Pages

Friday, 9 March 2012

Sombong dan angkuh

Salam wbt.  Sempena  hari jumaat yang mulia, ingin berkongsi sesuatu untuk pengisian rohani kita dan juga untuk peringatan buat diri sendiri.


Sombong, takabbur atau merasa diri besar adalah masalah yang sangat serius. Seharusnya kita pelu berhati-hati dengan sifat ini kerana disebabkan sombong inilah syaitan terusir dari syurga dan dikutuk oleh Allah SWT selamanya. 


Tentang sifat takkabur ini Rasulluah SAW pernah bersabda: 
Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada kesombongan walau seberat debu (HR Muslim).
Allah benar-benar mengharamkan syurga untuk dimasuki oleh orang yang takkabur. Takabbur hanya layak bagi Allah yang memiliki keagungan sempurna sedangkan seluruh makhluk hanya sekadar menerima kemurahan dariNya.

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]


Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


tulip..

::auto publish entry..terima kasih kerana sudi membaca.::

Wednesday, 7 March 2012

Strawberry Shortcake

Salam wbt. Nak update resipi kek aje untuk hari ni. Agak sibuk dari pagi hingga sekarang dan mungkin sibuk lagi hingga hari Sabtu..huhu

Resipi untuk kek span saya ambik dari Izah. Untuk resipi yang lain tu saya ambik dari Kak Hana. Sebelum ni memang guna resipi dari situ je, cuma kali ni nak cuba kek span dari orang lain pulak. Kek span yang ni memang sedap dan kena dengan tekak saya yang cerewet ni..hehe Terima kasih izah dan kak hana..:)

abaikan deco yang comot..
Afiya sempat lagi korek krim kat tepi tu..;p
gambar kek yang dipotong tak sempat nak ambik.
masing-masing dah macam apo dah bila nampak kek..;p

KEK SPAN
resepi: Hanis@myR
Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
esen vanila
Cara-cara
panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

RESEPI STRAWBERRY SHORTCAKE
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (loyang 18cm)
  • 3 biji telur (size M)
  • 90g gula
  • 80g tepung gandum - ayak
  • 30g butter - cairkan
  • 1sb susu segar
Syrup (hana tak buat)
  • 30g gula
  • 60ml air panas
  • >>> satukan bahan hingga gula larut
Cream/Filling
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
  • Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
  • Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas.
  • Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Sapukan atas kek dengan syrup menggunakan brush hingga lembab. (hana tak buat step ni). Kemudian sapukan cream. Taburkan strawberry yg telah dipotong dua. Letak lagi cream menutupi strawberry. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi (sapu syrup dan buh cream). Jika buat dua lapis, memadai sekali sajer sapu syrup, cream dan stroberi.
  • Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
  • Sejukkan baru potong.

Tuesday, 6 March 2012

Happy 5th Birthday, Amni!

Salam wbt.. Semalam birthday 'pwincess' kat rumah ni. Alhamdulillah, 5 tahun dah dia ni. Semoga Amni menjadi anak yang solehah, sentiasa menjadi penyejuk mata buat kami dan dipelihara dalam kesejahteraan serta kehidupan yang penuh keberkatan dan kesyukuran.


Jom tengok gambar anak dara sorang ni..;p
waktu ni 7 bulan rasanya..
sangat bambam..pipi labuh sungguh..:)
tahun lepas: summer
ni kat Rose Garden..
kadang-kadang suka ikat rambaut, kadang-kadang suka biar lepas..
babah naik rimas dengan rambut dia..hehe
tahun lepas:autumn
time ni kalau posing mesti suka buat kaki macam tu..
babah penim tengok anak dara dia posing gaya macam ni..haha
strawberry shortcake..
hari tu mintak kek ni, so mama buatkan lah..
*kadang2 mintak princess cake tu tapi bila mama kata mama tak pandai buat, 
dia diam je..huhu*

birthday pwincess..:)
last but not least..
tetiba semalam babah belikan mama bunga..awww, sangat tersentuh hati ni dibuatnya..:)
ok, cuba teka bunga apakah ini?..


Actually, last week*hari khamis*, bila balik sekolah dia kata "nanti sensei nak buat tanjoukai*birthday party*. Amni punya birthday, mama"..Mama dan babah pun tanyala bila, dia kata tak tahu..Tup-tup hari jumaat bila balik sekolah dia kata, "hari ni birthday Amni. Sensei bagi Amni hadiah"..mama dia pun cakapla birthday Amni bukan hari ni, birthday Amni hari isnin nanti. Tak puas hati dengan jawapan mama terus je dia nangis..huhu..lepas tu terus la dia macam moody je, tak puas hati dengan adik ,nangis..kena marah sikit, nangis..terus mama dia terfikir, mesti dia keciwa sebab dia expect bila balik dari sekolah mesti ada kek untuk dia, tapi tengok takdo la pulak. tu yang rasanya dia sedih sangat kot..Mama pun tak tahu yang sensei nak buat tanjoukai hari jumaat tu, kalau tak boleh jugak buatkan kek untuk dia petang tu..Pastu semalam bila dah bukak baju semua, tunjukkanlah kek dia..wah, senyum lebar sungguh. Amni..amni..:))



