Pages

Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Trip to Hokkaido : Sapporo

Salam wbt..masih berhutang entry cuti-cuti Hokkaido dulu. Gambar semua dah lama duk terperap dalam draft, tapi itula nak mengarang cerita bukan main pemalas. Ok..ok..kita terus je pergi cerita bergambar ek.

ini adalah Clock Tower (Tokeidai)..
Kami pergi ke sini seawal pagi, memang belum bukak lagi, jadi tak dapekla nak masuk ke dalam tu kan..
kalau dari hotel kami ni tersangat dekat. 
beza dalam 3 blok bangunan je kot tapi hari tu kami naik kereta je pun..hehe
yang bestnya pegi pagi-pagi buta ialah orang takde..tempat tu kami yang punya!
tengok jam tu pukul berapa..7.40 kan..;p
ala, sekejap je pun duduk kat sini, ambik gambar, bagi anak berlari sana-sini, pastu terus naik kereta balik.
eh, bukan balik hotel..pergi ke tempat lain pulak deh..:)
yang tak bestnya, kat sini memang takde tempat parking tapi memandangkan kami pergi hari minggu dan dipagi hari, bolehla parking kat tepi jalan je pun..
oh, Clock Tower ni tepi jalan, kalau turun kereta jalan dalam 3 langkah sampaila ke sini..
kalau nak baca sejarah tentang Clock Tower, bolehla klik di sini
acik maleh nak bercerita pasal sejarah hari ni..hehe
Selepas lawatan ke Clock Tower, rombongan Cik Kam meneruskan lawatan seterusnya ke sini pulak..
ini adalah Akarenga or "Red Brick" ataupun nama sebenarnya Former Hokkaido Government Building..
ini juga salah satu attraction yang harus dilawat di Sapporo ni.
kalau dari hotel kami pun tak berapa jauh, dalam 10 minit berjalan kaki, 
tapi kalau adanya anak 4 orang boleh jadi 20 minit kot..
hehe jangan risau, kami pergi naik kereta jugak ke sini..
tak kose acik nak melintas jalan banyak kali mengheret anak ramai-ramai nih..
kalau kat sini ada parking jugak, tapi macam biasa, Jepunkan..parking bukannya free..bayar meh..
kami sampai awal jugak, orang masih belum ramai lagi time ni.
diberikan nama sebagai Akarenga sebabnya adalah bangunan ni telah dibina mengguna 2.5 juta red bricks ..
huehue..banyakkan..direka bentuk mengikut french style..
red brick buildings tak berapa banyak di Jepun ni, kalau ada pun memang dibuat khas untuk dijadikan sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dilawat.
untuk membaca sejarah tentang bangunan ini sila baca di sini..
ini pulak adalah Sapporo Tv Tower..
mesti korang kata, tv tower pun nak pergi..haha
actually kami plan nak pergi malam, tapi memandangkan bila balik dari Furano dah malam sangat 
dan anak-anak pulak dah tido, batalkan jela niat tu..
rasanya kalau pergi malam lagi cantik kot..kat sini takde apa sangat..
ada tv tower..itu jela, nak naik tower tu memang malas..pastu ada burung merpati yang banyak..
biarkan anak berlari bebas kejar burung pastu balik hotel balik..
ini pun dekat jugak dengan hotel kami, dalam 7 minit berjalan kaki..
ok, kali ni kami berjalan kaki tapi biasala dari 7 minit terus jadi 15 minit berjalan..
kesemua tempat yang saya pergi ni kita boleh access dari Odori Subway Station, kalau tak salah la ye..
macam kami memang dah dekat dengan hotel, jadi boleh jalan kaki je..
selain dari ni, memang tak sempat nak ke mana pun..ada la pergi chocolate factory, tapi itu lain entry la kot..
banyak lagi tempat menarik kat Sapporo, macam Hyakunen Kinentou (100th Anniversary Memorial Tower)..yang ni memang nak pergi tapi tak sempat..huhu.
oklah kalau nak tengok mana tempat yang best nak pergi boleh klik kat sini dan sini..
ni bunga kat Tv Tower tu..
yang si merah mak ngah tu tak tau apa nama bunga..
yang bawah tu wild daisies kot..
ni pulak nama dia bunga butterfly..
hehe..jangan percaya, itu nama yang saya bagi..nama sebenar bunga ni saya tak tahu..
tapi, cuba tengok corak bunga kat kelopak tu..macam butterfly kan.:))

