*scheduled entry*
Raya dah abih, baru nak cerita pasal biskut raya..malulah.!(twins boboi tu dulu suka guna perkataan tu..sikit-sikit nanti cakap, "malulah..malulah"..ntah apa yang nak dimalukan pun tak tahu..kadang-kadang nak suapkan nasi dalam mulut pun nak cakap macam tu, tak pun nak suruh tido pun nak cakap macam tu, tak sesuai sungguh:p tapi, sekarang ni diorang suka pulak cakap "yelah tu".haha..sabar jelah) ok..ok..dah jauh menyimpang ni, kembali ke pangkal jalan balik..saya buat biskut ni dalam minggu kedua lepas raya kot. Time bulan posa aritu memang tak sempat nak buat kuih raya pun, rasanya bulan posa tu 24 jam pun rasa tak cukup sangat..huhu
Biskut ni bagi saya la, sangatla sodap! serius, dalam satu hari kalau tak disorokkan memang boleh habis..kena sorokkan dari diri saya sendiri, bukan dari anak-anak tau..haha. Saya ni alkisahnya memang suka makan biskut, suka sangat sampaikan anak-anak semua ikut perangai saya..kalau satu tin biskut yang baru sampai dari Malaysia tu dibukak pastu tak dikawal, memang boleh habis..especially si twin tu ha. Kalau tak makan nasi pun tak kisah, asalkan boleh makan biskut..sekejap2 mintak..sekejap2 mintak, jadi dari penat dengar diorang asyik mintak je, baik saya bagi sikit-sikit pastu bagi makan nasi atau benda lain yang lagi mengenyangkan.
Resipi dari sini..Kat sini banyak jugak resipi yang best2..nanti saya nak kelebek dapur kakak ni lagila..Terima kasih Kak Naz berkongsi resipi yang best ni.
CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)RECIPE BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan A :
Bahan-bahan A :
- 1 cawan tepung gandum - ayak
- 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
- 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus (saya guna nestum Afiya..hehe)
- 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
- 125 gm butter
- 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
- 1 tsp esen vanilla
- 1 biji telur gred A @ B
- Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
- Buah ceri yang dipotong kecil
- Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
- Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.
- Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.
- Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
- Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA NAZ :
- Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
- Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja