Pages

Monday 25 July 2011

Terima kasih..

Salam wbt..Mula2 nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 semua yang memberikan ucapan tahniah dan juga doa serta sokongan untuk saya dan keluarga. Begitu terharu dan berbesar hati dengan apa yang kawan2 semua berikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kesemuanya tu :))

Alhamdulillah, baby Afiya dah sihat dan discharge dari hospital hari tu pada 16 hb. Hehehe..dah lama sungguhkan dia keluar dari hospital cuma mama dia je yang malas nak update blog. Lagipun bila Afiya dah ada kat rumah ni, aktiviti yang biasa saya buat tu dah bertukar. Ada yang kena dimansuhkan dan ada gak yang kena diubahsuai sedikit (ecece..macam aktiviti sekolah la pulak). Hari ni saya update pun sebab Mr K dah rotan saya..haha, ok saya tipu. Cuma dia dah banyak kali pesan, updatela blog tu, bagitau kawan2 awak yang Afiya dah selamat balik rumah..Saya rasakan mesti dia sebenarnya yang rindu nak baca apa yang saya merapukan kat sini..Mr K sebenarnya adalah pembaca tegar blog saya!(konpem balik kang kena ejek nih..:p)

Ni adalah sedikit gambar Afiya. Sekarang tak masak2 sangat kan, jadi saya lepaskan la gian nak menembak tu dengan menembak gambar Afiya. Oklah, tengokla gambar2 ni ye..gambar ni pun ambik je dari FB nun..


Lagi satu, saya banyak hutang dengan kawan2 semuakan. Hutang komen dan BW. Insya Allah, saya akan berBW dengan meninggalkan komen sekali. Actually setiap hari saya bukak je blog dan BW, cuma tak tinggalkan jejak dan komen..:p (bila weekend lagi sangap sebab takde sapa yang update blog, pastu ngomel2..haha.diri sendiri pun malas nak update, lagi nak marah2 orang suh update blog!)

Thursday 14 July 2011

Nur Fadia Afiya


Salam wbt. Baru ada kekuatan dan sedikit masa untuk update. Alhamdulillah, telah selamat bersalin pada hari Jumaat yang lepas 8.7.2011 pada pukul 5.32 pm. Bersalin secara normal tanpa sebarang pain relief diambil (walaupun sebelum ni tak pernah ambik, tapi cuma waktu tu rasa nak ambik je, nasib baik memang takde..:)

Pada mulanya, sebaik saja baby Afiya lahir dia menangis dengan elok sekali. ye, keluar je ke dunia ni, memang menangis, tak perlu nak tepuk punggung. Selepas dah bersih semua, Mr K azan dan iqamat baby Afiya. Selepas tu saya dibagi peluang untuk BF baby Afiya dalam 10 minit lepas tu nurse dah ambik untuk dibawa ke nursery. Itu jela saat yang saya berpeluang untuk pegang dan direct BF dia sehingga hari ni :(

Pada malam tu, lebih kurang pukul 8.30pm barula kami tahu keadaan sebenar baby Afiya. Tanpa pengetahuan kami, baby Afiya telah dipindahkan ke NICU. Setakat waktu tu apa yang kami tahu baby Afiya ada masalah dengana sistem pernafasan dan paru2 dia pun ada sedikit air ketuban yang doktor suspected dia terminum sewaktu kelahiran tu. Jadi, Mr K kenala tunggu sehingga paed datang jumpa dia dalam pukul 11pm. Waktu tu memang kami dah cuak dan hanya mampu berdoa semoga Allah beri yang tebaik untuk baby Afiya. Saya? Waktu tu memang tak terasa apa2 dah, rasa macam kosong je. Mungkin penat dan rasa macam tak boleh terima dengan apa yang doktor cakap. Last2 malam tu saya tertido tanpa sempat tahu apa yang sebenarnya yang terjadi.

Malam tu sebelum Mr K balik (around 12am), sempatla dia tulis surat untuk saya. Surat tu midwife bagi kat saya waktu awal pagi tu terus saya baca. Bila baca tu, saya rasa macam entahla..korang tahu rasa tu?tak tahu nak explain macam mana rasa tu. Apa yang ditulis, paed kata baby Afiya ada masalah dengan Low Respiration Syndrome -"which indicated by low oxygen percentage in blood and low heart beat. as for the result, baby is now in the incubator to ensure sufficient oxygen supply." ini antara isi kandungan surat Mr K pada malam tu. Selain tu memang adala air ketuban dalam lung dia dan untuk itu harusla diberi penicilin dan glucose untuk treatment.
Hari pertama baby Afiya penuh dengan wayar sana sini kat badan dia..:(

waktu ni rasa macam nak tukar je badan saya dengan dia.

Jadi, hari sabtu tula baru saya tengok baby Afiya. Mula2 tengok perasaan yang sama macam malam semalam tu ada lagi. Rasa ,macam tak percaya je. Waktu tu saya tengok dia sekejap je, tak sanggup tengok lama2. Bila petang pergi sekali lagi dengan Mr K, baru ada perasaan tu. Memang sedih sungguh. Tengok tangan dan kaki dia lebam2 kena cucuk. Petang tu bila Mr K dah balik je, mula la episod drama queen saya. Nak tido pun menangis. Itula rutin saya kat hospital waktu tu, lepas tengok Afiya nangis, bila masuk waktu maghrib pun nangis, nak tido nangis, terjaga tengah malam nangis. Memang fragile sungguh emosi waktu tu. Bangun pagi mata mesti sembab.

