Pages

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Bingka Crackers

Salam wbt. Salam jumaat semua. Kuih bingka yang dah berbulan saya buat, nasib masih ingat lagi nama kuih ni..haha. Kuih ni ramai yang dah cuba buatkan..kan..kan..memang sodapkan! Saya pun suka tapi bila  nak buat lagi, jadi malehla pulak. :p Soryyla ye, saya ni tenggelam timbul kat sini. Kebetulan dari isnin hari tu sampai semalam, kat sini winter holiday. Jadi, memang tak lekatla kat rumah.

potongan yang tak berapa licin..
anak-anak dah tak nyempat nak makan (eceh, padahal diri sendiri yang tak sabar nak makan..hihi)
Resipi ni saya ambik dari rumah kak hana. Tq kepada penyumbang resipi. Saya letak kat sini la pulak ye, mudah nanti kalau saya nak buat lagi kan..

BINGKA BISKUT CRACKERS
resepi asal : kh267tm@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.


Thursday, 20 September 2012

Kuih Badak Berendam Labu

Selamat minum petang semua..sihat ke hari ni?eceh, tetiba hari ni jadi baik bertanya khabar pulak..huehuehue..
hohoiiii, kuih ni memang dah lama nak buat. Bukannya tak penah buat, penah dan banyak kali tapi semuanya tak sedap. Sebabnya saya guna tepung pulut yang dijual kat sini dalam erti kata lain made in japan. Tapikan..tapikan rasa tepung pulut kat sini memang tekak saya tak boleh terima langsung. Tak tahula saya yang tak pandai buat ke tapi setiap kali buat kuih yang guna tepung pulut konpem kuih tu akan terasa tepung sangat-sangat..tensi mak tau! Nak dijadikan cerita jugak tetiap kali order barang dari Malaysia, mesti terlupa. Akhirnya setelah dekat 3 tahun duduk sini baru berjaya menyeludup (macam seludup dadah la pulak) masuk tepung pulut made in malaysia..ok tak, maybe made in kilang cap bla bla bla kot..hehehe

 Resipi dari Kak Besah. Sankyu Kak Besah ye, memang best. Nanti balik Malaysia dah boleh beli terus je kuih ni kat kedai tepi simpang..haha, malas dah nak masak!(opppssss..peace en laki. saya gurau je.hehe)
Kuih Badak Berendam Labu

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

1 cawan labu rebus yg tlh dilecek
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu teh garam
inti kelapa secukupnya
2 1/2 cawan santan* + 2 sudu makan tepung beras* + 1 sudu teh garam* + 4 sudu makan gula pasir* + 3 helai daun pandan* dikoyak.
Cara-Cara
  1. bancuh sebati bahan2 brtanda* lalu dikacau atas api hingga mendidih 2 minit - biar sejuk & ketepikan.
  2. bulat2 kan inti kelapa - ketepikan.
  3. satukan bhn utk doh 1, uli hingga kental. tambah tpg pulut jika perlu.
  4. panas kan 2/3 periuk air.
  5. ambil sejemput doh, leperkan, bubuh inti & kelim rapat. masukkan dalam air mendidih. bila bola2 timbul ke permukaan air, biar lah 2 minit baru di angkat & terus masukkan kedalam kuah santan/dadih sejuk tadi.
  6. buat hingga habis.
  7. Alhamdulillah, siap lah hidangan minum petang nanti... sedap dimakan sejuk2

  1. last but not least..
    tatapla gambar budak tecik ni..hahah
    makan sampai jilat piring hoiiiii..;p


Wednesday, 5 September 2012

Kuih Lopes

Salam wbt. Update pasal kuih lopes kegemaran rakyat di rumah ni. Asalkan kuih tu berasaskan pulut, memang laku sokmo. Buat ni pun dalam minggu kedua berpuasa hari tu. Kebetulan ada tetamu datang, jadi dah alang-alang tu bolehla dibuat untuk salah satu juadah berbuka puasa. 

