Pages

Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Ayam Percik

Salam wbt. Terima kasih kepada kengkawan yang memberi kata dorongan kepada saya dalam entri sebelum ni. Tak sangka ramai yang prihatin. Terasa disayangi sungguh.hekhek..sayangkorangketatketat..*hugs*.

Petang ni nak share lagi lauk kegemaran kami. Sepanjang ramadhan ni, dah 3 kali saya masak ayam percik. Sebab senang, sedap dan yang pasti anak-anak memang suka. Saya suka ayam percik yang ala2 pasar malam tu. Kalau yang jenis pasar malam kan dia pedas lepas tu kalau tak salah saya dulu kita boleh pilih nak kuah percik biasa atau kuah kacang. Dulu la time saya kecik2, sekarang ni tak tahula ada 2 jenis kuah atau tak. Dah lama kan tak pergi pasar malam.;p

Sebelum ni suka guna resipi dari cikmin dot com,  memang sedap!.. Dua minggu lepas saya carik lagi resipi yang lain dan jumpa satu lagi resipi yang best jugak. Resipi ni memang tajuk dia ayam percik pasar malam. Pun best jugak. Memang terasa jadi makcik yang jual ayam percik tu la..haha. Jadi, saya letak kat sini senang untuk saya rujuk bila teringin nak masak lagi. Terima kasih cikmin dan Sajiemas,Myresipi.

untuk ayam percik yang ni saya guna resipi ayam percik pasar malam tu.
saya buat kuah dia banyak2, lepas tu frozenkan..
jadi, macam hari ni saya nak masak ayam percik saya cuma perlu defrostkan je kuah tu, ambik sedikit untuk perap ayam dalam sejam dua, pastu bakar..yang lebihan kuah tadi, bolehla curahkan atas ayam tu nanti..
macam hari ni saya buat 2 kuah..kuah kacang tu saya guna left over kuah satay hari tu..
saya memang tetiap hari masak macam hari biasa, takut petang tak larat nak  masak..
so, ayam ni suku anak2 dah selamat makan..hehe


Bahan untuk ayam:
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 btg serai
serbuk lada sulah

garam
(perap ayam dgn bahan2 diatas)
Bahan untuk sos:
10 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 btg serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
(semua bahan diatas kisar halus)
15 tangkai cili kering-dikisar(pedas ikut suka)
santan RM2
garam, gula dan perasa
Cara2nya:
Tumis bahan-bahan yg telah dikisar halus bersama cili kering kisar hingga naik baunya,masukkan santan dan biar sampai pecah minyak.Masukkan garam,gula dan perasa jika suka.
Bakar ayam yg telah diperap sama ada guna oven(suhu 165c selama 1 jam) atau dapur arang.Kemudian tuang sos diatas ayam yg telah siap dibakar.

ni masak 1st ramadhan aritu. hat ni guna resipi cikmin.

AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)

Bahan:-
  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan semua bahan dan di
  2. masak sampai mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  4. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  5. Bakar dan siap untuk menjamu selera.


Friday, 3 August 2012

Satay Ayam dan Lontong Ramadhan

Bila ntah kali terakhir buat satay..rasanya 2 tahun lepas kot, lepas tu kalau nak makan satay pun saya akan buat satay goreng je. Senang dan mudah kan. Hari tu waktu berfacetime dengan Mr K (dia kat M'sia), dia baru sudah berbuka. Saya tanya dia, makan apa. Terus dia tunjukkan satay dan ayam golek yang terhidang kat atas meja, lepas tu makan satay depan saya. Tensi ai tau..kijammm. Terliur-liur saya kat sini.haha. Nasibla saya cuma rajin nak buat satay je, kalau tak harus ku buat jugak ayam golek tu..

