Pages

Showing posts with label Earthquake and Tsunami. Show all posts
Showing posts with label Earthquake and Tsunami. Show all posts

Monday, 12 March 2012

Part 2: Tsunami 2011

Salam wbt. Disebabkan tak nak jadi orang yang tidak berpegang pada janji, hari ni saya sambung lagi cerita semalam(setahun yang lepas). hehe..better late than never, rite? Ok, sambung..semalam sampai part yang kami berkumpul semua tu kan..

Dalam pukul 5 petang macam tu, kami waktu tu dalam 8 adults, 6 kids berkumpul dan berbincang. Kami sepakat duduk dulu dalam kereta masing-masing, tak tahu nak pergi mana..hehe, sebenarnya waktu tu semua tak tahu nak buat apa, ikut nasihat dari makcik Nihonjin tu supaya masing-masing standby dalam kereta je. Dah duduk dalam kereta, tengok TV baru tahu yang ada tsunami rupanya. Serius, sebelum tu kami semua tak tahu pun ade tsunami. Memang disconnected dengan dunia luarkan. Bila tengok berita kat TV tu memang masing-masing diam. terpaku. speechless..Bila dah tahu jadi macam tu, kami semua pun bergerak ke supa nak cari makanan nak jadikan stok la kononnya. Bila sampai kat supa, tengok orang beratur kat dalam tu, memang ramai. Masing-masing dah panik tu sebab diorang keluar beli stok makanan banyak-banyak. Dapat jugakla kami beli air mineral, roti dan snack. Rak makanan kosong je kat supa tu. Even benda yang tak sedap pun orang beli jugak. Bila dah beli semua tu kami tengok la kat jalan raya, memang banyak sungguh kereta. Saya rasa diorang pun tak tahu nak pergi manakan sebab kalau nak duduk dalam rumah masih bahaya lagi. After shock waktu tu selang setengah jama mesti ada. Ngeri bila pikirkan. Fikir punya fikir akhirnya kami semua setuju balik dan berkumpul di rumah saya. Ingat lagi waktu tu nak solat isyak, dah masuk rakaat kedua, earthquake datang lagi. Agak kuat, semua berhenti solat dan  berlari turun. Bila dipikirkan balik, agak kelakarla..haha..Sampai bawah, tengok keadaan dah redha sikit, baru solat kat tepi jalan je. Lama jugakla duduk dalam kereta waktu tu tapi masing-masing tak bukak enjin pun sebab nak jimat petrol. Memang waktu tu , petrol dah tinggal sikit, battery telefon masing-masing tinggal sikit. Kami naik balik bila yakin takde susulan yang kuat dan makan malam. Makan malam kami waktu tu hanyala maggie, onigiri dan spageti. Kak Lisa memang masak tengah hari tu tapi lauk dia semua tumpah. Yang tinggal nasi dalam rice cooker je. Yang saya pulak, masak sambal telur tapi masak 2 biji je. Yang tinggal waktu tu sambal je. Rumah depan ade spageti semalam tapi masih elok, makan jela. Memang waktu tu anak-anak diutamakan. Kesian diorang kan, dah la sejuk lapar pulak. tu. Kebetulan kami baru dapat parcel dari Malaysia minggu tu, jadi ada jugakla biskut dan maggie untuk dimakan. Itupun bercatu sebab tak tahu keadaan selepas itukan. Kalau nak dipikirkan, kami masih lagi beruntung sebab boleh balik rumah dan boleh makan malam lagi. Orang ditempat lain lagi teruk. Duduk di evacuatioon centrekan, jadi paham-paham jela keadaan kat situ. Kalau nak makan pun cuma boleh makan onigiri je dan pisang kot..tak ingatla sebab kalau kat sini waktu tu di evacuation centre tu diorang cuma bagi onigiri dan pisang je. Apapun keadaan kami masih baik lagi kalau nak dibandingkan dengan affected areas..