Tetamu yang diraikan adalah Iryd and family plus sakinah. Mereka ni baru balik dari Akita, so terusla singgah rumah kami ni sebelum balik ke Sendai. Ya Allah, memang kecoh sungguh time tu tau. Mereka ni kan sangat peramah, memang borak macam dah lama kenal. Pastu pulak, Pitt sangat suka budak-budak kan, bila dia duk main dengan twins, seronok sangat la budak berdua tu. Bila Pitt dah berhenti layan diorang, twins ni pulak panggil Pitt, "abang, jomla main lagi"..actually banyak kali diorang panggil abang..terus perasan mamat tu jadi muda..;p..
gambar ni saya curi dari fb pitt..hehe
gambar juadah pun saya tak ambik, segan kot time tu nak ambik..hehe
kalau tetamu belum datang, memang saya ambik tapi kalau tetamu dah ada depan mata..
simpan jela kamera tu..
ada lagi gambar amni dan ai chan, tapikan bebudak ni dah delete gambar tu dari ipong..huhu
anyway, terima kasih sudi datang.. 
walaupun cerita ni dah basi, tapi disebabkan kuih lopes nila teringatkan korang tau!..haha
lagi satu, perasan tak saya ni jarang letak gambar tetamu yang datang berkunjung 
sebabnya..sebabnya..sebabnya..
saya adalah penyegan nak ambik gambar diorang!..awww..;p

kuih lopes..
cuma guna acuan onigiri je..senang kot..:)
cuma tang air gula tu saya terbuat cair..

Kuih Lopes
resipi: tulip77 myresipi


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.( saya masak pulut guna microwave. rendam dalam 15 minit, lepas tu masukkan santan ikut paras pulut(sebabnya saya guna beras pulut jepun), dan letak dalam microwave selama 10 minit. Lepas tu keluarkan semula, kacau dan masakkan lagi selama 7 minit. Selepas tu keluarkan balik, kacau dan kita boleh tengokla beras tu patut ditambah santan atau tidak. Selalunya saya akan tambah dalam suku cawan lagi lepas tu masak dalam 5 minit. Selepas tu keluarkan dari microwave, kacau sekiranya dah masak bolehla ikut langkah seterusnya tapi sekiranya belum masak boleh dimasukkan sekali lagi ke dalam microwave dan masak selama lagi 4 minit.)
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Thursday, 2 August 2012

Cucur Udang Rangup

Salam wbt. Cucur udang yang bila dibuat pasti jadi bila guna resipi ini..hehe sebabnya selama ni saya buat tak pernah menjadi sebenarnya(sangat sadis di situ;p)..Cucur ni memang sedap tau, bila saya duk gorengkan tu terkecur2 air liur..haha tak pasal2 kurus pahala puasa saya. Tapi, saya gantikan udang dengan ketam. Kebetulan udang dah habis dan yang tinggal crab sticks je, so guna la apo yang adakan. Alhamdulillah,sedap. Saya ni pulak tak tahu kenapa bila nak masak tu mesti tamak, saya ikut sungguh la resipi ni. Rupanya dapat banyak yang amat. Yang makannya saya sorang je( laki belum balik lagi time ni), pitam nak ngabihkan. Anyway, terima kasih penyumbang resipi, Kak Madihah..Letak di sini untuk rujukan akan datang..


Cucur Udang Rangup

Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang (crabsticks-dipotong dadu)
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)

1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya)

Tuesday, 31 July 2012

Tepung Pelita

Salam wbt. Tepung pelita pilihan ramai pada bulan Ramadhan kan. Buat hari jumaat kot, gara2 tengok Izahdaut duk tayang gambar tepung pelita ni la. Saya tak pernah buat rasanya, jadi bila buat tu saya guna je la resipi asal. Resipi ni memang senang dan sedap! Satu adunan tu rupanya dapat banyak, dahla laki tak de kat sini kan, saya la yang terkulat-kulat duk ngabih kan kuih ni..hehe. Dah bagi jiran pun masih banyak lagi, anak-anak tak nak pulak..sobs..Takpe, next year, kalau panjang umur beli je la kot..kalau setakat kami berdua je nak makan, baik beli..haha(dasar pemalash!)
ini je bekas yang ado di rumah saya 
nak keluar beli bekas semata, laki takde pulakkan..
guna jela bekas apa2..;p
resepi: kak Yani @myR
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. 

