Pages

Thursday 27 December 2012

Hachimantai National Park

Salam wbt. Walaupun sekarang  ni dah winter, tetapla jugak nak tepek gambar autumn aritu. Maaf, agak lambat nak share gambar di sini. Kali ni kami pergi ke Hachimantai National Park. Ingat tak Corridor of Snow yang saya pergi bulan April aritu? Kalau tak ingat boleh klik link yang saya bagi tu. Ini tempat yang sama jugak cuma view yang berbeza sahaja. Tapi, sekarang ni dah winter tempat ni memang dah tak boleh masuk dan akan dibukak balik dalam awal April tahun depan. Hachimantai National Park ni memang kawasan bergunung jadi tempat nak ambik gambar bersama daun-daun warna-warni agak susah jugak sebenarnya. Jadi, apa yang boleh dibuat, ambik jela gambar pokok-pokok je..

kita boleh nampakkan yang pokok-pokok tu bermacam warna.

warna hijau, kuning, merah, oren..
tetiba kami nampak ada satu tasik di sini..
Subhanallah, tengah-tengah gunung tu ada sebuah tasik yang berwarna hijau kebiruan.
 lalang yang kekuningan..hehehe (bukan padi yang menguning tau;p)
ada satu shrine kat sini..tapi kecik je.
cepat-cepat...cuba tengok yang dibawah gunung tu..
saya suka gambar ni..kita boleh nampak pokok yang berwarna-warni..
kalau kita tengok di gunung yang jauh sekali tu kan, kita boleh nampak cahaya matahari kat situ, tapi kalau gunung yang di tengah-tengah ni memang cahaya tak berapa dan gambar yang paling dekat ni cahaya matahari terang menyinar..
stairway to mountain..Mount Hachimantai
time ni kami nak naik gunung yang kat atas sana tu..
tak ingatla berapa meter dari paras laut, malas nak gugel..haha
tapikan, saya ni kan malas nak exercise semua, bila nak naik tangga ni sampai atas..pancittt jadinya..
terkeluar lidah..haha semput sekejap..
yang bestnya, ramaila makcik pakcik nihonjin ni yang naik ke atas
memang kuat sungguh diorang ni.
anak-anak memang sukala, siap berlari-lari lagi
kami orang tu ni je yang terhegeh-hegeh..hohoho
Bila dah sampai di puncak tu, kami dapat jumpa tasik lagi..
ada dua tasik kat situ..yang ini adalah Hachiman Pond
ini salah satu tasik yang saya sebutkan tadi..
angin sangat kuat waktu ni..
sejuk brrrrrrrrrrr..
Afiya yang lena tidur di dalam pelukan babah..;p

ini berdekatan dengan hot spring kat bawah gunung.
tapi malangnya kami tak dapat pergi dekat pun..
hoyeahhhh..dah boleh balik..
ok itu je..nanti sambung cerita lain pulak ye.
muahhhhhh


17 comments:

Aziela said...

Subhanallah...cantiknyaaaa. Udara sejuk, matahari memancar...akak rasa kalau akak kena tinggal sensorang kat sini, sanggup jer. Boleh menikmati keindahan for hoursss...

Unknown said...

cantiknya..jeless..happy diorang.. cuaca baik..sejuk pulak tu kan.. balik malaysia mesti akan rindu dengan suasana kat sana..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam kenal & follow..

Subanallah .. cantik akak tengok permadangan yg berwarna warni ni.. adik belajar ke disana :D

nur easy said...

Subhanallah.. bertukar warna sudah :)

SURIA AMANDA said...

subhanallah..cantiknya....indahnya ciptaan allah swt...

Acik Erna said...

assalam kamalia..subhanallah..cantik2nya gambar..acik tunggu kamalia tahun depan ye..insyaallah

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak..
cma tgk ic ni sambil ketap2 ggi..pasal cantik sgt! subahanallah :)

miss you!

FnF Simple Life said...

cantik sgt daun warna warni tuuu

Unknown said...

salam perkenalan :)

cantik2 nye kat sana yer.. saya ni baru sampai nagoya jer... lum smpt lg jenjalan mana2 huhu...

H A N said...

SubhanAllah,cantiknya!!!...

suka tengok warna2 alam...lawa!... gambar stairway tu cantik,saya suka yg tu...

btw,shrine tu apa?...

Nur-nba said...

Subhanallah... indahnya pemandangan.. Tengok pic ni pun jadi la... Nanti share lagi gambar banyak2 tau.Sayanggggg akak.. ♥

Amie said...

Nyamannya! Rasa nak joint sama.. nak rasa sejuknya!!!!Brrrrr....

Kamalia said...

Aziela:
ALhamdulillah..masih boleh menikmati keindahan bumi ni..hehe,lepas ni rasanya dah tak dapat nak pergi lagi ke sini..

Rai Ourkizuna:
memang cantik!!..itula,yg ni salah satu yg akan kami rindu nnt.:(

hayati:
salam kenal kembali. terima kasih.
saya ikut suami smbung belajar kat sini.

easy:
skrg dah penuh dgn yuki!!huhu

Kamalia said...

suria amanda:
masyaAllah..mmg suria.sangat cantik!

acik erna:
wsalam acik..insya Allah, nnt saya ke rumah acik ye..:))

cma:
wsalam adik manis..
miss u too

fnf:
kan2..tp kalau dpt pi nikko lagi best kan..haha,kesian kami xsempat pi sana pun.

azira aziz:
salam perkenalan..
ooo..yeke..selamat datang ke jepun.xpe,masih byk masa lagi kan..

hanih borhan:
stairway tu pun saya suka jugak..
shrine tu temple, kuil kot..

Kamalia said...

nur-nba:
hehe..sayang nur jugop!
harap2 semangat rtajin ni berkekalan la tuk sentiasa update blog..kalau tidak,mesti ter[eruk je gmbr ni smeua..

amie:
kak amie..tahun depan jgn lupa dtg..kalau ade rezeki,datangla..

Cik TeN10 said...

Cantiknya ! Autumn in my heart !! This year punya autumn nak gi sini lah !! Snap gmbar sbg kenang-kenangan.. :)

aindzaya said...

cantik betul pemandangan..ni mesti summer kannn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...