Pages

Friday, 10 February 2012

Kawan Saya..

Salam wbt..ni bukan cerita kawan macam lagu 3 sekawan zaman kekecik dulu tau..ala, lagu "saya ada seorang kawan, namanya Ah Meng..Dia juga berkawan namanya Muthu..Kami berkawan baik......bla bla bla..


Kisah kawan saya..Saya sangat tabik toing toing dengan dia..Sebaya saya. Kawan saya disahkan mengandung. Alhamdulillah. Ini adalah kandungan ke 4 cuma yang saya sangat kagum dengan dia adalah tahun ni jugak kali ke 4 perut dia akan dibelah selama 4 tahun berturut-turut..Hebatkan dia? Kawan saya macam saya jugak, anak rapat-rapat, cuma saya bezanya twins ni dapat dijarakkan selama 3 tahun barulah Afiya lahir. Saya bila tahu dia pregnant lagi terus macam wow!..Bagi saya dia seorang yang sangat kuat sebab dia bekerja dan bila balik rumah dia yang uruskan semua kerja rumah* sometimes suami dia tolong jugak bila balik awal*. Takde pembantu rumah dan sangat rajin. Rumah sangat kemas kalau nak dibandingkan dengan rumah saya yang bersepah ni..haha..Ye, kadang-kadang, dah balik kerja tu sempat lagi nak mengemop rumah. Supermak kan dia. Saya 3 hari sekali rajin la kot, tapi tetiap hari pitam. huhu...Sangat rajin masak, sangat rajin layan anak *yang ni saya surrender sebab Mr K yang selalu take over part ni*. 


Saya yang bersalin secara normal 2 kali dan c-section (1st twins:normal, 2nd twins: c-sect) sekali pun dah rasa macam "ok, dah tak nak mengandung lagi dah". Tapi, dia kata dia suka mengandung dan dia sangat obses dengan anak dia tau. Sebelum ni 3 kali dah dia c-section dan dia kata takdela sakit sangat sebab bagi dia mungkin dia ni jenis tahan sakit tak macam saya. Dia cerita dengan saya ada jugak orang pertikaikan bukan ke kalau kita c-section kena jarakkan anak at least 2 tahun..Tapi bagusnya dia ni, dia akan jawab yang doktor dia bagi dia mengandung lagi sebab luka di dalam perut tu cuma mengambil masa 6 bulan je untuk pulih. Kesian jugakla dia sebab bila dia asyik mengandung orang lain duk sibuk kenapa tak jarakkan anak, kenapa tak berhenti terus je *sebab dah 3 kali c-sect kan, tapi kemungkinan lepas ni dia akan berhenti terus* Bagi saya biarlah dia nak mengandung ke apakan, dia mampu dari segi ekonomi dan kesihatan dia. Cuma itulah, kemungkinan anak yang kecik tu jela kot kurang dapat bermanja sikit lepas ni.


Apa pun, saya doakan semoga kawan saya ni dipermudahkan segalanya baik sewaktu mengandung, bersalin dan pada masa depan. Semoga Allah bagi kekuatan kepada dia untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Saya sayang kawan saya..

picture: google..

Thursday, 9 February 2012

Kuih Kaswi Gandum

Salam wbt..saya suka makan kuih. Tak kisah apa jenis kuih, saya makan je semua. Dulu kecik-kecik sarapan makan kuih je pun, kalau makan nasi lemak mesti tak habis. Kecik-kecik dulu bolehla makan kuih, padan dengan saiz badan dan berat badan yang tak sampai 20kg.. Sekarang kalau makan kuih je pagi, pukul 11 pagi dah lapar balik..haha..dasar pemakan kan..
Buat kuih ni untuk tetamu, tapi tetamu cancel pulak datang hari Jumaat lepas. Resipi yang senang dan sangat sodap. Dah 3 kali buat guna resipi ni je pun. Untuk resipi ni saya tambah kicap manis tu 2 sudu besar bagi nak nampak lagi hitam legam. Faeiq dan Faeiz suka kuih ni, Amni macam biasa bila ada kelapa sikit je pun tak nak makan langsung..bagi yang tak bersalut kelapa pun tak nak. Amni macam babah, tak suka sangat makan kuih.

Resipi asal dari Kak Hanieliza dan saya ambik ni dari Izah..Terima kasih Izah menggelemerkan kuih yang sodap ni..Simpan sini untuk rujukan.
KUEH KASWI GANDUM


Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]- tak letak sebab takdo..
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Wednesday, 8 February 2012

Pengalaman bersalin di Jepun..

