolong buatkan..Terima kasih ye adik2 manis sekalian..hehe

Lagu rayo? Baru seminggu puasa aritu Mr K dah pasang lagu rayo..Tensen je mak..Sajala kununnya nak sakat saya ni. Actually, saya ni jenis tak kisah pun sebenarnya raya kat mana. Bagi saya yang penting bersama keluarga kecil saya ni pun dah cukup. Tapi, kalau dapat berkumpul dengan family besar sebelah keluarga saya lagi bestkan gamaknya. Haritu waktu mantai (1hari sebelum berpuasa), ramai tau adik beradik saya yang balik..Siap buat lomang jugak tuh. Jeles saya bila tipon dengar riuh suara diorang duk borak2..Ni rayo ni pun mak saya kata buat lomang lagi..uwaaa..nak makan lomang jugak.(walaupun saya tak berapa suka). Bulan puasa ni jugak merupakan tahun ke 8 arwah abah meninggalkan kami semua. Arwah meninggal pada 10 Ramadhan. Semoga arwah berada dikalangan orang2 beriman.

Eh, tadi cerita lagu rayo kat atas nun..Kalau korang nak tahu, punyala banyak lagu rayo kat Malaysia kan, Mr K pilih lagu ni tuk ditujukan khas tuk saya. Memula dapat email dari dia, wah excited sungguh la nak dengar lagu rayo dia bagi tuh. Tup2 bila tengok ini la lagu rayo yang dia bagi....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

uwaaa.. tensen je saya waktu tu.
punyala berkobar2 nak nyanyi lagu rayo yang dia bagi..hehe
waktu ni kami baru bertunang dan dia pulak kat Germany..
so, setiap kali dengar lagu ni mesti teringat suasana hari rayo 6 tahun lepas..

Oklah..itu je entry yang tak berilmiah tuk hari nih. haha..macam la selama ni berilmiah ye. Tajuk tuk balik kampung tu takde kena mengena pun..saja je propa lebih. Kami dah tak mampu balik kampung dah. Baru duk 2 tahun kat sini, kami dah balik kampung 3 kali. Lepas ni kalau nak balik kampung pun, tunggula balik for good nanti. Lagipun, anak dah bertambah, so duit tiket kapal torbang pun bertambahla gamaknya..
daaa..Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan selamat balik kampung..

Wednesday 17 August 2011

Berpantang..

Salam wbt..Hari ni nak cerita menu sepanjang saya kat hospital. Hehe..dah sebulan bersalin baru nak ceritakan. Malas yang amat sekarang ni nak update blog walaupun takde keje nak dibuat..Eh, jap jap..esok saya dah 40 hari..dah habis pantang Insya Allah..:))

ni lunch tuk hari saya bersalin tu.
walaupun takde selera kena gak makan.
habis jugakla setengah mangkuk
yang lebih tu Mr K la yang makan..

tuk 2 gambar kat atas nun
lunch 1st day selepas bersalin..(ada udang dan scallops)
haha..kalu kat Malaysia konpem takdenye hidangan camni meh
dan mesti tak berani nak makan
tapi, kat sini..
saya makan je..
Alhamdulillah, takde gatal2 pastukan..

yang bestnye mesti ada miso shiru tuk setiap hidangan tuh
(saya sampai sekarang tak penah buat miso shiru..tak tahula pandai buat atau tak..haha)
bekpes memang makan nasi..
lunch pun nasi
dinner pun nasi..
dan lagi bestnye saya sungguh berselera makan sepanjang duk hospital nih..
selalunya saya bila makan beras Jepun ni agak susah nak habiskan semangkuk tuh:(

ni pulak congratulory meal..
sangat sedap - time tu jela..
sekarang kalu suruh makan,belum tentu dapat habiskan semngkuk tuh..haha

Mr K pulak akan datang dalam kul 11 pagi tuk hantar lauk (lauk je pun)
selalunya saya akan makan sama2 dengan lauk yang dia bawak..
kat dalam bekas pink tu salmon goreng halia..
sangat sedap..8-))
sepanjang berpantang lauk yang dia masak:-
daging goreng halia..ayam goreng halia + b/pepper..ikan kukus.

pihak hospital akan tanya tau apa yang kita boleh makan dan yang tak boleh makan..
jadi, tuk lebih selamat, kami bagi jela list nih..
Alhamdulillah orang Jepun ni memang jujur..
Kalau macam benda tu ada sedikit keraguan kat diorang, diorang akan datang tanya kita balik boleh tak makan benda2 nih..(ni pasal susu Afiya..tuk hari ke 2 dan ke 3 dia kena minum Formula Milk)

Wednesday 10 August 2011

Tiga Ef..

