Pages

Friday, 11 January 2013

Frozen drips / Icicles

Salam wbt. sebelum tu kan, nak bagitau draft ni dibuat seminggu yang lepas.haha, padahal bila-bila masa saya boleh je tekan publish tu kan, tapi tula, bila takde mood, nak bukak blog pun maleh. Ok sambung balik kepada tajuk asal kita. Maksud Icicles yang saya cari dari mykamus.com adalah jurai air batu ataupun isikel..hehe Hari ni nak share gambar icicles dari rumah kami!! Rumah kami tingkat paling atas, jadi kalau nak ambik gambar icicles tanpa nyawa terancam, memang balkoni kami menjadi lokasi yang sangat sesuai. eceh..perasan sungguh! Tapi, memang betul la kan, kalau tak nak icicles ni jatuh terpacak atas kepala, sila jangan lalu tepi bangunan atau jangan nak mengada-ngada nak pandang atas tau..kang ado yang jadi kassim selamat la pulak..Ngeri mak!!

ini antara icicles yang ada kat bumbung kami.
banyak sangat.
ini yang bahagian hujung sana tu..(nampak tak saya tunjuk sana tu..:p)
haha, tak kelakar..
ni yang bahagian tepi sebenarnya..
terjongket-jongketla saya duk ngambil gambar ni ha..
 ha ni dia..paling bosar yang pernah saya nampak depan mata..
waktu ni dah tengah hari, jadi kepanjangan icicles ni semakin bertambah..
kalau waktu pagi tu dalam pukul 8.30, panjang dalam 0.6m - 0.7 m..
tapi, bila dah masuk pukul 12pm je, saya rasa dah lebih 1meter kot..
saya cuba gak ambik gambar penuh, tapi tak dapek..tak jadi..huhu
*psstt..mr k dah cabut dah icicle yang panjang ni keesokkan harinya, 
tapi since saya malas nak upload gambar kat sini, next time la saya tepek ye*
bosarkan ..ni kalau jatuh terpacak kat kepala, konpem tembus sampai perut..
nauzubillah, saya pun takut nak bayangkan..
saya tak tahu sebenarnya patutkah saya patahkan..kalau nak buat sendiri time ni memang takut, sebab takut terjatuh ke bawah pastu terkena orang ke..ha, dah jadi kes polis pulak..
jadi, saya biarkan je..
cubaan merakam water drop..
berpuluh kali mencuba, sampai beku jari ni ha..
saya guna olloclip, macro lens..

olloclip : macro lens
Masya Allah, sangat hebatkan ciptaan Allah
inila gambar awal pagi tu..
icicles tu memang sampai situ je, tapi bila dah masuk tengah hari memang jadi panjang sangat..

sekian!!
nanti saya sambung lagi.
Terima kasih sudi membaca :))
muahhhhhh


*************************************************************
Jap..hari ni 11 Januari kan..
hari ni birthday saya!!
happy 23rd birthday to me:D
hahaha masih muda lagi kan.:p
tak tak..tak buat kek pun. cuma lunch kat kedai mamak je tadi.
eh, ada la mamak kat sini. jangan main2 tau, tapi kalau mintak mee gorem mamak tak dapekla..
apatah lagi teh tarik!

Friday, 4 January 2013

Sepagi bersama K and K !!!!

Salam wbt..Sepagi bersama K and K!! Sila baca dengan penuh semangat dan suara yang kuat, hokey! hahaha. Semalam sebelum sarapan pagi, cepat-cepat kami keluar sekejap untuk aktiviti di bawah ini. Dekat je, tepi rumah kami je. Kami berdua suka ambik gambar-gambar macam ni sebabnya rasa macam tenang sangat bila kita belek-belek balik gambar ni semula kan. Disamping dapat menikmati dan memuji keindahan alam ciptaan Allah, dapat juga kami berkongsi gambar kat sini untuk dijadikan kenangan hari tua nanti. insyaAllah, sekiranya dipanjangkan umur: D

