Pages

Showing posts with label Baby Afiya. Show all posts
Showing posts with label Baby Afiya. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

Afiya is 1!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah! Ahad lepas; 8hb 7 genapla usia Afiya setahun. phew..macam tak caya je kan, pejam celik dah setahun dah. Sekarang ni masih lagi berjalan setapak dua je, lepas tu dah tak mo jalan..hehe. Kalau bab bercakap tu, dia ni memang pantang orang makan, mesti dia akan cakap "nak..nak..nak." selagi tak bagi , selagi tu dia akan cakap macam tu je. Lagi satu dia ni sangat garang, haishh..kalau dia tak suka, mesti sibuk la marah orang..Gigi dah ada 2 batang, sebelum ni bila nak teething tu dia memang tak nak makan langsung. Sekarang ni baru ok sikit, dapatla 5-6 suap kot..Okla kan daripada dia tak makan langsung. 
Jom tengok gambar la ye..nanti lain hari saya update pasal dia lagi ye.*tetiba tak tahu nak cerita apa dah..;p*
ececeh, dah boleh buat toncet tu..hehe
tapi time nak ikat ni memang susah yang amat tau.
kena bagi dia susu baru boleh buat, 
kalau tak dia akan marah sambil tepis-tepis tangan, tak pun dia menangis jadinya..
awww..ada tiara lagi kat kepala dia tuh..
princess la kununnya hari tu..
ni tadi time edit gambar ni, Amni pun cakapla, " Afiya jadi princess ke mama?"
nasib la dia tak mintak buat tuk dia pulak.mama malas la kakak..;p
Actually time ni dia agak pelik tau, "kenapa la aku kena pegang pisau pulak ni"?haha
pastu "kenapa sume orang pandang aku semacam je ni..siap gomol-gomol aku lagi"..
okla dia hari tu, dengan adik2 perempuan yang lain dia ok je, suka la kena dukung bagai..
tapi, time budak lelaki cuba tegur dia je, terus nangis..haishhh.
tengok muka Afiya dan Faeiq..excited tuh..
hehe, soryla anak-anak..dah lama mama dan babah tak buat makan-makan besar macam ni kan.
selalunya kami buat makan-makan tetiap kali birthday anak-anak,
 tapi tahun ni tak berkesempatan gamaknya, babah busy sokmo..
 kalau buat makan-makan pun, bila ada family adik-adik ni yang datang, 
memang kami akan jemputla datang makan kat rumah..
anak-anak ni sukala dapat jumpa nenek angkat..ramai tau nenek angkat diorang ni..hehe
macam Faeiq dan Faeiz pulak, birthday diorang time babah pergi conference ke Copenhagen hari tu, 
so mama buat kek pastu celebrate berlima je..:(
itu yang hari ahad tu saya buat kek lagi satu khas untuk budak bertiga tu..
sukala dapat potong kek sekali denagn Afiya...:))
Rainbow cake *pitam 2 hari berturut-turut buat rainbow cake*
lagi satu Strawberry cheesecake..
saya masak Nasi ayam penyet..
memang suka guna resipi ni je, sedap kena dengan selera kami..
saya duk belek2 label nasi tu tadi, rupanya saya tak pernah buat entry nasi ayam ni ye..
takpo, boleh tengok kat my resipi je, dari blogresipi(ijan finland)
ada tempe goreng, tauhu goreng, sambal dia sekali..
terima kasih Mr K tolong gorengkan semua benda di atas tu..
lagi saya buat mee kari..karipap..
adik2 onna bawak kuih ketayap dan butter cookies..oishii.
ni gambar Afiya hari sabtu hari tu..
itu gambar dia berdiri je, ingat kan nak la dia berjalankan.
nampaknya dia lagi suka berdukung dari berjalan.;p
takpe Afiya, mama dan babah tak kisah pun..:))
terima kasih auntie As dan Auntie Hanis bagi baju tu kat saya..
baju pink auntie As bagi dah lama dah, sekarang ni baru muat..:)
gambar Afiya dari lahir hingga umur 8 mo..
sayang Afiya, semoga menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihatnya, 
semoga mempunyai peribadi yang mulia dan akhlak yang terpuji,
semoga menjadi anak penyejuk mata,
mama, babah, kakak, abg faeiz dan abg faeiq sayang afiya..muah..muah..muahhh..

*********************************************************************************

Terima kasih kepada yang masih sudi datang ke bolg saya ni..
ada jugak yang bertanya, saya sihat ke tidak dan kenapa jarang update blog?
Alhamdulillah, kami sekeluarga semua sihat sejahtera. Jarang update blog disebabkan kekangan masa sebenarnya, dengan anak-anak lagi, dengan kerja rumah lagi (macam la orang lain tak jaga anak ye dak..macam saya sorang je yang bz), eh macam-macam la yang saya buat..;p
malas pun ye sebenarnya..hehe. Banyak benda nak update..meh sini saya buat list apa yang saya nak update..
  1. Big Seagulls cruising-Jodogahama
  2. Michinoku Park-Sendai
  3. Asakusa -Tokyo
  4. Tokyo Sky Tree and Sumida Aquarium
  5. Asamushi Aquarium- Aomori
  6. Jalan-jalan Sendai jumpa Hanis dan Kak As..
  7. Insya Allah, weekend ni tambah lagi satu list -trip to Hokkaido pulak..
  8. uwaaaaaaaaaaaa..bila nak update semua ni..ada sesapa yang free tak, boleh tolong updatekan..saya bagi gambar, pastu pilih,editkan..heheh*pang berkali-kali kat muka sendiri..* 




Tuesday, 12 June 2012

Afiya # 11 months

Salam wbt. dah lama tak cerita pasal budak tecik ni ha. Mama agak malas nak cerita, tapi kena jugak update dalam ni takut nanti mama lupa.

