Salam wbt..Sepagi bersama K and K!! Sila baca dengan penuh semangat dan suara yang kuat, hokey! hahaha. Semalam sebelum sarapan pagi, cepat-cepat kami keluar sekejap untuk aktiviti di bawah ini. Dekat je, tepi rumah kami je. Kami berdua suka ambik gambar-gambar macam ni sebabnya rasa macam tenang sangat bila kita belek-belek balik gambar ni semula kan. Disamping dapat menikmati dan memuji keindahan alam ciptaan Allah, dapat juga kami berkongsi gambar kat sini untuk dijadikan kenangan hari tua nanti. insyaAllah, sekiranya dipanjangkan umur: D
Mr and Mrs K..
baru sampai kat sini, takde orang pun.
Nasibla ada rakyat yang berhati mulia yang buat jalan kat sini, kalau tak memang kena redahla salji tu. :B
tangan dah beku, kena pakai glove. tapi bila guna ipong, memang kena tanggalkan..
Mr K kata, gunala bibir kalau taknak tanagn tu beku..apakah??gilo ko!haha
untuk dapatkan gambar pokok sebegini,
pastikan hari sebelum tu salji turun sehari semalaman.
InsyaAllah, semua pokok akan memutih sebegini keesokkan harinya.
Tapi, pastikan keluar pagi-pagi sebelum matahari memancar.
Nanti cair!
sedang leka duk ambil gambarkan, tetiba.......
snow blizzards..
kami pun larila, siap kena kejar lagi..last-last kami berhenti, sambil berpelukan sesama sendiri..
hahaha..tipu, tak sempat pun berpeluk,
cuma saya yang berlindung gunakan badan dia. nasibla badan saya ni memang kecik:p
tapi, sekejap je. pastu ok balik, kami pun balik carik tempat lain pulak..
walking in a winter wonderland :)
saya suka gambar ni..terasa macam mamat Swedish tu la pulak..
hi Wislaren!
lepas tu kami pergi ke sungai belakang rumah.
kononnya nak ambik gambar pokok dan sungai ni ha..
tapi, agak susah sebenarnya sebab kat sini salji tebal sangat.
Malas la pulak nak meredah, kang ado pulak yang tergolek dalam gaung kang..T___T
ni dari angel yang berbeza..
susah jugak nak gambarkan suasana kat sini, tapi memang indah!
tersangat..
keadaan kat sini..
tapi, hari ni dah kurang sikit..
rumah di bawah bukit dan di tepi sungai..
2 rumah yang berbeza sebenarnya..
mesti bestkan pagi-pagi bangun dari tidur boleh dengar deruan air sungai..
yang tu je la best bagi saya, bab salji tebal dan sejuk tu tak berapa sangat..huhu
beskal sapo la ni ha..
nah cupcakes..
kan..kan..macam cupcakes kan. (baik korang angguk kepala! kalau tak...jumpa kat simpang! )
pokok yang disinari cahaya matahari!!
sekian! nanti saya sambung lagi :))
15 comments:
Subhanallah... Cantik sungguh!
:)
best!! nyer..bila la nk merasa....
Subhanallah... x dpt lg nak rasa
Subhanaallah bestnya...bile dpt main2 salji gini gaknya...
Tak boleh kubayangkan betapa dingin, kaku & bekunya daku kalau berada di situ... Allahu Akbar!
Errr snow blizzards tu apa? macam ribut kecik ker? sungguh cantik tangkapan andaberdua
Subhanallah... sangat cantik pemandangan tu
assalam kamalia..erima kasih..cantik sungguh gambar2 ni..tak puas rasanya ..asek nak tengok je
cantiknyaaa..
nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
Bestnye!!!
Salam perkenalan :)
salam kak lia...
oh..tenang sekali bijik mata cma tgk pic2 yg penuh snow ni.. huhuh..subahanallah..sangat cantik kak.. jeles nye cma..xdpt tgk real.. huhu..dpt tgk pic pun jadi la.. *sob*sob*
hahaha..mmg ade rupe cup cake la..nyum3...
Snow masa mula-mula turn best la tapi bila dah tebal tu membuatkan diri ini rasa malas sangat nak keluar nak jalan redah salji tu.. Beku jari kaki dibuatnya.. Tapi tu lah cantik kan ciptaan tuhan..
Ahaa sy pun dok bayang pokok tu macam cupcake! Pastu bila tgk bumbung rumah yang penuh dengan salji, sy dok terbayang kek yg disapu whipping cream ! Hahaha
bestnye..tengok gambar pun tak keruan dibuatnya..
Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place.. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...
Post a Comment