Pages

Tuesday 31 July 2012

Tepung Pelita

Salam wbt. Tepung pelita pilihan ramai pada bulan Ramadhan kan. Buat hari jumaat kot, gara2 tengok Izahdaut duk tayang gambar tepung pelita ni la. Saya tak pernah buat rasanya, jadi bila buat tu saya guna je la resipi asal. Resipi ni memang senang dan sedap! Satu adunan tu rupanya dapat banyak, dahla laki tak de kat sini kan, saya la yang terkulat-kulat duk ngabih kan kuih ni..hehe. Dah bagi jiran pun masih banyak lagi, anak-anak tak nak pulak..sobs..Takpe, next year, kalau panjang umur beli je la kot..kalau setakat kami berdua je nak makan, baik beli..haha(dasar pemalash!)
ini je bekas yang ado di rumah saya 
nak keluar beli bekas semata, laki takde pulakkan..
guna jela bekas apa2..;p
resepi: kak Yani @myR
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. 

Monday 30 July 2012

Trip To Hokkaido: Furano (Lavender Farm) Part 1

Sambung lagi trip to hokkaido..orang lain sibuk update gambar iftar masing-masing, yang saya sibuk duk update cerita jalan-jalan ni..Kena update cepat-cepat, takut lepas ni terlupa apa-apa yang patut ke kan..
Actually perjalanan kami ke sini dalam tengah hari jugak. Sebelah pagi tu kami pergi ke Asahikawa untuk lawatan sambil belajar ke Asahiyama Zoo, semata-mata nak tengok polar bear. Kami ni memang kalau berjalan mana-mana mesti kena pergi tempat untuk anak-anak jugak. kesian kot tengok diorang ikut kita ke tempat yang mungkin bagi kita menyeronokkan tapi bagi diorang mungkin sebaliknya ye dak? Pagi-pagi dah bertolak ke zoo, spent time dalam 3 jam lepas tu baru kami gerak pergi ke Furano.

Furano memang syurga lavender dan bunga-bungaan yang lain. Sesapa yang pergi ke Hokkaido waktu summer, harus terjah ke Furano. Kalau tak pergi memang bagi saya agak tak berbaloi sebenarnya pergi ke Hokkaido tu. Itu bagi saya tau, lain orang lain pulak pendapat masing-masingkan. Kalau nak diceritakan once kita dah masuk ke daerah Furano ni, di tepi-tepi jalan tu memang banyak sungguh lavender. Jap, perjalanan dari Ashikawa ke Furano mengambil masa lebih kurang 1 jam sepatutnya. Tapi memandangkan kami datang memang peak season lavenderkan, rasain..dekat 20km kereta beratur panjang sungguh. Tapi bila kita dah masuk ke Biei, traffic dah ok. So,dapatla teruskan perjalanan ke Furano dengan senyuman lebar..eceh.;p haha

Farm Tomita
masuk percuma sepanjang tahun
antara salah satu ladang bunga yang terbesar di Hokkaido
ni gambar dari dalam kereta, baru sampai tengah cari parking..
tak sangka la pulak bila kat sini ada jugak yang berperangai suka pentingkan diri sendiri..
maybe sebab parking penuh, so diorang dukla parking kat tepi jalan kiri kanan..

Rainbow fields
ni adalah pokok gandum yang masih muda hijau lagi..
rainbow fileds memang ditanam dengan tujuh bunga yang berlainan
antara main attraction di Farm Tomita ni..
saya rasa kalau tunggu lagi 2 minggu mesti bunga ni lagi cantik 
rainbow fields tu memang akan nampak lebih cantik dari yang ni..hehe
breathtaking!
Masya Allah..purple mata hitam ku jadinya..;))
abaikan pelakon tambahan di bawah itu.
gambar ni diambil dari atas
di situ ada tower untuk menikmati permandangan ladang ni dari atas pelantar 
subhanallah! memang sangat cantik
lavender akan mula berkembang pada penghujung june dan reaches its peak around mid July to
early August 
priceless.:))
sibuk masing-masing nak makan aiskrim lavender..
tak tahula sedap tak sebab saya bukan suka sangat makan aiskrim.hehe
absolutely gorgeous!
the thinker;p

..
lovely!
skuter warna purple..huhu

Ok itu je update buat waktu ini. nanti kita sambung ke part 2 pulak ye. For those yang nak ke Furano dan nak menikmati keindahan bunga lavender dan bunga-bunga yang lain boleh tengok di link ini. Website ni memang khas untuk lavender farm dan kita boleh pilih kita pergi ke farm mana. Macam saya hari tu kononnya lepas pergi  Farm Tomita ni ingatkan nak pergi ke Saika Farm for lavender picking experience. Harga yang ditawarkan sangat murah(700 yen) dan kita boleh petik seberapa banyak yang kita nak. Tapi, memang takde rezeki sebab kat sini je dah spent dalam 3 jam jugak..