Sekarang berat masih 7kg lagi..mama dah risau ni, camno  ni nak oi, berat tak ideal ni ha..sejak 3 minggu lepas, susah sungguh nak bagi dia makan. Penim mama fikirkan menu untuk dia. Macam-macam dah bagi, paling banyak pun dia makan adalah dalam 5 suap. ye,kena suap kalau makan guna spoon dia tak nak okey. Sungguh kemelayuan la Afiya ni. Bulan depan nak pi check up, konpem doktor bising ni. Apapun, Alhamdulillah. Afiya aktif dan sihat. Semoga membesar dengan sihat hendakNYa.
time ni dalam 3 minggu selepas lahir..
bila tengok gambar ni, sangat sebak tau..
dah besar dah baby mama ni, bau baby pun dah hilang..
sekarang bau masam peluh pulak, tapi mama tetap suka ..haha
Afiya kan start merangkak dari 8 bulan, so mama dan babah ingat dia akan cepat la berjalan. hehe, belum lagi nampaknya. Maybe nak ikut macam kakak Amni, masuk 13 bulan baru nak berjalan kot. So far, dia dah boleh panjat meja. Hehe, Afiya sangat aktif dan lasak. Kalau setakat nak berjalan pegang meja atau dinding dah lepasla. Lagi satu, dia suka berjalan guna lutut dia, kira macam berlutut tu, dia gerak laju-laju..sangat comel.:)) Takpe nak, lambat atau cepat mama tak kisah pun. Mama lagi suka macam ni kot, sebabnya awak mesti suka berdukung je dengan mama ni. Terasa awak masih kecik baby lagi.
bila tengok kaki yang comel ni, lagi bertambah sebak..
2 tapak kaki muat dalam sebelah tapak tangan mama..
semoga bila dah besar jadi anak yang solehah ye sayang..
Afiya dah pandai guna iphone. Sebelum ni iphone mama rosak sebab dia duk hisapla. Terus home button jadi rosak, pastu speaker dah tak keluar bunyi langsung. Kalau ada call masuk pun kadang-kadang tak sedar. Lama jugak rosak sampai babah terpaksa belil iphone baru, pastu babah bagi mama guna iphone lama babah. Tup-tup bila kami baru tahu (sadis sungguh!) yang Apple store ada kat Sendai, apa lagi terus la tukar. Alhamdulillah, dapat tukar yang baru..yeayyy..tak pasal-pasal pokok Apple kat rumah ni terus berbuah lebat..hehe. Sekarang ni kalau dia nak pegang mesti kena tengokkan, kadang-kadang lepas jugak tu masuk dalam mulut dia. Babah dan mama rasa air liur dia tu  berbisa la. Apa-apa yang dia hisap, habis semua rosak. Charger iphone la..aritu ipod pun dia punya speaker ada problem gak. Terus mama cecepat pi vacuum kat speaker tu, nak bagi air liur dia kering. Yang tu sempat diselamatkan..;p
tangan yang sangat comel dan mulus sungguh..
geramnya bila tengok gambar ni..
sebak lagi..*terus nangis T_T *
Bila pandai guna iphone tu, kami pasangkan lah lagu aliff ba ta tu..Sangat suka. Sekarang ni vocab pun dah bertambah. Mama, babah., nak, taa..semua benda jadi taa..taa..kalau tengok aliff ba ta tu dia macam geram je dengan budak kecik berdua tu..haha. siap macam nak ramas-ramas tu. Kalau bukak kat pc konpem dia duk tunjuk-tunjuk monitor tu..haha sambil cakap ta..ta..taa..sangat chomell :))
jari yang sangat panjang, ikut jari-jari babah..
panjang dan runcing
tapi, bila dah besar ni terus jadi kontot..kenapa ek? *ikut jari mama ke* haha
Dia ni nampak sangat girlish tau. Bila pakaikan baju tu sebukla duk belek-belek lengan baju dia, pastu tengok baju kat badan dia. Kalau nampak ada gambar flower ke, ribbon, polkadot ke terus senyum lebar..haha, babah kata memang ikut sungguh perangai kakak Amni dia. Sekarang ni (summer) waktu yang sesuai beli baju dia banyak-banyak. Memandangkan badan dia ni agak kecikkan, so kalau bawak balik tahun depan konpem masih muat kot.*haha, mama yang kedeks*
haisshh..rindunya time ni..bau baby yang sangat best!
sekarang pun best jugak..
sebabnya dia dah pandai demand apa yang dia nak..
lepas tu berlagak macam orang besar pun ye jugak..:))
saya yang comot!
baru lepas makan..miam..miam yummy :))
Alhamdulillah.


Nanti mama update lagi. Banyak je kot cerita pasal dia ni. Takpe, mama pun kena update cerita kakak dan abang twins awak jugakkan. Itu entry lainla ye.

Monday, 14 May 2012

Afiya #My First Hanami

Salam wbt..Dah lama tak cerita pasal budak tecik ni kan. Alhamdulillah, dah sepuluh bulan dah dia ni..how time flies! Lagi dua bulan insya Allah setahun la dia dah..:))

Hanami lepas (22 April) merupakan hanami yang pertama jugak buat dia. Mama yang excited nak bawak dia pergi hanami. Afiya tak kisah pun sebenarnya..hehe mama je yang lebih-lebih. Budak manja ni sekarang pun dah ok dengan orang lain. Memula jumpa orang tu dia agak susah nak bergaul tapi biarkan lama sikit baru dia ok..Lega la sikit mama dia bila ada orang lain yang asyik dukung Afiya ni..hehe. Boleh melantak makan puas-puas..:p
Afiya bersama kakak Siti.
 Afiya dengan mama dan kakak Amni
bila dah lama kena pegang dengan orang lain,
nampak mama je terus jerit..
"mama..mama.."
 Afiya dengan kakak Fadhilah
 suka dapat pegang ball
suka bila didukung dengan kakak-kakak ni ye..


