Pages

Showing posts with label Amni. Show all posts
Showing posts with label Amni. Show all posts

Monday, 23 April 2012

Amni, Faeiz & Faeiq # Influenza B

Salam wbt..fuhh..fuhhh..berhabuk dah blog kusam mak ni..huhu. Baru sempat nak update blog. Hampir seminggu rasanya tak update kot, nak BW apatah lagi. Memang tak nyempat sungguh. Inila kisahnya anak-anak di rumah ni. Bila seorang yang demam, mesti yang lain pun bejangkit jugak:(

Mulanya Faeiq yang demam dulu hari isnin lepas. Waktu tu demam biasa je, tapi half day kat sekolah sensei dah suruh bawak balik. Angkutla semua sekali balik rumahkan. Lepas tu hari rabu macam dah kebah, Amni pulak demam. Memang anak-anak ni kalau salah seorang yang demam, semua takkan pergi sekolah. Hari khamis dah dua beradik ni nampak dah sihat macam biasa, so pagi jumaat tu hantar ke sekolah macam biasa. Tak sampai 1/2 jam kat sekolah, sensei dah call babah diorang kata yang Amni dan Faeiq demam lagi. Ambik bawak balik rumah, bentou pun masih panas lagila time tu:p..Lepas tu pergi jumpa doktor sekali lagi, Amni yang diambil sample mukus tu *dia kan tak tahan sakit, nangis beria-ia dia:p* rupanya infected with influenza B. So, bila ada yang infected dengan virus ni, Faeiq pun di diagnosed sekalila dengan inluenza B..Hari tu doktor nasihatkan tolong pantau keadaan anak-anak ni. Jangan biarkan melarat sebab takut infection kat otak pulak..Sangat menakutkan bila doktor cakap macam tu. * doktor tu siap cerita lagi ada kes yang sampai nak terjun dari tingkap sebabkan otak dia dah dijangkiti oleh virus ni*

Pagi ni pulak turn Faeiz yang demam, pagi-pagi lagi babah dah bawak ke klinik. Terus doktor bagi ubat tanpa ambik sample mukus pun. Amni dan Faeiq alhamdulillah dah sihat semula. Sekarang ni kena tengok-tengokkan Faeiz jela. Harap-harap Afiya tak kena pulak. huhu. Kalau kat rumah ni Amni je yang berdisiplin pakai mask, twin tu susah sungguh nak suruh pakai. Dah pakai sekejap, lepas tu dia putuskan la tali kat tepi tu..haisshh.

Oklah.asalnya nak update pendek je, tapi terpanjang pulop..Insya Allah, bila anak-anak dah sihat macam biasa dan mama dia pun dah bersemangat nak berblog saya update lagi ye..:D

Wednesday, 21 March 2012

MamyPoko..MamyPoko..kami suka MamyPoko..;p

Salam wbt..*This is not an advertorial or paid post*..eceh, kena terangkan dulu, kang ada orang ingat saya dibayar pulak bila cerita pasal mamypoko ni ha. Entri ni lebih kepada nak cerita pengalaman kami dengan diapers anak-anak sepanjang mereka membesar ni. 
 
Umum ramai yang tahu Amni dan twins beza hanya setahun je. Jadi, sewaktu kami kat Malaysia sebelum datang sini lagi, memang guna diapers tu banyakkkkkkkkkkkkkk sangat. Seriusly, sangat banyak. Sebulan tu memang spend duit untuk diapers je dah lebih dari duit makan kami sebulan. Bayangkan, Amni baru setahun lebih dan twins pulak baru lahirkan, memang beli diapers tu dah jadi macam apa dah. Saya ingat lagi, twins baru lahir, satu hari je dah guna berpuluh kot. Newborn kan selalu poo poo, jadi, tersangat banyak diapers yang diguna. Nak guna nappy liner, saya macam tak yakin je..haha..last-last, walaupun sikit je hasil buangan diorang tu tetapla saya tukar.  Tak salah saya waktu tu cloth diapers macam baru lagi kat Malaysia dan bila benda baru ni harga memang mahal lagi kalau nak dibandingkan dengan harga sekarang ni.. Nak guna napkin saya tak cukup rajin waktu tu. Sanggup ke nak basuh banyak-banyak..hehe, nak masak pun kadang-kadang tak sempat tau waktu tu. Ikan goreng dan sambal belacan pun  beli..sapa yang ada anak kembar tahu la kot macam mana kesibukkannnya, ke saya sorang je yang pemalas sibuk macam tu.huhu..:p


