Pages

Showing posts with label Japanese Food. Show all posts
Showing posts with label Japanese Food. Show all posts

Tuesday, 5 June 2012

Zosui (Japanese rice soup/porridge)

Salam wbt. Zosui (pronounced: zo-sue-ee). Zosui is japanese rice soup and there is a wide variety of zosui. For example tori zosui (japanese rice soup with chicken), kani zousi (crab), daikon (white radish), tamago zosui (egg), salmon zosui and etc..Baru je cuba resipi ni baru-baru ni. Memula makan zosui ni di Marumatsu tahun lepas kot. Itupun adalah makan dalam 2-3 kali je, lepas tu menu tu dah takde.Yang menu tu memang ada seafood je dan takdela diorang letak chicken broth ke apekan. Baru-baru nila terrajin nak cari resipi ni dan nak cuba sendiri. Macam biasa mestila cari yang senang dan simple.hehe


Sebelum tu, zosui ni actually kalau di rumah Japanese dibuat menggunakan leftover rice. Kadang-kadang nasi tu macam a little bit too dry to eat straight so diorang buatla rice soup begini. Tapi, kalau di kedai tu takdela diorang gunakan konsep yang sama guna leftover rice tu pun. Guna nasi yang baru dimasak kekdahnya. Macam saya kat rumah ni pulak, hari tu masak jugak nasi baru sebabnya kalau nak sedap kena guna japanese rice since rumah ni guna thai ricekan. Masakla japanese rice semata untuk buat zosui ni. Yang bestnya guna japanese rice ni kita tak payah nak masak lama untuk zosui tu sebabnya japanese rice ni memang dah lembut dan lembik. Zosui ni tak terasa sangat tau bau hanyir telur tu maybe sebab adanya shitake mushrooms tu dan dashi tu kot..ntahla saya main teka je haha. Saya buat jenis yang biasa je. Letak shitake mushrooms, ayam sedikit dan telur sahaja. Next time boleh cuba letak seafood  pulak.
Itadakimasu!


Zosui
source: here
Bahan-bahan untuk sup:(untuk 4 orang makan)
  • 2 cawan leftover rice (pre-cooked rice)
  • 4 cawan air (bergantung jenis beras, kalau thai rice lebihkan air..kalau nak nasi tu banyak sup dia bolehla lebihkan lagi air)
  • negi (daun bawang)
  • telur sebiji (dikocok dahulu)
  • dashi
  • garam
  • kicap(optional ; letak setitik je sebab kita taknak nasi tu berwarna coklat.)
Bahan yang ini pula kita boleh letak ikut selera kita. Boleh pilih nak letak apa.
  • shitake mushrooms
  • carrots
  • hakusai (napa cabbages)
  • daikon
  • fish and seafood (udang, crab, scallops)
  • chicken
  • boleh letak je apa yang rasa nak diletak dalam tu..tapi sebolehnya elakkan letak sayur yang pahit (broccoli,cauliflower)
Cara:
  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan dashi, garam dan kicap. Kalau nak letak ayam atau daging, bolehla letak sekali dan masak hingga empuk. 
  3. Masukkan leftover rice tadi dan masakla dalam 5-15 minit. Tapi kalau boleh jangan sampai nasi tu hancur. Zosui ni ada 2 jenis cara nak makan samada dengan air sup yang banyak atau dengan sup yang agak kering. Ikut selera masing-masing.
  4. Selepas tu bolehla dimasukkan telur tadi dan kacau sekali dua je lepas tu tunggu seminit baru dimatikan api. Biarkan sekejap untuk telur tu masak barula diangkat. 
  5. Enak dimakan ketika panas-panas.
********************************************************************************
Semalam 4 Jun Anniversary kami yang ke 6. Happy anniversary to Mr K. Semoga kita sentiasa berbahagia dan jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga. Semoga Allah merahmati kehidupan kita berdua dan keluarga kecil kita ini. Semoga Allah beri yang terbaik buat kita berdua. Terima kasih  buat segalanya..*sorryla incik, i tak pandaila nak susun kata depan orang ramai ni..;p*

our small celebration..
Pulut Kuning Idaman Kalbu Buat Kekanda 
 Kerutuk Ayam i Sayang You Lebih

saya tanya nak kek ke nak pulut..
pulut yang dipilih, so saya masakla pulut untuk dia..