Monday, 2 April 2012

Afiya # Cerita bulan lepas

Salam wbt. Baru nak update kisah Afiya, bulan lepas asyik terlupa je. Gambar kat bawah ni gambar minggu lepas, hari khamis. Waktu ni campak/ruam dia baru nak keluar. So, pepagi tu dah pergi hospital, kononnya nak ambik ubat sapu. Kesian tengok dia, macam tak selesa asyik tergaru-garu. Benda tu kan macam miang-miang kot, jadi selalu la dia asyik menangis dan merengek. Bila dah jumpa doktor, doktor pulak kata ni bukan campak *walaupun saya tahu itulah adalah campak, pengalaman anak sebelum ni kan..tapi, yela,dah dia doktor dengar jela cakap diakan..;p* . Bila dah kata bukan campak, takdela dapat ubat sapu untuk ruam tu. Balik rumah macam biasa, tapi kena mandikan selalu dari biasa. Esoknya tengok dah keluar kat kaki pulak..Alhamdulillah, sekarang dah genki (sihat)..

 tergaru-garu dia waktu ni.
ni dalam quarantine room..
nurse sesiap letak kami dalam ni, takut penyakit berjangkit..
 garu-garu lagi..
 lagi..
 dan lagi..hehe
mata pun sembab je 2 hari tu..

close up..ni hari jumaat..
dah keluar semua..tido pun sekejap-sekejap je..:(

waktu ni mama tengah sibuk nak siapkan hidangan 
untuk tetamu yang nak datang lunch, 
dia pun sama nak menolong jugak..haha
bila mama larang, nangis...berjuraian air mata..
sekarang memang macam tu, tak boleh ditegur, konpem nangis tersedu-sedu.
kalau nak dukung, tapi mama buat tak tahu je pun menangis tersedu-sedu..
babah tolong dukungkan pun still takmo jugak..anak manjakan..:))

Update untuk bulan lepas.. setakat minggu lepas berat turun sebab demam lama tu kan, takda selera nak makan langsung. berat: 6.67kg..sangat ringan dan kecik. Sebelum demam selera makan sangat baik, semua orang makan dia pun nak jugak. Selalunya mama akan bagi senbei je untuk dia kalau benda yang kami makan tu dia tak boleh makan kan. Kalau buah tu, bagi je makan semua.

Sangat suka makan ichigo (strawberry). Kalau dah habis sebiji, kena cepat-cepat bagi yang lain. Kalau tak menjerit nangis-nangis nak lagi. Kalau makan mikan (orange) pun sama jugak. huhu


Setakat bulan lepas (8 bulan) dah boleh duduk sendiri dan kalau berdiri tu dah boleh berjalan sambil berpegang atau berpaut pada meja. 


Sangat suka tengok Dora The Explorer dan Team UmiZoomi. Apa yang orang lain main, dia pun nak main jugak..


Okla..itu je kot hari ni. Update ni pun buat cepat-cepat, twins tak berapa sihat. Dah beberapa hari sakit perut, asyik terber- ber je..kadang-kadang serentak pulak tu, agak pitam di situ bila nak membasuh nya..haha.

Tuesday, 27 March 2012

Tuna Burger Chef Wan

Salam wbt..ai is mengantuk, huhu. Ma little princess tak sihat, clingy like a koala. Seriously, this time bila dia tak sihat dan demam, she is super cranky and clingy.Langsung tak nak dengan babah dia, nak mama je. This time pun nampak dia tak larat sungguh even nak merangkak pun dia tak mampu. Tapi, semalam dah bawak pergi klinik, so dapatla bagi makan ubat cepat-cepat. Takut tau kalau dia kena masuk hospital lagi. Semalam saya cakap jugak dengan babah dia ni, kot-kot dia kena demam campak kot. Untuk budak bertiga tu diorang time macam nila selalunya kena campak. Afiya pun nampak macam sakit je, malam asyik mengerang dan tak nak makan langsung. Tapi nasib dia nak menyusu . Alhamdulillah, hari ni nampak dah sihat sikit. Dah nak makan sikit. Dah boleh senyum dengan kakak dia..For the record, hari ni still snowing. Subhanallah..Dari last week hari khamis, snowing bersama dengan hujan. Jadi snow tu tak menebal cuma jalan jadi becak dan kotor. Suhu sekejap panas, sekejap sejuk terlampau. Nanti saya tunjuk la gambar snow flakes yang turun besar-besar sungguh. Kalau kena badan dan kepala mesti berlekuk jadinya*ekeke..yang tu saya tipu..;p*

jemput sarapan..:p

Burger ni saya buat last week, hari khamis ke rabu. Tak ingat la pulak. Tapi sangat sedap uols. Anak-anak nampaknya lagi suka burger tuna dari burger daging. Takpe, mama boleh buat lagi, lagi pun sonang je nak buat dia kan..Resipi ni ambik dari CMG. CMG pulak guna resipi dari Chef Wan. Terima kasih CMG, kongsi resipi yang sedap ni. Memang berbaloi guna resipi ni. Highly recommended!

saya guna 3 tin tuna
dapatla 8 keping tuna patties 
patties tu saya tambah lagi dengan shredded cheddar cheese..
yummy..yummy 
Tuna Burger
source: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tin ikan tuna (setiap satu beratnya 185g) ditoskan- saya guna 3 tin tuna :80g each
2 camca besar cincangan bawang besar (mat guna 1 biji)
1 camca besar daun parsley, dicincang
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan serbuk roti (mat guna serbuk roti kaler oren)
1 camca besar mentega, dicairkan
1/2 camca teh mustard
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 cawan mayonnaise
Mentega untuk menggoreng kepingan burger tuna 

*saya tambah shredded cheddar cheese dalam 1/2 cawan*


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Campurkan semua bahan2 diatas kecuali mentega untuk menggoreng. Gaul rata2 dan biar sejekap. Ketepikan.
  2. Untuk mendapat saiz kepingan burger tuna yang sama besar, mat bagi bancuhan tadi kepada 8 bahagian yang setiap satu beratnya 70 gm.
  3. Alas plastik atas papan pemotong, letak bulatn besi berukuran 4 cm atas plastik tadi. Ambil 1 bahagian adunan, ratakan dalam lingkaran besi tadi, tekan2 biar padat. Keluarkan perlahan2, kemaskan dan alih dalam pinggan besar. Buat hingga siap. Simpan dalam peti sejuk sejekap.
  4. Panaskan sedikit mentega dalam non-stick pan, goreng kepingan burger tadi sehingga kuning keemasan, dengan cermat, terbalikkan dan masak lagi hingga keemasan. Angkat dan boleh digunakan...
 
gambar dari iphone..
time ni makan untuk burger yang ke2..haha..gila melantak kan..;p

Wednesday, 21 March 2012

MamyPoko..MamyPoko..kami suka MamyPoko..;p

Salam wbt..*This is not an advertorial or paid post*..eceh, kena terangkan dulu, kang ada orang ingat saya dibayar pulak bila cerita pasal mamypoko ni ha. Entri ni lebih kepada nak cerita pengalaman kami dengan diapers anak-anak sepanjang mereka membesar ni. 
 
Umum ramai yang tahu Amni dan twins beza hanya setahun je. Jadi, sewaktu kami kat Malaysia sebelum datang sini lagi, memang guna diapers tu banyakkkkkkkkkkkkkk sangat. Seriusly, sangat banyak. Sebulan tu memang spend duit untuk diapers je dah lebih dari duit makan kami sebulan. Bayangkan, Amni baru setahun lebih dan twins pulak baru lahirkan, memang beli diapers tu dah jadi macam apa dah. Saya ingat lagi, twins baru lahir, satu hari je dah guna berpuluh kot. Newborn kan selalu poo poo, jadi, tersangat banyak diapers yang diguna. Nak guna nappy liner, saya macam tak yakin je..haha..last-last, walaupun sikit je hasil buangan diorang tu tetapla saya tukar.  Tak salah saya waktu tu cloth diapers macam baru lagi kat Malaysia dan bila benda baru ni harga memang mahal lagi kalau nak dibandingkan dengan harga sekarang ni.. Nak guna napkin saya tak cukup rajin waktu tu. Sanggup ke nak basuh banyak-banyak..hehe, nak masak pun kadang-kadang tak sempat tau waktu tu. Ikan goreng dan sambal belacan pun  beli..sapa yang ada anak kembar tahu la kot macam mana kesibukkannnya, ke saya sorang je yang pemalas sibuk macam tu.huhu..:p


Dulu, kami kalau buat weekly shopping kalau nampak ade diapers murah je mesti kena beli..Yang bagusnya twins ni jenis kulit yang tahan lasak sikit. Tak kisah brand apa pun kami pakaikan je. Kalau Amni tak boleh. Jangan sebarangan beli diapers untuk dia. Kalau tak sesuai, nanti habisla merah-merah naik ruam. Segala jenis brand kami beli kecuali MamyPoko. Mahal kot nak beli, pastu nak guna untuk 3 orang pulak tu..Kayap babah jadinya nanti..So, memang kat sana tak pernah gunala MamyPoko.


Bila duduk kat sini, MamyPoko lah pilihan kami. Sebabnya tersangatla murah. Mungkin kami beli di negara MamyPoko 'dilahirkan'. Rasanya MamyPoko kot yang paling murah kat sini kalau nak dibandingkan dengan brand lain dan ramai jugak kawan-kawan kat Nihon ni pun guna MamyPoko jenis ni. Mungkin ada la yang guna brand lain, ikut pilihan masing-masingla kot. Kalau tengok gambar kat atas tu, size BIG (XL) ada 48 pieces + 4 pieces cuma 1180 yen. Cuba convert ke RM berapa..ada yang satu jenis pack lagi, dalam dia adala 36 pieces, yang tu kadang-kadang boleh dapat dalam 798 yen je. murahkan. Lepas tu kat sini dari mula memang beli jenis MamyPoko Easy Fit Pants. Sangat memudahkan kerja kami ibu bapa yang agak pemalas rajin ni..;p Easy fit pants sangat sesuai untuk anak-anak kami yang tersangatla aktif ni. Bila tengok diorang duk berlari-lari sana sini pun tak yah risau kot-kot diapers tu terlondeh ke..Sebabnya easy fit dengan pinggang dan punggung diorang. Lagi satu tak yah risau takut terbocor ke sebabnya kat tepi tu memang dibuat double leak guard. Tapi, kot nampak dah penuh tu, tukarla ye, jangan dibiar anak tu pakai lagi, dah tentu nanti bocor. Tak pasal-pasal dari takde kerja jadi kerja pulak kan..Easy fit pants ni pun sangat senang kalau nak ditanggalkan, kita cuma koyakkan je bahagian tepi tu dan gulung pastu gunakanlah sellotape yang memang sedia ada kat situ dan buang. Senangkan. Kalau malam-malam nak bangun tukar diapers anak sambil lelap mata pun boleh buat..haha..dasar pemalas perajin..;p
kalau tengok gambarajah di atas ni, 
dalam satu pack tu adala 5 jenis diapers corak yang berlainan..
yang ni kami dapat mickey mouse..kadang-kadang adala chipmunks ke..macam-macamla..
selalunya kalau twins ni suka memilih sikit especially Faeiz. 
Tak nak yang tu, nak pakai yang ni..suka hatila nak, asalkan pakai..
nampak sellotape tu, ha yang tu bila dah koyakkan tepi diaper tu, 
kita gulungkan dan sellotape je.
senangkan takdela bersepah-sepah ke nanti..

Sekarang ni kalau kat sekolah twins ni dah diaper free. Jadi, penggunaan diapers tu dah berkurangan. Sehari tu kalau bekalkan setiap seorang 3 pieces pun, selalunya nanti bila bawak balik used diapers tu adala dalam 3 pieces je kot. Kat sini, used diapers harus parents bawak balik. Setiap pagi kena bekalkan plastik untuk sensei letakkan used diapers tu nanti. Kalau sebelum ni setiap hari kami akan bekalkan seorang dalam 6 pieces diapers. Habis tau. Kalau seminggu sekolah, kami bekalkan dalam 60 pieces. Pitam waktu tu nak bekalkan diapers untuk sensei ni ha. Sensei ni akan tukarkan diapers diorang dalam 2-3 jam sekali, jadi kalau ambik petang tu memang habisla. Kalau ada sale, babah diorang ni belila banyak-banyak. Kalau ada jenis jual sekotak terus, beli sampai 3 kotak sekali. Dapatla jimat dalam 2 minggu. Nasib baik Amni cuma pakai diapers waktu malam je..
 kalau ada yang dalam kotak macam ni selalunya dijual murah..
dalam 1480 yen kot..entahla tak ingatla, lebih kurang macam tu la.
ada 3 pack dalam tu, setiap pack ada 26 pieces.

