Pages

Thursday 21 April 2011

Custard Teacake + Masalodeh Rangup

Salam semua..dah lama tak cerita pasal masak2kan..:p
Kelmarin macam rajin sikit, buat kek dan kuih..
Kek tu pulak bila CMG kata paling sedap dia penah makan, saya pun terujala nak buat dia..memang sedap korang...tak tipu nih..cubala korang buat pulak..
Yang kuih tu memang all time feveret..rupe2nya susah nak buat die..kot orang lain senangla kot, tapi tuk 1st timer cam saya ni, alahai..nasib baik menjadi dan memang sedap..tak sia2 saya bersusah payah membuatnya..huhuhu..oh, kuih tu saya n Mr K je yang habiskan..anak2 makan sikit je..

ni la Custard Teacake..
muahaha, custard saya tu die dah tersejuk sangat da..
tu die tak rata sangat kat tengah2 tu..
takpolakan..asalkan sodap..:p
resipi boleh tengok kat rumah CMG..

inila kuih yang bagi saya susah/lecehnya nak buat..hahaha,dasar pemalaskan..
tapi,suka sangat dengan kuih ni, tu yang buat jugak..
sekejap je habis tau kuih ni :)
(confused..mana satu nama die, masalodeh ke vadee?kalu saya panggil vadee..xkisah la mcm mn bntuk pun sume vadee bg saya..hik3)

Masalodeh Rangup
Sumber:Isya Irfan MyR

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar (sy xletak)
  • 1/2 biji telur (sy xletak jugak)
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.

Monday 18 April 2011

Caca-Merba

Salam semua...alhamdulillah, rasanya dah dekat 10 hari kami selamat tiba kat Nihon ni...meh saya cerita sikit.., at first memang kami tak nak balik..sebabnya kami baru balik bercuti dari Malaysia aritu tak sampai 2 bulan lagipun..duit pun dah takde nak bayar tiket flight..huhuhu..tapi, bila pihak embassy kata yang kerajaan kita suh bawak semua student dari 4 kawasan yang terjejas ni, kami pun balikla..Lagipun, tiket pergi balik universiti yang tanggung..kami cuma ikut je arahan dari kerajaan (kununnya..ekekeke,padahal, bila dengar je bole balik ditanggung sepenuhnya, wah, siap terlompat2 lagi..bukan saya, Amni ye..:p)

Mesti ade sesetengah yang pelikkan (ke takde sapa yang kisah pun..hikhikhik)..kenapa la kami nak balik ke sini semula awal sangatkan. Bukannya ape, Mr K banyak sangat keje kat lab(ye, kalu nak tahu, lab diela yang paling sibuk kat uni die..supervisor bagi balik aritu pun sebab arahan dikeluarkan dari kerajaan Malaysia, kalau tak, mesti die macam berat nak bagi balik..aritukan Mr K dah amik cuti bulan 1 yang waktu kami balik aritu..kot asyik cuti je, bilala keje nak siapkan..).sepanjang balik Malaysia pun, dia masih sibuk buat kerja lab dia dari Malaysia..pegi balik Parit Raja, duk mintak bilik kat KJ, pastu buat kerja dari sana ..lagipun,saya dah masuk 28 weeks pregnant..kang kot balik lambat2 kang, takut airlines tak bagi saya naik pulak kang..itupun aritukan, baru 1jam duk kat dalam flight, kaki saya dah membengkak macam ape dah..lagi 2jam sebelum landing ke Tokyo baru boleh luruskan kaki kat atas kerusi..pastu, bila nak sarung sandal, dah tak muat..hahahaha..waktu tu memang kelakar sungguh, yela, kaki dah macam kaki gajah punya besar da..kat dalam airport, saya bukak je sandal, jalan berkaki ayam..nasib baik tak ramai orang waktu tu, yela landing kul 5.30am kan..terpaksa berkaki ayam sebab bila cuba pakai gak sandal tu, kaki dah merah2 kat sana sini, pastu rasa dah takleh jalan je..baik bukak terus..

Setiap ari bukak belog, setiap ari baca belog orang lain (saya tahu saya tak tinggalkan jejak pun..:p)..tapi, baru ni saya rajin sikit..:D ..balik dari Malaysia ni memang tersangat2 busy..Amni dah tak ke youchien (kindy;kami tak sambung ke tahun ni sbb nak kena anta twin sekali tak cukup fulus la pulakkan)..Jadi, sekarang ni tengah tunggu sampai 1st May baru bole anta semua anak2 ke houikuen (nursery)..Korang pun boleh bayangkan macam nak handle 3 orang anak yang super duper active ni..semput2..:p

Banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana..hehehe..oh, aritu waktu jishin tu, Mr K sempatla amik gambar2 kat dapur..ni semua cerita dah basi kan..tapi, buat jela sebagai kenangan kami sepanjang berada kat nihon ni..

ni keadaan kat dapur kami..benda2 ringan je yang jatuh
maybe sebab jishin tu lebih ke sebelah kiri kot, tu sebab microwave n oven tak jatuh..

yang ni dapur rumah depan(budak2 bujang)
microwave oven tu memang rosak teruk..buang je..

yang ni pulak pada malam kejadian tuh..
makan maggi(tuk kanak2), adela spageti sikit2 lebih siang tuh,
adela jugak onigiri (sbb lauk dah habis tertumpah ke lantai)

makan dengan bercahayakan lilin dan jugak dari laptop..
malam tu kami semua tido dalam kesejukkan
dengan suhu -4 C, gagaga.. :(
pagi besoknya anak2 semua selsema..
air minum pun simpan tuk buat susu anak2 je..
semua orang lepas tu sakit tekak sebab kekurangan minum air kosong..
buat pertama kalinya dalam hidup ni, di subuh hari
gunakan salji tuk ambik wuduk..uwaaaa..memang sejuk sangat2..
pastu, Mr K masak salji tuk jadikan air minuman..
tengah hari kami pindah ke rumah orang lain,
dan rupa2nya kat rumah dia ade bekalan air dan gas..
alhamdulillah...

walaupun tenggelam timbul, izah masih ingat lagi kat aku ye..
maceh izah.,sory, lambat tampal award ni..
aku suka award ni, badget aku ni cutela..ekeke

ni pulak roti yang dibuat beberapa hari sebelum jishin tu..
semua inti kacang merah je..
step2 nak buat bentuk roti tu bolela tengok kat umah Mamafami kay..
saya tahu bentuk2 roti tu memang tak cantik cam tuan punya..sob..sob..
tuk resipi, saya guna basic dough je..memang suka guna basic dough ni..
sonang, sodap dan hasil pun lembut gitu..

nape warna sosej die jadi camtu ek?
musykil la..
BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Sekian entry caca-merba dari saya...Nanti saya BW ke belog kawan2 ye..anak2 dah bangun la pulok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...