Mr and Mrs K..
baru sampai kat sini, takde orang pun.
Nasibla ada rakyat yang berhati mulia yang buat jalan kat sini, kalau tak memang kena redahla salji tu. :B
tangan dah beku, kena pakai glove. tapi bila guna ipong, memang kena tanggalkan..
Mr K kata, gunala bibir kalau taknak tanagn tu beku..apakah??gilo ko!haha
untuk dapatkan gambar pokok sebegini, 
pastikan hari sebelum tu salji turun sehari semalaman.
InsyaAllah, semua pokok akan memutih sebegini keesokkan harinya.
Tapi, pastikan keluar pagi-pagi sebelum matahari memancar.
Nanti cair!
sedang leka duk ambil gambarkan, tetiba.......
snow blizzards..
kami pun larila, siap kena kejar lagi..last-last kami berhenti, sambil berpelukan sesama sendiri..
hahaha..tipu, tak sempat pun berpeluk, 
cuma saya yang berlindung gunakan badan dia. nasibla badan saya ni memang kecik:p
tapi, sekejap je. pastu ok balik, kami pun balik carik tempat lain pulak..
walking in a winter wonderland :)
saya suka gambar ni..terasa macam mamat Swedish tu la pulak..
hi Wislaren!
lepas tu kami pergi ke sungai belakang rumah.
kononnya nak ambik gambar pokok dan sungai ni ha..
tapi, agak susah sebenarnya sebab kat sini salji tebal sangat.
Malas la pulak nak meredah, kang ado pulak yang tergolek dalam gaung kang..T___T
ni dari angel yang berbeza..
susah jugak nak gambarkan suasana kat sini, tapi memang indah!
tersangat..
keadaan kat sini..
tapi, hari ni dah kurang sikit..

rumah di bawah bukit dan di tepi sungai..
2 rumah yang berbeza sebenarnya..
mesti bestkan pagi-pagi bangun dari tidur boleh dengar deruan air sungai..
yang tu je la best bagi saya, bab salji tebal dan sejuk tu tak berapa sangat..huhu
beskal sapo la ni ha..

nah cupcakes..
kan..kan..macam cupcakes kan. (baik korang angguk kepala! kalau tak...jumpa kat simpang! )
pokok yang disinari cahaya matahari!!

sekian! nanti saya sambung lagi :))


Bingka Crackers

Salam wbt. Salam jumaat semua. Kuih bingka yang dah berbulan saya buat, nasib masih ingat lagi nama kuih ni..haha. Kuih ni ramai yang dah cuba buatkan..kan..kan..memang sodapkan! Saya pun suka tapi bila  nak buat lagi, jadi malehla pulak. :p Soryyla ye, saya ni tenggelam timbul kat sini. Kebetulan dari isnin hari tu sampai semalam, kat sini winter holiday. Jadi, memang tak lekatla kat rumah.

potongan yang tak berapa licin..
anak-anak dah tak nyempat nak makan (eceh, padahal diri sendiri yang tak sabar nak makan..hihi)
Resipi ni saya ambik dari rumah kak hana. Tq kepada penyumbang resipi. Saya letak kat sini la pulak ye, mudah nanti kalau saya nak buat lagi kan..

BINGKA BISKUT CRACKERS
resepi asal : kh267tm@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.


Thursday, 27 December 2012

Hachimantai National Park

Salam wbt. Walaupun sekarang  ni dah winter, tetapla jugak nak tepek gambar autumn aritu. Maaf, agak lambat nak share gambar di sini. Kali ni kami pergi ke Hachimantai National Park. Ingat tak Corridor of Snow yang saya pergi bulan April aritu? Kalau tak ingat boleh klik link yang saya bagi tu. Ini tempat yang sama jugak cuma view yang berbeza sahaja. Tapi, sekarang ni dah winter tempat ni memang dah tak boleh masuk dan akan dibukak balik dalam awal April tahun depan. Hachimantai National Park ni memang kawasan bergunung jadi tempat nak ambik gambar bersama daun-daun warna-warni agak susah jugak sebenarnya. Jadi, apa yang boleh dibuat, ambik jela gambar pokok-pokok je..

