Pages

Wednesday, 15 June 2011

Blueberry Cheese Cake

Salam semua. Cheese cake lagi..hehehe, pesanan dari penaja; jangan pitams, muntah hijau ataupun meroyan bila tengok saya duk tepek gambar cheese cake je. Ni buat ari Sabtu lepas tuk dimakan pada hari Ahad. Ahad tu saya ade buat kenduri doa selamat tuk saya dan twin. Tuk gambar masakan yang lelain tu, esok kot saya upload..Minggu ni minggu saya duk tepek gambar makanan..Malas nak bercakap sebenarnya. Mood swing sana sini..;(

waktu ni susah betul nak amik gambar..
twin duk mengikut sana sini
sibuk nak usik apa yang patut.
resipi boleh tengok kat sini.

ni je gambar kek yang sempat diambik.
yang lain dah selamat dimakan..;)

p/s: ptg sikit br boleh BW, Faeiq demam. Td sekolah tipon suh amik bawak balik..

Tuesday, 14 June 2011

Light Cheese Cake

Salam semua. Hari ni kita tepek pulak gambar cheese cake dan resipi sekali. Buat 2 minggu lepas, sekarang baru nak publish. Takde mood nak bercakap (sbb last week dah banyak bercakapkan), jom tengok resipi ;)

uwaa..sebenarnya meringue sy waktu ni xjd sgt.rsnye dah guna telur yg cukup fresh pun..
sob..sob..
tapi, dia tetap gebu jugakla walaupun tak segebu kek tuan punya resipi.
rasa memang sodapp. highly recommended !:))

Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Thursday, 9 June 2011

Root Canal Treatment/ Rawatan Akar Gigi

Salam semua..Ok, hari ni cerita pasal root canal treatment pulak..kot dalam bahasa kita rawatan akar (kanal) gigi. Dulu2kan waktu kecikkan setiap kali ade kereta klinik kesihatan datang bawak misi2 ke sekolah, mesti saya dah takut.(seram sejuk, rasa nak balik rumah la waktu tu.Pastu, minggu tu konpem ramai tak datang sekolahkan :p).Ni mesti diorang datang nak buat rawatan gigi tuk murid2kan. Fobia sungguh bila nampak. Hahaha..Actually, sampai besar saya takut jumpa dentist. Mungkin pengalaman kecik2 dulu kot, yela dulu sume misi2 tu garang tau. Pastu, buat kerja kasar sungguh. Sebelum datang Nihon, ni ada gak la jumpa dentist, tampal gigi geraham. Dentist perempuan Melayu, itupun kasar jugak.. ke orang Malaysia ni semua kasar2?hehehe..termasukla saya jugak kot..:p

Dua minggu lepas saya sakit gigi. Kat gigi geraham yang saya tampal sebelum datang sini tu. Sakit dari hari rabu, tapi still boleh tahanla. Bila sampai Jumaat malam tu, sakit dia macam dah melampau sangatla pulak. Actually, takdela sakit sangat, cuma sakit gigi tu menyebabkan kepala saya pun jadi sakit. Tak boleh tido dibuatnya. Pagi2 Sabtu tu, dah zasss ke klinik. Klinik yang selalu pergi tu doktor takde pulak, dia suh datang hari isnin..Tak maula saya, takkan nak menahan lagi 2malam kot. So, pergi cari klinik lain. Sib baik ada. Doktor lelaki dan macam biasa dah tuo..hehehe

Masuk dalam bilik rawatan dia, misi check memula dulu. Pastu dia x-ray. Doktor pun datang. Dia tengok x-ray tu, tanya mana yang sakit, ketuk2 sikit gigi yang sakit tu, terus dia kata ok, kita buat Root Canal Treatment..uwaaa, saya waktu tu rasa macam nak turun je dari kerusi tu dan balik rumah. Yela, ingatkan tampal biasakan..Muka dah cuak gila, Mr K dah mula takut2kan saya dah. pffftt..nak tak nak, menyerahla diri, nganga mulut lebar2.:(

Kenapa doktor ni nak buat Root Canal Treatment? Ini disebabkan tampalan yang saya buat dulu tu dah tercabut dan lubang (karies gigi) tu dah menjadi terlalu dalam. Bila lubang tu dah jauh ke dalam, ia menyebabkan lapisan pulpa (pulp) saya terdedah (expose). Apa yang saya bacala, selalunya doktor2 akan suruh cabut terus je atau buat rawatan macam ni. Nasib baik doktor ni nak buat rawatan ni, kot tak, mana saya nak cari ganti gigi ni? bukan boleh dijual belikan..

