Pages

Friday, 27 May 2011

Fukushima Daichi: Demimu Negaraku.

Salam semua. Baru terbaca kisah ni kat sini. Serius saya memang tabik dan terharu sungguh dengan sekumpulan pesara (160 orang++) yang menawarkan diri mereka untuk bekerja di dalam reaktor nuklear Fukushima bagi membantu menamatkan krisis yang masih belum lagi selesai. Mereka menggelar diri mereka " Skilled Veterans Corp" ataupun "Kor Veteran Terlatih". Kesemua mereka ini berusia linkungan 60 hingga 72 tahun. Ye, saya tahu umur mereka dah tua, tapi, orang Jepun ni kalau setakat umur linkungan ni masih aktif lagi bekerja. Mereka semua ni adalah bekas jurutera awam dan jurutera nuklear yang dulunya bekerja di sini.

Yasuteru Yamada

Menurut wakil dari Skilled Veterans Corp, Encik Yasuteru Yamada (72), mereka terpanggil untuk menjadi sukarelawan berani mati setelah mendengar laporan yang mengatakan ramai pekerja muda di situ bakal mati kerana terdedah kepada kesan radiasi yang merbahaya. Selain itu, Encik Yasuteru jugak berkata, sekiranya pekerja muda ini ingin mempunyai anak di masa hadapan, jadi mereka sepatutnya tidak boleh terdedah kepada radiasi. Tambah beliau lagi, kebanyakkan diantara mereka sebenarnya bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung kepada terbinanya loji ini. Bak kata Encik Masahiro Ueda, 69 (bekas pekerja yang mempunyai pengalaman lebih 40tahun di dalam bidang water pumps on cooling water systems), "saya dah tua. saya tak kisah bila saya akan mati. Biarlah tugas membaik pulih ni diberikan kepada yang lebih berpengalaman seperti kami semua."

source:here and here.

p/s:tahukah korang yang PM Jepun, Naoto Kan enggan terima paychecknya hingga keadaan di Fukushima selesai sepenuhnya. Buat waktu ini, dia hanya terima allowance as a lawmaker. Gaji beliau sebagai PM adalah sebanyak lebih kurang USD 20K sebulan hokey.hmm..berbeza sungguhkan dengan pemimpin2 negara lain, termasuk negara kita sendiri kot..

11 comments:

desperate mama said...

kagumnya.... *sedang mengenang keadaan negara sendiri*

Juwita Jamaludin said...

Bagusnya.. Pesara2 ni.. Tak takut mati walsupun tahu ia bahaya.. Ganbare nippon

ijayuji said...

mmg bagus! sapa mkn cili dia terasa pedasnyer, asyik makan duit suap jerrrr opss duit rakyat pun kebas agaknyer huh! dia org ni tahu agaknyer umur tak lama lebih baik berbakti kat negara sendiri demi rakyat2 tercinta yg mahukan kehidupan lebih selamat.. sob sob.. sedih dgr dlm masa yg sama gembira! nippon ganbatte!!!

Acik Erna said...

assalam kamalia..memang tak boleh dibandingkan..

Jue said...

terharu n kagum...masih kuat rupanya semangat "kamikaze" dorang..

Kamalia said...

desperate mama:kagumkan..mmm,negara kita ye?belum tentu semua pemimpin boleh mencotohi PM Naoto Kan ni.

Juwita:kan..kan.tak takut mati sungguh.ye,smoga negara diorg ni dpt bgun smula.

Kamalia said...

ijayuji:mmg betul..asyik mkn duit bwh meja je.pastu,bila ade pape,mulala sume harga nak dinaikkan..katala itu inikan.sememangnya diorg ni sygkn negara mereka sndri,tu yg sggup gadai nyawa bagai tu..ganbatte nippon!

acik erna:yekan kak..bagaikan langit dengan bumi.

jue:betul2..kamikaze diorg msh kuat lg dlm diri msg2 tuh.

Asmara said...

yg ini pun lagi 'Like' byk2 kali. hehe..
*Kagum giler kan! ni ada ayat yg menarik 'Ada sebuah NEGARA pula yang warga TUAnya mengorbankan generasi muda demi duit dan kuasa'. haha.. lu pikir la sendiri.
Kesian kat Kan, dia pressure sangat, belanjawan 2011 kene revise balik. Pembangkang pressure dia soh letak jawatan kalau tak bg keputusan dlm tempoh sebulan camtu. Pastu ni ada satu parti baru yg dah ramai giler pulak org sokong, bekas Datuk bandar Kobe ketuanya, dia kumpul geng2 datuk bandar lain buat satu parti. ahaha.. macam2 jugak politik jepun, tapi diorang buat semua untuk kebaikan rakyat, tak nampak langsung untuk kepentingan diri sendiri. Setiap apa yg dibuat dibincang secara terbuka kat tv, tak macam kat satu negara tu, semua nak sembunyi2. Kat sini setiap sen duit yg digunakan kerajaan pasti dibincangkan kat tv. Jadi rakyat tau apa berlaku dan mana perginya semua tax dan duit2 yang ada. Lagi satu diorang ni tak boleh buat silap sikit dapat tau je mesti letak jawatan. Kes dapat derma berapa ribu yen je pun dah rasa bersalah amat sangat dan letak jawatan. Punya la jujur menteri2 dia. Sebab tu la Jepun jadi negara maju, walau byk musibah tp mereka tetap bertahan. Sikap dan jatidiri diorang ni patut kita contohi. (cewah panjang pulak citer..)hehe..

Bibu said...

pengorbanan yg besar.kansya shimasu.kkanie tak tahu cite ni.sbb keje n tak de masa gan tv.tp drama rebound wajib tgk,kelako cite tu.

Idayu said...

sokong cikgu asmara!!

letak jawatan tuh dh mcm prinsip hidup atau cara menjaga maruah diorng, even belom terbukti bersalah..

negara manakah yg dimaksudkan ituwww???

skuterlady.blogspot.my said...

No wonder lah negara diorang leh maju macam tu kan... walaupun diorang tu non muslim, tapi sikap jujur diorang mengalahkan orang2 kita plak.

Orang kita ni kekadang, sesama sendiri pon nak menipu... camne nak maju...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...