

Salam wbt. Baru ada kekuatan dan sedikit masa untuk update. Alhamdulillah, telah selamat bersalin pada hari Jumaat yang lepas 8.7.2011 pada pukul 5.32 pm. Bersalin secara normal tanpa sebarang pain relief diambil (walaupun sebelum ni tak pernah ambik, tapi cuma waktu tu rasa nak ambik je, nasib baik memang takde..:)
Pada mulanya, sebaik saja baby Afiya lahir dia menangis dengan elok sekali. ye, keluar je ke dunia ni, memang menangis, tak perlu nak tepuk punggung. Selepas dah bersih semua, Mr K azan dan iqamat baby Afiya. Selepas tu saya dibagi peluang untuk BF baby Afiya dalam 10 minit lepas tu nurse dah ambik untuk dibawa ke nursery. Itu jela saat yang saya berpeluang untuk pegang dan direct BF dia sehingga hari ni :(
Pada malam tu, lebih kurang pukul 8.30pm barula kami tahu keadaan sebenar baby Afiya. Tanpa pengetahuan kami, baby Afiya telah dipindahkan ke NICU. Setakat waktu tu apa yang kami tahu baby Afiya ada masalah dengana sistem pernafasan dan paru2 dia pun ada sedikit air ketuban yang doktor suspected dia terminum sewaktu kelahiran tu. Jadi, Mr K kenala tunggu sehingga paed datang jumpa dia dalam pukul 11pm. Waktu tu memang kami dah cuak dan hanya mampu berdoa semoga Allah beri yang tebaik untuk baby Afiya. Saya? Waktu tu memang tak terasa apa2 dah, rasa macam kosong je. Mungkin penat dan rasa macam tak boleh terima dengan apa yang doktor cakap. Last2 malam tu saya tertido tanpa sempat tahu apa yang sebenarnya yang terjadi.
Malam tu sebelum Mr K balik (around 12am), sempatla dia tulis surat untuk saya. Surat tu midwife bagi kat saya waktu awal pagi tu terus saya baca. Bila baca tu, saya rasa macam entahla..korang tahu rasa tu?tak tahu nak explain macam mana rasa tu. Apa yang ditulis, paed kata baby Afiya ada masalah dengan Low Respiration Syndrome -"
which indicated by low oxygen percentage in blood and low heart beat. as for the result, baby is now in the incubator to ensure sufficient oxygen supply." ini antara isi kandungan surat Mr K pada malam tu. Selain tu memang adala air ketuban dalam lung dia dan untuk itu harusla diberi penicilin dan glucose untuk treatment.

Hari pertama baby Afiya penuh dengan wayar sana sini kat badan dia..:(

waktu ni rasa macam nak tukar je badan saya dengan dia.
Jadi, hari sabtu tula baru saya tengok baby Afiya. Mula2 tengok perasaan yang sama macam malam semalam tu ada lagi. Rasa ,macam tak percaya je. Waktu tu saya tengok dia sekejap je, tak sanggup tengok lama2. Bila petang pergi sekali lagi dengan Mr K, baru ada perasaan tu. Memang sedih sungguh. Tengok tangan dan kaki dia lebam2 kena cucuk. Petang tu bila Mr K dah balik je, mula la episod drama queen saya. Nak tido pun menangis. Itula rutin saya kat hospital waktu tu, lepas tengok Afiya nangis, bila masuk waktu maghrib pun nangis, nak tido nangis, terjaga tengah malam nangis. Memang fragile sungguh emosi waktu tu. Bangun pagi mata mesti sembab.
Sekarang keadaan baby Afiya pun makin lama makin sihat. Saya discharge dari hospital hari selasa, jadi memang hari selasa tu hari blues sayala. Sikit2 nangis, tapi bila ada orang datang melawat, diorang nampak saya happy je. Ye, saya memang pandai berlakon. Dalam hati, toksah kata sedih macam mana. Saya discharged tu hari ke 4 baby Afiya lahir, pastu saya cakap dengan Mr K ,saya tak dapat lagi nak bau baby AFiya. Saya tak tahu bau dia macam mana. Setiap babykan bau dia berlainan. Jadi, tengah hari yang sama tu bila saya melawat dia tu, saya letakla hidung saya kat tempat lubang tangan kita di incubator tu, saya pun hidula. Memang bau baby Afiya, walaupun itu baru pertama kali saya dapat bau dia secara jauh pun, tapi saya tahu itu bau dia. Bila keluar, terus telefon Mr K sambil nangis2 bagitahu dia saya dah dapat bau baby Afiya.

waktu ni saya pergi melawat dia sorang2..bila tengok dia macam ni je, terus nangis kat situ (cover gakla nangis tu dengan tudung)
Oklah..saya pun tak tahu apa yang saya tulis. Rasa macam bahasa saya kelam kabut je. Mesti ada yang tak paham kan..Maafla, nanti bila baby Afiya dah keluar, saya tulis baik2 okay. Sekarang ni apa yang saya harapkan, hari ni dapatla saya dukung baby Afiya pulak. Hari ni dah masuk hari ke 6, saya rindu sangat nak pegang dia. Sejak balik ke rumah ni, malam pertama je saya menangis. Itupun dah puas Mr K pujuk, siap tido sebelah saya lagi, baru saya okay. Malam tadi, alhamdulillah, dah tenang. Mungkin ada anak2 yang lainkan, kesian pulak diorang bila mama ni asyik bersedih. Life must go on..:))

ni hari selasa aritu. Nangis nak susu lagi, tapi baby Afiya boleh menyusu 3jam sekali je.
jadi, nurse bagi jela puting ni nak bagi dia diam.
memang sedih, saya pujuk dia, tepuk2 dada n usap2 la rambut dia sampai dia tertidur.
dapat la jugak saya tidur kan dia hari tu:))