ok..nanti sambung lagi..
insya Allah akan cuba BW petang sikit, ni nak ambik masa nak reply komen yang berlambak saya simpan tu..
bajet macam glemer, tak nak reply komen orang..haha
maaf, bukan tak nak reply..kadang2 tak jumpa masa nak membelek blog ni ha..


Tuesday, 7 August 2012

Trip To Hokkaido: Furano(Lavender Farm) Part 2

Salam wbt. Bercinta sungguh nak menghabiskan entri Hokkaido ni ha. Hari ni sambung tengok gambar jela ye..

nasibla Afiya ni masih belum boleh berjalan, so boleh la dukung sambil bergambar dengan dia..
kalau abang dan kakak dia time ni semua dah tak mo bergambar dah..
penat kekdah nya..hehe
ini di Forest House
 gambar family yang semenggah sedikit..hehe
okla dari yang lain kan walaupun Faeiq dan Faeiz buat muko camtu..
waktu ni panas sangat, panas matahari yang terik tu..
kalau nak diikutkan suhu takdela tinggi sangat waktu ni, cuma matahari yang memancar tu membuatkan kulit saya sunburn..balik hidung dah jadi kemerahan..2-3 hari lepas tu dah mula mengelupas..
 berlari carik Faeiq yang menyorok kat sebelah sana..
rainbow fields yang dibayangi oleh pokok..
ini di Irodori Field (Furano, lavender farm part 1)
 ini pulak gambar dari park yang sebelah bawah tau..tak ingat nama park tu..hehe
cuma sayangnya waktu ni bunga ni semua belum kembang sepenuhnya..
dan bagi sesiapa nak tengok bunga yang saya ambik ni berkembang dengan sepenuhnya, 
boleh klik di link farm tomita ni sendiri. Memang mereka sentiasa update website mereka untuk menunjukkan perkembangan bunga-bunga di sana..(ayat dah macam apa dah..;p)
ok dah dapat..ini di Hanabito Fields (kalu salah tolong betulkan ye..;p) 
barisan bunga..French Marigolds in orange color..actually kat sini bermacam jenis bunga ada..tapi tak semua gambar saya ambil memandangkan bunga2 tu semua masih lagi kecik cenonet tak kembang sepenuhnya ..
 hehe..model tak berbayar 
 French Marigolds, yellow color..

 Sakiwai Field

suka waktu ni..ada pokok yang rendang, ada kerusi..
duduk sambil makan kentang rebus w/out butter (ganti dgn garam)..haha
angin sepoi2 bahasa jepun pastu denagn suasana yang cantik memang sungguh tenang..eceh..;p