Monday, 5 March 2012

Nasi Kerabu Perantau

Salam wbt..Nasi Kerabu Perantau.  My 1st attemp buat nasi kerabu hari Sabtu lepas. Kamikan kelantanese celup, harusla suka dengan makanan kelantan kecuali budu..ekeke. Kat sini, separuh dari rakyat Malaysia adalah orang Kelantan *eceh, macam ramai je, padahal nanti dah tinggal 15 orang tak termasuk anak-anak* Selalunya kalau nasi kerabu ni yang rajin masak adalah Kak Lisa *ore kelate jugop*. Dah lama nak makan nasi kerabu tapi takkan nak suruh dia masakkan kan.. Jadi, gigihla buat sensorang, dah la Mr K takdo ari sabtu pagi aritu. Afiya pulak kalau 3 stooges tu ado, dia tak kisah pun. Dudukla ontok-ontok main dengan kakak dan twin tu ha. Bagus sungguh..:))
solok lada yilek..
dah namapun nasi kerabu perantaukan, guna jela apo yang ado..
agak susah sebenarnya nak dapatkan cili besar tu..
chopp, ulam-ulam tu semua Mr K yang potong*sebab bini dia dah ponek dah waktu tu;p*
tunggu dia balik bawak balik sayur, baru boleh makan..hehe
nak dijadikan cerita, waktu letak pewarna tukan, saya macam terletak banyak tau..
terus cuak, angkat balik piyuk tu,basuh lagi sekali beras ..haha..
kalau tak, dah jadi biru gelap kot warna dia..
pengalaman tu..pengalaman..hehe


Memang agak banyak nak kena siapkan untuk lauk pauk diakan. Tapi, hasil memang sodap dan pueh hati. Pueh hati sebab Mr K kata sodap..Saya? rasa biasa-biasa je..haha..Resipi ambik dari myresipi, yani..Terima kasih kepada kak yani..

pagi ni yuki turun dengan lebatnya..
hehe..
tu sebab saya letak gambar weather forecast ni, sebab tengok tu..
yuki tebal kat bahagian atas tu..

Nasi Kerabu Perantau

Nasi- warna kuning/biru ( semua bahan untuk 4-5 orang makan)

4 cwn beras
1 sudu kecil garam
air ikut periuk nasi masing2 lah sukatanye tu. 
sedikit serbuk kunyit ( klu ade pewarna kuning leh letak dua tiga titik) 
2 helai daun limau purut 

Untuk Sambal Tumis
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 sk serbuk kunyit
1/2 cawan santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
1 sudu besar budu
garam dan gula melaka 

Sambal ikan
1/2 ekor ikan saba (kt mesia leh guna ikan kembung) 
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
1 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar
1 batang serai
1cm halia 

Kerabu
kubis
timun
kacang buncis
taugeh
daun kesum ( takde)
daging bakar
ayam goreng kunyit
budu+cili padi+ perahan lemon
Keropok Ikan Goreng

Caranya

1. Mula-mula masak nasi dan masukkan semua bahan-bahan nasi, masak seperti biasa.

2. Untuk sambal tumis, blend semua bahan sambal tumis, panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang diblend tadi dan biar pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa masukkan garam dan gula.

3. Untuk sambal Ikan, cincang halus semua bahan dan kemudian rebus ikan dan asing isi dan tulang, sangai kelapa parut sehingga perang dan masukkan bahan yang dicincang halus dan isi ikan tadi. Goreng tanpa minyak dan kacau sebati hingga garing. ( guna api kecil)

4. Untuk kerabu, hiris halus kubis, timun, kacang buncis, buang ekor tauge, goreng keropok ikan, buat daging bakar ( daging rebus dan panggang sekejap) hiris nipis, goreng ayam dan sediakan budu. Ok semua dah siap, Hidang dah sedia untuk dimakan.