Salam wbt..Afiya dah 7 bulan baru nak publish entry ni. Mengambil masa hampir 2 bulan untuk mengarang cerita..haha..Salah satu kenangan untuk masa depan. Lagi pun bersalin kali ni memang berbeza sangat dengan yang 2 sebelum ni..Entry yang panjang, sila sediakan biskut hup seng dan teh o untuk di makan..Kalau tak nak baca pun takpe, saya tak kisah..hehe

Rabu 6.7.2011
Dari petang tu saya dah mula rasa contraction. Contraction tu pulak tak konsisten, sekejap 5 minit ...sekejap 10 minit. Bila dah masuk tengah malam, lagi kerap dan kuat. Mr K dah tanya nak pergi hospital ke? Saya kata takpela, tunggu esok pagi je baru pergi. Lagipun dapat rasakan tak bersalin malam tu. Yang pastinya malam tu saya memang tak tidur langsung sebab contraction sekejap kuat, sekejap mild. Dah pukul 5 pagi baru dapat tidur sekejap sebab terlampau mengantuk.

Khamis 7.7.2011
Pagi-pagi lagi dah ke hospital. Orang memang tak ramai, jumpa midwife. Midwife suruh duduk kat bilik khas tu dan pasang CTG nak tengok graf contraction dan heart beat baby. Duduk lama, pastu boleh pulak time tu sakit contraction tak tinggi sangat. Midwife tengok graf tu dia kata tak bersalin hari ni, mungkin esok. Pastu jumpa doktor saya, Kasai Sensei, dia check opening, baru 3cm. Doktor suruh balik, kalau sakit bawak la jalan-jalan. Saya waktu tu kan, eh, biar betul doktor ni suruh balik, kalau kat Malaysia dah kena tahan ward, tapi balik jugakla.Takkan nak nangis-nangis suruh dia tahan wardkan. Balik pegila Jusco untuk jalan-jalan.. Malam tu dapat jugak tidur lena sebab penat tak tidur malam sebelum tu kan.

Jumaat 8.7.2011
10-11am
Ke hospital lagi tapi kali ni yakin yang akan bersalin hari tu jugak. Bila check, doktor kata 4 cm to 5cm dilated. Siap tanya lagi nak balik ke nak terus duduk ward. Saya memang dah malas nak pergi balik kan, terus kata nak duduk ward.

12-2 pm
Waktu ni dah masuk ke labor room tapi duduk kat katil yang memang khas untuk menunggu la kiranya. Labor room dekat je dalam 10 langkah macam tula. Siap tukar baju semua, diorang bagi makan. Mr K sibukla uruskan admission form dan bab makan saya kat ward nanti. Proses ni semua buat kat dalam bilik tu je, tak payah nak pergi kaunter pun. Memang pihak hospital dah bagi awal-awal form yang perlu kita isi, jadi nak bersalin tu kita bagila balik form tu kat diorang. Makan pun tak berselera sangat waktu tu tapi kena makan jugakla nak kumpul tenagakan. *baru teringat, saya terlupa nak makan kurma yang memang dah standby dalam beg* Siap makan, Mr K nak balik rumah. Nak mandi dan nak solat sekali. At first midwife tak bagi balik. Memang sepanjang waktu saya sakit hingga bersalin Mr K tetap setia menemankan saya. Jadi RTM (teman setia anda) sungguh dia..haha.. Bila Mr K dah sampai dia hantar saya pergi toilet, nak ambik wudhu untuk solat zohor. Susahnya waktu tu nak berjalan, nak ambik wudhu. Contraction yang kuat sangat. Bila nak basuh kaki tu kena basuh kat sink, so terpaksa la angkat kaki. Memang nak nangis rasanya nak angkat kaki tu, tapi nak tak nak, kena kuatkan jugakla..huhu