bunga ni di Autumn Field..banyak lagi bunga yang lain, tapi bila saya tengok balik, tak berapa cantikla pulak sebabnya nampak pokok tu setompok sana,setompok sini..
ini bunga di Forest House..terselit kat sini da..
ini adalah The Furano - Biei Norokko train
train dari Furano - Biei dan akan melalui beberapa lavender farms 
seperti Farm Tomita contohnya..
saya rasa memang best kot kalau dapat naik train ni sambil menikmati pemandangan kehijauan sawah padi, gandum dan juga lavender..
kebetulan on the way kami nak ke Lavender East, kami terserempak dengan train ni..
terus keluarkan senapang dan tembak!..
 ini pula di Lavender East..
Sekiranya kita memandu dari arah Biei, kalau nak pergi ke Farm Tomita kita harus belok ke kanan..
dan kalau nak ke Lavender East ni kita hanya perlu belok ke kiri. 
Dari simpang masuk tu lebih kurang 2.5 km ke Lavender East ni..
di sini saya tak turun pun, memandangkan Afiya dah tidur waktu tu..
Hanya Mr K turun dengan Faeiq sebab nak basuh montot dia..haha
Lavender East merupakan ladang lavender yang terbesar di Furano merangkumi keluasan 14 hektar!
selain dari kedai, cafe, observation deck, kat sini jugak ada "Lavender Bus" yang kita boleh naik (berapa kena bayar tak pasti) untuk bersiar di sekitar ladang dalam masa 15 minit/ride..
waktu mula sampai di sini, perasan jugak snipers ni semua..
suruh Mr K tengok apa yang diorang cuba tembak..
dia kata takde apa pun kat depan tu, yang ada cuma pokok lavender je..haha
saya ingat nak tunggu sunset ke apa kan..tak lama lepas tu, mereka semua ni bersiap-siap nak pergi dari
situ..mungkin ada sesuatu yang saya orang biasa ni tak tahu..;p
 gandum!
suka bebenor saya tengok pokok gandum ni..
sebenarnya sepanjang perjalanan kami dari Biei ke Furano ni memang banyakkkkkkkkk
sangat ladang gandum..memang sangat cantik, nak lagi bila ada sesetengah ladang tu yang gandum dah masak menguning. Masya Allah, sangat cantik pada pandangan mata saya ni..
 kebetulan on the way ke Lavender East memang kiri kanan adalah ladang gandum..
jadi, bila nak balik tu, Mr K berhenti sekejap bagi peluang saya untuk tengok dengan lebih dekat..
 gambar yang dapat diambil pun tak seberapa
bateri kamera dah tinggal nyawa2 ikan waktu ni..huhu
ladang ni gandum belum masak sepenuhnya..
apa pun satu lagi pengalaman baru buat saya pada hari tersebut dapat tengok pokok gandum ni ha..
ye, saya seorang yang jakun..;p
ini pulak di Biei. kami terjumpa ladang di tepi jalan yang ada pokok matahari banyak sebegini..
actually menyesal sebenarnya tak behenti waktu tu, 
walaupun Mr K dah tanya banyak kali nak berhenti tak..nak berhenti tak..nanti menyesal..
saya waktu tu macam serba salah nak berhenti atau tak sebenarnya..sebabnya time ni memang traffik agak teruk,banyak kereta..saya takut nanti kalau berhenti sampai lambat pulak kat Furano..pastu terpikir mesti kat Furano ada jugak sunflowers ni..ropa-ropanya.nan hado!belum musim lagi..uwaaaaaaaaaa..
 takde sapa yang nak ambik gambar kereta ni..hehe
ini adalah map untuk walk in the gardens di Farm Tomita ni.
selain barisan bunga, ada juga kedai yang menjual segala jenis produk yang berasaskan lavender
contohnya: potpouri, soap, perfumes  dan banyak lagi..
selain tu kalau nak beli bunga lavender yang dijual secekak-secekak ada je di sini..
gambar kedai semua tu saya terlupa nak ambil..hehe

Monday, 30 July 2012

Trip To Hokkaido: Furano (Lavender Farm) Part 1

Sambung lagi trip to hokkaido..orang lain sibuk update gambar iftar masing-masing, yang saya sibuk duk update cerita jalan-jalan ni..Kena update cepat-cepat, takut lepas ni terlupa apa-apa yang patut ke kan..
Actually perjalanan kami ke sini dalam tengah hari jugak. Sebelah pagi tu kami pergi ke Asahikawa untuk lawatan sambil belajar ke Asahiyama Zoo, semata-mata nak tengok polar bear. Kami ni memang kalau berjalan mana-mana mesti kena pergi tempat untuk anak-anak jugak. kesian kot tengok diorang ikut kita ke tempat yang mungkin bagi kita menyeronokkan tapi bagi diorang mungkin sebaliknya ye dak? Pagi-pagi dah bertolak ke zoo, spent time dalam 3 jam lepas tu baru kami gerak pergi ke Furano.