Bila dah malam, kami tidur dengan memakai tudung dan jaket siap-siap. Tido memnag tak nyenyak sungguh. Bergegar kuat je, semua orang bangun, tanya nak kena turun ke tidak ni... Dahla waktu tu sangat gelap, memang tak nampak apala. Telefon masing-masing dah kong, jadi main raba-raba je. Mr K, husband Kak Lisa dan Nayo tidur kat rumah atas. Jadi memang dah asingla tempat tido perempuan dan lelaki. Malam tu jugak, suhu jatuh lagi jadi -4C..memang gigil gagagaga..Kesian anak-anak, diorang pun tidur tak nyenyak sebab terlampau sejuk.  Saya rasa kami semua tidur-tidur ayam je waktu tu, bila bergoyang je, masing-masing bangun..huhu. Yang tak tahannya, ada jugak adik dara ni yang tidur memakai beg. Senangkan, kalau nak lari terus pakai kasut je..

Bila subuh, memang senang sangatla nak bangun yela sebab tak tidurkan. Tengok air pun dah habis, jadi Mr K datang bawak yuki (snow)sebaldi untuk kami guna sebagai ganti air nak ambik wudhu. Malam tu sempatla dia letak baldi atas kereta untuk tadah snow tu. Uwaaaa..sejuk yang amat. Dah la heater takdekan, bila solat tu gigil-gigil la. Toilet rumah saya toksah cakapla..haha..macam-macam bau, itupun bila stok air dah habis, semua duk menahan kecing. Tak tahu nak bersihkan macam manakan..hehe..Bila dah siang sikit, Mr K masakkan snow untuk jadikan air minuman. Pagi tu semua blur..tak tahu nak buat apa. Masing-masing masih trauma lagikan. Borak punya borak, yang lelaki ni pun keluar nak cari stok air minuman. Mesti ada yang tertanya kenapa kami tak duduk kat evacuation centre kan. Kamikan petang tu memang tak dengar satu berita pun pasal evacuation/shelter center tu. Dah pagi baru tahu. Rupa-rupanya, bekalan air dan gas di aparto lain masih ada, cuma ada sesetengah aparto je yang memang automatically shut down bekalan air dan gas. Kami berpindah duduk rumah Kak Lisa pulak. Barula masing-masing dapat beristinjak dengan lebih selesa. Masak tengah hari dan bincang apa yang patut kami buat lepas tu.

Eh, panjang sungguh ni cerita ni..Tapi, saya memang kalau bercerita detail sungguhkan..haha..sorila ye sapa yang baca ni, mesti tensen jekan..Kenangan tau untuk kami di sini. Saya ingat lagi, bila dah siap lunch tu kan, masing-masing makan, memang tak tahu nak cerita macam mana .Alhamdulillah..bersyukur sangat kami masih dapat lagi menikmati makan tengah hari waktu tu. Masing-masing makan dengan penuh tekun dan senyap..haha. Tapikan, waktu tu pun kami bercatu jugakla makan..Walaupun bercatu, tapi memang sangat kenyang...Lepas lunch yang lelaki keluar balik cari makanan..Bila balik, diorang kata shelter center dah bukak. Tapi, kena bawak kelengkapan tidor sendirila waktu tu. Kami waktu tu dah nak gerak dah ke situ, tapi bila lepas dinner je bekalan elektrik dah ada..Semua seronok, bukak heater dan tengok TV. Masing-masing tak tahukan perkembangan terkini waktu tu.

Sebelum tu, sewaktu petang Jumaat tu kan, bila duduk dalam kereta masing-masing sempatla telefon family kat Malaysia. Bila network dah ada balik, tengok banyak sangat missed call yang saya dapat especially dari Kak As dan Kak AYu Nagaoka. Terima kasih kerana masih ingatkan saya waktu tu.

Saya rasa itu je kot yang saya nak cerita pasal hari pertama dan kedua. Tempat kami dengan affected area di Iwate ni agak jauh dalam 200km. Nak dijadikan cerita, kawan kami, Kak Fer baru je balik ke Malaysia 2 minggu sebelum tsunami. Sebelum tu, memang dia satu family duduk di sana (Miyako) tapi, husband dan anak-anak dah balik dulu setahun sebelum tu. Tinggal la Kak Fer sorang-sorang since research tak siap lagi. Student PhD dari Tokyo Univ tapi reseacrh centre (Coastal research) di Otsuchi, Miyako. memang tepi pantai. Selepas submit je thesis dia, Kak Fer pun mintak nak balik Malaysia dan SV pun bagi la dia balik awal. Kononnya bila hari convocation dia nanti dia nak datang balik la ke Jepun. Waktu tu Kak Fer 5 months pregnant. Kami memang bersyukur sangat sebab Allah permudahkan segala proses dia nak menyiapkan research dia tu. Memang kalau dia masih ada lagi di Miyako waktu tu mesti kami tak jumpa dia lagi dah. Rumah sewa dia memang tinggal tapak je. Kami pernah ke sana melawat dia, memang rumah tu tepi laut cuma dipisahkan dengan tambak batu yang tinggi.

