Pages

Tuesday, 21 February 2012

Pau 3S

Salam wbt..di sini saya nak bagitahu mungkin ade kawan-kawan yang tersalah anggap. Actually yang kain saya jahit tu sebenarnya kain biasa je. Kain tu sensei hoikuen anak-anak saya nak. Jadi, saya kenala jahit setiap sorang satu. Ala, kain 4 segi sama untuk bungkus baju diorang katsekolah. Bukan la buat baju kurung ke, dress ke ,skirt tau..haha. Bila ada yang kata saya rajin tu membuatkan saya rasa bersalah pulak. Saya memang suka menjahit tapi suka tu ada musim dia. Kebetulan sekarang memang roh menjahit tu dah datang, itu yang nak buat macam-macam...hehe
Pau 3S..sedap, senang dan simple. Memang kena dengan nama dia. Cukup senang nak buat, memang sedap gebu gebas dan bahan pun simple je. Saya buat 2 adunan sebab anak ramai dan semua suka makan pau inti kacang merah. Saya buat besar-besar dapatla 14 biji. Habis tau 14 biji pau tu..kuat makan sungguh orang dalam rumah ni..haha Pada yang macam saya ni (suka makan sedap, tapi nak cara senang) boleh la guna resipi ni. Highly recommended dari saya..Insya Allah jadi dengan syarat ikutla resipi..:p

pau ni tanya: gebu tak saya??
haha..memang gebu tau dan 1st time saya buat kulit dia jadi licin macam ni..
selalu kalau buat mesti menggerutu..huhu

Terima kasih buat Kak Maz..saya letak resipi kat sini buat rujukan bila-bila nanti. Halal tau kak Maz..lebiu..hehe

Pau 3S by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau. 

21 comments:

nur easy said...

manala perginya roh memasak saya ni.. hehe ;)

ijayuji said...

Salam lia! kikiki... kita pun tgh naikkan adunan pau ni haaa :D ank2 kita nak mkn roti kukus lagi, tp buat bentuk pau tak letak inti :D

Chik Mimi said...

wah Lia nampak gebus n mulus tu boleh try

Ida,Japan said...

lama sgt2 k'ida tak buat pau, buat pon sebelum kenal dunia blogger lg..ishhh lamanyer kan...bila2 nk try la, bila nmpk maz tayang mula2 dulu, dh terliur sgt2 dh tapi penyakit 'm' tu mengatasinya....dh rata2 menular pau3S ni kan

mama ju said...

Salam kenal. Wah dah lama teringin nak buat, tapi tak buat2!penah buat dulu mengerutu ..

Cik TeN10 said...

pau kacang merah sy pn suke ! =) mmg nmpak smooth sgt. dapnye !!

Asmara said...

u! awat mcm ada telepathy je ni. haha.. smlm pun akk buat pau tau, tp hampeh kene buat 2x, sbb adunan satu tu guna air panas, habis mati yis. adunan kedua baru naik cantik, tp xdan amik gmbr. smlm extra rajin buat pau daging (kbetulan dging lebih buat hamburger), bdk2 punya semestinya anman la, sibuk je nk tlg buat anman. haha..

munna said...

makan panas2 sedap ni.... munna skrg ni mood masak2 kuranglah.....

☾SHiemaCMa786☾ said...

pau pau..kenapa nama die pau 3s?

sedappppnye.... :)

Amie said...

Bukan lagi gebu gebas, terus ngap sebiji-sebiji masuk mulut... he he heheh

Unknown said...

Rajin benor lah ko ni...hehehe... gebu2 itu pau... meh sikit... :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mintak pau 3 ketul uols
dah lama x makan pau ni
biler la mood rajin nak terjah ni uwaaa

Hanis MY said...

nak jawab soklan pau... mmg gebus yg amat sampai i naik geram nak munch2 hehe...

ucubakery said...

lia...ucu nak tambah lagi 3S tu boleh...S yang ke empat "sendawa"....hik3...

eija_sweetmama said...

mmg gebu pau tu..
dah mama nye rajin masak, itu yg org kat dalam umah kuat makan...hehe

Miss uCu said...

sedapnya

Miss uCu said...

sedapnya

Kamalia said...

easy:
malam ni roh tu datang..pagi besok mesti rajin nak masak..

ijayuji:
salam ika...itulah,nampka gak ika duk buat roti kukus tu..haisshh,anak2 kita suka inti.

chik mimi:
tryla chik mi.sedap dan mesti jadinya..

Kamalia said...

ida:
uishh..lama tu kak.tryla kak, sedap tau.lepas tu metsi jadi rajin nak mengepau selalu..

mam ju:
salam kenal..samala dengan saya jugak,buat tapi menggerutu..

fatin:
heheh.kita ni banyak persamaan la fatin..

asmara:
akak, ni saya buat last week..biasala saya suka peram gambar..ekeke,tula kdg2 kalau tak jdi tu yg angin je kan..budak2 mmg suka anman kan..

munna:
takpe munna,boleh beli je kuih2 ni kat sana kan..

Kamalia said...

shiema:
senang,sedapdan simple..

amie:
hehe..aritu terletak inti sikit,tapi tteap sedap kak..

marya:
anak suka marya, tu yg rajin..kot diorg tak suka,harus jadi malas.

ayu:
hehe..xpe,uols dah kuruih kan..pasni boleh la mengepau sellau

Kamalia said...

hanis:
hehe..jgn makan banyak2 nanti sensei bising..ekeke

ucu:
hahaha..sendawa..betul2..

eija:
gebukan..taklah eija,dioarang suka makan, tu sebab rajin masak.

miss ucu:
sedap..buatla ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...