Pages

Saturday, 31 March 2012

Nursing Cover DIY

Salam wbt..ni antara projek geli-geli saya kalau anak takde kat rumah..Alhamdulillah, berjaya jugak membuat nursing cover sendiri. Ini semua dengan izin dariNya. Saja nak letak kat sini sebagai salah satu  pencapaian diri saya dalam hobi yang tak seberapa ni. Tapikan, nak menyiapkan ni pun ambik  masa yang lama..haha, yela nak menjahit tu kena ada mood tau..pastu kena tengok Afiya mood ok ke tidak..Kadang-kadang baru nak mula menjahit dia dah bangun. Nanti dia akan kacau kalau mama tak berhenti dan layan dia..Sepatutnya nursing cover ni cuma ambik masa sehari dah boleh siap, tapi memandangkan orang nak buat ni adalah tahap amatur dan tahap pemalas yang begitu meninggi, berminggu-minggula nak menyudahkan. huhuhu. Dah rasmikan 2 minggu lepas, tapi ni baru teringat nak ambik gambar..;p

Tutorial saya ambik dari sini. Cuma kelebaran kain tu saya tak ikut sangatla..Ikut badan saya yang kurus comel ni je..Sebelum ni ada nursing cover yang saya beli tu, tapi Afiya tak berapa suka sangat. Tu yang kena buat yang baru, lagi jimat kekdahnyakan..Jahitan takdela secantik mana pun, lepasla untuk dipakai sendiri.
taraa..
sori, aritu dah gosok, ni nak ambik gambar terus keluar dari dalam beg..
komot yang amat sangat, abaikan..:p
saya guna D-ring tu je..
senangkan untuk adjust tali tu ikut keselesaan kita.

Wednesday, 28 March 2012

Kabocha Tempura

Salam wbt...Dah alang-alang duk bertapa dalam bilik ni, saya update la satu lagi ye..Ma little princess tak bagi mama dia bergerak ke mana-mana pun, kalau nak jugak kena bawak dia sekali.
Semalam Mr K bawak balik sekilo kabocha (labu) yang dah siap potong..Sangat nipis memang sesuai untuk dibuat tempura. Beli di kilang sayur, 1kg cuma 150 yen..Cukup banyak kot, konpem muak makan kabocha lepas ni..hehe Bila balik tu, mintakla saya buatkan tempura. Sebagai isteri yang solehah*ehem* seharusnya saya buatkan aja permintaanya itu *tetiba ada slang indo pulop*..Guna je tepung tempura itu, kasik bancuh sama air, kacau-kacau tepung hingga jadi sebati dan goreng..Senang sangat kot. ;p


Actually, untuk dapatkan potongan yang sama nipis dan rata tu, Mr K kata diorang potong guna mesin..
Labu tu akan diletak kat tempat sepatutnya, lepas tu mesin tu terus pappp*macam tula kot bunyi dia potong* dan pekerja akan angkat labu tu..labu tu masih dalam keadaan sebiji lagi, cuma dia dah terbelah   kecil-kecil tapi belahan tak sampai ke bawah..mereka akan belah dua untuk buang biji dan selepas tu baru diorang akan pisahkan belahan-belahan yang dibuat oleh mesin tadi..
eh, faham ke?sori, takdo gambar la..saya rasa kalau dibuat secara manual memang tak dapatla senipis macam tu dan size pun tak sama je kan..
tu ha sekilo..sangat banyakkan..
pitam mak nak  ngabiskan semua tu.. takpe, esok, lusa makan la kabocha tempura lagi..huhu
yang saya angkat guna hashi(chopstick) tu saja poyo je..haha
besar macam tu terel la saya nak pegang, 
tapi kalau cekodok nak angkat guna hashi konpem hangusla jadinya..hehe
eh, Kak As terel tau angkat cekodok guna hashi..kagum sekejap saya time tu..ekeke

jemputlah minum petang..
kalau lepas makan tempura ni saya suka minum air kosong..
sebab dia agak berminyak kan, kalau saya minum air yang manis-manis konpem loya lepas tu..

