Pages

Wednesday, 8 June 2011

Biskut Coklat Chips

Salam semua..ni bukan tuk pre order hari raya ye.hehehe. Saja je buat cookies ni, dah lama nak cuba, tapi tak tercuba. So, sebelum baby ni lahir, baik cubakan. (berapa kali nak tulis cuba ni, hahaha. ni pun cuba tak tulis cuba..:p). 1st time buat hari khamis aritu. Kebetulan ada adik ni datang time nak buat, bestla kan bila dia nak tolong..2 extra hands, takdela sepenat mana jadinya. Tapi, bila anak2 balik sekolah, ha, tinggal suku je. Rupa2nya budak2 dan bapak budak pun suka.
Actually, hari sabtu lepas (4.6) anibeseri kami yang ke 5..ye, baru je 5 tahun, anak pun dah nak masuk 4 dah ni. Tak sangkakan, baru 30, anak dah 4. Allhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah berikan. Kami takdela celebrate bagai pun. Tanya Mr K, nak kek ke? dia taknak. Nak pulut kuning dengan rendang tak? dia kata taknak jugak.(haishhh, sbnrnya makyung yang nak makan pulut kuning tu..) Pastukan, dia mintak buatkan lagi cookies tu. Dia sanggup nak tolong. Jadi, sempena anibeseri kami, kami buat cookies dan makan cookies. Bestkan.. saya cuma bagi arahan nak buat apa, pastu dia pun buatla. Tapi, yang nak kena membakar sampai habis, mak yung ni jugak..:( Dah nak maghrib tu dia kena pi surau pulak. Kat sini setiap hari sabtu, magrib dan isyak solat jemaah kat surau. Pastu ada kelas tajwid lagi. Tak ramai pun yang join, Malaysian + Egyptian.

Resipi amik dari rumah Kak Nor. Sedap sungguh cookies ni. Saya suka. Ni pun sambil buat entry ni, sambil makan cookies. Eh, tapikan, saya rasa berat badan saya naik mungkin banyak sangat makan cookies ni kot. minggu lepas berat saya naik 700g, padahal makan nasi or pasta ke sikit je pun. Nyampah tau. Tak larat bawak lemak badan ni dah..:(

BISKUT COKLAT CHIPS
source: Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...
sebelum dibakar
sesudah dibakar

p/s:sekarangkan dah masuk summer, setiap hari kena basuh baju. bila dah basuh tu, baju yang nak kena lipat tu pun banyak. tak larat dah makyung ni ha..

p/s lagi: buat sesapa yang lepas ni duk Parit Raja, korang nak tahu, McD dah ade kat sana..hahaha, kat Bandar U tak salah..bila cite ngan Mr K, suka dia..xyah pasni nak ke BP lagi dah..Lusa, McD yang saya inginkan pun akan sampai..tak sabar nak makan..om..nom..nom..

16 comments:

TopsyTurvyMum said...

Salam Lia,
Hehe..biasa la tengah badan camni, semua benda teringin nak makan. Buat je la pulut kuning tu nanti pantang lamaa..nak kuruskan balik badan lagii.
Meh cookies tu sebalang...sedaapp

Juwita Jamaludin said...

Lia.. Comeiinya cookies tu.. Rajin buat 2 kali.. Baby nak mkn Mcd ke mama dia ni.. Ihiks..

nur easy said...

ala..ingatkan pre-order raya.. leh try sample dia..hehe

oh lala duduk parit raja juga kah? ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nak panggey apa ek...akak ker same age ni...kawaii coklat chips...kids suka khenn...salam kenal dari Oyama :))

Anonymous said...

hohohoho...masa sy ngandung dari 64kg to 90kg.....huh..

Hanis MY said...

entri ni sungguh kecomelan mcm tuan dia gak hehe esp tang last part pasal mcd tu pernah sekali ke parit raja masa zaman blaja dolu2 g mah kawan..

alahai kesuwitannya buat kuki sama2 i likeee hanis pom suka kuki ni, nanti nk try wat gak la harap2 sedap cm dlm gambar tu

p/s:ha ah tapi fahmi tu dah pun selamat balik mesia kompem tahu ceciter kan...

ijayuji said...

Selamat hari raya liaaa hihihi.... waduhhhhhh dah mcm alien cekelat chip yg tertonggeng kat atas tu hihihi..suke3!!! leh menikmati cekelat dgn aman :D

Idayu said...

ooo dh ader mcD ker? confirm pas nih buat delivery sokmo!

Unknown said...

wahhhhhh....menarik nye tgk coklat chips nih.....

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak lia..wow..cedapnye..nak jugak!

Kamalia said...

TTM:salam kak..kan kak..sume benda teringin.hahaha,ni dah ade org meracun suh buat ni,konpem weeknd ni sy buat..okla,amikla sebalang.jgn mkn bebanyak sgt,nnt gumuks..:p

Juwita:rajinkan.tp,itupun kena ade org tulun,kot x,patah pinggang.mama die yg teringin nak mkn..xmuak2..

Kamalia said...

nur easy:mahu pengsan kalu amik order dr org..last2 baby pun jd cookies gak nnt.ekeke,aah, balik nnt duk parit raja la blk..nur pun sama gak ke?

lady ayu:the kids mmg suka bangat..memula mkn cookies sume,bila rs dah kenyang,mkn cekelat chips je..

Kamalia said...

fitri senin:ni pecah recordla ni..slalu mesti naik 20kgs..sib baik duk sini diorg monitor berat kita tau.

hanis my:hahaha,mmg kat parit raja tu mkn lama mkn maju dah skang nih..mcm2 ado.buat la..nnt bole anto kat sini skit..
p/s:dah balik amik family ke?

Kamalia said...

ijayuji:nyampah..hahaha,bolela.sok2 belum tentu dpt buat kukis nikan.bebudak ni mkn cekelat cip die je..bila kena mrh,br nak mkn sume skali..

idayu:sy kak emi yg post gambo kat fb..lg 3,4 hari br bukak kot.hahaha,konpem ramai kanak2 yg obes pasni.asyik mkn McD jek.

Kamalia said...

papa mifz:kan,kan..menarik tertarik ek..ala,beli jek la.

cma:salam cma..amikla sebalang ni ha..akak dah rezeb kn tuk awk.:)

nur easy said...

mmg blik situ, sbb di sanalah kg daku ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...