  yang ni pulak untuk budak tomei sorang lagi..
lepas lahir kami pakaikan brand pampers, sebab mamypoko takde yang untuk newborn..
dah masuk 3 bulan tukar yang ni pulak..
absorbency sangat bagus..
Afiya ni masih pakai saiz S lagi..haha..
serius sangat kecik dia ni. takpe, jimatkan..
dulu-dulu, waktu pregnantkan dia, berazamla jugak nak guna cloth diapers kat sini.
kat sini cloth diapers sangat murah..
tapi, bila memikirkan winter season yang lama kat sini, lepas tu nak membasuh dan mengeringkan tu agak membuatkan saya menolak idea tu..
mana ada dryer wei kat rumah ni, kalau ada nak jugakla guna.
nanti kalau jemur dalam rumah mengharapkan heater je,
saya takut macam tak kering sangatla pulakkan

Okla..itu saja cerita hari ni..cerita pasal diapers anak-anak je pun. Nanti tahun depan, back for good nak bawak berkotak-kotak daipers ni. Boleh buat stok untuk Afiya pulak..haha..kat Malaysia mahalkan diapers. Ingat kami balik tahun lepas dan sebelum-sebelum tu la, nangis tengok harga diapers kat Malaysia, brand yang biasa-biasa je pun dah mencekik darah..:(

Thursday, 23 February 2012

Afiya # Cerita Minggu ini

Salam wbt..hari ni mama nak cerita pasal saya lagi. Kakak Amni dan abang-abang saya hari ni ponteng sekolah. Babah takde jadi diorang duduk rumah je. Mama kata kena cerita cepat-cepat sebab abang-abang ni dah bising nak main "Umizoomi game mama..Umizoomi game mama.."

sebelah kiri: ni 1st time saya boleh berdiri hari isnin aritu.
saya berdiri dengan berpaut pada tepi meja dulu lepas tu terus tegakkan kaki..
saya tengok mama lepas tu saya sengih-sengih je..
terus mama ambik gambar saya dan upload kat Fb tunjuk kat babah saya..
lepas tu banyak kali saya cuba berdiri sendiri..kat dapurla selalunya..
yang baju pink tu pulak semalam..
mama tinggalkan saya sekejap bila mama masuk ke dalam bilik mama tengok saya dah berdiri macam ni..
terus mama kaat bahayalah Afiya..
nanti kalau mama takde jangan buat macam ni lagi tau..
saya dah banyak kali terhantuk kat meja tu..sebabnya saya suka berdiri macam ni la..

saya suka main dengan apa yang orang dalam rumah ni selalu pegang
saya suka main dengan iphone mama dan babah..
saya suka main computer keyboard..
saya suka main computer mouse..
tapi mouse tu mama kena keluarkan dulu bateri dia 
sebab takut saya duk masukkan bateri ke dalam mulut nanti..
saya tak suka dengan toys yang mama belikan untuk saya..

ini pulak kejadian malam tadi..
mama baru buatkan susu untuk kakak dan abangs saya..
terus saya pergi dengan laju ambil susu diorang..
saya  hisap puting botol tu tapi saya tak suka susu tu..
tak sedap macam susu mama..
mama kata jangan tamak Afiya..
pegang satu cukupla..
tapi saya nak jugak pegang semua botol tu..

ini pun kisah malam tadi..
bila babah takde kat rumah 
abang-abang dan kakak mesti bergilir nak hisap susu sambil baring sebelah mama..
mula-mula abang faeiz, lepas tu abang faeiq dan last sekali kakak amni..
bila dah minum susu tu diorang akan tido balik ke tilam diorang..
saya suka kacau diorang waktu ni..
saya akan cuba rampas botol tu..
saya usik muka diorang..
saya tarik rambut diorang..
tapi, diorang pasrah je kena buli dengan saya..
mama cuba alihkan saya ke sebelah sini 
tapi dengan pantas saya panjat badan mama untuk pergi kacau diorang ni balik..

ini kejadian hari isnin lepas..
mama baru siapkan felt flower brooch tu..
tapi, model kat rumah ni belum balik sekolah lagi waktu tu..
jadi, mama suruh saya yang jadi model..
mula-mula saya suka, tapi bila mama asyik tak puas hati dengan gambar tu
mama suruh saya jadi model lagi..
saya nangisla..saya nak main waktu tu..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


ok..daa....
nanti mama cerita pasal saya lagi ye..

Monday, 20 February 2012

Puree Buat Si Manja..

Salam wbt..sihat ke? Tajuk kat atas tu memang poyo sikit. haha..Weekend aritu terasa sangat produktif sebab saya berjaya menjahit 3 helai kain untuk budak bertiga tu. Syabas betey.. Tapikan nak menyiapkan tu, memang mencabar sungguh. Sekejap-sekejap datang nak menolong..sekejap usik itu..usik ini..Sampai sakit tekak suruh dioarng duk jauh-jauh..


