Pages

Wednesday, 23 May 2012

Yong Tau Fu Perantau

Salam wbt. hari ni mak rajin uols..haha, actually agak takde mood nak mengajar anak-anak hari ni. Twin ni ketegaq semacam je, haishhh. geram mama dia ni, dah tukar jadi hulk pun. Dari pagi ada je benda yang diorang buat.

Yong tau fu dah lama bikin, sebulan lebih dah kot. 1st attempt buat ni jadi saya ikutla resipi tu bulat-bulat. Pedas yang teramat sebabnya saya terlupa cili kering saya ni jenis pedas yang terlampau. So, kuah saya pun jadi pedas la jugak tak boleh la anak-anak nak makan. Takpe, next time kalau rajin buat lagi, kena kurangkan kuantiti cili kering tu. Apapun rasa dia memang sangat sedap cuma tula pedas sikitla..Terima kasih kepada penyumbang resipi.
ni jela bahan-bahan yang ada..okla kan dari tak merasa langsung..:)
takde kangkung, kita gantikan dengan bayam pun ok je.;p
Kuah Yong Tau Fu
resipi: myresipi; minami
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).

  6.  masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Person Of Interest, Desperate Housewives, Suits

Salam wbt and morning peeps..Terima kasih kepada yang masih sudi datang walaupun tuan blog tak sempat nak update. Hari ni saya buat entry tak berilmiah..haha. Nanti saya update entry pasal hanami yang entah bila akan diupdate tu. Harap-harap  berkesempatan la hendaknya.


Memula kita cerita pasal person of interest. Series ni sangat awesome. Saya terjumpa review pasal series ni, tengok 1st episode macam best, terus download for the whole season. Tak pasal-pasal laki binik marathon tengok series ni sampai habis..ekeke. Selagi tak habis, selagi tu rasa gatal je nak tengok lagi. Semalam baru kami sempat habiskan season finale..For me series ni sangat amazing. Selepas ni kena tunggu bulan Sept baru dapat tengok season 2. "You are being watched. The government has a secret system: a machine that spies on you every hour of every day. I know because I built it. I designed the machine to detect acts of terror, but it sees everything. Violent crimes involving ordinary people, people like you. Crimes the government considered irrelevant. They wouldn't act, so I decided I would. But I needed a partner, someone with the skills to intervene. Hunted by the authorities, we work in secret. You'll never find us, but victim or perpetrator, if your number's up...we'll find you."
Opening voice-over by Mr. Finch...
For those yang nak tahu lebih lanjut pasal series ni boleh baca di sini. jap..jap, saya tak tahu series ni dah tayang belum kat Malaysia, maybe belum lagi kot. Kat US pun baru last week habiskan, so selalunya agak lambatla kot tayang kat Malaysia. Nanti dah ada, tengokla tau. 

Desperate housewives pulak..Ok, yang ni saya dah tengok from the 1st season sampaila season 8. Dah habis  pun 2 minggu lepas. Terukkan saya ni. Jangan ikut tau adik-adik. Sangat tak berfaedah ok. Tapi takpela, masing-masing ada favorite masing-masing kan. Yang ni pulak bila dah kahwin terus Mr K pun berjangkit dengan penyakit saya ni..haha. Kesian dia. Sangat berpuas hati dengan ending dia..Happy ending uols. Boleh baca la kot review di sini. Bila desperate housewives ni dah  sampai ke series finale dia, barula saya duk google apa lah series baru yang best untuk gantikan DH saya ni. Itula terjumpa Person Of Interest tu..

Suits pulak ye..suits ni bila terbaca review dari makcik rehan. Dah dia kata best and fast moving drama dan-dan saya terus download series ni. Kami laki binik suka cerita macam ni yang menunjukkan kebijaksanaan sebabnya kita pun terus terasa bijak sekali macam lawyer-lawyer ni..haha. Gila sadiskan. Yang tak puas hatinya series ni untuk season 1 sikit sangatla pulak. Ada 12 episodes je..haishh tak pueh hati sungguh kami. tapi takpe, season 2 dah nak start bulan june nanti..yeayyyy..ada benda nak ditengok..

Sorila ye, hari ni saya cerita pasal favourite series saya..Saya ni memang dari kecik suka tengok cerita omputih kekdahnya tapi speaking tetap ke laut. sadiskan..Selain dari series kat atas ni, saya adalah peminat tegar Grey's Anatomy. Memang dari kecik cita-cita nak jadi dokter, tapi disebabkan tak layak untuk jadi dokter tengok jela series camni. feeling jadi doktor pun okla kan. Yang ni pun dari season 1 saya duk follow. Ok, yang ni pun baru habis season 8. Sesapa yang memang follow series ni, Lexie dah mati uols..sangat sedih bila dia mati tu sambil Mark pegang tangan dia..Tak puas hati acik dengan season finale ni. Suka buat cliffhanger camtu, buatkan kita tertunggu-tunggu sampai next season. Harap-harap semuanya masih hidup dan Derek masih boleh jadi surgeon lagi. Christina and Owen get back together ke..Alex tak jadi pegi Hopkins dan macam-macamla ..haha

House pun dah nak habis uols..Ni pun saya duk follow dari 1st season pastu ada berenti tengok sekejap sekarang ni on off la saya duk follow. Mr K je yang pastinya jadi hard fan House..Dulu saya tengok CSI tu semua tapi bila dah masuk season 8 saya dah malas dah nak tengok..Lama kot cerita ni masuk tahun ke sebelas dah..selain tu tengok jugak Criminal Minds..Okla series ni, sangat best dan membuatkan kami kadang-kadang jadi paranoid jugak macam pelakon diorang..ekeke. 

Itu jela kot series yang saya duk tengok sekarang ni. Kalau glee, vampire diaries tu semua acik tak layan sebab Mr K tak suka tengok cerita macam tu..Mr  K pulak dulu adalah ketagih kepada cerita Prison Break dan Heroes tapi tula tetiba je series tu semua diorang hentikan macam tu je..kesian dia. 

Nak tahu tak, kalau kami dah habis tengok series tu kan..selalunya kami akan cakap,"teruknya kita ni kan..kalau tengok ceramah agama ni, dah banyak ilmu kita dapat ni..".hehe,pastu dua-dua gelak dalam keadaan bersalah..Kalau adik-adik nak tiru perangai kami ni, pastikan jangan tinggalkan solat dan ibadah yang lain. Tangunggjawab kepada anak-anak jugak jangan dilupakan tau..pesanan dari kakakmu yang kadang-kadang terasa jadi macam doktor, kadang-kadang lawyer,kadang-kadang scientist..hehe

p/s:terima kasih nuffnang..ada BE baru jugak walaupun saya update seminggu sekali je kot...terima kasih jugak kepada yang sudi datang membaca..

p/s lagi: Incik Kamil..hari ni entry tak berilmiah sungguhkan..ye, dia hari tu ada cakap update blog macam tak nak update je..huhu

p/s lagi dan lagi: saya BW petang sikit naa..nak kena ajar anak-anak sekejap.yela homeschooling camnila, terkejar-kejar dengan anak-anak punya program..tapi sempat lagi tu tengok series bagaikan. kena pandai bagi masa uols..:p

Thursday, 17 May 2012

Garlic Finger Bun

Salam wbt. Update cecepat, nanti bebudak bangun. Tadi duk menjaga anak-anak yang tetiba jadi 6 orang..haha. takdela, jiran ni dia nak pergi hospital so dia mintakla tumpangkan ank dia 2 orang. Anak yang bongsu dia bawak sekali, kalau tak mahu anak bertambah jadi 7orang..kuang kuang..Nasib baikla senang nak handlekan, dah besar pun. Umur 7 tahun dan 5 tahun.

