Pages

Friday 4 January 2013

Bingka Crackers

Salam wbt. Salam jumaat semua. Kuih bingka yang dah berbulan saya buat, nasib masih ingat lagi nama kuih ni..haha. Kuih ni ramai yang dah cuba buatkan..kan..kan..memang sodapkan! Saya pun suka tapi bila  nak buat lagi, jadi malehla pulak. :p Soryyla ye, saya ni tenggelam timbul kat sini. Kebetulan dari isnin hari tu sampai semalam, kat sini winter holiday. Jadi, memang tak lekatla kat rumah.

potongan yang tak berapa licin..
anak-anak dah tak nyempat nak makan (eceh, padahal diri sendiri yang tak sabar nak makan..hihi)
Resipi ni saya ambik dari rumah kak hana. Tq kepada penyumbang resipi. Saya letak kat sini la pulak ye, mudah nanti kalau saya nak buat lagi kan..

BINGKA BISKUT CRACKERS
resepi asal : kh267tm@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.


5 comments:

Norzie hany said...

Mmg sedap bingka ni,akak pun dah pernah cuba resepi ni.

munna said...

adoyai... sedapnya... makan suka sgt nak buatnya munna malas...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak lia..
alahai... bingka ni peberet cma ttauu..mmg nyum2 sungguh tgk nye..!

tq for sahring resepi.. hihih..

winter eh kat sana? mesti syiok jenjalan.. update please..... ^_^

Gee® said...

Sedapnya wat minum petang bersama teh-o panas...

aindzaya said...

lama betul tak makan bengkang..yummy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...