Honestly, inila kali pertama saya bersungguh buatkan puree untuk anak saya. Sebelum ni, memang untuk baby food ni saya agak malas nak buat. Dulu waktu Amni dan twin bila dah masuk 6 bulan je, saya bagi nestum terus. Takde pun saya buat puree sendiri. Pastu baru buat bubur nasi campur ikan, sayur dan ayam. Untuk Afiya, memang saya terlebih rajin. hehe..First food dia saya buatkan puree pisang memang dia sangat suka. Yang ni paling senang sebab pisang tu cuma lecek je sampai hancur pastu bagi dia makan. Lepas tu bila atuk dia poskan milna rusk dan nestum dari Malaysia  bagi yang tu tapi dia tak berapa suka sangat. Bagus jugakkan, kalau dia suka nanti susah gak nak kena pos banyak-banyak dari sana..Dalam masa yang sama saya buatkan jugakla pumpkin dan sweet potato puree. Untuk puree ni saya akan stim/rebus pastu baru diblend. Kalau dua jenis puree ni saya campurkan dan bagi dia makan memang dia makan banyak sangat. Tapi, kalau bagi carrot puree dia tak suka sungguh..amboi, pandai memilih ye..Untuk puree ni saya selalu campurkan dengan susu segar dari ladang..Kalau kawan-kawan ada stok EBM boleh letak tu je..Untuk semua resipi ni saya rujuk dari annabelkarmel.com. Kat situ semua jenis resipi ada..Kalau rajin, boleh pi kelebek kat sana ye..Lagi satu kalau nak introduce baby food ni kita kena praktikkan 3-4 days rules di mana kita kenalkan makanan yang sama 3-4 hari untuk kenal pasti masalah allergy atau penghadaman. Waktu tu kita boleh tengok anak kita serasi atau tidak dengan makanan tu. Kalau ada allergy mungkin muncul dalam 1/2 jam atau 2-3 hari selepas diambil. Begitu jugak dengan masalah penghadaman, kita boleh tengok anak kita agak susah nak buang air besar atau dia akan kena cirit birit. Kalau ada antara masalah ni yang terjadi, bolehla kita hentikan buat sementara waktu dan tunggu anak kita besar lagi sedikit baru boleh cuba dibagi lagi dengan makanan itu..*sekian tips dari pakar nutrisi dan kanak-kanak yang tak bertauliah..hehe*

 from left to right:
pumpkin puree + bubur nasi..
sweet potato puree +sayur bayam+ bubur nasi..

Lepas ni mungkin nak cuba buat couscous dan quinoa puree. Hari tu dah carik kat Kaldi tapi tak jumpa. Mungkin kena cari kat Jupiter pulak. Harap-harap adalah. Boleh bagi Afiya rasa benda lain pulakkan. Asyik makan bubur nasi je..Next week jugak baru nak cuba buat bubur nasi  campur salmon/ ayam dan sweet potato atau pumpkin. Hari ni mama buatkan bubur nasi campur dengan sweet potato puree dan kurma. Untuk resipi yang ni terima kasih buat ummi Amzar (Dini). Banyak sungguh resipi baru yang dia cuba tau. Rajin..

itu adalah stok puree Afiya..
mama malas, mama buat sekali banyak dan jadikan puree terus frozenkan.
Bila nak guna, ambik je satu bekas tu dan masukkan dalam bubur nasi pastu blend bersama-sama.
ada sweet potato puree dan pumpkin puree..
yang dalam jar tu mama baru beli ready to eat puree..
jala-jalan kat jusco tengok murahla pulak, mama pun beli.
sebelum tu dah tengok mana yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan..
yang ni sweet corn + pumpkin + potato..

Thursday, 16 February 2012

Empat Ef..

Salam wbt..hari ni layan gambar anak-anak je sebab mama malas nak mengarang cerita..haha..Takdela malas pun cuma hari ni kena pergi hospital lagi, Afiya ada check up, so, kena la masak cepat-cepat dan buat apa yang patut..

Master chefs in the house.;p
twins ni kalau mama sibuk buat kuih ke, kek ke mesti nak menolong jugak..
time ni nak buat karipap, dah malam kot dalam pukul 8 macam tu..
tak sanggup buat kat dapur saya buat je dalam bilik..
sebabnya dapur tu sejuk, kalau on heater pun tetap tak boleh lawan kesejukan dapur tu..
pastu saya penakut sikit nak duduk dapur sorang-sorang..huhu

ni pun sibuk tolong mama buat kek jugak rasanya..
haha, Amni yang berat melebihi 13 kg still nak duduk dalam stroller tu..


Afiya dah boleh merangkak sikit-sikit..
gambar kiri tu kat dapur.
duk masuk bawah meja nak ambik tin biskut Hwa Tai yang dah kosong..
saya rasa cepatla jugak dia belajar merangkak, belum masuk 7bulan dah boleh..
mungkin anak korang lagi cepatkan
tapi bagi saya Afiya masih cepat kalau nak dibandingkan dengan anak yang lain..


gambar tahun 2010..
Amni yang ayu berbaju kurung dan bertudung..
Faeiz yang hensem..ekeke..
Faeiq yang macho..ekeke jugak..
alala Amni..kawaii
*matikla perasan, haha..tapi dah anak sendirikan sapa lagi nak puji*
eh, kopiah twins tu sampai sekarang masih muat lagi..
bagusla kopiah tu..ke kepala twins yang tak membesar?@_@


gambar sebelum Afiya discharge dari NICU..
baju hijau tula paed Afiya..Sono Sensei..

::Ok dah..babai. Petang baru free kot::

Wednesday, 8 February 2012

Pengalaman bersalin di Jepun..

Salam wbt..Afiya dah 7 bulan baru nak publish entry ni. Mengambil masa hampir 2 bulan untuk mengarang cerita..haha..Salah satu kenangan untuk masa depan. Lagi pun bersalin kali ni memang berbeza sangat dengan yang 2 sebelum ni..Entry yang panjang, sila sediakan biskut hup seng dan teh o untuk di makan..Kalau tak nak baca pun takpe, saya tak kisah..hehe

Rabu 6.7.2011
Dari petang tu saya dah mula rasa contraction. Contraction tu pulak tak konsisten, sekejap 5 minit ...sekejap 10 minit. Bila dah masuk tengah malam, lagi kerap dan kuat. Mr K dah tanya nak pergi hospital ke? Saya kata takpela, tunggu esok pagi je baru pergi. Lagipun dapat rasakan tak bersalin malam tu. Yang pastinya malam tu saya memang tak tidur langsung sebab contraction sekejap kuat, sekejap mild. Dah pukul 5 pagi baru dapat tidur sekejap sebab terlampau mengantuk.

