Pages

Thursday 14 July 2011

Nur Fadia Afiya


Salam wbt. Baru ada kekuatan dan sedikit masa untuk update. Alhamdulillah, telah selamat bersalin pada hari Jumaat yang lepas 8.7.2011 pada pukul 5.32 pm. Bersalin secara normal tanpa sebarang pain relief diambil (walaupun sebelum ni tak pernah ambik, tapi cuma waktu tu rasa nak ambik je, nasib baik memang takde..:)

Pada mulanya, sebaik saja baby Afiya lahir dia menangis dengan elok sekali. ye, keluar je ke dunia ni, memang menangis, tak perlu nak tepuk punggung. Selepas dah bersih semua, Mr K azan dan iqamat baby Afiya. Selepas tu saya dibagi peluang untuk BF baby Afiya dalam 10 minit lepas tu nurse dah ambik untuk dibawa ke nursery. Itu jela saat yang saya berpeluang untuk pegang dan direct BF dia sehingga hari ni :(

Pada malam tu, lebih kurang pukul 8.30pm barula kami tahu keadaan sebenar baby Afiya. Tanpa pengetahuan kami, baby Afiya telah dipindahkan ke NICU. Setakat waktu tu apa yang kami tahu baby Afiya ada masalah dengana sistem pernafasan dan paru2 dia pun ada sedikit air ketuban yang doktor suspected dia terminum sewaktu kelahiran tu. Jadi, Mr K kenala tunggu sehingga paed datang jumpa dia dalam pukul 11pm. Waktu tu memang kami dah cuak dan hanya mampu berdoa semoga Allah beri yang tebaik untuk baby Afiya. Saya? Waktu tu memang tak terasa apa2 dah, rasa macam kosong je. Mungkin penat dan rasa macam tak boleh terima dengan apa yang doktor cakap. Last2 malam tu saya tertido tanpa sempat tahu apa yang sebenarnya yang terjadi.

Malam tu sebelum Mr K balik (around 12am), sempatla dia tulis surat untuk saya. Surat tu midwife bagi kat saya waktu awal pagi tu terus saya baca. Bila baca tu, saya rasa macam entahla..korang tahu rasa tu?tak tahu nak explain macam mana rasa tu. Apa yang ditulis, paed kata baby Afiya ada masalah dengan Low Respiration Syndrome -"which indicated by low oxygen percentage in blood and low heart beat. as for the result, baby is now in the incubator to ensure sufficient oxygen supply." ini antara isi kandungan surat Mr K pada malam tu. Selain tu memang adala air ketuban dalam lung dia dan untuk itu harusla diberi penicilin dan glucose untuk treatment.
Hari pertama baby Afiya penuh dengan wayar sana sini kat badan dia..:(

waktu ni rasa macam nak tukar je badan saya dengan dia.

Jadi, hari sabtu tula baru saya tengok baby Afiya. Mula2 tengok perasaan yang sama macam malam semalam tu ada lagi. Rasa ,macam tak percaya je. Waktu tu saya tengok dia sekejap je, tak sanggup tengok lama2. Bila petang pergi sekali lagi dengan Mr K, baru ada perasaan tu. Memang sedih sungguh. Tengok tangan dan kaki dia lebam2 kena cucuk. Petang tu bila Mr K dah balik je, mula la episod drama queen saya. Nak tido pun menangis. Itula rutin saya kat hospital waktu tu, lepas tengok Afiya nangis, bila masuk waktu maghrib pun nangis, nak tido nangis, terjaga tengah malam nangis. Memang fragile sungguh emosi waktu tu. Bangun pagi mata mesti sembab.

Sekarang keadaan baby Afiya pun makin lama makin sihat. Saya discharge dari hospital hari selasa, jadi memang hari selasa tu hari blues sayala. Sikit2 nangis, tapi bila ada orang datang melawat, diorang nampak saya happy je. Ye, saya memang pandai berlakon. Dalam hati, toksah kata sedih macam mana. Saya discharged tu hari ke 4 baby Afiya lahir, pastu saya cakap dengan Mr K ,saya tak dapat lagi nak bau baby AFiya. Saya tak tahu bau dia macam mana. Setiap babykan bau dia berlainan. Jadi, tengah hari yang sama tu bila saya melawat dia tu, saya letakla hidung saya kat tempat lubang tangan kita di incubator tu, saya pun hidula. Memang bau baby Afiya, walaupun itu baru pertama kali saya dapat bau dia secara jauh pun, tapi saya tahu itu bau dia. Bila keluar, terus telefon Mr K sambil nangis2 bagitahu dia saya dah dapat bau baby Afiya.