Wednesday, 28 March 2012

Kabocha Tempura

Salam wbt...Dah alang-alang duk bertapa dalam bilik ni, saya update la satu lagi ye..Ma little princess tak bagi mama dia bergerak ke mana-mana pun, kalau nak jugak kena bawak dia sekali.
Semalam Mr K bawak balik sekilo kabocha (labu) yang dah siap potong..Sangat nipis memang sesuai untuk dibuat tempura. Beli di kilang sayur, 1kg cuma 150 yen..Cukup banyak kot, konpem muak makan kabocha lepas ni..hehe Bila balik tu, mintakla saya buatkan tempura. Sebagai isteri yang solehah*ehem* seharusnya saya buatkan aja permintaanya itu *tetiba ada slang indo pulop*..Guna je tepung tempura itu, kasik bancuh sama air, kacau-kacau tepung hingga jadi sebati dan goreng..Senang sangat kot. ;p


Actually, untuk dapatkan potongan yang sama nipis dan rata tu, Mr K kata diorang potong guna mesin..
Labu tu akan diletak kat tempat sepatutnya, lepas tu mesin tu terus pappp*macam tula kot bunyi dia potong* dan pekerja akan angkat labu tu..labu tu masih dalam keadaan sebiji lagi, cuma dia dah terbelah   kecil-kecil tapi belahan tak sampai ke bawah..mereka akan belah dua untuk buang biji dan selepas tu baru diorang akan pisahkan belahan-belahan yang dibuat oleh mesin tadi..
eh, faham ke?sori, takdo gambar la..saya rasa kalau dibuat secara manual memang tak dapatla senipis macam tu dan size pun tak sama je kan..
tu ha sekilo..sangat banyakkan..
pitam mak nak  ngabiskan semua tu.. takpe, esok, lusa makan la kabocha tempura lagi..huhu
yang saya angkat guna hashi(chopstick) tu saja poyo je..haha
besar macam tu terel la saya nak pegang, 
tapi kalau cekodok nak angkat guna hashi konpem hangusla jadinya..hehe
eh, Kak As terel tau angkat cekodok guna hashi..kagum sekejap saya time tu..ekeke

jemputlah minum petang..
kalau lepas makan tempura ni saya suka minum air kosong..
sebab dia agak berminyak kan, kalau saya minum air yang manis-manis konpem loya lepas tu..

Friday, 13 January 2012

Kare Pan (Roti kari)

Salam wbt. Ehem..Baru lepas lunch. Pukul 3 baru makan sebab budak tecik tu agak cranky today. Ni baru tido lama sikit, cepat-cepat ambik nasi dan makan. Mama dia dah jadi parkinson sebab perut lapar sampai tangan menggigil bagai. hehe
Karepanman..ok, karepanman karakter kartun dalam cerita Anpanman..Kare pan is roti kari. Buat bila entah, tak ingat. Macam biasa, dah buat sendiri, jadi diri sendiri la yang puji sedapkan..haha  Sesapa yang nak cuba, buatla. Sedap dan mengenyangkan. Tapi, kat sini bila buat roti time winter ni agak malas. Nak tunggu doh naik je dah lama, tapi kalau nak cepat senang je. Letak depan heater terus, dalam 1jam dah naik 2x ganda.
 inila karepanman..
Resipi roti ambik dari rumah Ros Jintan Manis..Terima kasih Ros..
eh,oklah..dia dah bangun..petang la saya BW ye.daaa

Kare Pan ( Bun Kari)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahannya
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
3 sudu besar marjerin atau shortening
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
160 ml susu segar@air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh, ros tak masukkan sebab dah masukkan telur, telur juga sebagai agen pelembut bagi doh)

untuk inti
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang ( potong dadu)
1/4 biji carrot ( potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun ( leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)
( masak seperti kita membuat inti karipap tu, tumis serbuk kari hingga naik bau, kemudian masjukkan daging cincang, kentang dan carrot, masak sehingga semuanya empuk, sesuaikan rasa dan sejukkan sebelum digunakan.)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti
( serbuk roti ni ros buat sendiri, roti putih biasa tu, ros bakar sampai perang, guna toaster, lepas tu ros blender hancur)

Cara-caranya
  ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan,  ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan inti kari daging tadi. ros bentukkan lonjong sedikit.
5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

- Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.
.


Thursday, 24 November 2011

Okonomiyaki

Salam wbt..Baru dapat update belog kusam. Agak sibuk dua tiga hari ni..Jom kita tengok gambar pergi makan lempeng seafood di Dohton Bori. Selalu makan lempeng kat rumah je kan, tapi sekali sekala makan la pulak kat luar..;)  ..::gambar kurang berkualiti, hanya menggunakan telefon cap buah je.:: ;p

Ini bekas minyak masak dia..sangat shomellkan..rasa nak bawak balik..haha.