kita boleh nampakkan yang pokok-pokok tu bermacam warna.

warna hijau, kuning, merah, oren..
tetiba kami nampak ada satu tasik di sini..
Subhanallah, tengah-tengah gunung tu ada sebuah tasik yang berwarna hijau kebiruan.
 lalang yang kekuningan..hehehe (bukan padi yang menguning tau;p)
ada satu shrine kat sini..tapi kecik je.
cepat-cepat...cuba tengok yang dibawah gunung tu..
saya suka gambar ni..kita boleh nampak pokok yang berwarna-warni..
kalau kita tengok di gunung yang jauh sekali tu kan, kita boleh nampak cahaya matahari kat situ, tapi kalau gunung yang di tengah-tengah ni memang cahaya tak berapa dan gambar yang paling dekat ni cahaya matahari terang menyinar..
stairway to mountain..Mount Hachimantai
time ni kami nak naik gunung yang kat atas sana tu..
tak ingatla berapa meter dari paras laut, malas nak gugel..haha
tapikan, saya ni kan malas nak exercise semua, bila nak naik tangga ni sampai atas..pancittt jadinya..
terkeluar lidah..haha semput sekejap..
yang bestnya, ramaila makcik pakcik nihonjin ni yang naik ke atas
memang kuat sungguh diorang ni.
anak-anak memang sukala, siap berlari-lari lagi
kami orang tu ni je yang terhegeh-hegeh..hohoho
Bila dah sampai di puncak tu, kami dapat jumpa tasik lagi..
ada dua tasik kat situ..yang ini adalah Hachiman Pond
ini salah satu tasik yang saya sebutkan tadi..
angin sangat kuat waktu ni..
sejuk brrrrrrrrrrr..
Afiya yang lena tidur di dalam pelukan babah..;p

ini berdekatan dengan hot spring kat bawah gunung.
tapi malangnya kami tak dapat pergi dekat pun..
hoyeahhhh..dah boleh balik..
ok itu je..nanti sambung cerita lain pulak ye.
muahhhhhh


Wednesday, 26 December 2012

Simple Vanilla Buttermilk Cake

Assalamualaikum...cuak sekejap! Resipi kek ni saya bookmarked dalam ipong, tapi bila cuba bukak balik link tu, tak dapat la pulak. Pastu cuba bukak dari laptop pun sama jugak. Saya rasa baru-baru ni kot masalah  ni jadi sebabnya sebelum ni kalau saya bukak elok je.. Kek ni sangat sedap dan sangat senang nak dibuat. Antara kek yang paling SIMPLE dan SEDAP yang selalu saya buat. Untuk resipi tu kan akhirnya saya dapat jugak sebab aritu ada share di instagram, bila belek-belk jumpa la..so, bolehla share kat sini ye.:))

Simple Vanilla Buttermilk Cake
source: eatnownownow.com

Ingredients:
2 cups all purpose flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
125 g unsalted butter, softened
2 eggs
1 cup castor sugar
1 cup buttermilk
1 tsp vanilla essence
to serve: 3 tsp icing sugar

Method:
1. Preheat oven to 170 degrees Celcius.
2. Line, grease and flour a 20cm springform cake tin.
3. Beat he butter, sugar and vanilla essence together until creamy.
4. Beat in eggs, alternating with about 2 tbsp of flour. Add the buttermilk and beat until smooth.
5. Gently fold in the remaining flour gradually.
7. Pour batter into the prepared tin and bake for about 35 minutes.
8. Remove fro oven and let stand for about 10 minutes on a rack.
9. Sieve icing sugar over the top and it is all pretty and ready to serve!


Wednesday, 28 November 2012

Update sekejap..