Waktu saya duk sibuk nak bakar tu, Amni pun tanyala..
Amni: Mama, nak masak apa?
Mama:  Mama nak masak satay..
Amni:satay?apa tu?...
Mama: mama pun google tunjuk gambar satay..inila satay..
Amni:..ooo (tapi  muka still clueless..haha)
kesian tau anak2 saya..diorang suka makan satay, tu sebab saya selalu buat satay goreng, kalau bakar ni memang yang 2 tahun lepas je la kot. Pastu, kalau makan pun time gathering dengan adik2 ni je. Nak mama buat sendiri, mama is lazy..huhu

 saya buat tu dapatla dalam 34 cucuk satay rasanya.
saya bakar kat stove je, tapi kena pandai control api..kalu tidak, nanti berasap.
malas nak bakar dalam oven, nanti ayam saya jadi kecut..haha
ntah kenapa jadi camtu, tak tahu pulak saya. saya tengok orang lain elok je bakar dalam oven. 
mungkin tak pandai kot, tak pun oven saya tak suka bakar satay..ekeke

Selain tu ada jugak buat lontong. Dah alang-alang rebus ketupat tu, saya terus la buat kuah lodeh sekali. Untuk resipi satay kali ni saya guna resipi satay ayam Hj Samuri..eceh, nak resipi yang best2 je ek..haha. Memang sedap, rasa macam satay sungguh la..hehe Takdela, kalau ikut sukatan dia betul-betul, insya Allah rempah semua memang rasa meresap kat dalam ayam tu. Cuma untuk kuantiti saya tak ikutla sepenuhnya, saya cuma guna 3 keping boneless chicken je..Yang lain-lain saya main ikut suka je kurang kan kuantiti bahannya..
lontong ni Amni suka makan dengan kuah kacang saja..
Afiya suka jugak ni, banyakla dia makan hari tu.
twins..macam biasa, suap ke mulut diorang terus buat muka..ceh.:(
resipi masak lodeh saya ambik di sini..

Thursday, 12 July 2012

Mutton Kadai

Salam wbt. 1st time makan mutton kadai ni di kedai halal kat sini, owner Nihonjin tapi cook dia orang India diterbang khas dari India nun. Memang terus sukala bila memula rasa tu, dan saya ni kan punyala sadisnya, ingatkan kadai tu is one of Indian spices..rupanya kadai adalah salah satu jenis koli/kuali (an Indian wok) yang digunakan khas untuk masak ni je..muahaha, itupun tahu selepas google resipi untuk mutton kadai ni. Saya masak mutton kadai ni guna je koli biasa tu, manala nak dapek kadai jenis tu kat sini..1st trial buat alhamdulillah,adalah sikit2 rasa macam kat kedai tu..eceh, tapi kalau makan kat kedai tu lagi best kot( tapi mahal!;p) Mutton kadai dia memang terbaikla awak!.Hari tu makan kat Tokyo pun kami saja jela ambik mutton kadai, tapi tak sedap sangat macam yang mamat India Morioka ni masak..eh, nak tahu (tak nak tahu sudah!), sejak kami datang sinikan, selera kami anak-beranak lebih ke arah sanala..ala, sana tu..Suka makanan India, pakistan, Bangladesh..memang sedap tau food diorang ni, tak tahu balik nanti dapat tak rasa yang sesedap macam ni..Kena rajin mencari la gamaknya..:p

ni 1st attempt buat,
bila memula nak suap anak-anak, diorang tak nak tau..asyik kata hot tapi masuk mulut pun tak lagi
once dah masuk mulut, terus mintak tanpa henti. lagi dan lagi..
suka mak tau!
memula masak, capsicum takde pulak kat rumah ni..
2nd attempt masak baru letak..
bila ada capsicum bau dia sangat wangi deh..
saya letak capsicum ni sebab kat kedai Kabab tu dia ada letak capsicum jugak..
memang hari tu beli mutton 1kg buat mutton kadai je semata..
ingatkan nak buat beriyani jugak tapi dah big boss requested kadai, kita pun kadai jugakla..
terima kasih kepada empunya resipi, saya guna resipi dia agak simple sikit dari yang lain..:)