Haru..Sakura..Haru...Sakura..

Salam wbt..Ni ha baru je sejam keluar matahari, tapi makcik malas nak jemur baju di luar. Sejuk kat luar tu walaupun nihonjin ni dah lama dah duk jemur kain kat luar tu. Hari tu adalah 2 kali saya jemur kat luar kot, tapi bila petang nak angkat balik bercinta nak keluar ke balkoni tu. Lagi cepat kering bila jemur baju kat dalam bilik dari jemur baju kat luar nun..hehe Pagi tadi sejuk ketaq-ketaq, yuki turun dengan lebat bersama hujan, nak suruh anak-anak mandi pun susah..

Haru kat tajuk tu bermaksud spring..bukan haru biru hidupku..hehe *ok, tak kelakarkan* 

Tahun ni hanami (flower viewing) kami nak ke Hirosaki, Aomori. Ini kiranya antara tempat yang paling cantik untuk hanami di Tohoku, Jepun ni. Tak kira, kalau adik-adik ni tak nak pergi takpe, kami boleh pergi sendiri. Lagipun Insya Allah ni adalah spring terakhir kami kat sini before back for good nanti. Tahun pertama dah pernah pergi ke situ, boleh baca kat sini..

Tadi duk tengok balik gambar kami naik sampan, wahhhh..sangat syiok..tahun ni tak tahula boleh naik lagi tak..huhu. Afiya kecik lagikan. Ai is takut nak bawak dia naik sampan itu..

sangat teruja beb time ni *walaupun perut duk kecut takut sampan bocor atau terbalik:p*
naik sampan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Subhanallah..
sakura yang berjuntaian di tebing tasik itu..
sangat cantik..


lepas tu nak jalan kat sini yang mana pohon sakura penuh sepanjang koen (taman)
koen ni sangat besar boleh semput nak habiskan satu koen ni..
walaupun Hirosaki agak jauh dalam 250-300km dari Morioka, 
saya tak kira nak pergi jugak..

Waktu hanami jugak waktu paling best..Sesiapa pencinta bunga macam saya, waktu inilah sesuia untuk menembak segala jenis bunga..bercita-cita nak dapat micro lens*tetiba..harap-harap orang tu baca;p*..Lepas dah habis sakura, lepas tu adalah musim tulip..lepas tu ros..lepas tu macam-macam jenis bunga sampai tak tahu nama bunga tu pun..main tembak je, simpan dalam koleksi gambar bunga-bungaan saya..Lagi apa ye..ha, waktu ni jugak cuaca nyaman je. Time nila boleh berpiknik sakan. Selalunya kami akan bawak bento ala potluck, jadi bila dah gather suma orang boleh makan bermacam-macam jenis..slrrrrpp..tetiba lapaq.Alamak, encik Kamil dah balik..ok,got to go..petang sikit ai BW na..sayang korang semua*tetiba*;p

Tuesday, 27 March 2012

Tuna Burger Chef Wan

Salam wbt..ai is mengantuk, huhu. Ma little princess tak sihat, clingy like a koala. Seriously, this time bila dia tak sihat dan demam, she is super cranky and clingy.Langsung tak nak dengan babah dia, nak mama je. This time pun nampak dia tak larat sungguh even nak merangkak pun dia tak mampu. Tapi, semalam dah bawak pergi klinik, so dapatla bagi makan ubat cepat-cepat. Takut tau kalau dia kena masuk hospital lagi. Semalam saya cakap jugak dengan babah dia ni, kot-kot dia kena demam campak kot. Untuk budak bertiga tu diorang time macam nila selalunya kena campak. Afiya pun nampak macam sakit je, malam asyik mengerang dan tak nak makan langsung. Tapi nasib dia nak menyusu . Alhamdulillah, hari ni nampak dah sihat sikit. Dah nak makan sikit. Dah boleh senyum dengan kakak dia..For the record, hari ni still snowing. Subhanallah..Dari last week hari khamis, snowing bersama dengan hujan. Jadi snow tu tak menebal cuma jalan jadi becak dan kotor. Suhu sekejap panas, sekejap sejuk terlampau. Nanti saya tunjuk la gambar snow flakes yang turun besar-besar sungguh. Kalau kena badan dan kepala mesti berlekuk jadinya*ekeke..yang tu saya tipu..;p*