Saturday 28 July 2012

Cucur badak, Roti Jala

Antara juadah kuih yang saya sempat buat. Cucur badak dan cek mek molek saya buat hari pertama puasa. Kebetulan hari tu saya host iftar untuk nisa' di sini, dah alang2 tu buatla kuih sekali kan.  Hari tu ada jugak saya buat ayam percik tapi terlupa nak ambil gambar. Untuk inti dia saya ambik resipi di myr je..Cek mek molek pulak dibuat khas untuk kanak2 ribena..hehe. Terima kasih buat penyumbang resipi, kali ni baru rajin nak letak resipi..huhu, sebabnya tiap kali nak buat kena google dulula..maleh saya dah pasni.
maafla ye..gambar ni je yang ado,bolehla kan..

Cucur badak.

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )


 utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam


utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan Gula

Cara-cara
  1. untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit
  2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
  3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
  4. letakkan inti dan tutup kembali
  5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap

Roti Jala aku yang kesunyian..haha
ni pun resipi kat myr jugak..jap ye,saya bagi link..ni resipi dia..sangat lembut sampai ke pagi esoknya..


Diari Ramadhan..

Salam wbt..diari la kononnya.haha..serius, rindu sungguh nak berblog dan blog walking ke blog kawan-kawan. Mesti ramai yang malas nak datang sini dah. Padan muka kamalia.!;p


Tetiba bulan posa ni jadual saya memang padat sungguh.(poyo sungguh kan..haha). Memandangkan terpaksa jadi ibu tunggal selama 9 hari dari mula kita berpuasa hari tu sampaila hari ahad esok. Memang kadang-kadang tu rasa tak cukup nafas tau. Kalau pagi tu dah bagi anak mandi dan makan, lepas tu ada sesi untuk penambahan rohani saya pulak. Lepas tu layan si kecik tu pulak. Lepas tu bagi /masak lunch untuk bebudak pulak. Untuk lauk berbuka saya, saya masak terus tengah hari tu. Lepas tu kena layan bebudak ni lagi. Buatla aktiviti apa2 kalau time saya malas dan penat, saya biarkan je diorang main. Since twins ni tak take nap, jadi dalam pukul 6 petang dah tido tapi pukul 5.30 pagi dah bangun balik. So, boleh bayangkan la macam mana ting tong kepala saya jadinya. Kadang-kadang, memang dapat tido dalam 3-4jam je. Pastu hari tu anak-anak pulak demam, lepas tu saya pulak demam. hehe. tapikan, sebenarnya bila dah dalam situasi macam ni, saya tak sangka saya boleh handle semua ni tau.;p


Kalau macam saya ni pulak jenis cepat lembek. Memang dari kecik, kalau berpuasa je, petang lepas asar saya akan jadi lembek. Sampai sekarang tau. Itu yang saya kena masak tengah hari macam biasa, sebabnya kalau masak lepas asar kadang-kadang rasa nak pitam. Kalau setakat nak goreng kuih ke, masih larat lagi nak berdiri tapi jangan kena masak lauk semua time tu. Memang rasa sesak nafas jadinya. Tapi memandangkan yang saya ni kena masak untuk berbuka untuk saya seorang je, kadang-kadang buat la nasik goreng pemalas atau bihun goreng pemalas. Laki takde kat rumah best jugakla takyah nak kena pikir nak masak apa tapi ada jugak yang tak bestnya..saya tak berselera nak makan sangat. huhu. Bila timbang berat saya hari ke 6 berpuasa tu, berat dah turun 2 kilo.muahaha..tanjat maimon time tu tau..hahah. yela, selalunya kalau nak turun sekilo pun bukan main payah tau! Maybe sebab penat kena layan anak sorang-sorang jugak kot..


Target tahun ni tak nak buat kuih raya.eheh.. tak mo pikir pasal kuih raya ke..langsir raya ke(tetiba nak pikir pasal langsir pulak. memang selama ni pakai langsir yang sama  je kot..;p)
.Eceh, berlagak tak nak pikir pasal kuih raya konon padahal sebenarnya Mr K dah sesiap beli kuih raya pastu kakak saya pun banyak jugak kirim kuih raya. Yang penting tart nenas sebalang dia kirimkan. Alhamdulillah..rezeki.rezeki.. Terima kasih kakakku! i lap u..