Khamis 7.7.2011
Pagi-pagi lagi dah ke hospital. Orang memang tak ramai, jumpa midwife. Midwife suruh duduk kat bilik khas tu dan pasang CTG nak tengok graf contraction dan heart beat baby. Duduk lama, pastu boleh pulak time tu sakit contraction tak tinggi sangat. Midwife tengok graf tu dia kata tak bersalin hari ni, mungkin esok. Pastu jumpa doktor saya, Kasai Sensei, dia check opening, baru 3cm. Doktor suruh balik, kalau sakit bawak la jalan-jalan. Saya waktu tu kan, eh, biar betul doktor ni suruh balik, kalau kat Malaysia dah kena tahan ward, tapi balik jugakla.Takkan nak nangis-nangis suruh dia tahan wardkan. Balik pegila Jusco untuk jalan-jalan.. Malam tu dapat jugak tidur lena sebab penat tak tidur malam sebelum tu kan.

Jumaat 8.7.2011
10-11am
Ke hospital lagi tapi kali ni yakin yang akan bersalin hari tu jugak. Bila check, doktor kata 4 cm to 5cm dilated. Siap tanya lagi nak balik ke nak terus duduk ward. Saya memang dah malas nak pergi balik kan, terus kata nak duduk ward.

12-2 pm
Waktu ni dah masuk ke labor room tapi duduk kat katil yang memang khas untuk menunggu la kiranya. Labor room dekat je dalam 10 langkah macam tula. Siap tukar baju semua, diorang bagi makan. Mr K sibukla uruskan admission form dan bab makan saya kat ward nanti. Proses ni semua buat kat dalam bilik tu je, tak payah nak pergi kaunter pun. Memang pihak hospital dah bagi awal-awal form yang perlu kita isi, jadi nak bersalin tu kita bagila balik form tu kat diorang. Makan pun tak berselera sangat waktu tu tapi kena makan jugakla nak kumpul tenagakan. *baru teringat, saya terlupa nak makan kurma yang memang dah standby dalam beg* Siap makan, Mr K nak balik rumah. Nak mandi dan nak solat sekali. At first midwife tak bagi balik. Memang sepanjang waktu saya sakit hingga bersalin Mr K tetap setia menemankan saya. Jadi RTM (teman setia anda) sungguh dia..haha.. Bila Mr K dah sampai dia hantar saya pergi toilet, nak ambik wudhu untuk solat zohor. Susahnya waktu tu nak berjalan, nak ambik wudhu. Contraction yang kuat sangat. Bila nak basuh kaki tu kena basuh kat sink, so terpaksa la angkat kaki. Memang nak nangis rasanya nak angkat kaki tu, tapi nak tak nak, kena kuatkan jugakla..huhu

2-4pm
Midwife ajak saya berjalan bagi cepatkan lagi proses bersalin tu. Bila berjalan tu dia pimpinla tangan saya, bila rasa sakit je, dia akan gosok belakang saya. Baikkan midwife kat sini. Lama jugakla dia bawak saya berjalan, pastu Mr K pulak ganti. Pastu rasa tak best pulak berjalan, balik bilik. Bila balik bilik, sambung baca surah Maryam pulak. Saya ingat lagi, disebabkan contraction yang kuat sangat, sampaikan doa Nabi Yunus tu saya baca jadi bercampur aduk dengan surah Maryam..haha. Gelak-gelak saya time tu cerita dengan Mr K. Ya Allah, waktu tu memang sakit yang teramat. Unbearable sungguh sakit dia. Sampaikan rasanya waktu tu hilang sekejap kewarasan. Kami tanya midwife tu kenapa tak nak pecahkan air ketuban? Dia kata biar bersalin secara natural, jangan dipaksa baby tu keluar..Bila nak pecahkan? Dah nak bersalin (fully dilated;10cm) baru diorang akan pecahkan...uwaaa..


4.15-5pm
Nak ambik wudhu. Waktu tu dah terasa macam nak terberak (rasa macam nak meneran), cakap dengan midwife. Midwife kata belum nak bersalin lagi tu. Saya nak solat asar, pastu terasa macam nak meneran lagi. Pergi toilet. Takde pulak rasa tu. Cakap dengan Mr K, pastu midwife check. Dia kata baru 7 cm. Saya tanya dah boleh ke pecah air ketuban ni? (tak tahu kenapa saya sibuk nak pecahkan air ketuban tu..haha)..belum lagi. Dalam pukul 4.45 pm macam tu saya rasa dah tak tahan sangat dah, Mr K tekan call button tu sampai 2 kali. Berlari midwife dengan nurse datang. Bila check dah bukak 9cm..Terus diorang suruh saya berjalan ke labor room. Walaupun dekat je kan, tapi nak sampai tu rasa macam tak tersampai je sebab duk menahan sakit contraction..

5-5.32pm
Baring atas katil, pasang CTG nak tengok graf..Tunggu pulak doktor saya datang. Midwife pulak baru sibuk nak susun alatan perang kat tepi tu. Saya waktu tu pulak pikir bila la nak suruh saya push ni, tak sabar punya pasal.haha.. Rupanya midwife tengok je graf tu naik *contraction yang sangat kuat* terus dia pecahkan air ketuban saya. Suruh saya push. Sebelum tu saya dah pesan dengan Mr K ingatkan saya supaya curi nafas*salah satu teknik pernafasan yang hanya saya je paham..ekeke*. Push yang pertama lebih kepada meneran berak je..haha lagi. Push lagi sambil tu dengar Mr K cakap curik nafas mi..curik nafas..Tak lepas jugak. Pastu bila contraction datang lagi midwife suruh push lagi. Waktu ni pun tak lepas tapi Mr K tetap ampu badan saya dan pegang tangan saya. Bila dah terasa lagi sakit tu memang saya teran sekuat tenaga la sampaikan Mr K kata, dah mi..kepala baby dah keluar dah. Alhamdulillah..