jemput sarapan..:p

Burger ni saya buat last week, hari khamis ke rabu. Tak ingat la pulak. Tapi sangat sedap uols. Anak-anak nampaknya lagi suka burger tuna dari burger daging. Takpe, mama boleh buat lagi, lagi pun sonang je nak buat dia kan..Resipi ni ambik dari CMG. CMG pulak guna resipi dari Chef Wan. Terima kasih CMG, kongsi resipi yang sedap ni. Memang berbaloi guna resipi ni. Highly recommended!

saya guna 3 tin tuna
dapatla 8 keping tuna patties 
patties tu saya tambah lagi dengan shredded cheddar cheese..
yummy..yummy 
Tuna Burger
source: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tin ikan tuna (setiap satu beratnya 185g) ditoskan- saya guna 3 tin tuna :80g each
2 camca besar cincangan bawang besar (mat guna 1 biji)
1 camca besar daun parsley, dicincang
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan serbuk roti (mat guna serbuk roti kaler oren)
1 camca besar mentega, dicairkan
1/2 camca teh mustard
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 cawan mayonnaise
Mentega untuk menggoreng kepingan burger tuna 

*saya tambah shredded cheddar cheese dalam 1/2 cawan*


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Campurkan semua bahan2 diatas kecuali mentega untuk menggoreng. Gaul rata2 dan biar sejekap. Ketepikan.
  2. Untuk mendapat saiz kepingan burger tuna yang sama besar, mat bagi bancuhan tadi kepada 8 bahagian yang setiap satu beratnya 70 gm.
  3. Alas plastik atas papan pemotong, letak bulatn besi berukuran 4 cm atas plastik tadi. Ambil 1 bahagian adunan, ratakan dalam lingkaran besi tadi, tekan2 biar padat. Keluarkan perlahan2, kemaskan dan alih dalam pinggan besar. Buat hingga siap. Simpan dalam peti sejuk sejekap.
  4. Panaskan sedikit mentega dalam non-stick pan, goreng kepingan burger tadi sehingga kuning keemasan, dengan cermat, terbalikkan dan masak lagi hingga keemasan. Angkat dan boleh digunakan...
 
gambar dari iphone..
time ni makan untuk burger yang ke2..haha..gila melantak kan..;p

Saturday, 24 March 2012

Sungguh enak dimakan begitu saja..

Salam wbt..saja geli-geli update hari minggu. Sangat kepohci kan..haha. padahal kat fb dah letak dah gambar ni, tapi kat sini tetap nak letak jugak tau. Biar ingat sikit jasa dan budi orang yang membeli dan membawanya. Orang berbudi kita berbahasa..Malam ni ajak dia dinner sekali dengan kami..sian dia, mesti takde mood nak masak lagi kan..ececeh

tara..................
hehe..dah..dah korang yang kat Malaysia jangan la cakap, 
"eh, roti gardenia pun nak tepek kat blog ke"..
haha.sangat kepohcikan..ala, macam la tak tahu roti kat sini bukan suma boleh dimakan, 
kalau nak yang sedap tu kenala rajin sikit buat sendirikan..
kirim kat adik Fido..
muahaha..puas mak dapat makan roti butterscoth tu. setahun beb tak makan roti tu..
kami dulu tetiap kali nak balik sini, mesti bawak stok roti balik sini..
selalu kalau flight malam, tengah hari tu babah diorang akan pi beli roti yang sampai hari tukan..jadi boleh tahan lama dalam 2 ke 3 hari jugakla..
walaupun roti tu akan jadi kemek, abaikan je. Rasa tetap sama deh..
boleh jugak dibuat bekal makan dalam shinkan @bullet train..
tapikan, roti yang delicia tu dah tinggal 2 bungkus je..
bun ikan bilis masih ada..pagi tadi budak bertiga dah makan sampai 4 bungkus..