Saturday, 28 July 2012

Cucur badak, Roti Jala

Antara juadah kuih yang saya sempat buat. Cucur badak dan cek mek molek saya buat hari pertama puasa. Kebetulan hari tu saya host iftar untuk nisa' di sini, dah alang2 tu buatla kuih sekali kan.  Hari tu ada jugak saya buat ayam percik tapi terlupa nak ambil gambar. Untuk inti dia saya ambik resipi di myr je..Cek mek molek pulak dibuat khas untuk kanak2 ribena..hehe. Terima kasih buat penyumbang resipi, kali ni baru rajin nak letak resipi..huhu, sebabnya tiap kali nak buat kena google dulula..maleh saya dah pasni.
maafla ye..gambar ni je yang ado,bolehla kan..

Cucur badak.

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )


 utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam


utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan Gula

Cara-cara
  1. untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit
  2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
  3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
  4. letakkan inti dan tutup kembali
  5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap

Roti Jala aku yang kesunyian..haha
ni pun resipi kat myr jugak..jap ye,saya bagi link..ni resipi dia..sangat lembut sampai ke pagi esoknya..


Wednesday, 30 May 2012

Kuih Talam Gula Merah

Salam wbt. Juadah untuk minum petang. Kuih talam gula merah kegemaran sekeluarga. Anak-anak saya kalau buat kuih ni mesti diorang cakap mama buat kek!.hehe. Penatla ajar twins tu, ini kuih bukan kek tapi still diorang nak panggil kek jugak.yolah, kek pun kek la. Twins ni ingat yang gula merah tu adalah coklat..:p


Terima kasih buat kak yatie di atas resipi yang sedap ni. Memang kena dengan selera saya dan nak buat pun agak mudah. Banyak kali buat tapi asyik jela terlupa nak abadikan kat sini. Last week buat sekali lagi baru teringat nak ambik gambar.

Kuih Talam Gula Merah
source: Kak Yatie


Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur *tak letak*

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong. 

Tuesday, 21 February 2012

Pau 3S

Salam wbt..di sini saya nak bagitahu mungkin ade kawan-kawan yang tersalah anggap. Actually yang kain saya jahit tu sebenarnya kain biasa je. Kain tu sensei hoikuen anak-anak saya nak. Jadi, saya kenala jahit setiap sorang satu. Ala, kain 4 segi sama untuk bungkus baju diorang katsekolah. Bukan la buat baju kurung ke, dress ke ,skirt tau..haha. Bila ada yang kata saya rajin tu membuatkan saya rasa bersalah pulak. Saya memang suka menjahit tapi suka tu ada musim dia. Kebetulan sekarang memang roh menjahit tu dah datang, itu yang nak buat macam-macam...hehe
Pau 3S..sedap, senang dan simple. Memang kena dengan nama dia. Cukup senang nak buat, memang sedap gebu gebas dan bahan pun simple je. Saya buat 2 adunan sebab anak ramai dan semua suka makan pau inti kacang merah. Saya buat besar-besar dapatla 14 biji. Habis tau 14 biji pau tu..kuat makan sungguh orang dalam rumah ni..haha Pada yang macam saya ni (suka makan sedap, tapi nak cara senang) boleh la guna resipi ni. Highly recommended dari saya..Insya Allah jadi dengan syarat ikutla resipi..:p

pau ni tanya: gebu tak saya??
haha..memang gebu tau dan 1st time saya buat kulit dia jadi licin macam ni..
selalu kalau buat mesti menggerutu..huhu

Terima kasih buat Kak Maz..saya letak resipi kat sini buat rujukan bila-bila nanti. Halal tau kak Maz..lebiu..hehe

Pau 3S by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau. 