2-4pm
Midwife ajak saya berjalan bagi cepatkan lagi proses bersalin tu. Bila berjalan tu dia pimpinla tangan saya, bila rasa sakit je, dia akan gosok belakang saya. Baikkan midwife kat sini. Lama jugakla dia bawak saya berjalan, pastu Mr K pulak ganti. Pastu rasa tak best pulak berjalan, balik bilik. Bila balik bilik, sambung baca surah Maryam pulak. Saya ingat lagi, disebabkan contraction yang kuat sangat, sampaikan doa Nabi Yunus tu saya baca jadi bercampur aduk dengan surah Maryam..haha. Gelak-gelak saya time tu cerita dengan Mr K. Ya Allah, waktu tu memang sakit yang teramat. Unbearable sungguh sakit dia. Sampaikan rasanya waktu tu hilang sekejap kewarasan. Kami tanya midwife tu kenapa tak nak pecahkan air ketuban? Dia kata biar bersalin secara natural, jangan dipaksa baby tu keluar..Bila nak pecahkan? Dah nak bersalin (fully dilated;10cm) baru diorang akan pecahkan...uwaaa..


4.15-5pm
Nak ambik wudhu. Waktu tu dah terasa macam nak terberak (rasa macam nak meneran), cakap dengan midwife. Midwife kata belum nak bersalin lagi tu. Saya nak solat asar, pastu terasa macam nak meneran lagi. Pergi toilet. Takde pulak rasa tu. Cakap dengan Mr K, pastu midwife check. Dia kata baru 7 cm. Saya tanya dah boleh ke pecah air ketuban ni? (tak tahu kenapa saya sibuk nak pecahkan air ketuban tu..haha)..belum lagi. Dalam pukul 4.45 pm macam tu saya rasa dah tak tahan sangat dah, Mr K tekan call button tu sampai 2 kali. Berlari midwife dengan nurse datang. Bila check dah bukak 9cm..Terus diorang suruh saya berjalan ke labor room. Walaupun dekat je kan, tapi nak sampai tu rasa macam tak tersampai je sebab duk menahan sakit contraction..

5-5.32pm
Baring atas katil, pasang CTG nak tengok graf..Tunggu pulak doktor saya datang. Midwife pulak baru sibuk nak susun alatan perang kat tepi tu. Saya waktu tu pulak pikir bila la nak suruh saya push ni, tak sabar punya pasal.haha.. Rupanya midwife tengok je graf tu naik *contraction yang sangat kuat* terus dia pecahkan air ketuban saya. Suruh saya push. Sebelum tu saya dah pesan dengan Mr K ingatkan saya supaya curi nafas*salah satu teknik pernafasan yang hanya saya je paham..ekeke*. Push yang pertama lebih kepada meneran berak je..haha lagi. Push lagi sambil tu dengar Mr K cakap curik nafas mi..curik nafas..Tak lepas jugak. Pastu bila contraction datang lagi midwife suruh push lagi. Waktu ni pun tak lepas tapi Mr K tetap ampu badan saya dan pegang tangan saya. Bila dah terasa lagi sakit tu memang saya teran sekuat tenaga la sampaikan Mr K kata, dah mi..kepala baby dah keluar dah. Alhamdulillah..

5.32-7.32pm
Untuk keluarkan uri tu, midwife cuma tekan je perut saya. Tak payah nak push lagi pun. Memang agak sakit sikit tapi yang penting bukan sakit contraction. Dah habis tu, dia kata kena jahit sikit. Waktu ni baru doktor ambil alih. Sebelum tu doktor yang check baby, paru-paru dan jantung. Doktor kata tak banyak pun kena jahit, tapi saya rasa macam banyak je sebab lama sungguh dia duk menjahit. Mungkin dia buat teliti sungguh kot sebab Japanese ni memang terkenal dengan sikap teliti dan kemas. Lama tu sampaikan kaki saya yang berbalut dengan stokin pink sampai lutut tu, menggigil la sebab lenguh..haha. Dah siap jahit semua, midwife datang. Check BP saya, suhu badan. Lapkan badan saya. Malu ai waktu tau...awww..Dia bagi minum air kosong*air kosong je, bukan hot choco..huhu*, pastu suruh rehat kat situ selama 2 jam..
Dalam 15 minit lepas lahir, baru Mr K dapat azan dan iqamahkan Afiya sebab nurse kena bersihkan dulu, pakai baju siap2. Nurse bagi kat saya suruh menyusu kan Afiya, pastu baru diorang bawak pergi ke nursery.

Saya ternampak uri Afiya. 1st experienced jugakla.Waktu tu dia dah masukkan dalam plastik nak bungkus dengan kertas. Memang besar. Actually uri kat sini tak boleh bawak balik sebab sebarang organ dalaman memang tak boleh bawak keluar langsung. Jadi sisa klinikal dan akan dibakar.