Mutton Kadai
source: here
Ingredients: 
500 gm mutton pieces-washed and wiped 
1 tsp ginger paste
1 tsp garlic paste
1cup onion paste
1/2 cup oil
1 tbsp cumin seeds
2-3 bay leaves (tak letak..takdo)
2 tsp garam masala (used 2tbsp)
1 tbsp salt
1/2 tsp powdered turmeric
2 tbsp powdered coriander seeds
1/2 tsp powdered red pepper
3 cups (500 gm) finely chopped tomatoes

Method: 
Heat oil and add the cumin and bay leaf. When seeds splutter, add the ginger, garlic and onion and saute over high heat till light brown.
Add garam masala, salt, turmeric, coriander powder and red pepper.
Keeping heat high, add meat and turn around till slightly opaque.
Lower heat and let the meat cook, covered, stirring occasionally, till the water dries up and fat separates.
Add tomatoes and let it simmer, till fat separates. Serve hot garnished with coriander leaves.


Tuesday, 29 May 2012

Popcorn Chicken

Salam wbt..popcorn chicken, sangat sedap dan yang penting anak-anak dan mak bapak suka. Udah lama dibikin, sebulan yang lepas jugak rasanya. Banyak kali jugak dah diulang buat. Saya tak pernah makan yang kfc punya tu, so tak dapatla nak bandingkan. Bagi saya memang dah cukup sedap dah ni. Resipi ambik dari rumah Kak Hana. Terima kasih kak. 

Popcorn Chicken
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.




Wednesday, 23 May 2012

Yong Tau Fu Perantau

Salam wbt. hari ni mak rajin uols..haha, actually agak takde mood nak mengajar anak-anak hari ni. Twin ni ketegaq semacam je, haishhh. geram mama dia ni, dah tukar jadi hulk pun. Dari pagi ada je benda yang diorang buat.

Yong tau fu dah lama bikin, sebulan lebih dah kot. 1st attempt buat ni jadi saya ikutla resipi tu bulat-bulat. Pedas yang teramat sebabnya saya terlupa cili kering saya ni jenis pedas yang terlampau. So, kuah saya pun jadi pedas la jugak tak boleh la anak-anak nak makan. Takpe, next time kalau rajin buat lagi, kena kurangkan kuantiti cili kering tu. Apapun rasa dia memang sangat sedap cuma tula pedas sikitla..Terima kasih kepada penyumbang resipi.
ni jela bahan-bahan yang ada..okla kan dari tak merasa langsung..:)
takde kangkung, kita gantikan dengan bayam pun ok je.;p
Kuah Yong Tau Fu
resipi: myresipi; minami
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).

  6.  masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Monday, 9 April 2012

Mee Rebus


Salam wbt..mee rebus yang sedap.. Buat 2 minggu lepas, jadi memang ikut jela resipi tu. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk merasa mee rebus buatan sendiri. Dah lama simpan resipi ni, jadi 2 minggu lepasla baru terrajin nak mencuba. Resipi dari Kak Yatie, terima kasih banyak-banyak buat Kak Yatie sudi berkongsi resipi ni. 
Mohon izin buat Kak Yatie untuk saya letak resipi ni untuk rujukan masa akan datang. Terima kasih.
Mee Rebus Kak Yatie
source: Kak yatie


Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh ( buang ekor, celur dan toskan)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • Cili merah dan Cili hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)
*UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
  • 4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 tangkai cili kering *
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk kari daging *(* bahan2 yg perlu di kisar halus)
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya


Cara-cara

PENYEDIAAN AWAL
  1. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  2. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
  3. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi
UNTUK KUAHNYA
  1. Kisar bahan yang bertanda*
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  4. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  6. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  7. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS
  1. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  2. Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...