ni rumah jiran Kak Fer..*sila hancurkan rumah ini*

pic taken May 2011..
waktu ni adik Nasrullah pergi ke sini nak tengok keadaan Otsuchi..
gigih tu dia pergi sana..
Inila rumah Kak Fer tinggal dengan family dia sebelum dia hidup membujang kat sini..
rumah yang dia menyewa tu memang dah tak de dah..:(

pic taken August 2011..
dah bersih..
tapi, tak tahula landlord dia masih hidup lagi tak..:(

Actually, kisah ni semua adalah saya selit dalam entry ni..waktu tu memang takde mood langsung saya nak bercerita, jadi saya selit sikit-sikit je kat entry tu..boleh baca sini..

Kalau masih ingat, 2hari sebelum tsunami ni memang ada earthquake yang agak kuat terjadi..boleh baca sini jugak..

Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi macam ponekla..saya yang menaip ni sangat ponek nak baca balik apatah lagi korang yang duk membacakan..Nanti saya sambung lagi la..setahun selepas kejadian pulak..Yang ni tak janji la ye..kot angin rajin datang saya buat..malas kalu, next year pulak lah..ekeke..

ok, GTG (ika, kita tiru awak..ekeke)..nak kena masak la, arini dai (univ) tutup, so Mr K sekejap lagi balik nak lunch pulak..baby comel sebelah ni dah mula dah menangis..

Sunday, 11 March 2012

Re-publish: Tsunami 11 March..setahun telah berlalu

Salam wbt..Tak sangkakan, hari ni genap setahun selepas kami mengalami kejadian tsunami dan gempa bumi yang teruk di Jepun ni. Kalau di fikirkan macam sekejap je setahun, tapi buat mangsa yang kehilangan ahli keluarga dan harta memang tak sama apa yang kami rasa ni. Sekurang-kurangnya kami ni setakat emosi je yang agak terganggu pada mula-mula dulu tapi mereka kena hadapi segala musibah itu semua untuk seumur hidup mereka. Kenangan yang pahit untuk dikenang.

Hari ni saya cuma re-publish je balik cerita pengalaman saya sewaktu itu. Kemungkinan esok saya akan sambung balik kisah yang tergantung dari entry itu sendiri (serius, cerita tu tergantung, asyik lupa nak sambung..setahun dah pun ni ha, tapi jangan risau semua tu still fresh lagi dalam memori ni.) Selain tu mungkin update sedikit bagaimana reaksi rakyat di sini dalam mereka menghadapi setahun selepas kedatangan bencana alam yang teruk itu terutamanya mereka yang teruk di landa tsunami.

Sesapa yang tak nak baco takpo, boleh baca blog orang lain. Ini untuk kenangan hari ini (terutamanya kami yang mengalami sendiri bencana itu) sempena setahun selepas tsunami dan gempa bumi yang teruk melanda Jepun terutamanya di kawasan pantai timur Jepun (Tohoku).

Original entry HERE.
.............................................................................................................................................................