Salam wbt..tak tau nak cite ape tapi rasa nak buat sesuatu kat blog nih. Penat tapi takleh tido sebab Mr K dan Cik Muna ke surau. Anak2 yang besar ni domam la pulak, kang kalau saya tido kang, takut tak sedar langsung lakkan..Buatnye diorang nangis ke, demam panas sangat ke..Kang sapa yang susah, saya dan suami gak..

Rindu dengan budak bertiga ni. Sebelum ni, sejak ada Afiya agak kurang jugakla masa bersama dengan diorang. Tapikan, bila diorang demam ni, Afiya macam baik2 je. Asyik tido seolah-olah bagi peluang kat saya tuk menjaga abang2 dan kakak dia. Suka2..Saya jaga diorang waktu siang sampai babah diorang balik terawih. Dah habis terawih sampai ke pagi pulak tukar shift dengan Mr K..tak larat mak nak jaga tengah2 malam..pitamss..

ni gambar waktu tengok tulip dulu..
haha, gila lama peram..
sib baik tak boleh basikan.

suka tengok diorang waktu ni..
tengah main kejar2 dengan babah diorang..

tetiba Faeiq jadi macam retis boliwud la pulak.
siap peluk pokok tuh..
rasanya kami ni bukan peminat cite boliwud pun.
retis boliwud pun kami tak kenal..
haha..ok tipu..kami kenal sapa itu SRK.
itu jela kot..adela sorang dua lagi agaknya..

Faeiz..
agak meragam dan agak naughty jugak akhir2 nih..
ermmm..:(

main nyorok2 dengan babah pulak.

Faeiz yang kena dulu..
muka tercengang pasal tak tahu main sebenarnya..haha

bila turn babah yang menyorok
bole la pulak budak bertiga ni tak jumpa babah
padahal babah dengan pokok tu sama saiz je rasanya..haha
ampun bi..hik3

p/s: suka dengan bau anak2 ni..kadang2 agak obses dengan bau diorang, sedap tau..haha..setiap orang tu bau diorang lain2. cuma kalau diorang bau balik sekolah tu, saya tak suka bau tuh..bukan sebab busuk or bau peluh ke ape tau, tapi ada macam bau lainla..saya tak suka..oklah, dah macam saya sorang je ada anakkan..hehe

Friday 5 August 2011

Si suami dan si isteri..

Salam wbt..kisah suami dan isteri..di dalam quarantin room/waiting room, menunggu masa untuk bersalin.

Sewaktu si isteri tengah bertarung dengan sakit nak bersalin dan si suami pula duduk di tepi katil si isteri sambil mulut tak berhenti membaca ayat2 suci Al Quran dan tangan memegang erat tangan si isteri..tetiba si isteri berkata:-

si isteri: bi, lepas ni bole ke kalau kita taknak mengandung lagi?
si suami: bole..tak kisah pun..lagipun kesian awak sakit sangat ye..
si isteri: betul? awak tak kisah?
si suami: betul..tak kisah pun.
si isteri: tapi awak janji ye jangan kawin lain..
si suami: hahaha..(read: ketawa besar)..ye, kita janji tak kawin lain..

mid wife yang ade di dalam bilik tu pun terkejut beruk dengar ketawa si suami tadi lalu busy body bertanya kenapa ketawa (tapi si suami hanya menjawab takde pape, jangan menyibuk..haha, itu tipu je) dan muka si isteri nampak berpuas hati dengan jawapan si suami..

tetiba...

si suami: tapi, kalau awak meninggal, kita kenala kawin lain..sapa nak jaga anak2..

terus si isteri mengerang kesakitan tanpa sempat membalas kata2 si suami tadi..dah hilang rasa sakit si isteri sambung balik..

si isteri: tapi, kalau kita tak meninggal, awak tak kawin lainkan? (read:muka cuak)
si suami: ye..kita janji tak kawin lain..


-
-
-
-
-
-
-
-
-
muahaha..motip nak share cite nih?haha..sebenarnya bila diingatkan balik waktu tu memang kelakar sangat situasi ni..yela, tengah sakit2 bolela saya bercakap pasal benda nih..Bila dah balik rumah saya ungkitla cerita nih, saya gelak2 la kan..kononnya barula terasa agak tak sesuai dan malu soalan macam tu keluar pada bukan waktu yang sepatutnya..Tapikan, Mr K tak terasa pun benda tu kelakar bila saya ungkit. Dia kata kali ni dia dapat tengok dari awal hingga akhir saya sakit nak bersalin tuh..so, takde yang kelakar pun..ecece..terharu saya hokeh. Sentiasa berdoa Mr K kotakan janji dia..8-))

p/s:last weekend pi jusco,ade satu butik jual designer beg ni..naik juling mata tengok sale up to 60 persen..nak henbeg ape: gucci, lv, prada, marc jacob, ntahla yang tak bese nampak pun ade gak..sume adela, tapi xsume la less sampai 60 persen tu..yang tu coach je, yang lelain ni adela setakat 20-40 persen..:p

Wednesday 3 August 2011

Caca Merba 2..

takde motip letak gambar ni..kata pun caca merbakan..^~^

Salam wbt..Selamat menyambut Ramadhan kepada semua. Alhamdulilah dah masuk hari yang ke 3 kan. Cuaca kat sini pun sedap jek. Mendung dari ari Isnin lepas kadang2 tu ade hujan lebat jugak. Memang tido tu pakai selimut bagai dan tak bukak kipas langsung. Angin tu sejuk sangat, rasa macam dah masuk autumn je..haha, ok tipula tukan..tengah summer ni autumn mendanye tak.