Monday, 19 March 2012

Laksa Kedah Special

Salam wbt..spesel tu..hehe. Okla rasa dia, memang sedap. 2nd attempt buat laksa utara. Dolu-dolu memula datang sini, ada jugakla buat, tapi rasa hancus..tak sedap tapi waktu tu boleh diterima lagi alasan sebab tak pandai masak lagi kan. Sekarang ni agak terel sikit..sikit je terel dia still tak boleh lagi nak lawan orang yang sangat terel buat laksa utara macam kakak saya ke..Lady Ayu ke..adik Nik Zuliani ke..laksa diorang memang sedap dan mantop!. 


Suka makan laksa yang podeh, lagi podeh lagi best tau. Tapi yang ni okla, kami makan berdua je. Anak-anak kalau pedas ni agak kurang sikit tapi kalau masak kari pedas diorang tak kisah. hehe..ada ciri-ciri anak mami di situ.

 
bunga kantan tu ada adik ni bagi saya..tahun lepas la kot..lama sungguh baru nak guna.;p
frozen kan, jadi bila-bila nak guna boleh je. tak yah nak risau busuk atau apa..
daun kesum pulak memang banyak sangat, sampai tak tahu nak masak ape..
saya tak pandai masak asam pedas, asyik tak jadi je..
daun kesum tu MIL post dari Malaysia..
saya mintak mak keringkan dulu pastu baru masukkan dalam plastik 
dan bungkus elok-elok..
Boleh simpan lama, jadi tak payah la nak kena guna yang fresh, bukannya ada kat sini pun
nak tanam kat kawasan rumah saya ni takut tak hidup sebab winter lama sangatkan..
cakap pasal winter pagi ni yuki masih turun lagi..huhu


Laksa Kedah Special
source: my resipi tulip 77  terima kasih di atas resipi sedap ni..

Bahan-bahan
2 kg ikan kembung-buang ekor dan kepala (saya guna tuna dalam tin-3 tin)
2 btanag daun kantan- saya guna 1/2 batang je..jimat kekdahnya.;p
3 ikat daun kesum
3sb cili giling
10 biji cili padi- tumbuk halus
20 keping asam keping- letak 5 keping je
20 gram belacan -besar kuku ibu jari
garam

Bahan-bahan ulam
1 labu bawang besar
1 biji salad buah
1 ikat daun selum
1 batang timun
3 buji telur rebus
1 biji lemon
1 batang bunga kantan
laksa- saya guna udon

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga   menutupi ikan & rebus hingga hancur.
  1. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
  2. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
  3. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
  4. Masukkan garam & serbuk perasa.
  5. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
  6. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

Thursday, 15 March 2012

Slow roasted Portuguese chicken

Salam wbt..hari ni saya sharela ye apa ayam yang sodap tu..hari ni pun buat lagi..cukup sebulan dah makan ayam ni. ekeke..dah kadang tu ada je hari yang malas nak duduk lama kat dapurkan, tapi nak makan sedap..selalunya saya akan bakar ayam je. Kalau dulu tu selalu la tukar-tukar menu, tapi sekarang ni asyik resipi ni je..Mmeang sedap dan kena dengan tekak kami sekeluarga. Kalau korang tak tahula kan, kot tak kena takpe, bolehla cuba resipi yang lain pulak. Lagipun bahan dia simple je dan senang..hehe. Senang tu memang kenala dengan diri saya ni ha..:p Takpe, next week cuba resipi lain pulak ek..Orang dalam rumah ni memang senang nak bagi makan, asalkan ada ayam bakar, konpem habis..Resipi dari Chloe, ecece..yela, kadang-kadang nama dia Chloe, kadang Tim, kadang Roxanne..haha..nama ic saya tak tahu..terima kasih kak TTM kongsi resipi yang sodap ni ha..

