Pages

Wednesday, 30 May 2012

Kuih Talam Gula Merah

Salam wbt. Juadah untuk minum petang. Kuih talam gula merah kegemaran sekeluarga. Anak-anak saya kalau buat kuih ni mesti diorang cakap mama buat kek!.hehe. Penatla ajar twins tu, ini kuih bukan kek tapi still diorang nak panggil kek jugak.yolah, kek pun kek la. Twins ni ingat yang gula merah tu adalah coklat..:p


Terima kasih buat kak yatie di atas resipi yang sedap ni. Memang kena dengan selera saya dan nak buat pun agak mudah. Banyak kali buat tapi asyik jela terlupa nak abadikan kat sini. Last week buat sekali lagi baru teringat nak ambik gambar.

Kuih Talam Gula Merah
source: Kak Yatie


Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur *tak letak*

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong. 

12 comments:

Acik Erna said...

salam kamalia..kuih talam dah sampai jepun ye..acik sedang berangan nak buat kasui panda..tapi tetap la berangan..belum jadi kenyataan.

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.wah nampak sedaplah..hehe.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

Hanis MY said...

suka2 terus terasa cm nak buat tapi tk kompiden la pulak...

Amie said...

Lawa... kemas aje potongannya! lembut tangan dia he he hehh

FnF Simple Life said...

aduh sedapnya... teringin nak mkn tp hubby n anak2 tk berapa sgt kuih2 tradisi yg manis2 gini...sy je yg suka...pos ke chiba sepiring...ngeee

Nur-nba said...

Bagus anak2 suka makan kuih tradisional.. Nampak sedap.. Yummy.

LYAfrina said...

lya x pnh lak jumpa kuih talam ni

Shahriah Abdullah Novelis said...

Bestnya ada twins! kuih talam tu memang sedap.. tak pernah buat.. beli aje ehehehe

Norzie hany said...

Dah lama tak makan talam gula merah ni...sedapnya terliur sudah.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

kuih talam ni peberet bonda saye..tq for sharing..kot2 nak seprise mak buleh la buat kuih ni... :)

Lady Lavender said...

tetiba teringin la pulak nampak kuih talam lia...(besar betol pengaruh gambar makanan di pada saya. Pantang tengok teringin aje eheehe..)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kueh ni ai bikin masa bulan poser jer uols...nangesss hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...