Ke tepi ke tepi, Kamalia sudah kembali..haha, rasa nak lempang diri sendiri je buat ayat camni. Ok, Assalamualaikum semua. Rindu weihh, dah lama tak berblogging. Terima kasih kepada yang masih sudi datang ke sini. Banyak je cerita menarik yang boleh saya sharekan kat sini, tapi itulakan mood nak bercerita tu takde. jap, jap..saya tak tahula ayat yang sebelum ni sama macam last entry tak..haha, kalau sama takpe abaikan je eh. Actually semalam baru saya check dashboard saya, tengok apa yang menarik. Bila tengok visitors yang sampai ribuan tu(hahahha..jangan tertipu, 500 ratus pun tak sampai, kahkah ), teruja saya nak update blog..ok, ok..tak sebenarnya. Saya ni tak kisah pun ada orang baca atau tidak, tapi dah 2-3 hari Mr K suruh saya kurangkan sikit aktiviti yang saya tengah buat sekarang ni. Sebagai isteri solehah, saya pun menurut perintah. Dah mula kurangkan aktiviti tu, pastu dah mula rasa nak update semula. Lagipun kalau diingatkan tujuan saya berblogging sebenarnya nak catatkan semua memori sepanjang duduk sini kan. Jadi, agak banyak jugakla benda yang saya tak sempat tuliskan kat sini.

Nanti esok lusa saya share gambar yang saya ambil sepanjang autumn ye. Kami laki bini memang suka ambik gambar terutamanya nature pictures kan. Memang banyak sangat, beribu..tak transfer lagi ke dalam portable hard disk, pastu nak kena pilih pastu nak kena edit. Itu yang maleh tu. Takpe, maybe saya akan share dulu gambar yang saya ambik guna ipong je ke dulu..bolehla kan?

Lagi satu, sesapa yang ada akaun instagram, mehla kita berhubung. eceh,. Takdela, saya ni dah lama jadi IGer dekat 2 tahun kot, tapi tula dulu kengkawan tak ramai pun yang ada akaun tu. Pastu ada masa saya rajin sangat update, ada masa seminggu pun tak update.hahaha.. Ok, jom kita bermesra di instagram (kalau nak la..;p) Kat situ memnag banyak gambar autumn yang saya share, mostly gambar pokokla ye..hehe. *memandangkan saya tak boleh upload gambar, id saya kamaliahani*

Ok, nak pi BW jap pastu nak singgah jugak ke blog shiemaCma. Dia rajin sungguh meninggalkan komen kat blog saya ni, siap tolong sapukan sawang lagi..hehe. Tq cma, nanti balik kita laga-laga pipi ye..muahhh..

pssttttt...uwaaaa..saya tak dapat nak upload gambar..out of space. ok, takpe saya cuba settlekan apa yang boleh dulu, nanti kalau ada rezeki saya share ek. 

Tuesday, 23 October 2012

Sebulan sudah

Salam wbt..hola. Tetiba terasa nak melaporkan diri di blog ni ha. Alhamdulillah kami semua sihat sokmo di sini. Rindu dengan kengkawan yang lain, rindu nak berblogwalking,rindu nak cuba resipi yang sodap-sodap, rindu nak tengok gambar masakan yang konpem meleleh air liur..hahaha.

Cerita menarik takde sangat yang nak dikongsikan, setakat berjalan sana sini tu memang ada tapi kerajinan nak update kat sini yang menghalang. Anak- anak macam biasa, masih lagi 4 orang..hehehe tak bertambah pun, jangan risau. Ni mesti ada yang speku saya duk lama bertapa dalam gua sebab pregnantkan.huhu..Tak..tak. Kalau ada saya akan kongsikan,kalau ada la..muahahaha

Sekarang ni dah masuk autumn, dah sejuk sangat-sangat. Setakat ni suhu paling rendah dapatla 5 C..Dah mula guna heater, dah pakai baju yang tebal-tebal. Nak masuk dapur pun maleh, rasa nak suruh je ayam tu bertukar jadi lauk dengan sendirinya tak payahla saya nak kena masak ayam tu kan. Mr K sekarang dah kurang sibuk sikit, dia kata weekend memang tak nak masuk lab dah. Muak kot 3 tahun berturut-turut time weekend pun kena masuk lab. Saya pulak?? Ehem, makin bertambah cumel..hahahhaa,pitammm..