 
muka teruja makan roti..
bebudak ni memang jenis bangun awal..kalu faeiq tu pukul 6 pagi dah bangun..
ni pukul 7 pagi dah sarapan..pastu pukul 10 dah lapar balik..makan kepsi pulak..
pastu pukul 11.30 Amni mintak makan nasi pulak..
mama pun cakap..tunggu babah balik sekejap lagi kita makan sama-sama..

 
ni makan tengah malam tadi..
tunggu orang tu balik bawak benda ni semua 
dah dekat pukul 11.30 malam baru sampai rumah..
kebulur bini dia ni ha..sanggup tak makan nasi tu sebab nak makan benda ni :p

oklah..tu je untuk hari ni..



Thursday, 22 March 2012

Strawberry and Chocolate Trifle

Salam wbt..ehem, dah petang baru free. Nak kongsi resipi yang sangat sedap..slrrrppppppppppppp..haha. 1st attemp buat trifle. Sangat sedap uols. Waktu makan ni rasa nak nangis tau sebab bila baru gigit sikit, terasa cream cheese, bila gigit lagi dalam rasa  coklat pula. Tapi, dapat makan sikit je pun sebab memang niat nak hidang untuk tetamu minggu lepas..Makan sikit tu pun sebab nak rasa macam mana la rasanya..kot tak sedap, kononnya takyah la keluarkan kan, tapi bila dah rasa kesedapannya tu nak makan lagi, dah tak boleh..:( Takpe, next time kita buat lagi ye, lagi pun ramai yang request suruh buat lagi ni ha..Terima kasih TTM share resipi yang sodap ni. *eh, terasa macam stalker la pulak, banyak sungguh resipi dari sana sejak akhir-akhir ni kan..*
 
untuk lapisan pertama tu saya letak strawberry dan blueberry..
saja nak ngabiskan stok blueberry yang hampir kecut..:p

 
see..
lapis pertama tu kek coklat,
lapis kedua  strawberry  dan blueberry
lapis ketiga tu yang paling sodap tau..coklat kastad..nangis bila dapat gigit yang tu..
lapis keempat pulak super duper yummy..cream cheese, 
pastu dapat pulak gigit stoberi yang masam manis tu..
kalau ada hazelnut atau almond lagi sodap kot..


Resipi asal Black Forest Trifle
source: TTM..terima kasih kak. share kat sini pulak naa..
           untuk step by step nak buat trifle boleh pi tengok kat blog TTM

Lapisan pertama
Bahan
Kek Coklat - kalau boleh beli, lagi senang. tapi saya kena buat sendiri 
dan guna resipi Super moist Eggless Chocolate cake

-Potong kek kecik- kecik ..susun dlm bekas.  

Lapisan kedua
Bahan:
2 x 415g cans stoneless black cherries in syrup- guna 
strawberry  fresh dan  blueberry kecut..haha
1 1/2 tbsp air panas
2 tsp gelatin

- asingkan 1 1/2 cwn syrup dlm mangkuk.
- campur air panas dgn gelatin, kacau hingga larut.
- campur dlm syrup. Kacau sebati
- Tuang atas kek
- tabur semua cherries.
- sejukkan dalam peti ais selama 30 minit 

Lapisan ketiga
Bahan:
2/3 cawan tepung jagung
1/3 gula kastor
2 1/2 cawan susu segar
200g dark chocolate

- campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
- tuang susu perlahan2 sambil kacau.
- Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
- masukkan dark chocolate, kacau sampai larut.
- Tuang atas lapisan kedua
- sejukkan selama 15 minit 

Lapisan keempat
Bahan:
2 x 250g packet cream cheese
1/3 cawan gula
300ml thickened cream-whipping cream 200ml

- pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.
- masukkan thickened cream. Pukul hingga sebati.
- tuang atas lapisan ketiga. tutup bekas.
- sejukkan 4-6 jam dlm peti ais
- Taburkan dry-roasted almonds atau hazelnuts dan chocolate. 