Saya takde pun post lagi gambar masakan kan.sadis! yela, setakat masak nasik goreng takkan nak letak kot.;p


Oklah..ni nak siapkan entry tuk seminggu..(kononnya la..harap2 kerajinan tu ada..hehe)





Friday 27 July 2012

Sambil..sambil..Daurah Ramadhan

Salam wbt. Alhamdulillah, hari ni hari ke7 kita berpuasa pada bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini.

Sekadar berkongsi sedikit apa yang baik untuk kita semua. Ustazah Norhafizah Musa pada slot Raudah Ramadhan (Kursus Ramadhan).Saya kongsikan yang ini sebab banyak sangat ilmu yang dikongsi untuk semua yang boleh kita praktikkan untuk keluarga kita dan diri kita jugakla terutamanya pada bulan Ramadhan ni. Sedikit sebanyak dengan ilmu yang dikongsikan ini dapat kita ikuti dan amalkan buat selamanya. Insya Allah. Jom dengar!

Daurah Ramadhan 1


Daurah Ramadhan 2



dari uploader yang sama jugak, memang banyak ceramah dari Ustazah Norhafizah yang kita boleh dan hayati.  Semuanya dari yang sebelum-sebelum ni. Jadi bolehla kita dengar sambil buat-buat kerja rumah tu atau tengah update blog kan..

Selain itu , ada jugak link yang saya nak kongsikan di sini. Ini semua dari ikimfm. Jadi, kita boleh pilih nak dengar ceramah dari siapa dan tajuk. Insya Allah, sangat bermanfaat.

thanks to kak ira dna hanisah banyak berkongsi ilmu..jzkk.:))

Tuesday 24 July 2012

Trip To Hokkaido: Otaru

Update jalan-jalan di Otaru pulak. Otaru sebuah bandar pelabuhan kecil di utara barat Sapporo, kiranya kalau dari Sapporo dalam setengah jam sahaja. Kalau kita tengok pun di sini building yang dibina banyak jugak mengikut European influences. Boleh klik di sini untuk mengetahu lebih lanjut tentang Otaru.

Perjalanan kami dari Hakodate ke Otaru mengambil masa lebih kurang 4 jam 40 minit. Kami ikut jalan Hokkuaido Expressway (Mori-Sapporo). Waktu kami pergi ni kereta takdela berapa banyak sangat walapun di sesetengah tempat jalan hanya ada satu lane saja. Permandangan sepanjang ke Otaru Masya Allah, sangatla cantik. Lalu tepi gunung-ganang dan kalau kita boleh lihat jauh ke tepi sikit tu boleh nampak laut yang terbentang luas. Memandangkan yang Otaru ni lebih kurang setengah jam sahaja dari Sapporo, jadi kami memang bila lalu expressway tu kami skip Sapporo dulu terus ke Otaru.

Bila sampai je di Otaru, mak ai..orang macam semut duk hurung gula..haha. Ok,takdela ramai sangat tapi bila nak ambil gambar tu agak susah sebenarnya. hehe. Tujuan kami ke Otaru nak lihat sendiri Otaru Canal selain nak jugak lihat Steam Clock. Tapi, at the end kami tak dapat pun pergi ke Steam Clock tu memandangkan anak-anak dah tak larat nak jalan.huhu..memang sakit kaki berjalan sebenarnya.. Oklah, jom kita tengok gambar pulak. Tak tahu saya nak becerita tanpa gambar..;p





memang niat pergi sini nak tengok canal ni je..hehe
tapikan, view waktu winter lagi cantik sebenarnya tau..cuba korang google,mesti terpegunkan..
tapi, sapala sanggup nak pegi sini time winter pastu nak kena keluar malam-malam pulak tu..
mak tak sanggup nak bekukan badan..;p


akhirnya dapat jugak saya ambik gambar reflection macam ni..eheh;p
selalunya saya duk tengok dari IGer ni tau, gambar dia sangat cantik dan kalau gambar reflection tu memang amazing sangatla..
ok, saya tahu gambar saya tak secantik macam yang dia ambik..haha
kat sini ada jugak terjumpa Indonesian.cuti2 jepang..
tapikan time saya pergi ni ramai sungguh orang Cina dari tanah besar..bising teramat tau!