Garlic bread ni buat dah lama sungguh kot. Time roti ni tengah hangat di pasaran time tula saya pun duk buat sama cuma tak de masa je nak update, nak edit gambar bagai..dasar pemalaskan..Suka resipi yang ni, simple dan sedap..dari dulu memang suka cari resipi yang simple bagi memudahkan saya untuk membuatnya. .ecece..sapalah yang tak suka resipi yang senang ye tak..hehe
sangat sodap makan time panas-panas bersama mushroom soup..
mushroom soup guna instant je pun..
bawak dari tahun lepaih tak habis-habis lagi..
sekarang ni memang rajin la buat roti ni duk bagi perabihkan instant soup tu..
kalau tak nanti ada orang bising kalau dia tahu ada benda tak habis lagi tapi dah expired..huhu

Terima kasih buat penyumbang resipi..resipi ni saya ambik dari rumah Kak Nor..terima kasih semua..:))
GARLIC FINGER BUN (GARLIC ROLLS)
olahah dr resipi asal oleh Yatie
resipi : Suhaina @My Singapore Kitchen
sumber : Umm MymoonahMadiha

Bahan2 :
3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti (k.nor juga) saya guna tepung gandum ja..
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil

Cara-Caranya
Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.

Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

GARLIC SPREAD
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap utk digunakan.


Wednesday, 16 May 2012

The Corridor of Snow - Hachimantai # Part 2

Salam wbt..sambungan yang lepas (ingat nak publish semalam, tapi tak sempat la pulak). Selepas pit stop yang pertama tu, kami cepat-cepat masuk kereta nak gerak ke bahagian atas pulak. Takdela berapa jauh sangat cuma itula jalan bengkak bengkok tu yang melambatkan perjalanan. Kali ni saya letak jela mana gambar yang menarik, malas la pulak nak buat sampai part 3..

mula-mula kami lalu ke wall yang tinggi macam ni, memang agak takut jugak.
manala tahukan tetiba runtuh pulak walls ni nanti..hehe
saya suka dengan bentuk gambar yang atas sekali ni..
berlekuk-lekuk lagi bahagian atas tu..
lekuk yang terbentuk dari angin*saya agak je, malas nak google*..:p
makin lama makin tinggi walls of snow ni..
tapi, di Hachimantai ni masih tidak boleh tandingi walls of snow di Tateyama, Nagano.
Di Tateyama- Kurobe Alpine Route, walls of snow boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter.
Memang sangat tinggi..hoho


dua gambar di atas ni ambik dari fb je. Malas nak edit bagai, tengok jela gambar dari instagram ni ye..

Mr K membuktikan ketinggian dinding itu..sangat tinggi..huhu
itupun dia dah jengketkan kaki masih tak boleh capai sampai ke atas tu..
laluan ni memang dibuat bagi membolehkan kita pergi ke RnR kat bahagian atas tu..
ada parking space di situ, letak kereta dan jalan sambil gedik-gedik ambik gambar..haha

Subhanallah..Mount Iwate..
kat tepi jalan tu adala satu lubang ni tau..
takde pun nihonjin yang bergambar kat situ
tapi memandangkan kami ni semua jakun, sanggup melintas jalan semata-mata nak ambik gambar dalam lubang ni..ni bukan snow tunnel..apa tujuan diorang gali pun kami tak tahu, takde orang yang boleh ditanya.
ni gambar dari kohai..
gambar atas nun gambar sebelum kejadian angin kuat yang menyerang kami..
ni gambar gedik tuan belog..abaikan.
gambar Mr K..tengok batu di belakang tu..boleh tersembul macam tu je.
gambar kanan bawah tu la waktu kejadian angin kuat datang tu..haha..sangat lawak gambar ni, serius macam berlakon pun ada..siap kena membongkokkan badan dan kena pusing mengadap ke sana..
nasib la ada signboard tu boleh dijadikan pelindung angin sekejap..
gambar hanak-hanak..
berdiri kat tebing yang bawahnya ada gaung yang sangat dalam..kowaii
waktu ni pun angin kuat tapi masih boleh berdiri tegak macam tu lagi..
kalau kat tepi sebelah sana tu masih ada lagi yang berskiing..
diorang cuma turun je kat tepi tu dan meluncur terus ke bawah..
ingat nak pergi tengok tapi bila pikirkan nak mengadap angin sejuk lagi pastu nak kena pegang kamera lagi, terus abaikan perasaan tu..haha.

ok..ni je gambar yang ada..itu pun agak penim nak pilih gambar yang ado..
semoga gambar ni dapat menyimpan segala kenangan sewaktu pergi ke sini..
saya sekarang ni adalah masalah penyakit pelupa..haisshhh..
kena rajin update blog untuk simpan kenangan di sini, kalau tak konpem saya lupa nanti..hehe