Dulu, kami kalau buat weekly shopping kalau nampak ade diapers murah je mesti kena beli..Yang bagusnya twins ni jenis kulit yang tahan lasak sikit. Tak kisah brand apa pun kami pakaikan je. Kalau Amni tak boleh. Jangan sebarangan beli diapers untuk dia. Kalau tak sesuai, nanti habisla merah-merah naik ruam. Segala jenis brand kami beli kecuali MamyPoko. Mahal kot nak beli, pastu nak guna untuk 3 orang pulak tu..Kayap babah jadinya nanti..So, memang kat sana tak pernah gunala MamyPoko.


Bila duduk kat sini, MamyPoko lah pilihan kami. Sebabnya tersangatla murah. Mungkin kami beli di negara MamyPoko 'dilahirkan'. Rasanya MamyPoko kot yang paling murah kat sini kalau nak dibandingkan dengan brand lain dan ramai jugak kawan-kawan kat Nihon ni pun guna MamyPoko jenis ni. Mungkin ada la yang guna brand lain, ikut pilihan masing-masingla kot. Kalau tengok gambar kat atas tu, size BIG (XL) ada 48 pieces + 4 pieces cuma 1180 yen. Cuba convert ke RM berapa..ada yang satu jenis pack lagi, dalam dia adala 36 pieces, yang tu kadang-kadang boleh dapat dalam 798 yen je. murahkan. Lepas tu kat sini dari mula memang beli jenis MamyPoko Easy Fit Pants. Sangat memudahkan kerja kami ibu bapa yang agak pemalas rajin ni..;p Easy fit pants sangat sesuai untuk anak-anak kami yang tersangatla aktif ni. Bila tengok diorang duk berlari-lari sana sini pun tak yah risau kot-kot diapers tu terlondeh ke..Sebabnya easy fit dengan pinggang dan punggung diorang. Lagi satu tak yah risau takut terbocor ke sebabnya kat tepi tu memang dibuat double leak guard. Tapi, kot nampak dah penuh tu, tukarla ye, jangan dibiar anak tu pakai lagi, dah tentu nanti bocor. Tak pasal-pasal dari takde kerja jadi kerja pulak kan..Easy fit pants ni pun sangat senang kalau nak ditanggalkan, kita cuma koyakkan je bahagian tepi tu dan gulung pastu gunakanlah sellotape yang memang sedia ada kat situ dan buang. Senangkan. Kalau malam-malam nak bangun tukar diapers anak sambil lelap mata pun boleh buat..haha..dasar pemalas perajin..;p
kalau tengok gambarajah di atas ni, 
dalam satu pack tu adala 5 jenis diapers corak yang berlainan..
yang ni kami dapat mickey mouse..kadang-kadang adala chipmunks ke..macam-macamla..
selalunya kalau twins ni suka memilih sikit especially Faeiz. 
Tak nak yang tu, nak pakai yang ni..suka hatila nak, asalkan pakai..
nampak sellotape tu, ha yang tu bila dah koyakkan tepi diaper tu, 
kita gulungkan dan sellotape je.
senangkan takdela bersepah-sepah ke nanti..

Sekarang ni kalau kat sekolah twins ni dah diaper free. Jadi, penggunaan diapers tu dah berkurangan. Sehari tu kalau bekalkan setiap seorang 3 pieces pun, selalunya nanti bila bawak balik used diapers tu adala dalam 3 pieces je kot. Kat sini, used diapers harus parents bawak balik. Setiap pagi kena bekalkan plastik untuk sensei letakkan used diapers tu nanti. Kalau sebelum ni setiap hari kami akan bekalkan seorang dalam 6 pieces diapers. Habis tau. Kalau seminggu sekolah, kami bekalkan dalam 60 pieces. Pitam waktu tu nak bekalkan diapers untuk sensei ni ha. Sensei ni akan tukarkan diapers diorang dalam 2-3 jam sekali, jadi kalau ambik petang tu memang habisla. Kalau ada sale, babah diorang ni belila banyak-banyak. Kalau ada jenis jual sekotak terus, beli sampai 3 kotak sekali. Dapatla jimat dalam 2 minggu. Nasib baik Amni cuma pakai diapers waktu malam je..
 kalau ada yang dalam kotak macam ni selalunya dijual murah..
dalam 1480 yen kot..entahla tak ingatla, lebih kurang macam tu la.
ada 3 pack dalam tu, setiap pack ada 26 pieces.