Furano memang syurga lavender dan bunga-bungaan yang lain. Sesapa yang pergi ke Hokkaido waktu summer, harus terjah ke Furano. Kalau tak pergi memang bagi saya agak tak berbaloi sebenarnya pergi ke Hokkaido tu. Itu bagi saya tau, lain orang lain pulak pendapat masing-masingkan. Kalau nak diceritakan once kita dah masuk ke daerah Furano ni, di tepi-tepi jalan tu memang banyak sungguh lavender. Jap, perjalanan dari Ashikawa ke Furano mengambil masa lebih kurang 1 jam sepatutnya. Tapi memandangkan kami datang memang peak season lavenderkan, rasain..dekat 20km kereta beratur panjang sungguh. Tapi bila kita dah masuk ke Biei, traffic dah ok. So,dapatla teruskan perjalanan ke Furano dengan senyuman lebar..eceh.;p haha

Farm Tomita
masuk percuma sepanjang tahun
antara salah satu ladang bunga yang terbesar di Hokkaido
ni gambar dari dalam kereta, baru sampai tengah cari parking..
tak sangka la pulak bila kat sini ada jugak yang berperangai suka pentingkan diri sendiri..
maybe sebab parking penuh, so diorang dukla parking kat tepi jalan kiri kanan..

Rainbow fields
ni adalah pokok gandum yang masih muda hijau lagi..
rainbow fileds memang ditanam dengan tujuh bunga yang berlainan
antara main attraction di Farm Tomita ni..
saya rasa kalau tunggu lagi 2 minggu mesti bunga ni lagi cantik 
rainbow fields tu memang akan nampak lebih cantik dari yang ni..hehe
breathtaking!
Masya Allah..purple mata hitam ku jadinya..;))
abaikan pelakon tambahan di bawah itu.
gambar ni diambil dari atas
di situ ada tower untuk menikmati permandangan ladang ni dari atas pelantar 
subhanallah! memang sangat cantik
lavender akan mula berkembang pada penghujung june dan reaches its peak around mid July to
early August 
priceless.:))
sibuk masing-masing nak makan aiskrim lavender..
tak tahula sedap tak sebab saya bukan suka sangat makan aiskrim.hehe
absolutely gorgeous!
the thinker;p

..
lovely!
skuter warna purple..huhu

Ok itu je update buat waktu ini. nanti kita sambung ke part 2 pulak ye. For those yang nak ke Furano dan nak menikmati keindahan bunga lavender dan bunga-bunga yang lain boleh tengok di link ini. Website ni memang khas untuk lavender farm dan kita boleh pilih kita pergi ke farm mana. Macam saya hari tu kononnya lepas pergi  Farm Tomita ni ingatkan nak pergi ke Saika Farm for lavender picking experience. Harga yang ditawarkan sangat murah(700 yen) dan kita boleh petik seberapa banyak yang kita nak. Tapi, memang takde rezeki sebab kat sini je dah spent dalam 3 jam jugak..

Tuesday, 24 July 2012

Trip To Hokkaido: Otaru

Update jalan-jalan di Otaru pulak. Otaru sebuah bandar pelabuhan kecil di utara barat Sapporo, kiranya kalau dari Sapporo dalam setengah jam sahaja. Kalau kita tengok pun di sini building yang dibina banyak jugak mengikut European influences. Boleh klik di sini untuk mengetahu lebih lanjut tentang Otaru.

Perjalanan kami dari Hakodate ke Otaru mengambil masa lebih kurang 4 jam 40 minit. Kami ikut jalan Hokkuaido Expressway (Mori-Sapporo). Waktu kami pergi ni kereta takdela berapa banyak sangat walapun di sesetengah tempat jalan hanya ada satu lane saja. Permandangan sepanjang ke Otaru Masya Allah, sangatla cantik. Lalu tepi gunung-ganang dan kalau kita boleh lihat jauh ke tepi sikit tu boleh nampak laut yang terbentang luas. Memandangkan yang Otaru ni lebih kurang setengah jam sahaja dari Sapporo, jadi kami memang bila lalu expressway tu kami skip Sapporo dulu terus ke Otaru.

