Pages

Wednesday, 30 May 2012

Hanami 2012 # Takamatsu Ike

Salam wbt. Ini pulak kami pergi ke tasik yang rasanya ikan-ikan dan itik tu semua dah kenal kami kot..haha, lawak yang tak kelakar. Seriusly, kami selalu pergi ke sini. Bagi ikan makan roti, bagi itik makan roti. Tapi kalau dah masuk summer ni itik dah berkurangan, kalau nak tengok itik dan swan yang banyak boleh datang musim luruh sampai musim bunga. Ini hari isnin, 23 hb tu. Pergi pun dah petang lepas babah diorang ni free. Actually sedih jugakla tahun ni tak dapat berhanami sakan. Sebabnya cuaca yang tak menentu , banyak hari jugak hujan turun. Bila pergi ke sini daun-daun dah keluar menghijau..hukhuk..Hanami * flower( sakura) viewing*. Kalau dah keluar daun masih boleh je berhanami tapi views tu dah tak cantik sebabnya kalau boleh nak berhanami di bawah pokok sakura yang penuh dengan bunga sahaja..:))
koinobori, koi = carp, nobori = streamer/banner
Ini adalah traditional decoration yang digantung 
sempena Children's Day (kodomo no hi) yang jatuh pada 5th May setiap tahun.
untuk maklumat lebih lanjut boleh baca di sini.
sakura

best jugak datang petang, orang pun dah tak ramai..'))
wuwuwu..tahun ni mama tak dapat naik pun.
takut nak bawak Afiya,
bukan sebab Afiya yang takut tapi mama yang cuak lebih-lebih..hehe
1 jam cuma 600 yen sahaja..murahkan.pusingla sekeliling tasik yang besar itu.
gerai yang jual macam-macam makanan yang tak semuanya kita boleh beli dan makan..
saya suruh Mr K beli jagung bakar, pastu sempat la dia tanya saya balik..
nak jugak ke jagung tu..sebabnya dia bakar daging kat grill yang sama jugak..
gagaga..telan air liur je la lepas tu..
saya tak pergi pun ke sebelah sana..kat situ lagi cantik, 
tapi ahkak tak larat nak jalan jauh sambil dukung Afiya ni ha..
perasankah anda tiang lampu merah itu..
kat mana-mana koen/park mesti ada tiang lampu itu
barisan perahu/ paddle boats..
bila masuk musim sejuk, semua perahu dan boats akan dibawa naik ke atas pelantar bagi mengelakkan ianya jadi rosak..semua tu akan dibalut dengan plastik/kanvas dan dibungkus sehingga musim bunga tiba..
sakura yang masih ado..daun pun dah banyak keluarkan
sakura lagi..
hahaha..korang hado mamat camni?
Fahim yang tersangat terserlah kejatian kemelayuannya..*sori, perosak bahasa sungguh*
jejaka Melayu berkain pelikat di bumi sakura..
cotton candy dengan pembungkus yang sangat cool..
ada otomen, kamen rider, smile precure! 

13 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

rindu 春 dah ni
kejap jer tgk sakura kali ni
kirei ne sakura tepi lake tue

eija_sweetmama said...

bestnya..
cantik sgt bunga sakura tu..:)

yatie chomeyl said...

bestnya dapat naik sampan...romantik sgt kayuh smapan keliling tasik smbil tgk pemandangan sakura

Madam iEeDaZ said...

cantek sgt view tu semua..bestnye!

ucubakery said...

bessstttnyeeee....
tabik spring lah kat mamat kain pelekat tu...hahahaa..

Aziela said...

sakura pun ada macam2 jenis and pattern jugak yer Lia... Err, kim salam kat Mamat Kain Pelikat tu ekk..? Sayangnya akak x ada anak dara...hahahhahahaha

Asmara said...

eh tasik yg kami pernah pergi tu eh? SubhanaAllah..cantiknya masa sakura.. cantik betulkan sakura putih. kami x smpat hanami taun ni. huhu.. sedih, masa mankai kami kat tokyo balik sini dah ijau2 dah, pastu dah sibuk2 jln. lupa nak amik gmbr beriyer.

TopsyTurvyMum said...

Sgt kewl gi jenjalan pakai kain pelikat haha.
cantiklah bunga2 sakura.
SIni dah nak winter, segalanya togel belaka.

☾SHiemaCMa786☾ said...

sangat2 CANTIK..
nyaman je tgk..

Nur-nba said...

Cantiknya pemandangan sekitar tasik ni.. Kenapa la Fahim berkain pelikat tu? Hehe. Bestnya.. Tentu tak sabar nak tunggu hanami tahun depan.

hana said...

ya allah cantiknyerrr... rindu banget ngan sakuraaaa... sob sob

Pink Lavender said...

sgt cantekla pemandangannyerr...

makneng follow kamu
jom follow makneng

mrs kayrul said...

cool la mat pakai peleket kat sana...ingat jepun je ada kimono..kita ada kain pelekat lagi....cantik betul bunga-bunga putih tue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...