waktu ni saya pergi melawat dia sorang2..bila tengok dia macam ni je, terus nangis kat situ (cover gakla nangis tu dengan tudung)

Oklah..saya pun tak tahu apa yang saya tulis. Rasa macam bahasa saya kelam kabut je. Mesti ada yang tak paham kan..Maafla, nanti bila baby Afiya dah keluar, saya tulis baik2 okay. Sekarang ni apa yang saya harapkan, hari ni dapatla saya dukung baby Afiya pulak. Hari ni dah masuk hari ke 6, saya rindu sangat nak pegang dia. Sejak balik ke rumah ni, malam pertama je saya menangis. Itupun dah puas Mr K pujuk, siap tido sebelah saya lagi, baru saya okay. Malam tadi, alhamdulillah, dah tenang. Mungkin ada anak2 yang lainkan, kesian pulak diorang bila mama ni asyik bersedih. Life must go on..:))

ni hari selasa aritu. Nangis nak susu lagi, tapi baby Afiya boleh menyusu 3jam sekali je.
jadi, nurse bagi jela puting ni nak bagi dia diam.
memang sedih, saya pujuk dia, tepuk2 dada n usap2 la rambut dia sampai dia tertidur.
dapat la jugak saya tidur kan dia hari tu:))

28 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sayu nyer haty ai baca...lia plz be strong sebab ini duagaan dariNYA...insyaAllah berkat doa dari semua orang baby afiya akan pulih....lia dalam pantang x elok menangis dan sedey banyak sangat...sapa yg lihat anak sendiri dalam keadaan gini akan rasa sedih....tawakal ya lia...ai x sure ini kebetulan ataw tidak...ada 3 4 orang kawan ai yg bersalin kt nihon mesti baby tertelan air ketubuhan...ai dont know why??? satu doa ai baby afiya kembali cihat dan pulih....x nak type panjang lagi nanty buat lia lagik sedey and ai pow mata da kuar ayaq mata...uwaaaa.....semoga Allah permudahkan segalanyer...padanyer bersujud....hugs~

khairimn said...
This comment has been removed by the author.
Chik Mimi said...

Assalam Lia ,alhamdulillah Lia dah selamat bersalin,InsyaAllah semoga baby Afiya akan pulih ,yes life must goes on dear ,Lia kena kuat demi anak2 yang lain juga baby Afiya
Take care dear

Asmara said...

sorry dear! hehe.. tersign in guna acc. en.mkmn pulak. pastu terdelete la pulak. jgn bersedih k, nnti calling2 lgi. :D

Amie said...

selamat pagi Lia,
bersabarlah dik....insya-Allah semuanya akan berjalan dgn baik, dugaan dan ketentuan Allah, tak siapa dpt menghalang...tabahkan hati & kuatkan semangat.

Hanis MY said...

tahniah atas kelahiran baby Afiya yang sangat comel... semoga keadaan dia semakin pulih insyaAllah..doa hanis bersama Afiya. kuatkan semangat ramai di sekeliling Lia tu, hasben dan anak2...

Sheila Shafeareen said...

Salam tahniah dpt bby baru....doa kami disini moga bbg Afiya cepat pulih....dan mamanya jgn murung , sedih sagat dlm ptg ni ye...byk bedoa.....tack care

AmY DeaN said...

Salam...tahniah selamat melahirkan..comelnya baby.
Banyak2 sabar kak..masih dlm pantang jgn terlalu diikutkan sedih dan murung. Harap akak tabah..kuatkan semangat ye kak!

Banyak berdoa dan tawakal pada yang Esa. Insya Allah..dengan iringan doa dari kami sekeluarga dan kawan blogger yg lain, baby NUR FADIA AFIYA cepat sembuh dan membesar spt anak2 lain. AMIN...

Acik Erna said...

assalam kamalia..sayu dan sedih..semoga baby cepat sembuh dan dapat bersama ibunya dirumah..semua ibu2 disini memahami perasaan kamalia..

Anonymous said...

maksu..sedih bile bce entry ni..hope mksu n pksu kuat hadapi sume ni..n harap bb afiya cepat sembuh..nnt dah blik msi bley main dengan sepupu2 yg lain..hug n kiss for bb afiya.. :*

desperate mama said...

ya ALLAH, semoga baby afiya cepat sembuh...

owh, i've a lot of things to say to comfort u... but i know, no words can comfort u...

what i can do, just pray for afiya... n cry together with u... :'(

ijayuji said...