  yang ni pulak untuk budak tomei sorang lagi..
lepas lahir kami pakaikan brand pampers, sebab mamypoko takde yang untuk newborn..
dah masuk 3 bulan tukar yang ni pulak..
absorbency sangat bagus..
Afiya ni masih pakai saiz S lagi..haha..
serius sangat kecik dia ni. takpe, jimatkan..
dulu-dulu, waktu pregnantkan dia, berazamla jugak nak guna cloth diapers kat sini.
kat sini cloth diapers sangat murah..
tapi, bila memikirkan winter season yang lama kat sini, lepas tu nak membasuh dan mengeringkan tu agak membuatkan saya menolak idea tu..
mana ada dryer wei kat rumah ni, kalau ada nak jugakla guna.
nanti kalau jemur dalam rumah mengharapkan heater je,
saya takut macam tak kering sangatla pulakkan

Okla..itu saja cerita hari ni..cerita pasal diapers anak-anak je pun. Nanti tahun depan, back for good nak bawak berkotak-kotak daipers ni. Boleh buat stok untuk Afiya pulak..haha..kat Malaysia mahalkan diapers. Ingat kami balik tahun lepas dan sebelum-sebelum tu la, nangis tengok harga diapers kat Malaysia, brand yang biasa-biasa je pun dah mencekik darah..:(

Saturday, 10 March 2012

Bowling..

Salam wbt..boring ni, tak tahu nak buat apo, anak tido la pulak tu..Melayan Afiya sorang ni je ha..


Letakla gambar diorang ni main bowling. Dah lama dah, waktu fuyu yasumi (winter holiday) dulu. Bulan Januari macam tu la kot. Waktu tu babah tak tahu nak bawak anak-anak pegi mana dah, jadi bawakla pergi main bowling ni. 1st experienced jugakla kat budak kembar ni. Amni dulu selalu jugak ikut babah kalau babah pergi main bowling dengan adik-adik kat sini..

terasa kepoyoan bila ambil gambar macam ni..hehe
mama sorang je yang tak main..kena jaga Afiya yang tido time ni
 Faeiz baru nak belajar pegang bola macam mana..
bila baling, sangat la perlahan..berjanggut tunggu bola tu nak sampai ke hujung..
yeayyy..dapat jatuhkan 6/7 pins tu..tak ingat sangat dah..
Faeiq..okla balingan dia..agak gagah di situ..hehe (takdo la pulak gambar dia)..
 Amni's turn pulak..
kakak agak terel jugak, banyakla pins yang dapat dijatuhkan..
 dah boring, duduk ngan mama pulak..
tak tahu apa yang diorang borakkan..
 ini jela keje faeiq ni..
duduk kat tepi tu sambil tengok bola tu naik, pastu semua bola nak cuba angkat..
haishhh..:p
time ni babah dah ponek, Amni main sorang -sorang..
lepas tu kan, bila anak-anak dah tak nak main, pitam babah nak abihkan semua games tu ..
dah la package tu sorang akan dapat 2 games..kesian babah kena baling tanpa henti..haha.

Tuesday, 6 March 2012

Happy 5th Birthday, Amni!

Salam wbt.. Semalam birthday 'pwincess' kat rumah ni. Alhamdulillah, 5 tahun dah dia ni. Semoga Amni menjadi anak yang solehah, sentiasa menjadi penyejuk mata buat kami dan dipelihara dalam kesejahteraan serta kehidupan yang penuh keberkatan dan kesyukuran.


Jom tengok gambar anak dara sorang ni..;p
waktu ni 7 bulan rasanya..
sangat bambam..pipi labuh sungguh..:)
tahun lepas: summer
ni kat Rose Garden..
kadang-kadang suka ikat rambaut, kadang-kadang suka biar lepas..
babah naik rimas dengan rambut dia..hehe
tahun lepas:autumn
time ni kalau posing mesti suka buat kaki macam tu..
babah penim tengok anak dara dia posing gaya macam ni..haha
strawberry shortcake..
hari tu mintak kek ni, so mama buatkan lah..
*kadang2 mintak princess cake tu tapi bila mama kata mama tak pandai buat, 
dia diam je..huhu*

birthday pwincess..:)
last but not least..
tetiba semalam babah belikan mama bunga..awww, sangat tersentuh hati ni dibuatnya..:)
ok, cuba teka bunga apakah ini?..