Thursday, 9 February 2012

Kuih Kaswi Gandum

Salam wbt..saya suka makan kuih. Tak kisah apa jenis kuih, saya makan je semua. Dulu kecik-kecik sarapan makan kuih je pun, kalau makan nasi lemak mesti tak habis. Kecik-kecik dulu bolehla makan kuih, padan dengan saiz badan dan berat badan yang tak sampai 20kg.. Sekarang kalau makan kuih je pagi, pukul 11 pagi dah lapar balik..haha..dasar pemakan kan..
Buat kuih ni untuk tetamu, tapi tetamu cancel pulak datang hari Jumaat lepas. Resipi yang senang dan sangat sodap. Dah 3 kali buat guna resipi ni je pun. Untuk resipi ni saya tambah kicap manis tu 2 sudu besar bagi nak nampak lagi hitam legam. Faeiq dan Faeiz suka kuih ni, Amni macam biasa bila ada kelapa sikit je pun tak nak makan langsung..bagi yang tak bersalut kelapa pun tak nak. Amni macam babah, tak suka sangat makan kuih.

Resipi asal dari Kak Hanieliza dan saya ambik ni dari Izah..Terima kasih Izah menggelemerkan kuih yang sodap ni..Simpan sini untuk rujukan.
KUEH KASWI GANDUM


Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]- tak letak sebab takdo..
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Friday, 27 January 2012

Bingka Labu

Salam wbt..Bingka labu yang pertama kali dibuat dan makan. Sebelum ni banyak kali dah beli labu, tapi manjang jela malas nak buat bingka..asyik-asyik cucur labu..Rumah ni kalau labu dibuat selain dari kuih, memang tak laku. Pengat labu ke, masak lemak labu ke takde seorang pun yang akan makan..saya sah-sah la memang tak makan labu jenis dimasak macam tu..anak-anak apetah lagikan;p

bentuk lebiu ni untuk Amni..
dia tak suka bijan sangat
jadi memang buat kosong macam tu je untuk dia..

Resipi dari CMG. Memang dapat banyak dari sebiji labu yang saya beli tu. Dah buat stok puri untuk Afiya pun masih banyak lebih lagi. Sesapa nak buat 1/2 dari adunan pun boleh  dan rasa kuih ni tersangat la sedap..Rasa lemak-lemak manis labu.

Bingka Labu
source: CMG Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
5 biji telur gred B
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla" flavour)
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...
CATATAN MAT GEBU :- Lepas bakar tadi, mat grill kan dalam 3 minit macam tu bagi permukaan dia berkeraakkk tebal sikit, baru wangi dan sedap..

Wednesday, 28 December 2011

Kuih Bom


Salam wbt..Bom yang bila dimakan takkan meletup tapi mengenyangkan..haha *kenapa saya sorang je yang gelak ni*  1st time buat ni 2 minggu lepas jugak..Tersangat suka dengan kuih ini..Tersangat suka jugak dengan resipi ni sebab kuih ni sangat lembut dan tak liat langsung macam yang saya selalu beli dulu..percayalahhhh *sila nyanyi macam tok ti*..Saya suka dengan kuih-kuih tradisional..yela, orang kampungkan.;p  tapi, kadang-kadang kuih tradisional ni ada yang agak leceh nak buat dia. nak buat tu kenala ada roh rajin baru jadi..:D

Resipi dari Along Roz..sesapa yang suka kuih ni, bolehla cuba kot..bila goreng memang takde meletup-letup pun *ni apa yang saya baca, orang kata buat kuih ni boleh meletup-letup sebab bijan tu rasanya*..


Kuih Bom

Bilangan: 12 biji
Bahan2:
80g Keledek - kukus & lecek
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan - utk salut 
Inti Kelapa / Kacang Merah/Hijau

Cara2:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
Bahagikan kpd 12 ketul.
Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
Ulang sehingga habis.

2. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.



Friday, 2 December 2011

Kuih Ketayap Polkadot

Salam wbt..dah lama tak buat kuih ketayap sebab inti dah habis. Jadi, bila nak kena buat inti yang baru, tersangatla malasnya. Padahal, bukannya kena parut kelapa bagaikan, campak je kelapa kering tu dalam piyuk, letak gula merah, letak santan sikit pastu letak air..masak sampai jadi sedap..hehe..tapi tula kalau dah malas saya memang taknak paksa diri buat. Nanti mesti tak sedap..haha.


Resipi ambik dari rumah ummizahidi, homesweethome. Saya punya polkadot takdela secantik mana tapi kira sedap mata memandangla..ecece, nak sedapkan hati sendiri ye tak..terima kasih kak ummi.

KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
 source: ummizahidi; HSH

Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (*akak letak 1 biji je) -saya pun sama
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan) -santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak) -xletak jugak
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti 
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 3/4 cawan gula merah *campur gula merah dan gula biasa
  • sedikit air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung *xletak pun 
 Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.
 *auto schedule post- pagi ni nak ke kindy anak2*

Monday, 28 November 2011

Cream Puff @ Shu cream

Salam wbt..Arini sejuk yang teramat. Membuatkan perut mengeluarkan bermacam-macam bunyi lagu gitu. Cerita pasal masak-masak pulak. 1st time buat shu cream sebab sebelum ni selalunya beli je kat eki tuh. Kedai tu saya berani nak beli shu cream dia sebab bahan-bahan yang digunakan kita boleh makan. Yakin pun sebab adik-adik kumpulan dakwah ni yang sarankan pergi ke kedai tu je. Kalau tak yakin, memang saya tak berani beli. Yela, kalau kat Beard Papa's tu bole pandang ajela, sebab bahan yang digunakan tak boleh dimakankan..
Senang je rupanya nak buat ni ye, cuma takla segebu macam yang beli kat kedai tu kan. Anak-anak memang suka shu cream ni cuma next time kena buat dua adunan la kot. Tak cukup berebut-rebut makan 3 beradik..hehe
Ni yang sebelum dibakar..comelkan saya (^~^)

 
Ingat nak pipekan kat dalam terus tanpa dipotong, tapi cari benda alah yang panjang lurus tu bolela pulak hilang..*eh,paham ke benda ape? buat2 paham jela ye (ala,nozel yg lurus tu je)*


buat comel-comel, senang anak-anak nak ngap terus..

Cream Puff

source:my resipi; yani

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

1.Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.  
5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.  
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.  
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.  
*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. 

Custard cream- my resipi; honey

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
  psst: arini agak sibuk, petang baru saya jalan-jalan naa..daa :p

Wednesday, 9 November 2011

Rangkuman cerita masak2..

 Pengat/bubur makaroni
1st time saya makan dan jumpa pengat ni. Makan di rumah Kak Su (ex jiran Umie Saitama). Memang sedap plus jakun..haha. Selalunya makaroni ni kalau berkuah pun sebab buat sup makaroni kan, ni dibuat jadi pengat memang lain dari yang lain..Tak tahulah kalau korang sume pernah makan, mungkin la dah biasa, tapi kami berdua memang agak jakun dan terus suka dengan resipi macam ni. Minggu lepas buat la, sib baik jadi..hehe.
Nak buat die senang sangat.. Ni resipi campak2 je tau, takde nak sukat bagai. Ikut citarasa masing2 dan bilangan yang makan..Rebus makaroni dulu, dah empuk angkat dan toskan..Pastu buatla bubur/pengat die..masukkan santan sesuka rasa, gula dan daun pandan..kalau nak letak sagu pun boleh..Dah mendidih bolela masukkan makaroni tuh..Makan time panas2 memang sedap..
Kak Su kata, waktu dia kekecik dulu, orang kampung die memang selalu buat pengat nih..kira macam makanan tradisi la..Pastu bila dia dah keluar dari kampung dia, bila nampak makaroni goreng, dia agak pelikla jugak..Tak sangka yang makaroni tu bole dibuat makaroni goreng..haha..kelakar la pulak bila dengar cerita tu, yela kalau saya macam pelik dibuat pengat yang dia pelik bila digoreng..Oh, kak Su tu orang Miri Sarawak (kalau tak salah saya la..kot salah ampun kak Su)

 Mee Sup Daging

DSC_1770
Chicken Pie..
ni dah lama buat..
sebelum bersalin..


 Roti Tuna Sandwich
ni pun dah lama buat..lama sungguh sebelum Afiya lahir lagi..
resipi ni dari CMG tapi saya jumpa kat rumah Kak Ummi..
sedap sangat sampai kalau buat tu dah naik hafal bahan2 die..
tapi sekarang dah malas nak buat..haha..

ROTI TUNA SANDWICH
source: Kak Ummi. HomeSweetHome.
BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)

  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (akak guna Tuna Mild)
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan (*akak x tabur pun lada hitam, just masukkan dlm tuna jek)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...