Fakta:
:: bersalin (normal delivery)kat sini memang tak dibenarkan ambik sebarang ubat penahan sakit..Biar secara natural. (kalau kat hospital lain saya tak tahu pulak)..
::  sepanjang saya stay di hospital selama 4 hari, 1 hari hanya ada 1 kelahiran je..memang doktor dan nurse tak sibukla..
:: cost bersalin ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Jepun (maximum cost:420,000 yen)..lain prefecture mungkin lain procedures dan berbeza total cost..
:: selepas bersalin digalakkan duduk di hospital selama 6 hari (normal delivery) dan 10 hari (c-section) untuk memastikan ibu-ibu semua dapat rehat yang mencukupi sebelum pulang ke rumah dan meneruskan kehidupan yang pastinya lagi super duper busy..macam sayala tu..hehe

::tak ingat dah apa lagi, nanti kalau ade lagi, saya update okay.::

Tuesday, 7 February 2012

Pavlova..


Salam wbt..pavlova mr lova- lova..ekeke..ok, ketinggalan jaman, baru nak buat dan baru nak merasa..Rasa sedap, macam yang diwar-warkan manis. Bila dimakan dengan buah-buahan yang di atas tu memang sangat sedap, manis campur masam manis buah..Tapi, kalau ada anak twins yang aktif bila makan ni diorang akan jadi hyper. Pitam menjaga tak nak bagi diorang terlompat sana-sini sampai terpijak adik yang baru nak belajar merangkak..huhu..nak suruh tido pun susah, dah jadi singa jadian baru nak dengar cakap mama..


Nak buat memang senang, sebab bahan-bahan yang guna pun sikit je pun. Resipi ambik dari Fazlinil Irma..terima kasih Irma, memang dia ajar step by step berserta dengan tips sekali. Ni saya letak resipi dari dia jugak untuk rujukan akan datang..Terima kasih dan halal resipi ye Irma..

Pavlova

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak
 
Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.



Friday, 3 February 2012

Hafalan Shalat Delisa

Salam wbt..Sesapa yang dalam friend lists dengan saya kat fb nun, memang perasan la saya duk update pasal movie dari Indonesia ni hari rabu aritu..Memang sedih sangat cerita ni dan sangat best..Serius saya tak tipu..:D

Jom saya buat review sikit ye..Kisah ni mengisahkan adik Delisa yang tinggal  di perkampungan Lhok Nga di Aceh. Kampung ni adalah salah satu kampung yang teruk dilanda tsunami pada tahun 2004. Kenapa di beri tajuk Hafalan Shalat Delisa? Sewaktu Delisa tengah membuat amali hafalan solat di depan Ustaz dan kawan-kawannya pada waktu itulah tsunami datang melanda ke kampung itu. Jadikan, orang lain semua berlari untuk menyelamatkan diri, tapi Delisa masih berdiri tegak untuk meneruskan amali hafalan solatnya. Memang pada waktu tu Delisa je yang tinggal dalam kelas. Selepas tu bermulalah babit-babit sedih dalam cerita ni. Macam mana Delisa menangani kenyataan yang kakinya kena potong, macam mana dia bersikap positif tentang kehilangan kakak-kakaknya dan disebabkan sifat positifnya tulah membuat kawan-kawan dan orang ramai yang tinggal di kawasan perlindungan rasa terhibur dengan sikapnya itu..Cuma dihujung cerita baru dia meratapi kehilangan umminya.

Lagu tema untuk cerita ni sangat best, syahdu dan sangat bermakna liriknya. Dengar lagu je pun dah nangis-nangis. Saya sangat rindu dengan mak saya sekarang ni . Bila dengar lagu ni konpem rasa rindu tu semakin membuak-buak..:(

Bagi saya yang jarang menonton cerita Melayu *serius, dah lama saya tak tengok ceria Melayu..ombak rindu pun tak tengok, seingat saya yang last saya tengok adalah Hantu Kak Limah..ekeke* ini adalah salah satu movie yang harus ditengok oleh semua. Cerita ni kalau nak diikutkan sangatla simple dan tak berat pun tapi mesej yang cuba disampaikan tu sangat menyentuh kalbu dan perasaan saya ni.