eceh, kononnya nak tiru macam mamat wisslaren Sweden..kahkah.
mesti korang cuba nak telengkan kepala nak tengok betul2 kan..tak yah, kat bawah ni ada..hehe
ok, ni gambar yang tak menjulingkan mata macam kat atas nun..
kali ni tak naik pun bot..maleh la, lagipun setakat lalu tengok gudang lama ni je pun..
yang bahagian tepi ni semua adalah gudang lama )kalau salah sila betulkan..;p)


ni building apa ek?lupa lah..
hotate @ scallops..
sekor 250 yen, nak bakar tu sila cakap tak nak syoyu(kicap) ye..
manis yang teramat, terasa kesegarannya..eceh,nyampah;p
penat melayan kerenah mak bapak..haha
oh, yang ni kami di Sakaimachi Street..
di sini orang pun ramai sungguh dan kebanyakkan banngunan semua ikut western style..
sepanjang jalan ni macam-macam souvenir yang dijual..
nak glass yang cantik2 kat sini boleh dibeli, siap ade glass workshop lagi..
time ni saya memang tak sempat nak ambik gambar, Afiya tidor kena dukung dia..
tak nak langsung naik stroller!

penat ke?hehe
ni kat tepi canal tu adalah statues ni..abang dengan adik kot.
tak sempat pulak nak baca sejarah dia..(malas sebenarnya!)

 adik beca..adik beca di tengah jalan..
kebanyakkan penarik beca di sini adalah part time student..
sangat gagah tau diorang ni..yela, kuat kot duk tarik Mr K yang berat melampau ni..haha

 kat sini jugak banyakla pelukis jalanan..
satu kepala dia charge 800 yen..Mr K pun suruhla kakak tu tolong lukiskan gambar anak-anak kami..
 cantikkan dia lukis..memang samala macam rupa diorang yang sebenar..

nampak sangat gambar dah tak tersusun ni ha..
ni kat Oatru Canal tu..anak dara yang malas nak senyum..penat ye Amni?hehe

Untuk ke Otaru ni sila guna google map, insya Allah sampaila ke sini..hehe

p/s: Maira..sorry..bukan tak nak jumpa awak tau tapi takut awak sibuk dengan kenkyu..so,malas nak kacau.Mmenag tahu awka duduk di Otaru, Kmailah ada bagitau..hehe

p/s2..nak kena tido dah..takut esok tak terjaga pulak sahur, dah la kena makan sorang2..sedih:(

Monday 23 July 2012

FaceTime!

Salam Ramadhan buat semua. Hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa dan malam ni dah masuk hari ke 4 kita semua berterawih. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga apa yang ingin kita capai sepanjang Ramadhan ni akan terlaksana dengan jayanya. Insya Allah. Mesti ada yang dah tengok video Ramadhan, The race is On! Saya suka sebab semua orang optimist boleh mencapai apa yang dihajatkan untuk sepanjang Ramadhan ni dan saya percaya semua orang boleh lakukan termasuk saya dan jugak kawan-kawan semua. Sila rebut peluang pada kali ini dengan sebaiknya. Insya Allah.

Baru lepas moreh, tapi saya makan nutella spread je..haha, konpem kalau carik kat mana-mana masjid tak jumpa moreh macam yang saya makan  ni.


Ok, tajuk FaceTime. Dah lama nak bercerita pasal face time ni, tapi macam biasa saya ni kan pemalas nak update blog. Hari tu time Mr K pergi Copenhagen tu la kami bergasak guna face time ni. Lebih kurang macam skype jugak tapi bagi saya image(video) quality face time ni lagi bagus dari skype. Audio pun smooth je takdela macam suara kita dah dengar tapi mulut tu  baru nak bergerak..Anak-anak pun suka sebabnya bila babah diorang OS je, kerinduan nak tatap wajah babah tu sedikit sebanyak hilang jugak. Yang penting both sides kena ada wifi dan mesti guna iphone la..hehe. Free je uols. Tak yah bayar ape pun. Dunia tanpa sempadan kekdahnya. Setakat ni, dah 3 hari Mr K balik Malaysia kan, tetiap masa anak nak cakap dengan babah je, terus call babah diorang. Tapi bukan nak borak pun, dapat tengok sekejap pastu pi tempat lain. Mama la yang suka sebab dapat cakap dengan babah puas-puas..hoho!