Dah lepas letak minyak tu, kita ratakan dengan itu sudip..sudip tengah bergerak..:D
Dapur ni memang panas, bila kita nak masak, waiter tu akan naikkan suhu sehingga ke 100 ++ degree..
Tak ingat sangatla berapa. 
Tapi kalau ada anak kecik memang kena jaga budak tu, takut kang elok je dia letak tangan comel tu kat atas dapur tu nanti..

Selepas tu bolehla kita gaul bahan-bahan lempeng kita itu..
Bahan-bahannya yang ada adalah telur, hotate (scallops), ebi (udang), tako(sotong), telur ikan, sayur kobis yang dicincang halus dan tepung tempura..
memang kalau buat lempeng kat kedai tak guna langsung tepung. Gaul hingga sebati ye puan-puan..:p

Tuang semua sampai habis, jangan tinggalkan walau secebis pun.. 
Jangan buat lebar sangat nanti susah nak diterbalikkan..:p

Tunggu hingga 5 minit..

Dah cukup 5 minit, terbalikkan..tunggu 5 minit lagi..
uwaa..perut dah lapaq nih.

Dah siap..boleh dihias ikut kreativiti masing-masing..

jemput makan..bismillah..

 

the kiddos:))



Thursday, 19 May 2011

Tepung takoyaki


Salam semua...arini cuma nak upload gambo tepung takoyaki je..Buat kak Juwita, ni la tepung yang saya guna..Insya Allah, bole guna..sila guna tanpa was2 ye ;D

Nanti akak cubala cari kat supa2 kat sana dulu, kalu takde, saya bole poskan dari sini..oh, kepada yang lelain jugak, kalu nak, jangan malu2 segan, bole bagitau..nanti saya poskan..;)

p/s:sat g nak g maternity class..harap2 Mr K tak tido dalam class..semalam die tido kat lab, nak siapkan paper..huhuhu.

Tuesday, 17 May 2011

Makan..makan..selera macam...

Salam semua..hahaha, tengok ko..dah macam batak dengan internet je..yela, petang kang bila anak dah balik kang, dah takde maknanya duk depan Pc ni lagi dah..so, kita buat draft awal2 ..pastu, scheduled entry (motip ??)

Ni sejak balik dari Malaysia ni, masak macam rajin sangatla..tapi, bukan masak lauk pauk tau..masak2 kuih la..kek la..benda yang manis2..ikut tekak nak makan apo..

Ni takoyaki..ye,perasan tak, kat labels tu takdo pun pasal japanese food..padahal duk sini dekat 2 tahun dah..bukannya tak buat, tapi, bila nak amik gamba je macam tak menyempat..makan tu memang sempat sangatla kan..pastu, maki sushi pun takdokan..hahaha, yang tu memang jarang buat..sebab saya buat onigiri je..nak makan sushi, pegi jela kat kedai pakcik tu..sushi die memang sodap..tetiap minggu, muka kami jela..dan pakcik tu pun naik kenal dengan muka2 budak Mesia nih..
dalam proses memasak..
ye, memang ade yang macam hangus sikitkan..
biasela orang laki yang masak..
ecece, time nila nak salah kan orang laki..

dah siap..
cuma takde nori yang halus2 gitu..kite letak je apo yang ado..
kalu nak tengok resipi bole tengok kat sini..
saya guna tepung die je..so, cuma letak telur, bawang, kobis n air je

Pastu ni pulak tauhu sumbat..banyak sungguh saya makan..dekat 6 keping tuh..Mr K pun saya rasa makan 2 or 3 ketul jek..hahaha, kan saya kata..bila saya nak tu, bila buat jadi pulak..konpem makan macam gajah..
yang ni memang sedih sangat..
punyala teringin nak makan, tapi tuk cream die tak jadi sangat..uwaaa..
oh, ni adelah "Strawberry Shortcake saya yang tak menjadi" nama die..
eh,tapikan, yang ni habis dimakannye dek hanak2 dan bapak hanak skali tu..
walaupun ghupe paras memang out, tapi rasa memang sodap..
hahaha, yela, Mr K kate sodap..sodaplakan..:p
ari ahad aritu cakapla ngan Mr K, Amni nak makan kek ni, tolong belikan..
hahaha, padahal bini die yang makan..guna nama anak..

ni pulok Chili crab..
balik Mesia aritu memangla makan ketam, tapi masak lemak cili api..
bila balik sini, memang ade ketam ni, cuma alahai..cinonet je saiz die..
beli gak, pastu masak macam ni..memang sodap weh..

tuk resipi bole tengok kat sini..

Oklah..nanti kita sambung lagi ye..memang banyak sangat gambar yang tengah tunggu turn nak upload ni ha..jangan korang sampai naik muntah tengok cukupla..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...