Jumaat,11.3.2011..waktu lebih kurang 2.35++ pm..saya tengah baring2 kat tilam dan anak-anak pulak waktu tu tengah duduk depan komputer..Tiba-tiba, rumah ni bergoyang, mula-mula perlahan..saya diam je dan anak-anak waktu ni pun tak perasan dengan keadaan sekeliling..Pastu, saya rasa makin lama makin kuat pulak bergoyang rumah ni..FYI, rumah saya di tingkat 2..Apato (Apartment) ni ada 3 tingkat, 6 buah rumah..3 rumah Malaysian, 3 lagi Nihonjin..Waktu tu ni, anak-anak dah mula pandang-pandang saya dan terus saya panggil mereka duduk kat tilam je..Nak suruh duduk bawah meja tak muat pulak, nak berlari turun bawah, saya memang tak berani waktu tu..memang waktu tu saya macam blur sekejap..Tak tahu nak buat ape, mungkin sebab panik yang teramat sangat..Saya kata dengan Amni, Amni baca Al-Fatihah je..(ye, saya tahu lebih senang suruh dia sebut Allahu Akbar, tapi waktu tu saya terfikir, suruh jela dia baca ayat yang dah biasa dia baca)..Saya terus berdiri sambil mulut bertakbir; Allahu Akbar..Allahu Akbar..capai telefon, cuba telefon Mr K..saya ingat dia kat sekolah Amni, sebab kebetulan waktu tu memang ade PTA meeting..telefon banyak kali tak dapat..cuba telefon adik depan rumah, tak dapat jugak..Cuba tinjau kat tingkap takde pulak orang kat bawah (sume ni dalam 30 saat kot)..Waktu ni gegaran makin lama makin kuat, terdengar bunyi kaca pecah kat luar, dengar bunyi barang-barang kat dapur jatuh..Amni dah mula menjerit ketakutan..dah tak boleh nak baca lagi dah..twins pulak dah mula rasa takut dan akhirnya semua menangis..Terus saya datang balik kat tilam , pujuk diorang ni..kebetulan, pintu wardrobe saya dah rapatkan, sebab kat dalam tu banyak toys dan barang-barang yang berat terletak kat tempat tinggi..Rasa memang nak nangis sangat, tapi tahan je, demi anak-anak..Waktu ni rasa memang nak lari turun bawah, tapi saya ade 3 orang anak waktu ni..Tak tahu macam mane nak handle..Saya pujuk Amni supaya berhenti nangis, kata dengan die mama nak tengok ade tak abang atau kakak kat bawah..Dia berhenti nangis tapi sisa-sisa nangis tu masih ade, dan terus die pujuk adik-adik..Saya berdiri sekali lagi, dan telefon pun berbunyi..Rupanya Nik, dia pesan suruh turun bawah, akak jangan panik ye..Saya tinjau sekali lagi kat tingkap (itupun berdiri jauh-jauh,sebab takut tingkap tu pecahkan) dan ternampak adik Nayo..terus saya suruh dia naik atas tolong ambik anak-anak..Suruh anak-anak bangun, dan pergi ke pintu..nasib baik pintu masih boleh di bukak lagi (mmg waktu jishin ni, pintu kena di buka untuk elakkan pintu tersekat sewaktu rumah bergoyang)..Bila adik Nayo dah sampai je depan pintu, jishin pun berhenti....

Rupa-rupanya waktu tu hanya saya dan jiran bawah je yang ade kat apato ni..yang lain-lain sume takde di rumah..adik Nayo pulak berlari balik dari lab sebab teringatkan saya dan anak-anak. Kebetulan, jiran kami yang kat bawah tu pun ikut sekali naik atas sebab dengar anak-anak saya dah mula menangis balik..Dia suruh pakaikan socks tuk anak-anak dan siap sedia tuk second time jishin..Masuk dalam balik, ambik baju panas anak-anak, pakaikan socks..Dah siapkan anak-anak terus saya terduduk kat meja komputer..Air mata mengalir dengan laju tanpa henti..terus saya lap takut Amni nampak..seolah-olah waktu tu rasa macam tak percaya je yang saya dan anak-anak masih selamat tanpa sebarang kecederaan..Bersyukur sangat-sangat..

Selang beberapa minit lepas tu, jishin kedua pun mula.. Terus berlari ke pintu, pakaikan kasut anak-anak (walaupun terbalik kiri kanan) dan terus turun ke bawah..Sampai di bawah, jishin makin lama makin kuat, terus ke tempat parking..Berdirila kami di situ sambil pandang tiang-tiang elektrik semua bergoyang macam pokok kelapa kena tiup angin je..Tak lama tu barula Mr K sampai..Nampak je die rasa nak menangis..Bersyukur yang dia selamat dan kami masih dapat berkumpul bersama-sama. Rupa- rupanya dia tersekat kat bandar sebab waktu jishin tu die baru je keluar dari bangunan City Hall..Tapi, redah je la pergi ke parking bawah tanah ambik kereta..Dia kata bila jishin yang pertama tu terus teringat saya dan anak-anak..Risau yang teramat sangat sanggup ambik risiko pergi ke tempat parking tu..