Sekarang keadaan baby Afiya pun makin lama makin sihat. Saya discharge dari hospital hari selasa, jadi memang hari selasa tu hari blues sayala. Sikit2 nangis, tapi bila ada orang datang melawat, diorang nampak saya happy je. Ye, saya memang pandai berlakon. Dalam hati, toksah kata sedih macam mana. Saya discharged tu hari ke 4 baby Afiya lahir, pastu saya cakap dengan Mr K ,saya tak dapat lagi nak bau baby AFiya. Saya tak tahu bau dia macam mana. Setiap babykan bau dia berlainan. Jadi, tengah hari yang sama tu bila saya melawat dia tu, saya letakla hidung saya kat tempat lubang tangan kita di incubator tu, saya pun hidula. Memang bau baby Afiya, walaupun itu baru pertama kali saya dapat bau dia secara jauh pun, tapi saya tahu itu bau dia. Bila keluar, terus telefon Mr K sambil nangis2 bagitahu dia saya dah dapat bau baby Afiya.

waktu ni saya pergi melawat dia sorang2..bila tengok dia macam ni je, terus nangis kat situ (cover gakla nangis tu dengan tudung)

Oklah..saya pun tak tahu apa yang saya tulis. Rasa macam bahasa saya kelam kabut je. Mesti ada yang tak paham kan..Maafla, nanti bila baby Afiya dah keluar, saya tulis baik2 okay. Sekarang ni apa yang saya harapkan, hari ni dapatla saya dukung baby Afiya pulak. Hari ni dah masuk hari ke 6, saya rindu sangat nak pegang dia. Sejak balik ke rumah ni, malam pertama je saya menangis. Itupun dah puas Mr K pujuk, siap tido sebelah saya lagi, baru saya okay. Malam tadi, alhamdulillah, dah tenang. Mungkin ada anak2 yang lainkan, kesian pulak diorang bila mama ni asyik bersedih. Life must go on..:))

ni hari selasa aritu. Nangis nak susu lagi, tapi baby Afiya boleh menyusu 3jam sekali je.
jadi, nurse bagi jela puting ni nak bagi dia diam.
memang sedih, saya pujuk dia, tepuk2 dada n usap2 la rambut dia sampai dia tertidur.
dapat la jugak saya tidur kan dia hari tu:))

Wednesday 6 July 2011

Apam Dot Dot dan Upside down Pizza

DSC_1785

Salam wbt semua..huhu..saya belum bersalin lagi!. Hari ni dah masuk 40 minggu 3 hari. Setakat false alarm tu saya rasa dah banyak kali berlaku kot dan sehingga hari ni baru 1 cm dilated..Jadi, biar jela baby ni duduk kat dalam perut ni sampaila masa dia sepatutnya keluar. Apa yang boleh saya buat, berdoa semoga semuanya selamat dan dipermudahkan dan buatla eksesais sikit bagi sihatkan badan yang macam apa ntah ssekarang nih..ekeke.

Apam dot dot buat minggu lepas sebelum Mr K bagi amaran suruh berenti kerja masak2 ni. Haha..dia takut saya terlampau penat nanti kalau terbersalin tiba2 takut dah takde tenaga pulak. Tuk 2 hari yang pertama saya ikut perintah dia, pastu dah mula pening. Tangan gatal je nak buat itu ini. Tak boleh tahan dah, bila rasa teringin je nak masak2, telepon la mintak kebenaran, takut pulak jadi isteri durhakakan..susah nanti nak bersalin.:p Nasib baik dia bagi dengan syarat buat yang senang2 je.:)

DSC_1793

Sebelum ni ada buat apam comel tukan, lebih kurang jela caranya dengan yang ni. Sesapa pun boleh buat. Ikut je resipi, konpem jadinya. Terima kasih kepada penyumbang resipi dan jugak kak hana..
DSC_1791

Resipi asal dari kak.lilidvalley
Copy paste : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
*************************************************
Upside Down Pizza

Buat pizza ni tuk dinner semalam. Memang sedap dan senang jugak nak buat dia..haha, saya sekarang suka cari resipi yang senang dan simple je. Kang cari yang susah2 kang, sapa yang penat?saya jugak..nanti dah jadi durhaka pulak, janjikan nak buat yang senang2 je kan dengan Mr K..

Resipi boleh tengok kat rumah Ika. Tapi kalu nak buat macam resipi asal dia, kat situ ada link diala..Cara tu ada yang saya ikut Ika, ada gak yang ikut original resipi tu. Tapi, bab cheese memang buat cam ika buat tuh..Yummehhhh..:)

part inti tu ada yang kat atas, ada gak yang kat bawah.
tersalah potong da, kot bahagian lain sume inti kat bawah..
rasa memang sedap.
nak2 bila cheese tu terasa sangat2 la.
sambil makan pejam mata (read:menikmati kesedapan)
bila bukak mata, ternampak betis yang dah bertukar saiz menjadi sebesar paha..
uwaaaaaaaaa..:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...