Pages

Monday, 14 November 2011

Hotate yang sangat murah..satu kotak hanya 1 yen sahaja..

Salam wbt..update laju- laju..Mari- mari makan hotate (scallops) yang sangat murah..Satu kotak hanya 1 yen sahaja. Dalam sekotak tu adela dalam 40 ekor kot..Beli online *auction* dan dapatla 1 kotak dengan harga 1 yen..Beli 2 kotak hanya 2 yen tapi shipping sekotak jadi 2000 yen..haha.. memang bila fikir shipping tu tak berbaloi tapi disebabkan dalam sekotak tu banyak kira puas hati sangat2 la kan.:)) Selalunya kalau kat supa seekor hotate lebih kurang dalam 80-100 yen..Jadi yang ni memang amat berbaloi-baloi..nyum nyum..

Yang ni kisah hari sabtu lepas..Berbbq di tepi dam (empangan) di bawah pokok2 yang sudah togel..Hotate memang banyak kat sini. Nak2 bila sampai musim dia memang kenyang la makan hotate nih..Bukan saya beli pun, ni adik undergrad yang beli..terima kasih adik Bigu..Kami sayang awak..dan dan time ni sayang belako..haha.

 inila hotate sebelum di bakar..besaq kan..memang puas uols makan nih.

ini yang sedang dibakar..besaqkan isi die..sampaikan sendawa pun bau hotate.
sosej buat hanak2..
gambar tak bape lawo sangat..ambik guna henpon cap buah je pun..
haha...dia ni tolak batu dan kayu je..sume benda die makan..
eh eh, dia tak makan rebung..
yang baju biru tula tauke hotate..

see..pokok2 sume dah botakkan..
tepi tula dam..kalau jatuh dari bukit tu memang sangat mengerikan..
*2 gambars di atas credit to fahim kun*

 
afiya pulak time ni die memang meragam
dah empat bulan kan die, tak pernah die nangis seteruk waktu nih..
nangis tu macam sakit sangat..
waktu tu saya dah cuak dah..
tengok gak kat badan2 die kot2 ade ulat gigit ke..tapi takde pulak..
jadi, kami laki bini speku kemungkinan dia ada ternampak sesuatu..
sebab bila balik rumah je, terus dia elok.
tak nangis pun..haisshh.

psstt..alhamdulillah..satu hari satu malam berjaya tanpa babah diorang di rumah..
another 4days and 4 nights to go..
harap2 bila babah diorang balik mama ni tak bertukar jadi zombie atau hantu kak limah la..huhu..

Thursday, 10 November 2011

Mr Kamil dan Red Velvet Cake

Salam wbt..Hari ni kan birthday suami saya..haha.cukup mengada..Ok, hari ni birthday Mr K yang ke .....jeng..jeng..jeng..jeng..jengggggg...30 tahun. Dah tua tau..Selamat Hari lahir buat awak. Semoga segala cita-cita dan impian akan tercapai dan terlaksana. Semoga dipermudahkan segalanya demi mencapai apa yang diimpikan. Semoga sentiasa berada di dalam rahmatNya dan lindunganNya. Semoga awak sentiasa menyayangi kita dan anak2..*tak tahu nak tulis apa, rasanya dia (Mr K) lebih tahu apa yang saya rasa.*

Lebiu..hikhik..Sayang awak..*lari sambil tutup muka...bukkk..terlanggar pintu bilik*

takde gambar terbaru..apatah lagi gambar berdua..
dia bukan seorang yang suka bergambar tak macam bini dia..

Saya bukan seorang yang romantik. Sebenarnya kami berdua bukan couple yang romantik. Sesapa yang kenal kami mungkin tahu perangai gila2 kami berdua ni..haha..So, sesapa lepas ni kalau jumpa kami jangan terperanjat tau kalau tengok perangai kami berdua ni..Memang tak romantik langsung, sila jangan pengsan kalau kami buat lawak atau kena mengenakan antara satu sama lain..

Kelmarin saya kata dengan dia, lusa birthday awak..hehe..awak dah masuk 30..
pastu dia jawab: oh, ye ke.ishh,dah tua dah kita ye.dah masuk 30 tahun dah..tapi, takpe yang penting kita lagi muda dari awak..*cittt, nyampah tau..*
Actually, saya tua 10 bulan dari dia..Saya lahir bulan Jan, 11 Jan..Dia pulak 10 Nov..memang jauh jarak bulan tu tapi masih tahun yang sama.. Tapi, dia sangat berbangga yang dia lebih muda dari saya tau..Nyampah lagi..haha..Takpe2, walaupun umur dia muda tapi muka saya tetap nampak muda..Umur tak penting, yang penting muka kena nampak muda..Ala2 baby face gitu..yeke? perasan tul baby face..kertu face adela..muahaha..