Agak lama jugak kami duduk kat tempat parking tu..hari tu kebetulan cuaca memang sejuk suhu dalam -2C..Tak lama lepas tu yuki(snow) pun turun..Dah la saya pakai baju tak tebal sangat, memang menggigil kesejukkan + ketakutan..Twins sibuk main yuki dan Amni dah sibuk cakap nak balik Malaysia..Takut sangat dia kata..Kami tunggu lagi dalam 20 minit dan memang waktu tu takde gegaran susulan yang kuat, kami pun decided nak naik ke rumah..Terus siapkan barang-barang tuk di bawa (pasport, diapers dan baju sepasang tuk anak-anak, makanan kering sikit dan susu anak-anak) waktu ni, bekalan air, elektrik dan gas memang automatically shut down..Tak sempat saya nak masak air panas tuk bekalan anak-anak..Anak-anak pulak naik rumah terus tertido..talian telefon semua dah tak leh guna..Jadi, tak dapat nak contact Malaysian yang lain nak tanya keadaan diorang..Nasib baik yang rumah berjauhan tu datang ke rumah kami dan buat keputusan tuk berkumpul satu tempat je malam tu iaitu kat rumah kami..


p/s: nanti saya sambung lagi..nak kemas rumah, sekejap lagi pihak dari embassy nak datang hantar bantuan..alhamdulillah, kami yang di sini tidak dilupakan..memang keadaan kami tak teruk, tapi bekalan makanan semakin berkurangan..tak boleh nak ke mana-mana memandangkan minyak kereta pun tak dapat nak di isi sebab stesen minyak kehabisan bekalan..
p/s lagi: terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa mendoakan keselamatan kami di sini..

Monday, 18 April 2011

Caca-Merba

Salam semua...alhamdulillah, rasanya dah dekat 10 hari kami selamat tiba kat Nihon ni...meh saya cerita sikit.., at first memang kami tak nak balik..sebabnya kami baru balik bercuti dari Malaysia aritu tak sampai 2 bulan lagipun..duit pun dah takde nak bayar tiket flight..huhuhu..tapi, bila pihak embassy kata yang kerajaan kita suh bawak semua student dari 4 kawasan yang terjejas ni, kami pun balikla..Lagipun, tiket pergi balik universiti yang tanggung..kami cuma ikut je arahan dari kerajaan (kununnya..ekekeke,padahal, bila dengar je bole balik ditanggung sepenuhnya, wah, siap terlompat2 lagi..bukan saya, Amni ye..:p)

Mesti ade sesetengah yang pelikkan (ke takde sapa yang kisah pun..hikhikhik)..kenapa la kami nak balik ke sini semula awal sangatkan. Bukannya ape, Mr K banyak sangat keje kat lab(ye, kalu nak tahu, lab diela yang paling sibuk kat uni die..supervisor bagi balik aritu pun sebab arahan dikeluarkan dari kerajaan Malaysia, kalau tak, mesti die macam berat nak bagi balik..aritukan Mr K dah amik cuti bulan 1 yang waktu kami balik aritu..kot asyik cuti je, bilala keje nak siapkan..).sepanjang balik Malaysia pun, dia masih sibuk buat kerja lab dia dari Malaysia..pegi balik Parit Raja, duk mintak bilik kat KJ, pastu buat kerja dari sana ..lagipun,saya dah masuk 28 weeks pregnant..kang kot balik lambat2 kang, takut airlines tak bagi saya naik pulak kang..itupun aritukan, baru 1jam duk kat dalam flight, kaki saya dah membengkak macam ape dah..lagi 2jam sebelum landing ke Tokyo baru boleh luruskan kaki kat atas kerusi..pastu, bila nak sarung sandal, dah tak muat..hahahaha..waktu tu memang kelakar sungguh, yela, kaki dah macam kaki gajah punya besar da..kat dalam airport, saya bukak je sandal, jalan berkaki ayam..nasib baik tak ramai orang waktu tu, yela landing kul 5.30am kan..terpaksa berkaki ayam sebab bila cuba pakai gak sandal tu, kaki dah merah2 kat sana sini, pastu rasa dah takleh jalan je..baik bukak terus..