Actually, last week*hari khamis*, bila balik sekolah dia kata "nanti sensei nak buat tanjoukai*birthday party*. Amni punya birthday, mama"..Mama dan babah pun tanyala bila, dia kata tak tahu..Tup-tup hari jumaat bila balik sekolah dia kata, "hari ni birthday Amni. Sensei bagi Amni hadiah"..mama dia pun cakapla birthday Amni bukan hari ni, birthday Amni hari isnin nanti. Tak puas hati dengan jawapan mama terus je dia nangis..huhu..lepas tu terus la dia macam moody je, tak puas hati dengan adik ,nangis..kena marah sikit, nangis..terus mama dia terfikir, mesti dia keciwa sebab dia expect bila balik dari sekolah mesti ada kek untuk dia, tapi tengok takdo la pulak. tu yang rasanya dia sedih sangat kot..Mama pun tak tahu yang sensei nak buat tanjoukai hari jumaat tu, kalau tak boleh jugak buatkan kek untuk dia petang tu..Pastu semalam bila dah bukak baju semua, tunjukkanlah kek dia..wah, senyum lebar sungguh. Amni..amni..:))



Thursday, 16 February 2012

Empat Ef..

Salam wbt..hari ni layan gambar anak-anak je sebab mama malas nak mengarang cerita..haha..Takdela malas pun cuma hari ni kena pergi hospital lagi, Afiya ada check up, so, kena la masak cepat-cepat dan buat apa yang patut..

Master chefs in the house.;p
twins ni kalau mama sibuk buat kuih ke, kek ke mesti nak menolong jugak..
time ni nak buat karipap, dah malam kot dalam pukul 8 macam tu..
tak sanggup buat kat dapur saya buat je dalam bilik..
sebabnya dapur tu sejuk, kalau on heater pun tetap tak boleh lawan kesejukan dapur tu..
pastu saya penakut sikit nak duduk dapur sorang-sorang..huhu

ni pun sibuk tolong mama buat kek jugak rasanya..
haha, Amni yang berat melebihi 13 kg still nak duduk dalam stroller tu..


Afiya dah boleh merangkak sikit-sikit..
gambar kiri tu kat dapur.
duk masuk bawah meja nak ambik tin biskut Hwa Tai yang dah kosong..
saya rasa cepatla jugak dia belajar merangkak, belum masuk 7bulan dah boleh..
mungkin anak korang lagi cepatkan
tapi bagi saya Afiya masih cepat kalau nak dibandingkan dengan anak yang lain..


gambar tahun 2010..
Amni yang ayu berbaju kurung dan bertudung..
Faeiz yang hensem..ekeke..
Faeiq yang macho..ekeke jugak..
alala Amni..kawaii
*matikla perasan, haha..tapi dah anak sendirikan sapa lagi nak puji*
eh, kopiah twins tu sampai sekarang masih muat lagi..
bagusla kopiah tu..ke kepala twins yang tak membesar?@_@


gambar sebelum Afiya discharge dari NICU..
baju hijau tula paed Afiya..Sono Sensei..

::Ok dah..babai. Petang baru free kot::

Thursday, 19 January 2012

Ganasnya budak-budak zaman sekarang..

Salam wbt..ehem..ni luahan hati emak yang takut bila nak sekolahkan anak dia nanti. Tadi baru baca blog kak Fillanie *sila google sendiri..haha*. kisah anak dia Kasih yang baru masuk tahun satu, yang kena tumbuk dan lempang..uwaaa..sangat takut okay.:( Kena tumbuk di mulut dan kena lempang kat pipi dan yang buat tu adalah budak perempuan..Mak ai, memang ganas ke budak sekarang ni, perempuan kan..Rasa macam tak masuk akal je budak perempuan boleh buat macam tu. Baru tahun satu tu..Belum lagi masuk kisah pow mengepow..kisah buli la..sangat takut..