Memandangkan hari ni dia super duper busy, semalam saya dah buatkan dia kek. Memang dia tak mintak( dia tak suka makan kek), tapi sajela nak menghargai diakan. Lagipun bagi anak2 suka sikit. Terutama Amni asyik tanya bila mama nak buat birthday cake..Dia asyik ingat birthday tu bole sambut 4 or 5 kali setahun..So, semalam buat la Red Velvet Cake tu..Gigihla dari pagi buat, ingatkan nak buat suprise la tuk Mr K, tak sempat nak sorokkan dia dah balik. Hancur plan nak buat suprise..Paham2 jela, ade anak kecik, memang takleh buat keje sangat.

takdela secantik mana deco2 saya nih..
tangan kejung satu hal..
pastu saya bila cream cheese frosting  ni mesti bermasalah nak sapu kat atas kek tuh..
tak suka tau..
lagi suka buat ganache je..
resipi dari sini, pasni nak cuba resipi lain pulak..
pagi ni dah tinggal sikit je sebab saya dah bagi 1/2 dari kek ni kat orang lain..
malas simpan kat umah nanti saya jugak yang kena makan..
target nak turunkan berat bawah 50kg sebelum hujung tahun..
insya Allah kena kuat sikit tuk lawan nafsu makan kan..kan..kan..


Wednesday, 9 November 2011

Rangkuman cerita masak2..

 Pengat/bubur makaroni
1st time saya makan dan jumpa pengat ni. Makan di rumah Kak Su (ex jiran Umie Saitama). Memang sedap plus jakun..haha. Selalunya makaroni ni kalau berkuah pun sebab buat sup makaroni kan, ni dibuat jadi pengat memang lain dari yang lain..Tak tahulah kalau korang sume pernah makan, mungkin la dah biasa, tapi kami berdua memang agak jakun dan terus suka dengan resipi macam ni. Minggu lepas buat la, sib baik jadi..hehe.
Nak buat die senang sangat.. Ni resipi campak2 je tau, takde nak sukat bagai. Ikut citarasa masing2 dan bilangan yang makan..Rebus makaroni dulu, dah empuk angkat dan toskan..Pastu buatla bubur/pengat die..masukkan santan sesuka rasa, gula dan daun pandan..kalau nak letak sagu pun boleh..Dah mendidih bolela masukkan makaroni tuh..Makan time panas2 memang sedap..
Kak Su kata, waktu dia kekecik dulu, orang kampung die memang selalu buat pengat nih..kira macam makanan tradisi la..Pastu bila dia dah keluar dari kampung dia, bila nampak makaroni goreng, dia agak pelikla jugak..Tak sangka yang makaroni tu bole dibuat makaroni goreng..haha..kelakar la pulak bila dengar cerita tu, yela kalau saya macam pelik dibuat pengat yang dia pelik bila digoreng..Oh, kak Su tu orang Miri Sarawak (kalau tak salah saya la..kot salah ampun kak Su)

 Mee Sup Daging

DSC_1770
Chicken Pie..
ni dah lama buat..
sebelum bersalin..


 Roti Tuna Sandwich
ni pun dah lama buat..lama sungguh sebelum Afiya lahir lagi..
resipi ni dari CMG tapi saya jumpa kat rumah Kak Ummi..
sedap sangat sampai kalau buat tu dah naik hafal bahan2 die..
tapi sekarang dah malas nak buat..haha..

ROTI TUNA SANDWICH
source: Kak Ummi. HomeSweetHome.
BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)

  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (akak guna Tuna Mild)
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan (*akak x tabur pun lada hitam, just masukkan dlm tuna jek)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

Tuesday, 8 November 2011

BCG Vaksin (18 puncture marks)..

Salam wbt..salam adiladha buat semua..nak update cepat cepat nih, sebelum saya malas nak update..hehe.Sekarang ni memang malas nak update sebab..sebab..takpela, biarla saya dan Mr K je yang tau sebabnya..haha. rasa nak lempang je kan..

korang hado punture marks sebegini rupe? haha..
bila tengok lelama cun gak dot..dot nih.

Arini nak kecoh cerita pasal BCG Afiya nih..Pagi tadi BCG marks dia dah timbul..yeayy.sebenarnya mama die dah terlupa pasal BCG nih, pastu bila mandikan pagi tadi baru perasan ade tanda dot..dot..Actually bulan lepas bawakla pi ke hospital tuk dapatkan BCG shot die..Mak ai, terperanjat mama dia tengok jarum BCG tu..terus kecut vontot perut mama dia..Selalunya dolu2 dari Amni hinggala ke twin, setiap kali diorang nak amik imunisasi kat klinik, mesti Mr K yang tolong pegangkan sebab mama die kan penakut.. Tapi, sejak duk sini, saya kena buat sendirila. Kadang2 Mr K sibuk tak dapat nak teman pi hospital kan, tu yang kena uruskan sendri tuh..