 
ni gambar 2nd time saya buat..
yang 1st dulu lupo nak ambik gambar..
time ni makan dengan nasi minyak, coleslaw dan black pepper sauce..
bolehla kan* tah ape2 combination entah* anak saya suka makan dengan black pepper sauce
 
ni last week punyo..
makan dengan nasi bukhari..
napela nasi saya mesti pucat je..huh:p
saya suka beli chicken leg ni ha..senang nak masak apa-apa kan :8-)
yang ni hari ni..belum dibakar lagi time ni.
saya letak carrot, potato dan sweet potato sekali..
acik agak malas nak buat coleslaw hari ni..
cuma buat black pepper sauce je..
Slow Roasted Portugese Chicken
source: TTM
Resepi:
1.6kg seekor ayam
1 biji cili siam, cincang(aku guna 3 biji cilipadi yang tautau asal-usul)
1 sudu besar sweet paprika
3 ulas bawang putih, ketuk
2 sudu kecil garam
1/2 cawan jus lemon
2 sudu besar minyak olive
1 sudu besar daun oregano segar dicincang kasar.

Cara:
1. Panaskan oven 160C.(Aku panaskan ke 220C)
2. Basuh ayam dengan air sejuk, keringkan.  Potong ayam di sepanjang bahagian tulang belakang. Buang tulang belakang dia. Tekan dada ayam bagi ayam rata.
3. Campur dan gaulkan semua bahan dalam mangkuk.
4. Lumurkan pada seluruh bahagian ayam, sumbat bawah kulit sekali.
5. Masukkan dlm oven dan bakar kira-kira 2 jam atau(Aku bakar guna combo oven 25 minit) sehingga masak. Sapu ayam dengan lebihan bahan marinate setiap 20 minit. 

Friday, 17 February 2012

Gulai Daging Salai Nangka Muda..Rindu dengan lauk maman..

Salam wbt..dah hari Jumaatkan..sekejap je, pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Mac. Pastu tinggal lagi setahun je kami kat sini. Insya Allah..yeehaa..yeehaa.

Kalau kat Negeri Sembilan, gulai / masak lemak cili api ni kira dah jadi makanan ruji. Tak kisahla gulai ayam ko, ikan ko daging ko. Memang sodap..Lagi sodap kalau daging salai dimasak sekali dengan sayur maman. Last kami makan waktu balik bulan 1 tahun lepas. slrrrpppp..Kalau nak tahu, mak saya setiap kali dia tahu ada junior yang nak balik Malaysia dia mesti tanya, "nak mak buekkan (buatkan) tak lauk maman ni ha?" haha..saya pun cakapla, "takyah la mak, kang abih la pulak baju budak tu kono (kena) minyak santan tu.." Orang negeri sembilan kalau masak gulai ni memang guna santan kelapa yang banyak. Memang pekat..bak kata mak saya " lagi pokat, lagi sodap"..kot tak kang, dia tanya, "asal lak lauk ni cair yo?" haha..pastu nanti dia akan makan sikit je lauk tu. Lagi satu, mak saya memang nak guna santan kelapa yang fresh je. kalau santan dalam kotak atau serbuk,..nehi, nehi, tak nak, nanti tak sodap..ghaso lain yo..bestkan, arini saya cakap nogori sembilan..


disebabkan dah setahun tak makan ,
gigihla menyalai daging ni ha..
tak ponah hayat pun menyalai daging ni..
ni kira 1st experience la kot..
dulu, kat kampung ada orang lain yang boleh salaikan..

nangka muda Thailand mari..
dalam tin je pun dan murah..haha
gigih menumbuk cili api cap bangladesh yang podeh ni..
cili api ni kalau blend memang tak sodap kalau nak buek masak gulai ni..
rasa dia lain macam dan jadi terlobih podeh..
amacam...nampak sodap tak gulai tu?
^_^

inila sayur maman tu..
kalau kat area Gemencheh dan Tampin tu memang kami tak jerukkan pun sayur ni..
terus bersihkan, pastu bila kuah dah mendidih masukkan lah maman ni ha..
kalau ade daging salai/daging biasa/ayam tu letak la dulu kot..
entahla, saya tak penah masak lauk maman ni..
selalu bila balik dah siap, tak pun nanti kakak-kakak saya yang ramai tu yang masakkan..