Monday, 14 May 2012

Afiya #My First Hanami

Salam wbt..Dah lama tak cerita pasal budak tecik ni kan. Alhamdulillah, dah sepuluh bulan dah dia ni..how time flies! Lagi dua bulan insya Allah setahun la dia dah..:))

Hanami lepas (22 April) merupakan hanami yang pertama jugak buat dia. Mama yang excited nak bawak dia pergi hanami. Afiya tak kisah pun sebenarnya..hehe mama je yang lebih-lebih. Budak manja ni sekarang pun dah ok dengan orang lain. Memula jumpa orang tu dia agak susah nak bergaul tapi biarkan lama sikit baru dia ok..Lega la sikit mama dia bila ada orang lain yang asyik dukung Afiya ni..hehe. Boleh melantak makan puas-puas..:p
Afiya bersama kakak Siti.
 Afiya dengan mama dan kakak Amni
bila dah lama kena pegang dengan orang lain,
nampak mama je terus jerit..
"mama..mama.."
 Afiya dengan kakak Fadhilah
 suka dapat pegang ball
suka bila didukung dengan kakak-kakak ni ye..


Friday, 11 May 2012

Hachimantai Aspite Line (Corridor of Snow)

Salam wbt..hehe..hari ni agak free walaupun pagi tadi rumah ni kecoh tah macam apa tah..haha, biasala mula nak sesuaikan diri masing-masing duduk di rumah dan belajar di rumah dengan mama yang garang macam singa jadian..eheh..tapi takdela sepanjang masa tu nak jadi singa je tengok jugakla keadaan waktu tu kan..kalau agak ketegaq tak nak dengar cakap mama, mulala berTUKAR..

Ok, hari ni saya update sikit pasal walls of snow tu ye..tapi, saya buat sampai part 2 boleh?hehe..gambar macam banyak, kalau saya nak collagekan rasa macam tak best pulak..tengok dulu camne, kalau tak dan jugak, terpaksa saya collagekan je gambar yang lain tu..

Hachimantai Aspite Line ni  di Iwate, kalau dari rumah kami dalam 30 minit nak ke kaki gunung tu..tapi bila nak naik ke atas tu agak  ambik masa jugak sebab jalan kecik dan bengkak bengkok macam ular kena palu. Aspite Line sepanjang winter dulu memang ditutup jalan ni due to heavy snow tapi dibuka balik pada akhir bulan April selama 20 hari sahaja. Untuk tahun ni, walls of snow yang dibuka adalah sepanjang 26km.. previously dalam 27km. takpelakan, beza 1km je pun. Ini pun kami tak pergi sampai atas sebabnya angin kuat sangat sampaikan kereta bergoyang macam kena goncang je..haha. Ketinggian dinding itu pulak ada yang mencapai sehingga 6 meter. Sangat tinggikan! Lagi satu, buat sesiapa yang nak pergi ke tempat begini dinasihatkan pakai winter clothes ye. Kat atas ni sejuk sangat disebabkan angin yang kuat. Lagi apa ye..takpe , nanti saya update dalam entry lain. Apapun, Alhamdulillah tercapai jugak impian kami nak pergi sini..