Wednesday, 21 March 2012

MamyPoko..MamyPoko..kami suka MamyPoko..;p

Salam wbt..*This is not an advertorial or paid post*..eceh, kena terangkan dulu, kang ada orang ingat saya dibayar pulak bila cerita pasal mamypoko ni ha. Entri ni lebih kepada nak cerita pengalaman kami dengan diapers anak-anak sepanjang mereka membesar ni. 
 
Umum ramai yang tahu Amni dan twins beza hanya setahun je. Jadi, sewaktu kami kat Malaysia sebelum datang sini lagi, memang guna diapers tu banyakkkkkkkkkkkkkk sangat. Seriusly, sangat banyak. Sebulan tu memang spend duit untuk diapers je dah lebih dari duit makan kami sebulan. Bayangkan, Amni baru setahun lebih dan twins pulak baru lahirkan, memang beli diapers tu dah jadi macam apa dah. Saya ingat lagi, twins baru lahir, satu hari je dah guna berpuluh kot. Newborn kan selalu poo poo, jadi, tersangat banyak diapers yang diguna. Nak guna nappy liner, saya macam tak yakin je..haha..last-last, walaupun sikit je hasil buangan diorang tu tetapla saya tukar.  Tak salah saya waktu tu cloth diapers macam baru lagi kat Malaysia dan bila benda baru ni harga memang mahal lagi kalau nak dibandingkan dengan harga sekarang ni.. Nak guna napkin saya tak cukup rajin waktu tu. Sanggup ke nak basuh banyak-banyak..hehe, nak masak pun kadang-kadang tak sempat tau waktu tu. Ikan goreng dan sambal belacan pun  beli..sapa yang ada anak kembar tahu la kot macam mana kesibukkannnya, ke saya sorang je yang pemalas sibuk macam tu.huhu..:p


Dulu, kami kalau buat weekly shopping kalau nampak ade diapers murah je mesti kena beli..Yang bagusnya twins ni jenis kulit yang tahan lasak sikit. Tak kisah brand apa pun kami pakaikan je. Kalau Amni tak boleh. Jangan sebarangan beli diapers untuk dia. Kalau tak sesuai, nanti habisla merah-merah naik ruam. Segala jenis brand kami beli kecuali MamyPoko. Mahal kot nak beli, pastu nak guna untuk 3 orang pulak tu..Kayap babah jadinya nanti..So, memang kat sana tak pernah gunala MamyPoko.