Sebenarnya tuk BCG vaksin di Jepun, bayi2 ni akan di beri suntikan BCG tu pada umur 3-4 bulan selepas kelahiran. Berbezakan dengan Malaysia, BCG tu diberi selepas sehari lahir bersama dengan vaksin Hep B..Untuk jarum BCG di sini memang sangat pelik tau.Tak macam jarum biasa tuh..ada 9 jarum dan doktor akan cucuk pada dua tempat..Jadi 2x9 = 18 punture marks..haha..

BCG ni diberikan kepada bayi2 untuk mencegah penyakit tuberculosis (TB= batuk kering)..Kebiasaaanya hanya negara2 yang di mana penyakit TB dikenal, ramaila orang yang menerima vaksin ini.. Vaksin BCG ni tak semua negara menggunakannya seperti USA.

gambar dari pokcik gugel











takut tak tengok jarum tuh?
konpem rasa ngilu2 je kan..
tapikan doktor tu buat perlahan je, sungguh lemah lembut uols doktor tu..(read:lelaki)
die tekan sikit je pastu vaksin tu digosok di atas permukaan dot..dot tuh..
pastu dah..duduk kat luar selama 1 jam, kalau takde ape2 kesan sampingan, boleh blah balik..


Hari khamis ni Afiya ade Tuberculin skin test pulak..harap2 semuanya ok..

p/s:nanti saya BW deh..saya nak reply komen korang2 yang dah lama terperuk tuh..daaa..

Monday, 31 October 2011

Her First Autumn..

Salam wbt..update cepat2, sebelum cerita ni jadi basi..hehe
Afiya is enjoying her very first autumn season..:))









"Autumn breeze brings the falling leaves; this is the first autumn for you to be with me." -angellella

Monday, 17 October 2011

Rich Choc Pudding

Salam wbt..Dah lama tak cerita pasal masak2 kan..asyik cerita pasal anak je..macam dia seorang je ade anak kan..haha. Saya ni sebenarnya bila bab2 buat puding, kadang2 jadi..kadang2 tak jadi..tak tahula ape sebabnye..nak kata tak ikut resipi,ikut je..jadi,kalau tak jadi tu, saya selalu salahkan bahan..tak pun resipi tu sendirik..haha.mana boleh salahkan diri sendirikan..hehe..
 ramai je kan yang dah buat puding ni..
sedapkan..
twin memang suka puding, tapi tengok jenis puding gak..
aritu buat puding laici, diorang tak makan pun..
tak suka sebab ade rasa kesat2 laici tuh..
takde sape yang makan, kenala buang jugak akhir nye..

 resipi dari sini..

Rich Choc Pudding 

source:junjs11 my resipi

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
 gambar hanak2..
haha..
afiya kena paksa dengan babah ambik gambar dengan kakak n abang2..

Hasil dari ladang..

Salam wbt..sihat ke semua? Memaksa diri mengupdate blog kusam busuk ni..hehehe.
 
 dua minggu lepas pergi sini
tempat yang sama macam tahun lepas

 orang ni yang bawak kami..

 pergi dengan budak ni..

 dengan budak ni jugak..
budak ni pun ikut sama..
 tukang tulis..

 letak gambar lain la ye..gambar atas tak nampak muka..

dan inilah hasil dari ladang yang dapat dihasilkan..
fried apple pies..sedap dan senang untuk di buat..

::best jugak kan letak gambar banyak2..takyah la nak merapu bagai semua..haha::
::nanti ade mood baru saya cerita, banyak je cerita nak diceritakan cuma mood nak bercerita belum ada tuk bercerita di sini.:: * hehe..berapa banyak cerita dah*
::terkial2 dengan blog ni ha..yela dah lama tak tengok, so,nak upload gambar pun agak lembs di situ.::

Fried Apple Pies 

source:allrecipes.com  

Ingredients

  • 2 cups all-purpose flour
  • 1/2 cup shortening
  • 1 teaspoon salt
  • 1/2 cup cold water
  • 2 apples
  • 1/3 cup white sugar
  • 1/2 teaspoon ground cinnamon
  • 1 cup vegetable oil

Directions

  1. Peel and dice apples. Add sugar and cinnamon. Cook in a saucepan on low heat. Cook until soft, then mash with fork to form a thick applesauce.
  2. Sift flour and salt together. Cut in the shortening. Add water and mix with fork.
  3. Roll out to about 1/8 inch thick on a floured board. Cut with a large cookie cutter (4 inches in diameter).
  4. In each round, place 1 heaping tablespoon fruit. Moisten edges with cold water, fold and press edge with a fork.
  5. Heat oil in a large skillet on medium-high heat. Fry pies, a few at a time, 2 to 3 minutes on each side; cook until golden brown. Drain on paper towels. Sprinkle with confectioners sugar.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...