Bila sampai je di Otaru, mak ai..orang macam semut duk hurung gula..haha. Ok,takdela ramai sangat tapi bila nak ambil gambar tu agak susah sebenarnya. hehe. Tujuan kami ke Otaru nak lihat sendiri Otaru Canal selain nak jugak lihat Steam Clock. Tapi, at the end kami tak dapat pun pergi ke Steam Clock tu memandangkan anak-anak dah tak larat nak jalan.huhu..memang sakit kaki berjalan sebenarnya.. Oklah, jom kita tengok gambar pulak. Tak tahu saya nak becerita tanpa gambar..;p





memang niat pergi sini nak tengok canal ni je..hehe
tapikan, view waktu winter lagi cantik sebenarnya tau..cuba korang google,mesti terpegunkan..
tapi, sapala sanggup nak pegi sini time winter pastu nak kena keluar malam-malam pulak tu..
mak tak sanggup nak bekukan badan..;p


akhirnya dapat jugak saya ambik gambar reflection macam ni..eheh;p
selalunya saya duk tengok dari IGer ni tau, gambar dia sangat cantik dan kalau gambar reflection tu memang amazing sangatla..
ok, saya tahu gambar saya tak secantik macam yang dia ambik..haha
kat sini ada jugak terjumpa Indonesian.cuti2 jepang..
tapikan time saya pergi ni ramai sungguh orang Cina dari tanah besar..bising teramat tau!

eceh, kononnya nak tiru macam mamat wisslaren Sweden..kahkah.
mesti korang cuba nak telengkan kepala nak tengok betul2 kan..tak yah, kat bawah ni ada..hehe
ok, ni gambar yang tak menjulingkan mata macam kat atas nun..
kali ni tak naik pun bot..maleh la, lagipun setakat lalu tengok gudang lama ni je pun..
yang bahagian tepi ni semua adalah gudang lama )kalau salah sila betulkan..;p)


ni building apa ek?lupa lah..
hotate @ scallops..
sekor 250 yen, nak bakar tu sila cakap tak nak syoyu(kicap) ye..
manis yang teramat, terasa kesegarannya..eceh,nyampah;p
penat melayan kerenah mak bapak..haha
oh, yang ni kami di Sakaimachi Street..
di sini orang pun ramai sungguh dan kebanyakkan banngunan semua ikut western style..
sepanjang jalan ni macam-macam souvenir yang dijual..
nak glass yang cantik2 kat sini boleh dibeli, siap ade glass workshop lagi..
time ni saya memang tak sempat nak ambik gambar, Afiya tidor kena dukung dia..
tak nak langsung naik stroller!

penat ke?hehe
ni kat tepi canal tu adalah statues ni..abang dengan adik kot.
tak sempat pulak nak baca sejarah dia..(malas sebenarnya!)

 adik beca..adik beca di tengah jalan..
kebanyakkan penarik beca di sini adalah part time student..
sangat gagah tau diorang ni..yela, kuat kot duk tarik Mr K yang berat melampau ni..haha

 kat sini jugak banyakla pelukis jalanan..
satu kepala dia charge 800 yen..Mr K pun suruhla kakak tu tolong lukiskan gambar anak-anak kami..
 cantikkan dia lukis..memang samala macam rupa diorang yang sebenar..

nampak sangat gambar dah tak tersusun ni ha..
ni kat Oatru Canal tu..anak dara yang malas nak senyum..penat ye Amni?hehe

Untuk ke Otaru ni sila guna google map, insya Allah sampaila ke sini..hehe

p/s: Maira..sorry..bukan tak nak jumpa awak tau tapi takut awak sibuk dengan kenkyu..so,malas nak kacau.Mmenag tahu awka duduk di Otaru, Kmailah ada bagitau..hehe

p/s2..nak kena tido dah..takut esok tak terjaga pulak sahur, dah la kena makan sorang2..sedih:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...