Bila duduk kat sini, MamyPoko lah pilihan kami. Sebabnya tersangatla murah. Mungkin kami beli di negara MamyPoko 'dilahirkan'. Rasanya MamyPoko kot yang paling murah kat sini kalau nak dibandingkan dengan brand lain dan ramai jugak kawan-kawan kat Nihon ni pun guna MamyPoko jenis ni. Mungkin ada la yang guna brand lain, ikut pilihan masing-masingla kot. Kalau tengok gambar kat atas tu, size BIG (XL) ada 48 pieces + 4 pieces cuma 1180 yen. Cuba convert ke RM berapa..ada yang satu jenis pack lagi, dalam dia adala 36 pieces, yang tu kadang-kadang boleh dapat dalam 798 yen je. murahkan. Lepas tu kat sini dari mula memang beli jenis MamyPoko Easy Fit Pants. Sangat memudahkan kerja kami ibu bapa yang agak pemalas rajin ni..;p Easy fit pants sangat sesuai untuk anak-anak kami yang tersangatla aktif ni. Bila tengok diorang duk berlari-lari sana sini pun tak yah risau kot-kot diapers tu terlondeh ke..Sebabnya easy fit dengan pinggang dan punggung diorang. Lagi satu tak yah risau takut terbocor ke sebabnya kat tepi tu memang dibuat double leak guard. Tapi, kot nampak dah penuh tu, tukarla ye, jangan dibiar anak tu pakai lagi, dah tentu nanti bocor. Tak pasal-pasal dari takde kerja jadi kerja pulak kan..Easy fit pants ni pun sangat senang kalau nak ditanggalkan, kita cuma koyakkan je bahagian tepi tu dan gulung pastu gunakanlah sellotape yang memang sedia ada kat situ dan buang. Senangkan. Kalau malam-malam nak bangun tukar diapers anak sambil lelap mata pun boleh buat..haha..dasar pemalas perajin..;p
kalau tengok gambarajah di atas ni, 
dalam satu pack tu adala 5 jenis diapers corak yang berlainan..
yang ni kami dapat mickey mouse..kadang-kadang adala chipmunks ke..macam-macamla..
selalunya kalau twins ni suka memilih sikit especially Faeiz. 
Tak nak yang tu, nak pakai yang ni..suka hatila nak, asalkan pakai..
nampak sellotape tu, ha yang tu bila dah koyakkan tepi diaper tu, 
kita gulungkan dan sellotape je.
senangkan takdela bersepah-sepah ke nanti..

Sekarang ni kalau kat sekolah twins ni dah diaper free. Jadi, penggunaan diapers tu dah berkurangan. Sehari tu kalau bekalkan setiap seorang 3 pieces pun, selalunya nanti bila bawak balik used diapers tu adala dalam 3 pieces je kot. Kat sini, used diapers harus parents bawak balik. Setiap pagi kena bekalkan plastik untuk sensei letakkan used diapers tu nanti. Kalau sebelum ni setiap hari kami akan bekalkan seorang dalam 6 pieces diapers. Habis tau. Kalau seminggu sekolah, kami bekalkan dalam 60 pieces. Pitam waktu tu nak bekalkan diapers untuk sensei ni ha. Sensei ni akan tukarkan diapers diorang dalam 2-3 jam sekali, jadi kalau ambik petang tu memang habisla. Kalau ada sale, babah diorang ni belila banyak-banyak. Kalau ada jenis jual sekotak terus, beli sampai 3 kotak sekali. Dapatla jimat dalam 2 minggu. Nasib baik Amni cuma pakai diapers waktu malam je..
 kalau ada yang dalam kotak macam ni selalunya dijual murah..
dalam 1480 yen kot..entahla tak ingatla, lebih kurang macam tu la.
ada 3 pack dalam tu, setiap pack ada 26 pieces.

  yang ni pulak untuk budak tomei sorang lagi..
lepas lahir kami pakaikan brand pampers, sebab mamypoko takde yang untuk newborn..
dah masuk 3 bulan tukar yang ni pulak..
absorbency sangat bagus..
Afiya ni masih pakai saiz S lagi..haha..
serius sangat kecik dia ni. takpe, jimatkan..
dulu-dulu, waktu pregnantkan dia, berazamla jugak nak guna cloth diapers kat sini.
kat sini cloth diapers sangat murah..
tapi, bila memikirkan winter season yang lama kat sini, lepas tu nak membasuh dan mengeringkan tu agak membuatkan saya menolak idea tu..
mana ada dryer wei kat rumah ni, kalau ada nak jugakla guna.
nanti kalau jemur dalam rumah mengharapkan heater je,
saya takut macam tak kering sangatla pulakkan

Okla..itu saja cerita hari ni..cerita pasal diapers anak-anak je pun. Nanti tahun depan, back for good nak bawak berkotak-kotak daipers ni. Boleh buat stok untuk Afiya pulak..haha..kat Malaysia mahalkan diapers. Ingat kami balik tahun lepas dan sebelum-sebelum tu la, nangis tengok harga diapers kat Malaysia, brand yang biasa-biasa je pun dah mencekik darah..:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...