5.32-7.32pm
Untuk keluarkan uri tu, midwife cuma tekan je perut saya. Tak payah nak push lagi pun. Memang agak sakit sikit tapi yang penting bukan sakit contraction. Dah habis tu, dia kata kena jahit sikit. Waktu ni baru doktor ambil alih. Sebelum tu doktor yang check baby, paru-paru dan jantung. Doktor kata tak banyak pun kena jahit, tapi saya rasa macam banyak je sebab lama sungguh dia duk menjahit. Mungkin dia buat teliti sungguh kot sebab Japanese ni memang terkenal dengan sikap teliti dan kemas. Lama tu sampaikan kaki saya yang berbalut dengan stokin pink sampai lutut tu, menggigil la sebab lenguh..haha. Dah siap jahit semua, midwife datang. Check BP saya, suhu badan. Lapkan badan saya. Malu ai waktu tau...awww..Dia bagi minum air kosong*air kosong je, bukan hot choco..huhu*, pastu suruh rehat kat situ selama 2 jam..
Dalam 15 minit lepas lahir, baru Mr K dapat azan dan iqamahkan Afiya sebab nurse kena bersihkan dulu, pakai baju siap2. Nurse bagi kat saya suruh menyusu kan Afiya, pastu baru diorang bawak pergi ke nursery.

Saya ternampak uri Afiya. 1st experienced jugakla.Waktu tu dia dah masukkan dalam plastik nak bungkus dengan kertas. Memang besar. Actually uri kat sini tak boleh bawak balik sebab sebarang organ dalaman memang tak boleh bawak keluar langsung. Jadi sisa klinikal dan akan dibakar.

Fakta:
:: bersalin (normal delivery)kat sini memang tak dibenarkan ambik sebarang ubat penahan sakit..Biar secara natural. (kalau kat hospital lain saya tak tahu pulak)..
::  sepanjang saya stay di hospital selama 4 hari, 1 hari hanya ada 1 kelahiran je..memang doktor dan nurse tak sibukla..
:: cost bersalin ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Jepun (maximum cost:420,000 yen)..lain prefecture mungkin lain procedures dan berbeza total cost..
:: selepas bersalin digalakkan duduk di hospital selama 6 hari (normal delivery) dan 10 hari (c-section) untuk memastikan ibu-ibu semua dapat rehat yang mencukupi sebelum pulang ke rumah dan meneruskan kehidupan yang pastinya lagi super duper busy..macam sayala tu..hehe

::tak ingat dah apa lagi, nanti kalau ade lagi, saya update okay.::

Tuesday, 31 January 2012

Afiya dan imunisasi di Jepun..

Salam wbt..ehem..takde modal nak bercerita, kita cerita pasal Afiya la ye. Bagus ada anak kecik ni, pergi hospital pun nak update kat blogkan..haha. Last week ade appointment dengan doktor untuk dapatkan imunisasi 6 bulan..
lepas dah ambik suhu, tunggu giliran sampai sensei panggil..
sori..tak ingat sapa nama Sensei ni..anggap jela nama dia Suzuki Sensei ye.
.*padahal Suzuki tu nama jiran depan rumah..haha*
waktu ni sensei akan tanya anak sihat ke tak..
last time lepas dapat vaksin shot ade alergik ape2 tak..
pastu macam biasa check sana sini.

 prosedur kat sini sebelum doktor bagi imunisasi,
parent kena sign form kebenaran ni..
kat situ dia ade tulis sekiranya terjadi apa-apa,
kerajaan Jepun akan bertanggungjawab sepenuhnya..


dapat 1st shot sebelah kanan dulu..
tengok mulut dia, bukak seluas-luasnya kan..
yang ni takde tinggalkan apa-apa mark pun..
kalau nak tengok BCG style Jepun, yang lain dari yang lain boleh tengok kat sini..

IMG_1818[1] 
yang ni sebelah kiri pulak..
sambil nangis tu tercari-cari mama dia..hehe sian ye..
mama pegang baru diam, kalau tak nangis tak hingat tu..
selalunya selepas dapat vaksin shots sensei akan suruh tunggu
dalam 30 minit untuk tengok ada side effects or not..
tapi, lama jugakla kena tunggu sebab nak dapatkan next appoinment je ambik masa..
Alhamdulillah, setakat ni Afiya memang tak demam ..
kalau dulu, budak ber3 tu, mesti demam..
siap nurse akan bekalkan ubat demam lagi sebab dia tahu baby mesti demam bila balik tu..

ini pulak buku yang harus dibawa setiap kali ada rutin check up..
sebelah kiri gambar ibu ayam ke itik tu..oklah tak kisahla kan..
yang buku tu dalam dia semua form untuk dapatkan imunisasi ada kat situ
katakanlah nak dapatkan DPT vaksin kan, so ambikla form yang berkaitan..kat sini DPT diorang akan bagi 3 kali.untuk 1st term dan 2nd term dapat sekali lagi..form dia pun colorful, ikut jenis vaksin..
Kalau DPT color kuning, jadi keluarkanlah yang berwarna kuning tu..
sebelah kanan pulak buku/ rekod kesihatan ibu dan anak
buku tu saya guna dari preggy dan disambung guna oleh Afiya sampai dia umur...
jap tengok sampai berapa ye..
ok, sampai 6 tahun..tapi, kalau buku nihonjin tebal dan kecik sikit,
pastu boleh beli cover dia..
yang jenis ni, Afiya belum setahun dah lunyai..haha.
nasib baik tahun depan dah nak balik ye, kot tunggu sampai umur 6 tahun, dah takde rupe buku kot..
kat dalam buku tu pulak, selepas saya bersalin, anak gunakan.
jadi, segala bentuk rekod kesihatan ada, contoh ye..dental, immunization record..
selain tu, kat setiap rekod bulanan tu ada la soalan tanya tentang emosi si ibu
samada mempunyai masalah berkaitan penjagaan anak tu..
saya rasa kalau kata ada, mesti dia akan rujuk saya dengan pakar..;p


ni pulak contoh appointment letters untuk Afiya bulan ni..
hari khamis ni ada..
lagi 2 minggu pun ada jugak, yang tu untuk DPT 3rd shot..
kena datang awal dalam kul 2 tu sebab nanti dalam pukul 3 baru sensei ada..jadi, bolehla sudah awal dan balik awal jugak..


ehem..babah bersama Watanabe Sensei..
Sensei yang duk ambik case Faeiz sakit tahun 2010 dulu..
sangat friendly, kalau jumpa mesti akan berhenti duduk berborak bertanya khabar anak-anak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...