Setiap ari bukak belog, setiap ari baca belog orang lain (saya tahu saya tak tinggalkan jejak pun..:p)..tapi, baru ni saya rajin sikit..:D ..balik dari Malaysia ni memang tersangat2 busy..Amni dah tak ke youchien (kindy;kami tak sambung ke tahun ni sbb nak kena anta twin sekali tak cukup fulus la pulakkan)..Jadi, sekarang ni tengah tunggu sampai 1st May baru bole anta semua anak2 ke houikuen (nursery)..Korang pun boleh bayangkan macam nak handle 3 orang anak yang super duper active ni..semput2..:p

Banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana..hehehe..oh, aritu waktu jishin tu, Mr K sempatla amik gambar2 kat dapur..ni semua cerita dah basi kan..tapi, buat jela sebagai kenangan kami sepanjang berada kat nihon ni..

ni keadaan kat dapur kami..benda2 ringan je yang jatuh
maybe sebab jishin tu lebih ke sebelah kiri kot, tu sebab microwave n oven tak jatuh..

yang ni dapur rumah depan(budak2 bujang)
microwave oven tu memang rosak teruk..buang je..

yang ni pulak pada malam kejadian tuh..
makan maggi(tuk kanak2), adela spageti sikit2 lebih siang tuh,
adela jugak onigiri (sbb lauk dah habis tertumpah ke lantai)

makan dengan bercahayakan lilin dan jugak dari laptop..
malam tu kami semua tido dalam kesejukkan
dengan suhu -4 C, gagaga.. :(
pagi besoknya anak2 semua selsema..
air minum pun simpan tuk buat susu anak2 je..
semua orang lepas tu sakit tekak sebab kekurangan minum air kosong..
buat pertama kalinya dalam hidup ni, di subuh hari
gunakan salji tuk ambik wuduk..uwaaaa..memang sejuk sangat2..
pastu, Mr K masak salji tuk jadikan air minuman..
tengah hari kami pindah ke rumah orang lain,
dan rupa2nya kat rumah dia ade bekalan air dan gas..
alhamdulillah...

walaupun tenggelam timbul, izah masih ingat lagi kat aku ye..
maceh izah.,sory, lambat tampal award ni..
aku suka award ni, badget aku ni cutela..ekeke

ni pulak roti yang dibuat beberapa hari sebelum jishin tu..
semua inti kacang merah je..
step2 nak buat bentuk roti tu bolela tengok kat umah Mamafami kay..
saya tahu bentuk2 roti tu memang tak cantik cam tuan punya..sob..sob..
tuk resipi, saya guna basic dough je..memang suka guna basic dough ni..
sonang, sodap dan hasil pun lembut gitu..

nape warna sosej die jadi camtu ek?
musykil la..
BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Sekian entry caca-merba dari saya...Nanti saya BW ke belog kawan2 ye..anak2 dah bangun la pulok..

Friday, 18 March 2011

A quick update

Salam semua..maaf sudah beberapa hari tak update situasi kami di sini. Alhamdulillah, sekarang, kami, semua rakyat Malaysia di Iwate sudah selamat berada di Tokyo..Pada hari Rabu lepas, pihak embassy bersetuju untuk mengeluarkan kami semua dari Iwate..Ini merupakan satu sahaja cara yang boleh bagi kami sampai ke Tokyo memandangkan semua perkhidmatan awam tidak dapat berfungsi seperti biasa. Untuk pengetahuan semua, bagi membolehkan pihak embassy sampai ke tempat kami melalui jalan darat, mereka memerlukan satu pas khas yang hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.

Walaupun perjalanan mengambil masa selama 11jam dan anak pun agak cranky sewaktu perjalanan, apa pun kami tetap bersyukur kerana sampai dengan selamat. Insya Allah, esok 19.3 kami akan pulang ke Malaysia buat sementara waktu. Semoga kami sampai dengan selamatnya.

Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak jemu mendoakan keselamatan kami dan seluruh rakyat Malaysia serta Jepun di sini..Insya Allah, semoga kita semua selamat dan berada di bawah lindungan Allah..

p/s: maaf kepada semua, buat masa ni memang tak dapat langsung tuk BW..Insya Allah, bila keadaan sudah kembali reda, saya akan buat kunjungan balas..Terima kasih kerana sudi menjengah dan bertanya khabar.

Monday, 14 March 2011

Tragedi 11.3.2011..