Ok, nanti ada masa lagi saya update. Terima kasih semua..*tetiba*


Sent from my iPhone

Tuesday, 25 September 2012

Free Gift : Coach and Anna Sui

Salam wbt..tetiba hari ni saja nak share lagi benda yang best. Hehe, sebenarnya takdela best sangat, tapi biasala nak jugak cakap best. Kalau ada yang rasa tak best, takpe. Duk ontok-ontok kat situ. hehe

Ok, cerita dia mula camni. 2 minggu lepas, bila Lady Chenta (CikPuan Ayu) duk share picture pasport holder Coach tu kat IG..wah, terusla saya excited. Bila tanya macam-macam dengan dia dan dijawab dengan baik sekali oleh beliau terus pepagi esoknya saya pergi kombini untuk dapatkan senaskah magazine yang bertajuk Sweet. Ye, tajuk mag tu memang tak boleh blah..Sweet sangatkan. Ok, bila kita beli majalah itu di dalamnya terkandung( kenapa penggunaan bahasa begitu indah sekali ni seolah-olah ada kamus dewan bahasa kat sebelah ni;p) sekali dengan pasport holder cap Coach. Hoyeahhhh!! Takyah pegi jauh pun nak cari magazine ni, boleh carik kat kombini berdekatan dengan rumah je. Takut jugak dah habis tapi bila saya duk carik magazine ropanya masih berlambak lagi..uwaaaa..terasa sadis saya sebagai orang yang suka barang free ni. Nampak sangat orang sini tak kisah pun benda-benda macam ni.sobs! Dah beli, terus bukak pastu ambik gambar cepat-cepat. Tapi, lepas tu lupa nak post kat IG since memang nak cepat pergi hospital kan. Afiya time tu kena "Thrush"..memang dah tahap teruk sampai tak boleh makan, nanti saya share cerita tu lain hari ek. Terima kasih ek Ayu duk kongsi pasal ni. Haha. Sebenarnya saya ni takdela kisah sangat pun dengan barang-barang branded ni tapi bila kita hanya perlu melabur sedikit untuk dapat benda yang best pastu murah, sangat teruja tau uols. Kalau nak dikirakan pasport holder tu harga tak sampai pun 40 hinggit..huehue.

Ok..next cerita pasal tote bag Anna Sui pulak. Yang ni kebetulan saya nampak kat news feed fb ada orang duk komen kat picture seseorang pasal tote bag tu. Saya pun terus tukar pakaian, carik baju dark kaler macam warna hitam terus jadi stalker duk mengintip wall orang yang saya tak kenal langsung..haha, dah jangan percaya..takdela sampai kena tukar baju pun sebenarnya kalau nak jadi stalker kat fb ni ha..Keesokan harinya bila keluar terus singgah kombini dan macam biasa masih berlambak lagi magazine ni tau. Ni magazine Nonno pulak..Tapi semalam saya suruh Mr K tolong belikan lagi (ada orang kirim), dah tak banyak yang tinggal. Terpaksala dia pergi mencarik sampai 3 kombini..hehe. Sankyu bi tolong carikkan.

Pastu semalam jugak ada kohai ni bagitahu saya ada free gift purse jugak. Purse tu cap Roberta di Camerino..Ok, yang ni macam tak nak beli sebab awal tahun depan nak beli purse baru cap yang saya dah berkenan begitu lama..huehue. Magazines tu semua saya dah buang. Selak pun tak, memang beli semata untuk dapatkan free gift tu.."so orang melayu la saya ni".peace!