Sekarang tengah tunggu hari nak habiskan pantang..18hb ni cukupla 40hari..yeayyy,bole makan pisang dah..haha, saya suka sangat makan pisang, tapi tengah berpantang ni orang2 tua kata tak elok makan sebab dia sejukkan. Tembikai ade jugakla saya curik2 makan tapi itupun berani makan waktu siang je. Ala, makan sikit je pun,kan tengah mendung ni,kot panas berdenting mahu gakla makan banyak..Tu bab makan2 saya berpantang 40 hari, tuk bab lain tu nak pantang 100 hari..haha,bole?

saya suka gambar nih..

Ok..kita cite pasal baby Afiya pulak..Nextweek dia dah sebulan..sekejap jekan. Setakat ni takdela dia meragam bagai, setakat nangis nak susu jela. Tapi, kalau dia dah berjaga tu, memang tak bole buat keje lain. Sebab dia akan menyusu..menyusu dan menyusu..Saya masak tuk berbuka pun waktu tengah hari..sambil tu bole saya makan sekali.hehe..ye,saya berharap nextweek saya dah bole berpuasa, kot tak ,pengsan saya nak mengganti banyak2 hari..Afiya jenis yang tido lama tu dalam pukul 11-1pm..Jadi, nak mandi,nak masak bagai waktu tula. Kalau petang, memang tak dapekla. Sebab dia akan berjaga dari pukul 4-7pm..yang ni memang berjaga betul..kot tido pun,sekejap2 je..Tu memang takleh masak waktu petang, takut ade yang buka makan maggi je..

Setakat ni pantang pun tak macam pantang kat Malaysia..Kan dulu saya ade beli set2 berpantang tukan, ha sampai sekarang botol ubat2 tu pun saya tak bukak lagi. Hari tu nak makan takut, yela Afiya kan baru je kuar hospital takutla pulak kot tak serasi dengan die nanti. Saya kan BF die..Pastu ubat periuk, teh herba bagai tu memang tak usik lagila. Semalam nak makan dah, tetiba takleh bukak la pulak penutup botol tuh..haha, simpan balik..nak suh Mr K buat,asyik terlupa je.kihkihkih..macam2 alasan kan..Hari tu baru 5 hari bersalin saya dah kuar gi shopping. Entah, waktu tu rasa macam kuat je, bila balik rumah, terus lembik,cepat2 makan ubat panadol. Lagi ape ye?ha, belum cukup 10 hari lagi saya dah bawak Afiya makan kat Marumatsu..hehe.waktu ni Mr K yang ajak, saya ikut jela..Dan seterusnya la..setiap minggu keluar..Bagitau jugakla kat mak saya, dia tak kisah pun, sebab kalau sakit tanggung sendirik. Alhamdulillah, takde demam atau bentan..

Oklah..nanti cerita lagila kan..Saya nak kongsi cerita pengalaman bersalin pulak..nanti2 ye..nak pi buat cucur badak. Hajat dihati nak buat badak berendam, rupe2nye, tepung pulut takdola pulak,uwaaa..ika, tak dapekla kita nak makan badak berendam macam ika buat semalam tuh..sob..sob..sob..terus tukar ke cucur badak..asalkan ade nama badak pun bolela kan.


capsicum di atas adalah pemberian oyasan(owner/land lord)
dia sangat baik..selalu bagi kami makanan
cth: sayur bayam, beras, buah..
tapi, kalau capsicum sampai 20 biji dia bagi, mahu bertukar bau badan jadi bau capsicum je..
dah la besar2, jadi panjang2kanlah sedekah ni ke orang lain..
lainla boleh buat jus ke..kek ke..kuih ke ..
apa2 pun::arigatou gozaimas::
ye, saya tahu dia tak baca belog saya, kot baca pun bukannya pahamkan..haha

DSC_1801
Tuna Puff Segera
ni pulak buat sebelum bersalin aritu..
nampak Kak As buat, terus terliur..haha
entahla,saya pun tak tahu kenapa setiap kali nmpk Kak As masak, mesti saya teringin sangat..
resipi ambik dari rumah Ros sinun..
saya suka nih..dah buat dua kali, sedap sangat..senang pun senangkan..
terima kasih ye ros..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...