Jumaat,11.3.2011..waktu lebih kurang 2.35++ pm..saya tengah baring2 kat tilam dan anak-anak pulak waktu tu tengah duduk depan komputer..Tiba-tiba, rumah ni bergoyang, mula-mula perlahan..saya diam je dan anak-anak waktu ni pun tak perasan dengan keadaan sekeliling..Pastu, saya rasa makin lama makin kuat pulak bergoyang rumah ni..FYI, rumah saya di tingkat 2..Apato (Apartment) ni ada 3 tingkat, 6 buah rumah..3 rumah Malaysian, 3 lagi Nihonjin..Waktu tu ni, anak-anak dah mula pandang-pandang saya dan terus saya panggil mereka duduk kat tilam je..Nak suruh duduk bawah meja tak muat pulak, nak berlari turun bawah, saya memang tak berani waktu tu..memang waktu tu saya macam blur sekejap..Tak tahu nak buat ape, mungkin sebab panik yang teramat sangat..Saya kata dengan Amni, Amni baca Al-Fatihah je..(ye, saya tahu lebih senang suruh dia sebut Allahu Akbar, tapi waktu tu saya terfikir, suruh jela dia baca ayat yang dah biasa dia baca)..Saya terus berdiri sambil mulut bertakbir; Allahu Akbar..Allahu Akbar..capai telefon, cuba telefon Mr K..saya ingat dia kat sekolah Amni, sebab kebetulan waktu tu memang ade PTA meeting..telefon banyak kali tak dapat..cuba telefon adik depan rumah, tak dapat jugak..Cuba tinjau kat tingkap takde pulak orang kat bawah (sume ni dalam 30 saat kot)..Waktu ni gegaran makin lama makin kuat, terdengar bunyi kaca pecah kat luar, dengar bunyi barang-barang kat dapur jatuh..Amni dah mula menjerit ketakutan..dah tak boleh nak baca lagi dah..twins pulak dah mula rasa takut dan akhirnya semua menangis..Terus saya datang balik kat tilam , pujuk diorang ni..kebetulan, pintu wardrobe saya dah rapatkan, sebab kat dalam tu banyak toys dan barang-barang yang berat terletak kat tempat tinggi..Rasa memang nak nangis sangat, tapi tahan je, demi anak-anak..Waktu ni rasa memang nak lari turun bawah, tapi saya ade 3 orang anak waktu ni..Tak tahu macam mane nak handle..Saya pujuk Amni supaya berhenti nangis, kata dengan die mama nak tengok ade tak abang atau kakak kat bawah..Dia berhenti nangis tapi sisa-sisa nangis tu masih ade, dan terus die pujuk adik-adik..Saya berdiri sekali lagi, dan telefon pun berbunyi..Rupanya Nik, dia pesan suruh turun bawah, akak jangan panik ye..Saya tinjau sekali lagi kat tingkap (itupun berdiri jauh-jauh,sebab takut tingkap tu pecahkan) dan ternampak adik Nayo..terus saya suruh dia naik atas tolong ambik anak-anak..Suruh anak-anak bangun, dan pergi ke pintu..nasib baik pintu masih boleh di bukak lagi (mmg waktu jishin ni, pintu kena di buka untuk elakkan pintu tersekat sewaktu rumah bergoyang)..Bila adik Nayo dah sampai je depan pintu, jishin pun berhenti....

Rupa-rupanya waktu tu hanya saya dan jiran bawah je yang ade kat apato ni..yang lain-lain sume takde di rumah..adik Nayo pulak berlari balik dari lab sebab teringatkan saya dan anak-anak. Kebetulan, jiran kami yang kat bawah tu pun ikut sekali naik atas sebab dengar anak-anak saya dah mula menangis balik..Dia suruh pakaikan socks tuk anak-anak dan siap sedia tuk second time jishin..Masuk dalam balik, ambik baju panas anak-anak, pakaikan socks..Dah siapkan anak-anak terus saya terduduk kat meja komputer..Air mata mengalir dengan laju tanpa henti..terus saya lap takut Amni nampak..seolah-olah waktu tu rasa macam tak percaya je yang saya dan anak-anak masih selamat tanpa sebarang kecederaan..Bersyukur sangat-sangat..