 belakang itu adalah Mount Hachimantai..
sekejap lagi kami akan naik ke atas itu..
gambar dari kaki gunung..
dah mula masuk ke dalam tunnel..
di nihon memang banyak sangat tunnel..
selalunya kalau kita nak tempuh kawasan yang bergunung, tunnel memang banyak sangat..
tunnel tu akan dibuat/ditebuk di tengah-tengah gunung itu sendiri..*sori, tak tahu nak terangkan camna*
untuk kes ni pulak adalah untuk snow shelter seperti di dalam gambar di atas..
ehem..saya suka gambar ni..terasa sangat terel..haha
kami pergi 2 kereta je..yang lain tak nak ikut..
sorry, banyak sangatla pulak gambar tunnel..
penulis waktu ni kemaruk ambil gambar tunnel..kononnya nak mengasah bakat yang tak seberapa ada ni :p
tak tahu apa kegunaan besi/tiang ini..
mungkin waktu lain kalau kami datang boleh tahu la kot apa tujuan di letak kat situ..
 subhanallah..
cuba lihat..ada some parts yang tak diselaputi dengan snow kan..
 ada warna tanah yang mengalir di tengah-tengah ..Masya Allah!
 semakin hampir ke pit stop pertama kami..hehe
 sign board yang menyebut jalan ini ditutp bermula dari 5.30pm hingga 8.30..*main agak je..;p*
jangan memandai-mandai nak masuk ke sini sepanjang waktu itu*eheh, itu saya yang tambah*
pit stop pertama..
angin waktu ini sangat kuat..
selepas je kami bergambar di sini, tetiba angin kuat datang..
semua terpaksa berpaling mengadap ke arah signboard untuk berlindung..
serius, memang waktu tu macam berlakon pun ada tau aksi diorang ni..
 aksi fido selepas keluar kereta..
saya rasa memang tempat angin kuat lalu kot*haha..sanagt tak cerdik teori saya ni:p*
saya rasa kalau dia lepaskan rambut dia tu memang boleh nampak betapa kuatnya angin tu..
sampaikan nak tutup pintu kereta pun agak susah..
 ni namanya takdo kojo, carik kojo..
nasibla waktu ni angin kuat tu belum sampai ke sini..sempatla dia naik ke atas tu ..
 waktu ni memang hanya mampu mengucapkan kata-kata pujian kepada Allah saja..
speechless..
 tak tahu nak tulis caption apa dah..
salah satu kekuasaan Yang Maha Esa..
selekoh sangat tajam..kepekaan dan ketenangan dalam pemanduan sangat diperlukan..
*ok, terasa sangat poyos*
Mount Iwate..



dah habis..
nanti saya sambung lagi naa..

p/s:adakah gambar ni sume terlalu besar?
kalau ye next time saya kicikkan sikit..

Monday, 7 May 2012

A quick update

Salam wbt..sebenarnya berkira-kira, samada nak terus berhenti berblogging atau buat tak tahu je. Lepas tu baru teringat tujuan saya berblogging pada mula-mula dulu adalah untuk coretkan segala kenangan sepanjang berada di sini. Memang kalau nak diikutkan sejak masuk bulan Mei ni takde masa langsung untuk bersosial di dunia maya*eceh*, cuma sesekali je menyapa kawan-kawan di fb..itupun tengok mood saya jugak sebenarnya..Sekarang anak-anak semua dah homeschool, memang agak mencabar..haha. Tapi takpe saya akan cuba sebaik mungkin. Rutin harian memang lari, nak tak nak saya kena ubah rutin tu mengikut keadaan sekarang. Takpe, nanti kalau free saya ceritala apa yang saya buat..kalau tau..hehe

Last week cuti golden week. Memang berjalan ke sana sini sampai rasa dah tak larat nak masak..:p

Hari ni cukupla yang ini je kot..Insya Allah, nanti saya update banyakkkkkkkkkkkk cerita..serius, banyak sungguh cerita dan gambar yang diperam..meh saya tunjuk serba sikit gambar yang ade..

ni sapa yang friend dengan saya di fb dah tengokla kot gambar ni..
saya pergi hujung bulan april hari tu..
wall of snow in Hachimantai..:))
nanti saya update cerita ye..

ni pulak hanami minggu lepas..
gambar di sekitar Morioka..
di Aomori belum transfer lagi..maleh..
gambar tulip pun ado jugak..pun belum transfer..
serba serbi maleh..takpe, nanti saya cuba jadi rajin jika masa mengizinkan..Insya Allah.

selain tu gambar masakan toksah cakapla..banyak jugak..
nanti saya update resipi yang saya cuba tuh..hehe..
padahal resipi biasa-biasa je pun..takdela segempak mana..

ok..itu je hari ni..ingat nak update pendek dan sekejap je, dah terlebih masa pulak dah..

p/s: jazakallahhu khairan kepada semua yang mendoakan kesihatan anak-anak saya hari tu. Alhamdulillah, semua kembali cergas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...