Salam wbt. Walaupun sekarang ni dah winter, tetapla jugak nak tepek gambar autumn aritu. Maaf, agak lambat nak share gambar di sini. Kali ni kami pergi ke Hachimantai National Park. Ingat tak Corridor of Snow yang saya pergi bulan April aritu? Kalau tak ingat boleh klik link yang saya bagi tu. Ini tempat yang sama jugak cuma view yang berbeza sahaja. Tapi, sekarang ni dah winter tempat ni memang dah tak boleh masuk dan akan dibukak balik dalam awal April tahun depan. Hachimantai National Park ni memang kawasan bergunung jadi tempat nak ambik gambar bersama daun-daun warna-warni agak susah jugak sebenarnya. Jadi, apa yang boleh dibuat, ambik jela gambar pokok-pokok je..
kita boleh nampakkan yang pokok-pokok tu bermacam warna.
warna hijau, kuning, merah, oren..
tetiba kami nampak ada satu tasik di sini..
Subhanallah, tengah-tengah gunung tu ada sebuah tasik yang berwarna hijau kebiruan.
lalang yang kekuningan..hehehe (bukan padi yang menguning tau;p)
ada satu shrine kat sini..tapi kecik je.
cepat-cepat...cuba tengok yang dibawah gunung tu..
saya suka gambar ni..kita boleh nampak pokok yang berwarna-warni..
kalau kita tengok di gunung yang jauh sekali tu kan, kita boleh nampak cahaya matahari kat situ, tapi kalau gunung yang di tengah-tengah ni memang cahaya tak berapa dan gambar yang paling dekat ni cahaya matahari terang menyinar..
stairway to mountain..Mount Hachimantai
time ni kami nak naik gunung yang kat atas sana tu..
tak ingatla berapa meter dari paras laut, malas nak gugel..haha
tapikan, saya ni kan malas nak exercise semua, bila nak naik tangga ni sampai atas..pancittt jadinya..
terkeluar lidah..haha semput sekejap..
yang bestnya, ramaila makcik pakcik nihonjin ni yang naik ke atas
memang kuat sungguh diorang ni.
anak-anak memang sukala, siap berlari-lari lagi
kami orang tu ni je yang terhegeh-hegeh..hohoho
Bila dah sampai di puncak tu, kami dapat jumpa tasik lagi..
ada dua tasik kat situ..yang ini adalah Hachiman Pond
ini salah satu tasik yang saya sebutkan tadi..
angin sangat kuat waktu ni..
sejuk brrrrrrrrrrr..
Afiya yang lena tidur di dalam pelukan babah..;p
ini berdekatan dengan hot spring kat bawah gunung.
tapi malangnya kami tak dapat pergi dekat pun..
hoyeahhhh..dah boleh balik..
ok itu je..nanti sambung cerita lain pulak ye.
muahhhhhh