Selang beberapa minit lepas tu, jishin kedua pun mula.. Terus berlari ke pintu, pakaikan kasut anak-anak (walaupun terbalik kiri kanan) dan terus turun ke bawah..Sampai di bawah, jishin makin lama makin kuat, terus ke tempat parking..Berdirila kami di situ sambil pandang tiang-tiang elektrik semua bergoyang macam pokok kelapa kena tiup angin je..Tak lama tu barula Mr K sampai..Nampak je die rasa nak menangis..Bersyukur yang die selamat dan kami masih dapat berkumpul bersama-sama. Rupa- rupanya dia tersekat kat bandar sebab waktu jishin tu die baru je keluar dari bangunan City Hall..Tapi, redah je la pergi ke parking bawah tanah ambik kereta..Die kata bila jishin yang pertama tu terus teringat saya dan anak-anak..Risau yang teramat sangat sanggup ambik risiko pergi ke tempat parking tu..

Agak lama jugak kami duduk kat tempat parking tu..hari tu kebetulan cuaca memang sejuk suhu dalam -2C..Tak lama lepas tu yuki(snow) pun turun..Dah la saya pakai baju tak tebal sangat, memang menggigil kesejukkan + ketakutan..Twins sibuk main yuki dan Amni dah sibuk cakap nak balik Malaysia..Takut sangat die kata..Kami tunggu lagi dalam 20 minit dan memang waktu tu takde gegaran susulan yang kuat, kami pun decided nak naik ke rumah..Terus siapkan barang-barang tuk di bawa (pasport, diapers dan baju sepasang tuk anak-anak, makanan kering sikit dan susu anak-anak) waktu ni, bekalan air, elektrik dan gas memang automatically shut down..Tak sempat saya nak masak air panas tuk bekalan anak-anak..Anak-anak pulak naik rumah terus tertido..talian telefon semua dah tak leh guna..Jadi, tak dapat nak contact Malaysian yang lain nak tanya keadaan diorang..Nasib baik yang rumah berjauhan tu datang ke rumah kami dan buat keputusan tuk berkumpul satu tempat je malam tu iaitu kat rumah kami..

p/s: nanti saya sambung lagi..nak kemas rumah, sekejap lagi pihak dari embassy nak datang hantar bantuan..alhamdulillah, kami yang di sini tidak dilupakan..memang keadaan kami tak teruk, tapi bekalan makanan semakin berkurangan..tak boleh nak ke mana-mana memandangkan minyak kereta pun tak dapat nak di isi sebab stesen minyak kehabisan bekalan..
p/s lagi: terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa mendoakan keselamatan kami di sini..

Wednesday, 9 March 2011

Setelah sekian lama, kau kembali lagi..(earthquakemode)

Ya Allah, baru 20 minit yang lepas ade jishin (earthquake) yang sangat kuat kat sini..tak pernah lagi rasa macam ni sebenarnya..Kuat dan lama sangat..tak tahula sampai 1 minit atau lebih seminit..Memang menakutkan..rumah kami tingkat 2, memang nampak rumah kami ni bergoyang-goyang..twins ape lagi, terus datang peluk kuat-kuat..siap berhenti sekejap, pastu bersambung lagi..memang lama dan tak tahula nak cakap ape..terus terfikir, kalau teruk ni, macam mana ni?diorang tak bagi keluar, suh duduk bawah meja..macam mana kalau waktu tadi tu dah sampai nyawa tuk dicabut?Astaghfirullah....(pinjam kata-kata Nik, sebab memang termuhasabah diri ni sekejap)..call Mr K, tak angkat pulak..ni tadi,baru die call balik..rasa nak menangis je..air mata dah bergenang, tapi nasib baik die buat lawak, terus tak jadi..hahaha, die kat lab bawah waktu tu, memang duduk diam jela..

Kalau kat Jepun ni, memang biasala earthquake ni..cuma besar atau tidak je skala ritcher die..ni saya ambik dari link yang Kak As bagi tadi..

Tsunami Warning/Advisory

Issued at 11:48 JST 09 Mar 2011

******************Headline******************
Tsunami Attension has been issued.
PACIFIC COAST OF TOHOKU
*******************Text********************
Tsunami Advisory

PACIFIC COAST OF AOMORI PREF.
IWATE PREF.
MIYAGI PREF.
FUKUSHIMA PREF.

***********About Tsunami Forecast************

Tsunami height is expected to be about 0.5 meters, Pay attention to tsunamis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...