Sunday, 4 March 2012

Dari tingkap kamar..^_^

Salam wbt..arini boleh update sebab orang tu takde kat rumah dan anak-anak pun dah masuk ke alam mimpi.;)

Gambar Iwate-san: Gunung Iwate..Selak langsir memang boleh nampak gunung ni. Kebetulan hari jumaat lepas cuaca cerah, jadi memang boleh nampak gunung ni dengan jelas. oppss..gambar diambil guna iphone ..:p
Iwate-san : 7.05am..
masih ade lagi rona merah selepas terbitnya matahari..
Iwate-san: 11.17am..
langit yang membiru dan cuaca yang sangat cerah..
kalau perasan, korang ada nampak kabel hitam yang besar dan ade macam jambatan tu kan..
actually itu adalah railway; bullet train @ shinkansen
kalau pagi-pagi, dalam pukul 5am boleh dengarla 1st bullet train yang lalu..
boleh nampak dengan jelas setiap yang lalu kat depan rumah ni..
*kot takde keja nanti, bolehla kot kira berapa yang lalu dalam masa sejam..haha*
ini adalah 'Hayabusa'..shinkansen paling baru dan paling laju buat setakat ini di Jepun.
"the latest ultra-fast bullet train in Japan." 
kelajuan adalah 186mph @ 300 km/hour
bullet train ni dikategorikan sebagai luxury bullet train..
di dalam ni ada untuk business class passenger ala-ala kapal terbang..
Hayabusa ni adalah untuk trip dari Tokyo ke Aomori. 
Jadi, kalau kami kat Morioka ni berpeluang la untuk naik Hayabusa ni ke Tokyo atau Aomori..
ok, takpe..next time kita cerita lebih lanjut pasal shinkansen..

Friday, 2 March 2012

Soubetsukai 2012

Salam wbt..Update cerita soubetsukai (farewell party) 3 minggu lepas..hehe, dah basikan. Saya nak letak jugak cerita ni kat sini sebabnya adik-adik ni la yang banyak tolong kami mula-mula kami sampai sini dulu. Sangat banyak jasa mereka sampai tak terbalas. Semoga Allah dapat membalas jasa baik mereka ni dan semoga hidup mereka semua ni dipermudahkan. Insya Allah. Amin.

ni juadah makan-makan isi perut sampai kenyang pada malam tu..
nasi beriyani, ayam masak merah, acar, laksa penang..
ade keropok ikang, agar-agar, tepung pelita..
memang setiap kali soubet, sempai (senior) requestla benda yang mereka nak makan pada malam tu..
ada yang mintak kek ni..saya tak ingatla kek apa..haha
kek ini jugak..
ada jugak cream puffs tapi waktu kami sampai dah habis..
kami sampai lambat sebab tunggu Mr K habis meeting malam tu..
pavlova dari saya yang atasnya hangus..
nasib baik boleh dibuang yang hangus tu dan masih boleh dimakan..
nak buat yang baru dah tak sempat, bawakla jela yang ni..
Maziah dan Nik..
Maziah baru setahun duduk sini, jadi tak banyak sangatla kenangan bersama..
Nik Zuliani (tudung pinku)..
dulu rumah kami, bukak pintu je dah jumpa pintu rumah dia..hehe
sangat banyak tolong saya, banyak berkongsi cerita..
contohnya: saya ingat 2 kali saya duduk ward sebab Faeizkan, 
dia mesti masakkan lauk dan nasi untuk saya makan kat ward..
sangat terharu..yela, kat sini manala boleh beli lauk yang kena dengan selera melayu kan..huhu
lagi ape ye..pengalaman bersama-sama mengalami jishin (earthquake)
ketakutan, kelaparan dan kesejukkan pada malam tu..
Nasrul dan Nasrun (cermin mata)
ini pun sama..sangat banyak jasa dengan kami..
Nasrun mula-mula kami sampai sini, dia bagi bilik dia untuk kami guna selama seminggu..
waktu tu baru sampaikan, baru nak cari rumah sewa..
banyak sangatla pertolongan yang dibagi..
Nasrul pulak banyak menolong Mr K ..ajar macam mana nak drive kat sini,
tunjukkan supa yang jual barang dengan harga murah..
tunjukkan klinik untuk anak-anak..
gambar kami rakyat Malaysia di sini..
semua kekenyangan..hehe
gambar gedik laki binik..

Thursday, 1 March 2012

Sausage Flower Bun

Salam wbt..pitamla asyik tengok gambar roti je 2 hari berturut-turut..haha. Padahal buat roti ni guna satu adunan je, tapi biasala kena la buat macam-macam shape. Pastu nak buat entri pun buatla 2-3 entri pasal roti je..kang takde idea pulak nak update blog*sangat sadis*..Sangat malas nak bercerita/ merapu sebenarnya, takde mood. huhu..arini layan jela gambar roti lagi ye. Esok-esok ke baru saya bercerita. *macam ade orang nak baca ye tak..ekeke*

sapa nak ambikla ye..
tapi, red bean bun tu tak boleh..itu untuk Faeiq..
dalam rumah ni dia sorang je tak makan sosej..
sangat sodap wei..
tak berenti makan..haha
red bean pun sodap jugak..
selalunya saya akan buat 2-3 jenis filling/topping..
ada yang suka ni..ada yang tak suka tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...