Salam lia! siannyer bb afiya! kalau kita yg tgk ni pun dah sebak lglah lia ibu sendirik afiya :-( tak pe doakan utk kesihatan bb afiya semoga cepat2 sembuh insyaAllah! kalau leh jenguk nak sgt dtg jenguk.. alaaaa lia niii rileks2 dulu bb dah balik umah baru lah leh upadate tulisan pun nanti agak kemas sedikit hihihi... take care jugak lia! selamat berpantang!

~: nisa :~ said...

Tahniah atas kelahiran baby comel afiya.. semoga baby afiya cepat sihat sebagaimana indah namanya afiya seterusnya boleh berada dalam dakapan mamanya selalu.... mmg sedih bila lihat baby dengan wayar2 tu.... kesian....

Hanis Azla said...

bergenang air mata akak baca entry ni.. semoga baby afiya cepat sembuh dan terus sihat dan semoga awak terus kuat.. masa anak sulung akak kena stay kat hospital ddk bawah lampu sbb juandice sehari lepas lahir pun bagai nak rak akak sedih.. tgk baby ni penuh dgn wayar2 lagilah akak rasa sedih..

Maira Anjami said...

omedetou di atas kelahiran baby Afiya..Tumpang bersedih T_T..sye doakan semoga baby Afiya cepat sembuh dan mamanya diberi kekuatan oleh-Nya..InsyaAllah..

TopsyTurvyMum said...

Salam Lia,
Sebak akak baca citer LIa ni lagi2 dengan gambar baby Afiya.
Semoga lia tabah dan baby Afiya cepat sembuh, InshaAllah takde apa-apa yang serius, amin.
Take care dear.

Juwita Jamaludin said...

Lia.. sabar ye.. Lia kena kuat walaupun akak tahu macam mana perasaan Lia.. sabar tau.. insyallah baby Afiya akan sihat cepat sentiasa berdoa ye... jangan sedih2 awak tgh pantang tau.. jaga diri juga..:)

cplud miera said...

akk, sabar yer..mgkin ade hkmah disebalik sume ni. harap akk tabah dan baby afiya cepat sembuh. amiin

So Shy Lady (SSL) said...

tahniah ya! kuatkn smangat, akak dlu pun pnah gak dpt ujian sms pntang. bykkn bdoa untk tenangkn hati. insyaAllah moga dpmudahkn sgalanya. amin

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak lia...
1st cma nk ucapkan tahniah atas kelahiran bby afiya...sungguh comel..ketap2 bibir tgk dia..:p

dan utk ka lia..tabahkan hati ye..cma sendiri sedih tgk wayar berselirat kat bdn dia..huhuhuu....:(insyallah bby afiya akan sihat n ceria..akak dlm pntg jgn emosi sgt..x baik utkt kesihatan..

Cik Akma said...

dear...sorry la lama aku tak tanya kabar..tahniah diatas kelahiran afiya...harap ko kuat ye...sebab aku tau ko memang kuat..aku sentiasa doakan ko n bb afiya sihat n selamat semuanya...jgn sedih2 sgt..nanti efek pd diri...take care ok...hug n kisses for both of u

ida said...

salam, semoga lia tabah..insyaAllah, tak lama lagi Afiya will be home.Birthdate yang sama dengan my twin.I pray for her.

mrs kayrul said...

salam kak lia..tahniah atas kelahiran baby girl..comel sangat...harap baby afiya cepat sembuh dan dapat balik rumah..

Ida,Japan said...

Tahniah Lia.....comelyer baby tuu
apa2 pun harap baby cepat sembuh,..insyaallah

munna said...

salam lia...

menitik air mata munna baca n3 kali ini....bersabarlah lia..InsyaALLAH baby Afiya akan cepat sembuh..munna doakan ....

Kelab Kembar Malaysia said...

tahniah! moga baby afiya cepat sembuh dari sakitnya itu! InsyaAllah amin.. comelnya dia! :)

anie,Nagoya said...

tahniah lia.terlewat.

sayu kkanie baca n3 ni.moga lia kuat ya.insyAllah...Afiya pun akan sihat.tak sanggup tgk bb begini.Afiya kene kuat ya.

sabar dubai said...

sayu kak lia saba bace n3 ni...ngalir airmata....saba br dpt nk bace full sbb mgu lepas bz dgn fil datang..papepon harap dieri kekuatan yer..insyaallah berkat doa semua baby afiya sihat nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...