Amni ni yang saya paling risau. Dia memang seorang yang lemah lembut dan kuat nangis..haha. Serius kalau dia tengok twins tu gaduh ke dia dah cuak sambil tolong leraikan. Tak pun kalau dia tengok salah seorang yang kena debik beria dia menjerit kat mama atau babah dia mintak tolong..Tak boleh kena marah sikit, mesti tarik muka sedih. Kalau marah lagi teruk, nangis..Macam mana nak sekolah kat Malaysia nanti ni? Saya dah banyak kali pesan dengan dia, sensei kat Malysia nanti tak sama tau dengan sensei kat sini. Kat sini Amni boleh manja-manja dengan sensei, kat Malaysia nanti tak dapekla. Kawan kat sini jugak semuanya jenis yang lemah lembut, jarangla nak jumpa yang terkejal..hehe. Sangat risau macam mana nanti dia nak bersekolah. Balik nanti dia dah 6 tahun, sempatla kot masuk kindy. Harap-harap waktu tu dia dah dapat biasakan diri dengan suasana persekolahan kat Malaysia. Amni kena kuat tau..Semua ni lah nanti yang dapat mematangkan dan mengenalkan Amni dengan alam remaja dan jugak untuk menempuh kehidupan di dunia ni.

Sebelum ni ada gak terbaca kisah anak kawan kami bila balik Malaysia hari tu dia dah masuk tahun tiga. Lelaki. Mula-mula sekolah tu, setiap hari bila balik sekolah je mesti nangis. Mengadu sekolah kat sana sangat susah. Cikgu garang-garang. Kawan semua ganas-ganas dan dia agak susah nak jumpa kawan yang sekepala dengan dia. Bila naik van berebut-rebut pun balik nangis mengadu dengan emak dia sebab kena tolak *kat sini semua benda beratur, kalau nak pergi toilet pun beratur* Kawan ejek nama dia pun dia tak tahan. Macam-macamla pengalaman dia mula-mula bersekolah tu, sebab kawan yang kat Jepun dia kata lagi best dan kawan kat Malaysia tak berapa sangat. Sekarang dah ok sikit mungkin dah dapat biasakan diri.

Eh, ni nak cerita apa sebenarnya nih?haha..dah lupa, terkeluar dari landasan la pulak. Nak cerita pasal budak-budak zaman sekarang tapi terbuat cerita perbezaan sekolah Jepun dengan sekolah Malaysia pulak..Apapun, yang pasti kita kena didik anak kita supaya dapat menjadi yang terbaik dan hormati orang lain. *tetiba terfikir twins..haha, yang berdua ni tak makan saman la pulak.haisshh*

Jom sama-sama kita baca yang Ustaz Zaharuddin ni tulis. Mungkin ada yang dah baca, tapi takpe, kongsi jelah. Untuk saya jugak ni..sila klik kat tajuk tu ye..
Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

Tuesday, 17 January 2012

Seikatsu Happyoukai 2011

Salam wbt..cerita akhir tahun lepas, terlepas pandang sebenarnya. haha, sebenarnya banyak lagi event tahun lepas yang saya tak post lagi..asyik bertangguh, lama-lama terlupa. haisshh..:p 
Persembahan ini memang diadakan setiap hujung tahun bagi kebanyakkan kindergarten di sini. Seperti yang kita jangkakan  memang persembahan dari anak-anak kecik ni memang cukup menghiburkan dan sangat menarik untuk ditonton. Bayangkan kanak-kanak seawal 2 tahun dah boleh perform di atas stage. Memang mereka ni dah di ajar dari kecil to overcome stage fright..Baguskan tapi anak kami twins tu memang pemalu sungguh..haha. Sampai tak terkeluar suara diorang.
pic from left to right:
 Amni yang tengah beratur untuk ke toilet
obaachan (nenek) yang datang untuk tengok cucu ;p
Faeiz dan Faeiq main tambourine:)

nyanyi time..semua nyanyi sama-sama
Amni menyanyi sepenuh hati
kawan Amni..kawaii kitty chan
alala..nangis..waktu ni umur 2 tahun yang tengah perform..
yang tengah menangis tu memang sebelum naik stage dah nangis..
bad mood kot pagi tuh ;p
yang bawah tu umur 5 tahun..sangat pandai berlakon.