Ini antara babak-babak yang saya sangat suka..:-
1. minit ke 14..."ummi, Delisa suka dengar bacaan solat ummi"..lepas tu ummi jawab "iya sayang, bacaan solat semuanya indah-indah belaka" Ya Allah, waktu tu berderai air mata saya dan mengalir non stop..sungguh indah dan sungguh bermakna...
2. minit ke 14.23.." Delisa cinta ummi kerana Allah"..Subhannallah..itu yang sepatutnya kita patut ajar hati kita dan anak-anak kita tentang keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dari orang lain. Ingatlah sesungguh semua di dunia ini adalah pinjaman dari Allah.
3...4...banyak lagi yang menarik dan best dan saya rasa lebih elok kalau kawan-kawan yang tengok sendiri dan rasai kelainan movie ni.

full movie boleh tengok kat sini


Lagu Ibu-Rafli
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)



ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)

“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”


maaf, semalam memang tak sempat BW..entry semalam pun memang draft yang dah peram lama, tunggu untuk publish je. AInsya Allah, hari ni saya cuab BW macam biasa naa..

Thursday, 2 February 2012

Penang Char Kuew Tiaw


Salam wbt..memang sangat suka dengan resipi ni. Rasanya tetiap minggu kami buat mula-mula dulu *bulan 9 dulu kot*..Serius, setiap minggu untuk bulan tu je..Gila melantakkan..padahal makan berdua laki bini je pun. Memang sedap guna resipi ni. Yang kat atas ni pulak tak ingat buat bila..Baru teringat nak ambik gambar. Dah masak, tak dan nak tunggu sejuk kena ambik gambar cepat-cepat..Tu sebab nampak berasap je tu..korang cubalah resipi ni..Untuk paste tu, kat sini takdo kepala udang, saya masak tu, terus letak udang sekejap, letak pati ikan bilis, angkat balik udang tu, nanti letak semula bila dah nak tutup api..kerang takdo, letak jela adik beradik kerang tu..Tak tahu nama dia ape..

sorila ye, warna pucat je..
sayur tauge dan kucai pun takdo waktu ni..
guna jela sayur apa yang adakan..

Ambik resipi dari Kak Nor. Terima kasih kak sebab kongsikan resipi yang memang sodap ni..slrrrpp. terliur lagi. Macam nak buat lagi je nanti..Ni saya kopipes je resipi dari Kak Nor, halal ye kak resipi ni.

PENANG CHAR KUEY TIAW
resipi : Che'iza
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
 * UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Wednesday, 1 February 2012

Frozen Waterfall In Hanamaki

Salam wbt..ingat nak update pasal cerita masak-masak, tapi teringat la pulak Kak As yang nak tengok gambar air terjun beku..Tempat ni nama dia Taroshi Taki dan berada di daerah Hanamaki..Kalau dari rumah kami dalam sejam perjalanan kot..

Gambar semua ni saya ambik dari adik Fahim, dah sms awal-awal kata nak guna gambar dia..Terima kasih..kami tak pergi pun last week sebab Mr K ada jikken. Tapi sesapa yang nak pergi ke sini kalau ada anak kecik memang tak digalakkan sangat. Sebabnya kita kena mendaki 200 m untuk sampai ke tempat tu. Walaupun 200 m tapi dengan jalan yang bersalji dan kemungkinan waktu tu agak licin memang haru jugak kot. Lagi satu tak sesuai sebab kita kena lalu tepi tebing dan hanya boleh pegang tali kat tepi tu je..Kawan kami yang pergi last week nangis-nangis la anak dia takut nak lalu ikut tepi tebing tinggi tu. Kami ingat nak la pergi minggu ni tapi disebabkan keadaan tak sesuai untuk anak-anak, tak dapekla..Jadikan, saya pinjam jela gambar ni untuk letak kat blog sebagai kenangan tak dapat pergi..uwaaaaaaaaaaaa.:(

 ini la frozen waterfall itu..
Subhanallah..cantik sangatkan..
sangat jeles..;p
ok, cuba tengok kat bawah tu..
itula jalan nak naik ke tempat ni..
sangat mencabar kot..

gambar yang diambil dari sebelah  dalam..
Masya Allah..:)

 tuan empunya gambar 

air terjun kecik..
tapi air dah jadi beku..

sori..ni je gambar yang tak banyak muka orang..
gambar lain macam tak sesuai nak letak pulak sebab saya tak mintak permission diorangkan..
..gambar yang lain sangat cantik..
so, sesapa yang rasa nak pergi tempat ni jomla datang..
Kak As, macam mana, best tak?
 chop..kat situ ada jugak empangan beku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...