yang ni bila dah masukkan sayur maman tu...
nampak pekat kan kuah dia..
jadi, kalau nak kuah dia boleh la ambik sikit..
selalunya kami akan masak hingga jadi macam ala-ala rendang tu ha..
makan dengan nasi paneh..sodap..
dah la podeh pastu cuaco panehla pulak kan..
memang lap poluh(peluh) yo la..haha 

gambar*curi dari anak saudara saya, terima kasih kak ngah :p *
resipi: ado ko yang nak resipi?..
sonang yo..
tumbuk cili api tu..*ikut kepedasan tekak masing-masing*
tak yah lotak bawang pun*
dah tumbuk masukkan dalam piyuk,
letak santan ikut kepekatan yang kita nak*kalau sayang jantung, jangan pokat sangat*
masukkan daging salai..
biarkan je dia masak pastu dah mendidih baru letak nangka muda
*nangka muda saya dah memang lembut, jadi kalau kat malaysia tu maybe kena rebus dulu kot*
masak sampai pokat kuah tu jadinya..
eh, betul ke cara saya ajar ni..
sorila, saya tak pandai nak mengajar orang ni..
tak pun korang google jela resipi ni..haha

Thursday, 2 February 2012

Penang Char Kuew Tiaw


Salam wbt..memang sangat suka dengan resipi ni. Rasanya tetiap minggu kami buat mula-mula dulu *bulan 9 dulu kot*..Serius, setiap minggu untuk bulan tu je..Gila melantakkan..padahal makan berdua laki bini je pun. Memang sedap guna resipi ni. Yang kat atas ni pulak tak ingat buat bila..Baru teringat nak ambik gambar. Dah masak, tak dan nak tunggu sejuk kena ambik gambar cepat-cepat..Tu sebab nampak berasap je tu..korang cubalah resipi ni..Untuk paste tu, kat sini takdo kepala udang, saya masak tu, terus letak udang sekejap, letak pati ikan bilis, angkat balik udang tu, nanti letak semula bila dah nak tutup api..kerang takdo, letak jela adik beradik kerang tu..Tak tahu nama dia ape..

sorila ye, warna pucat je..
sayur tauge dan kucai pun takdo waktu ni..
guna jela sayur apa yang adakan..

Ambik resipi dari Kak Nor. Terima kasih kak sebab kongsikan resipi yang memang sodap ni..slrrrpp. terliur lagi. Macam nak buat lagi je nanti..Ni saya kopipes je resipi dari Kak Nor, halal ye kak resipi ni.

PENANG CHAR KUEY TIAW
resipi : Che'iza
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
 * UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Thursday, 12 January 2012

Nasi Ambeng..

Salam wbt..ehem, Nasi Ambeng kesukaan kami, si jawa celup..haha. Teringat pasal gambar ni terus buat entry, takut nanti saya malas.


Makan nasi ambeng di rumah Kak As. Hari tu sebelum pergi tanya dia boleh ke buat nasi ambeng, jadi bila tuan rumah dah setuju saya pun bawakla apa yang patut dari sinikan. Kononnya nak main masak sama-sama tapi memang hari tu Afiya nak melekap je dengan saya. Dengan babah dia pun tak nak. Jadi, boleh tolong sikit-sikit jela. Apapun terima kasih Kak As sudi terima kami sebagai tetamu sekali lagi dan sudi masakkan nasi ambeng permintaan si jawa celup..Jangan lupa Yuki Matsuri datang sini pulak tau..


 lauk-lauk untuk nasi ambeng..
memang renyahkan nak buat nasi ambeng ni.
banyak sungguh lauk yang kena masak..
masak dari pukul 6.30 pukul 9 malam baru siap..
pitam kalau buat sorang-sorang ni..:p

 nasi ambeng perantauan yang sangat sedap:D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...