 hahaha..anak sapala nih..
waktu ni twins kena cakap "belum belum..perut masih lapar"
tapikan suara diorang tak terkeluar, nampak sangat anak melayu nervous..
diorang berlakon jadi orenji (orange)
bawah tu pulak Faeiq jadi suika (watermelon)
Faeiz jadi cupcake 
 
Amni berlakon jadi kumo (awan)..
cerita ni berkisah sapa yang paling kuat..
bila diorang tanya adakah awan yang paling kuat
awan akan jawab bukan, kami tak kuat sebab bila angin tiup kami,
kami digerakkan ke tempat lain pulak..
berterusan meneka sampai ke matahari..habis..haha

penutup..lagu Anpanman..
ada Magician..

 sangat suka dengan sensei  kat Jepun ni..
ops bukan sensei je, rasanya semua orang
mereka ni tersangat kreatif..
baju yang diorang pakai ni semua sensei buat dari plastik sampah je..
cantikkan, boleh buat dress, topi dan macam-macam lagi..
kalau flower yang dekat dress tu pulak dibuat dari tisu..
Amni sangat suka dengan dress tu
bila bawak balik siap pakai lagi, sampaikan nak tido pun still taknak bukak..
tapi macam biasa, mama dengki suruh dia bukak jugak...kahkah


Wednesday, 7 December 2011

All about Amni..

Salam wbt..Alhamdulillah, selamat sampai ke Morioka pukul 3.15 pagi tadi. Perjalanan yang sangat jauh sampaikan dekat 5 kali Mr K berhenti tido. Sangat penat, tapi lepas anak-anak ke sekolah tadi "terminum" coffee lepas tu dah tak boleh tido..uwaaa. menyesal minum. Jealous dengar Afiya berdengkur. haha.

Dah lama tak letak gambar our first love ni.. Membesar bagai johan sekarang ni. Alhamdulillah, sihat dan berdoa semoga sentiasa di berikan kesihatan yang baik sepanjang hidupnya.

 Masih lagi suka makan telur, nasi dan kicap sahaja. 
Kalau dah 2 atau 3 hari tak dapat, dia akan cakap, 
"mama, Amni dah lama tak makan nasi, telur dan kicap"

 sangat petah bercakap walaupun kadang-kadang pelat..
bamun=bangun
tenuk=tengok
cakap bahasa melayu kadang-kadang ade slang macam omputeh..hehe
contoh, bila suruh dia baca ayat ini,
"hari ini 2 hari bulan. hari ini hari jadi Amin"

 
 kadang-kadang ada hari dan masa dia jadi macam budak-budak yang lain.
kuat merajuk..ada masa tak nak dengar cakap..
ada masa akan buatkan mama dan babah jadi geram dengan dia..

 sangat suka menyanyi..
lagu tema anpanman..dan segala lagu dalam cerita tu..
lagu tema Little Einstein, Dora, Ducktales, My Little Pony..bla..bla..bla
setakat ni baru boleh meghafal 5 surah dari surah-surah lazim..
kadang-kadang ayat jadi tunggang balik disebabkan kealpaan mama dan babah..
*tak konsisten mengajar sebelum tido..*
anak-anak belum tido lagi, kami dah tertido dulu..haha
*mungkin ade dari kita anak-anak mereka dah hafal semua surah Lazim*

bila tanya nanti Amni dah besar nak jadi apa,
"Amni nak jadi princess"..
sobs!
 tak tahu sampai bila dia akan suka posing macam ni setiap kali camera dihalakan ke mukanya;p

 Amni sayang babah..
tetiap malam nak tido kena pegang tangan babah..
*kadang-kadang buat mama jadi jealous*





Wednesday, 21 September 2011

Sebulan sudah..

Dah cukup sebulan tak update blog..muahaha..syabas betei..

Ok..berjaya jugak mengupdate blog dan blogwalking tanpa meninggalkan sebarang jejak..syabas sekali lagi..

bye2..nanti2 update lagi hokeh..

p/s:sekarang ni memang super duper busy dengan anak2 cinonet kat umah ni..kadang2 tak cukup nafas nak menjaga sume uolls *tetiba nak guna uolls la pulak*. so, kalau dapat mandi dengan melebihi 15 minit tu memang dah cukup heaven bagi saya..haha.

Wednesday, 10 August 2011

Tiga Ef..