Monday, 24 September 2012

Niat

Salam wbt. Hari ni saya memang dah berniat nak buat entry yang best kiranya. Nak share cerita yang sangat best kat semua tapi kat orang lain saya tak tahula best atau tak.huhu
Jap-jap..jangan speku saya pregnant. Bukan cerita best jenis macam tu tapi cerita best yang lain. Dari segi dan bentuk yang lain yang bagi saya bestla.huehue ( berapa banyak best daa:p)

Dari tengah hari sampai la ni baru dapat 3 lines je draft yang saya mampu buat. Sibuk entertain anak-anak sedara yang sibuk tanya itu ini. Ala, bukan layan face to face pun, layan kat group je pun. Tapi itula, lama la saya duk layan diorang sambil masak, bagi anak makan, tidokan anak. Lepas tu bila saya tengok balik laa..dah pukul 3. nak update entry yang tertangguh tu terus tak jadi, mood dah lari benamkan diri dia ke dalam laut dalam. Saya nak carik mood tu balik malasla kan. Dah petang lepas tu takkan nak masuk laut dalam semata-mata nak carik mood tuk berblogging. Sangat tak berbaloi nak bahayakan diri untuk lemaskan diri sendiri. Dah la tak pandai berenang jadi tak payahla nak carik pasal.

Niat dihati jugak nak BW tengah hari tadi tapi disebabkan sibuk dengan urusan keluarga terpaksa ditangguh hingga keesokan hari .Insya Allah esok sekiranya berkelapangan kunjungan balas akan cuba dibuat.

Hari ni sangat sejuk sampaikan anak-anak mandi sekali je hari ni. Sejuk yang agak sejuk kalau nak dibandingkan dengan minggu lepas. Dah masuk autumn..hoyeaaahhh pastu masuk winter terusla update yang tak berapa nak mulia..hahaha
Asyik jela nak tulis gagagagaga je nanti.( gagagaga tu as in bunyi gigi yang berlaga antara atas dan bawah disebabkan sejuk yang teramat).

Saya dah terasa saya menulis ni tanpa tujuan yang jelas. Kalau macam tu, minta izin dulu la ye.

Sent from my iPhone

Friday, 21 September 2012

Trip To Hokkaido: Rose Garden

*scheduled entry*
Sambungan yang tidak berkesudahan, ni kat chocolate factory sebenarnya, kebetulan kat bahagian luar tu memang ada rose garden saya pun tak lepaskan peluang duk ambik gambar bunga sambil duk pantau anak-anak berlari sana-sini macam burung yang lepas bebas..huh! penat bercakap dalam satu  napas..cuba korang baca sekali lagi dalam satu napas..haha, kalau semput jangan salahkan saya na.;p

Sila jangan tanya nama spesis roses ni tau. Saya tak ingat, dah lama kan. Kalau saya pergi semalam pun belum tentu saya ingat nama bunga ni semua jugak..ekeke. Yang penting bagi saya ini semua adalah bunga ros.;p

rose 1..sila teka nama spesis ni..
rose 2..teka lagi..;p
 gambar ni diambil pada waktu 11.14 am pada hari isnin..
tak ingat berapa haribulan, yang pasti bulan 7.huehuehue
kami stayed kat situ sampai pukul 12 tengahari pastu cepat-cepat blah..
nak lunch lagi pastu nak kejar fery lagikan..:)
 rose 4..jangan lupa untuk teka..haha
 ok ni sama macam atas..
 sama lagi..tak aci letak gambar yang sama banyak-banyak ni..
eh, lain angel tau gambar yang saya letak ni
 rose yang ke berapa ye..jap scroll ke atas..
ok..rose ke 5..apakah nama sebenar dia?


kat sini ada jugak macam rumah ni dengan English design yang sangat cantik..
tetiba time tu rasa nak masukkan je rumah ni dlaam poket seluar..
hahaha..buat kelakar lepas tu gelak sendiri..sadis:(
serius, sangat cantik..
diharap kepada yang berkenaan tu, boleh tak nanti kita buat rumah macam ni?
boleh..boleh..boleh...
(mesti yang berkenaan tu jawab dalam hati dia..boleh..boleh blah..)

si langau hijau..
ok..yang ni pulak..
tak tahu nak tanya apa..hehe

sekian..entry jalan-jalan hokkaido..ada hutang satu entry je lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...