Ok..ni nak sambung enty pi Hokkaido aritu. Padahal gambar semua dah ada dah dalam draft cuma tinggal nak tulis caption pun saya malas..;p

Wednesday 18 July 2012

Trip to Hokkaido: Hakodate

Salam wbt. Update cerita ke Hokkaido minggu lepas. Trip yang sangat menyeronokkan walaupun penat yang amat..haha. Kami bertolak jumaat malam, dalam pukul 10 macam tu. Perjalanan ke Aomori hanya mengambil masa dalam 2 jam sahaja. Sampai ke jeti dalam pukul 12.15 macam tu terus la Mr K kata jom kita naik ferry pukul 2 pagi nak..Sebabnya kami booked ferry dalam pukul 5 pagi tapi bila Mr K cuba tanya boleh tak kami nak naik awal, rupanay boleh sebab ada kosong lagi..yeaayyy..Tapi yang harunya bila nak kena kejutkan budak bertiga ni untuk masuk ke dalam ferrykan, kesian..Jadi untuk hari pertama tu kami dah awal dari perancangan asal..Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 3 jam 40 minit. Naik ferry terus carik tempat tidur. Tempat terbuka sebenarnya tapi kena pandai cari bahagian tersorok sikit. Memang dah bawak selimut dan batal dari rumah, jadi bolehla baring untuk luruskan badan sekejap..

Sampai Hakodate dalam pukul 6.30 pagi, terus kami cari Hachiman-Zaka Slope. Untuk pengetahuan semua, memang semua direction saya dah carik awal-awal dari malam sebelum bertolak dah sesiap carik address tu dalam GPS. Dari port dalam 4km jugak, dan bila sampai ke sana memang takde orang sebab masih pagi lagi. Waktu ni Mr K je yang turun sebabnya jalan tu memang tak sesuai kami semua nak turun sekali. Hachiman-Zaka ni memang di atas bukit dan berhadapan dengan high school. Kalau nak diikutkan tempat nak mengambil gambar ni betul-betul jalan nak naik ke high school tu.

Selepas tu kami pergi ke next location, Red Brick Warehouses. Kalau dilihat sekeliling Hakodate ni memang banyak European incluences disebabkan ini adalah salah satu pelabuhan yang dibuka pada awal masa dahulu untuk perdagangan antarabangsa. Kiranya pembangunan di sini banyak dipengaruhi oleh orang Barat. Tempat ni memang cantik, pagi tu pun masih belum ramai orang lagi.

tiket kami berlima..menaiki blue dolphin ferry
kalau nak booking tiket sila klik link ini.
rasanya total yang kena bayar dalam 48,000++
itu termasuk caj untuk kereta dan penumpang pergi balik..
tapi, sesapa yang memang dari area kantou better naik air asia kot,lagi murah dan berbaloi..
macam kami ni tak berbaloi sebabnya kena la pulak pergi ke Tokyo untuk ambik flight air asia tu kan..


Hachiman-Zaka Slope.
view waktu malam lagi cantik dari waktu ni tp memandangkan kami tidak bermalam di sini
gambar ni pun dah memadai buat kami..

tram..

time ni semua terkuap-kuap..haha
ni je gambar yang paling sopan..;p

 Red Brick Warehouses

ada bell kat sini, anak2 macam biasa menjakun..haha


antara trademark yang ada di Hakodate..

Faeiz yang bajet macam model..haha
Faeiq pulak dari mula sampai kat tepi port tu duk meratib "nak naik sailboat..nak naik sailboat"
 nasibla dapat babah jenis yang muka tebal sikit..ekeke
babah dia pun dukla tanya mamat ni, boleh ke kalau twins ni nak naik sekejap
so, diorang dengan baik hatinya mengangkatla budak berdua naik ke atas tu..

sebelum diorang duk meratib tu sempatla berborak dengan mamat ni..
kebetulan kami nampak ramai yang duk pasangkan layar kapal tu kan, 
diorang cakapla ada race pagi tu..
dan ramai jugakla russian kat situ..maybe senang nak ke situ kot, nak access pun mudah agaknya..

Kami di Hakodate hingga pukul 9 pagi macam tu, selepas tu kami terus ke Otaru. Ok, yang tu saya cerita dalam next entry ok.

p/s: utk ke hachiman-Zaka tu saya akan bagi link nantila ye, link tu saya bookmarked kat dalam pc, bila cuba google balik tadi dah tak jumpa..actually pc buat hal, so kena update dari lappy..sakit mata mak duk ngadap skrin kocik ni ha..

edited:
alamat Hachiman-Zaka Slope klik sini..
Red Brick Warehouses klik sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...