Salam wbt..tak tau nak cite ape tapi rasa nak buat sesuatu kat blog nih. Penat tapi takleh tido sebab Mr K dan Cik Muna ke surau. Anak2 yang besar ni domam la pulak, kang kalau saya tido kang, takut tak sedar langsung lakkan..Buatnye diorang nangis ke, demam panas sangat ke..Kang sapa yang susah, saya dan suami gak..

Rindu dengan budak bertiga ni. Sebelum ni, sejak ada Afiya agak kurang jugakla masa bersama dengan diorang. Tapikan, bila diorang demam ni, Afiya macam baik2 je. Asyik tido seolah-olah bagi peluang kat saya tuk menjaga abang2 dan kakak dia. Suka2..Saya jaga diorang waktu siang sampai babah diorang balik terawih. Dah habis terawih sampai ke pagi pulak tukar shift dengan Mr K..tak larat mak nak jaga tengah2 malam..pitamss..

ni gambar waktu tengok tulip dulu..
haha, gila lama peram..
sib baik tak boleh basikan.

suka tengok diorang waktu ni..
tengah main kejar2 dengan babah diorang..

tetiba Faeiq jadi macam retis boliwud la pulak.
siap peluk pokok tuh..
rasanya kami ni bukan peminat cite boliwud pun.
retis boliwud pun kami tak kenal..
haha..ok tipu..kami kenal sapa itu SRK.
itu jela kot..adela sorang dua lagi agaknya..

Faeiz..
agak meragam dan agak naughty jugak akhir2 nih..
ermmm..:(

main nyorok2 dengan babah pulak.

Faeiz yang kena dulu..
muka tercengang pasal tak tahu main sebenarnya..haha

bila turn babah yang menyorok
bole la pulak budak bertiga ni tak jumpa babah
padahal babah dengan pokok tu sama saiz je rasanya..haha
ampun bi..hik3

p/s: suka dengan bau anak2 ni..kadang2 agak obses dengan bau diorang, sedap tau..haha..setiap orang tu bau diorang lain2. cuma kalau diorang bau balik sekolah tu, saya tak suka bau tuh..bukan sebab busuk or bau peluh ke ape tau, tapi ada macam bau lainla..saya tak suka..oklah, dah macam saya sorang je ada anakkan..hehe

Monday, 7 March 2011

Makan-makan bersama Amni

Alhamdulillah, hari sabtu yang lepas (5.3.2011), Amni selamat menyambut hari kelahiran Amni yang ke 4..Jadi, malam tu, mama dan babah buat majlis makan-makan untuk kawan-kawan Amni..sekarang ni Amni dah ade ramai kawan kat sini tau..Terima kasih mama dan babah yang bersungguh-sungguh menjayakan majlis ini..tak lupa juga buat adik Faeiz dan Faeiq yang memberi kerjasama dan sokongan pada malam tu..kat bawah ni, ade sedikit gambar kenangan sempena majlis pada malam tu..

Amni turns 4

yang ni pulak Mr Clown..babah Amni yang tiup semua belon ni tau..:)

yang ni pulak kawan babah dari Egypt..
from left: uncle Mahmoud, uncle Abdullah

aunts from Egypt..black shawl auntie Dahlia yang sebelah tu mama tak ingat nama
auntie Lisa tiada dalam gambar

uncle Ijo, Iman , Ilmi dan kami adik beradik..

chocolate cake dan red velvet cupcakes..
semua ni mama buat..terima kasih mama..
yummy..yummy

masa tuk potong cake..
campur kami 3 beradik, ade 9 orang kanak-kanak riang malam tu
memang seronok..

masakan yang mama masak..
nasi lemak dan aksesori, sambal sotong, sotong goreng tepung..

sambal sotong mama..

sotong goreng tepung babah...

bihun pun ada jugak

popia..
popia mama memang sedap..
oishii!

donut..yummy!
tiada dalam gambar puding cocktail dan buah-buahan..

hadiah tuk Amni..
banyaknya Amni dapat baju malam tu..:D

ni pulak kakak Ema yang bagi..
adik Faeiz dan Faeiq pun dapat jugak..
terima kasih semua..

Amni sayang mama dan babah..:D

p/s:terima kasih mama sebab sudi tolong ceritakan majlis Amni kat dalam blog mama ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...