Apa yang doktor ni buat mula2? Ok, dia bagi saya local anesthetic. Saya tengok ada 3 jarum. Mula2 kat bahagian luar gigi tu tak terasa sangat tau, bila buat kat bahagian sebelah dalam gigi, agak terasala. Tujuan bagi local anesthetic tu supaya kita tak rasa sakit semasa rawatan tu dijalankan. Pastu, mulala doktor mengorek gigi saya supaya boleh akses terus ke bahagian akar gigi. Bila dah ada akses tu, barula doktor bersihkan bahagian akar dan kawasan sekitarnya. Doktor siap pesan, kalau sakit angkat tangan. Sebab selalunya bila dah sampai ke bahagian akar ni, memang sakit tu akan ada bila waktu dibersihkan. Saya dah berdebar2 ni tunggu rasa sakit tu datang. Takdola pulak:)) Tapi, mulut penat menganga toksah cakapla. Selang 5 minit dia akan suruh saya tutup mulut.
gambar yang menunjukkan keadaan gigi yang rosak

ini pulak menunjukkan bahagian pulpa dan akar yang telah dibersihkan.

Bila dah siap bersih semua tu, barula doktor letak ubat kat bahagian akar. Doktor ni sungguhla baik, cakap lembut sungguh. Tak kasar langsung. Rasanya tak pernah jumpa dentist sebaik ni kat Malaysia tau (eh, dentist yang lagi satu tu pun baik gak). Dia siap lukis gambar gigi tu, terang prosedur apa yang dia nak buat. Contohnya dah bersihkan, dia kan letak ubat pulak kat bahagian akar..Terangkan sampai habis. Sayang doktor ni tau. Hahaha..rasa nak bawak balik Malaysia je, tapi miskin la pulak, takde duit nak bayar gaji dia..Ok..ok..sambung cite..Bila dah letak ubat tu, kat bahagian opening gigi kita tu dia buatla temporary filling. Tujuan dia biarla gusi kita tadi mengecut (sebelum next procedure dibuat). Pastu, bole balik. Siap bekal pain killer in case gigi tu jadi sakit lepas 3 jam(local anesthetic tu bertahan selama 3jam). Bila balik rumah, berdebar2 lagi tunggu waktu tamat tempoh ubat bius tu kan. Alhamdulillah, memang takde rasa sakit langsung. Cuma bila makan, jangan kunyah kat bahagian gigi tu dan kunyahla ikut sunnah nabi, 4o kali. Makan pun ala2 pengantin, kunyah makanan lembut gemalai..hehehe...

Selasa pergi balik, doktor removed temporary filling tu, letak ubat baru kat bahagian akar, pastu temporary filling sekali lagi kat opening tu dan boleh balik. Yang ni sekejap je, tak sampai 15minit, dah siap. Kali ni takde ubat bius bagai, saya dah cuak..Takut sakit. Nasib tak rasa apa2. Jumaat pergi balik, letak ubat baru/ temporary filling (tak pasti) kat akar , pastu terus buat permanent filling kat bahagian opening tu. Doktor kata, dia tak buat tampalan khusus (adhesive cement-selalunya dibuat dari getah; gutta-percha) kat bahagian akar sebab saya baru letak ubat tu hari selasa, dan selalunya tuk buat tampalan khusus tu ambik masa selama seminggu. Jadi, dia takut saya terbersalin awal ke, jadi dia buatla yang sepatutnya dulu. Lepas dah bersalin nanti, dah sihat bagai, datang balik. Baru dia buat tampalan khusus kat akar tu dan permanent filling kat bahagian opening sekali lagi. Ada jugak yang dipasangkan dengan korona (crown), ini bergantung kepada kes yang perlu.

gigi yang telah ditampal dengan tampalan khusus

gigi dah jadi cantik dan tidak sakit lagi..:)
gambar sume di copy dari sini.

Untuk kos pulak ye? Saya rasa murah jugakla.hehehe..mungkin sebab ada insurance kan. Tapi, saya rasa masih murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. ye, kat Malaysia buat tampal gigi je dah kena RM50. Yang saya duk baca kat inernet ni, ramai yang kata kos lebih kurang dari RM 400- RM 1000. Saya punya kalau convert ke RM, lebih kurang RM 200 je (ni termasuk buat x-ray 2kali + ubat bagai tau). Murahkan plus doktor pun baik sungguh. Takyah nak takut bagai bila ada appoinment dengan dia (tapi, mak yung ni tetap rasa seram sejuk..nak buek camnokan, dah memang penakut.:p)

Ini info tentang root canal treatment.
Rawatan akar gigi atau root canal treatment merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.


Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan berubah warna.

Kat bawah ni adela saya bagi tuk istilah pergigian. Manala tau kot korang nak tahu lebih lanjut tentang gigi nikan. Yela, gigi ni tumbuh 2kali je sepanjang hidup. Kalau dah hilang tu, kenala pulak buat implant.

Pesanan penaja hari ni : Sayangilah Gigi Anda (^_^)

Istilah Pergigian

source:here

Plak (plaque) : selaput lembut pada gigi yang terbentuk pada permukaan gigi pada setiap hari

Karang gigi (calculus/tartar) : plak yang menjadi keras akibat tidak dibersihkan setiap hari

Cuci gigi (scaling) : Pembersihan karang dan plak dari permukaan gigi dengan satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air

Karies (caries) : permukaan gigi yang berlubang/ bertukar warna akibat dari rembesan asid daripada kuman yang bertindakbalas dengan makanan

Amalgam : tampalan yang berwarna perak

Komposit (composite): tampalan yang berwarna seperti gigi anda

Dressing : tampalan sementara yang di buat sekiranya karies terlampau dalam dan gigi anda sakit

Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) : Pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.

Rawatan saraf separuh (pulpotomy) : Pembuangan bahagian atas saraf anda yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .

Korona gigi (crown) : Sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin yang di simen pada gigi yang telah dikecilkan .

Jambatan gigi (bridge) : 3 atau lebih korona gigi yang bersambung yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang

Pendakap gigi (braces) : sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur.

Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak untuk menggantikan gigi yang hilang.

Halitosis: Bau dari mulut yang terhasil apabila gigi dan lidah tidak dibersihkan dengan sempurna. Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang mengalami kekurangan air liur


p/s: nak keluar jap, beli barang. malam ni Mr K turun Tokyo, amik adik dia yang samapi pagi esok dari Malaysia. Mak yung ni berdoa agar baby tak keluar malam ni atau esok. Tunggu babah balik (petang sok baru sampai rumah). Aminn.

Wednesday, 8 June 2011

Sung-Bong Choi

Salam semua.. nak update cepat2 nih. Pasni nak lipat kain la pulak. Tadikan Mr K shared link ni kat FB tau..ingatkan pasal ape. Sebelum ni ade je tengok orang duk post MV ni, tapi buat tak tahu jela. So, yang ni mestila kena tengokkan, kang kot dia tanya kang, nak jawab ape ye tak..

MV ni sungguh sedih tau..nangis tau bila tengok. Korang kalau nak tengok, kenala tengok sampai habis. Kot malas, takyahla tengok langsung..Walaupun lagu yang dia nyanyi tu saya tak paham langsung, tapi saya rasa sore dia memang sedap..



Saya rasa mesti Mr K pun nangis jugak..hahaha, balik ni nak tanya die..

Biskut Coklat Chips

Salam semua..ni bukan tuk pre order hari raya ye.hehehe. Saja je buat cookies ni, dah lama nak cuba, tapi tak tercuba. So, sebelum baby ni lahir, baik cubakan. (berapa kali nak tulis cuba ni, hahaha. ni pun cuba tak tulis cuba..:p). 1st time buat hari khamis aritu. Kebetulan ada adik ni datang time nak buat, bestla kan bila dia nak tolong..2 extra hands, takdela sepenat mana jadinya. Tapi, bila anak2 balik sekolah, ha, tinggal suku je. Rupa2nya budak2 dan bapak budak pun suka.
Actually, hari sabtu lepas (4.6) anibeseri kami yang ke 5..ye, baru je 5 tahun, anak pun dah nak masuk 4 dah ni. Tak sangkakan, baru 30, anak dah 4. Allhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah berikan. Kami takdela celebrate bagai pun. Tanya Mr K, nak kek ke? dia taknak. Nak pulut kuning dengan rendang tak? dia kata taknak jugak.(haishhh, sbnrnya makyung yang nak makan pulut kuning tu..) Pastukan, dia mintak buatkan lagi cookies tu. Dia sanggup nak tolong. Jadi, sempena anibeseri kami, kami buat cookies dan makan cookies. Bestkan.. saya cuma bagi arahan nak buat apa, pastu dia pun buatla. Tapi, yang nak kena membakar sampai habis, mak yung ni jugak..:( Dah nak maghrib tu dia kena pi surau pulak. Kat sini setiap hari sabtu, magrib dan isyak solat jemaah kat surau. Pastu ada kelas tajwid lagi. Tak ramai pun yang join, Malaysian + Egyptian.

Resipi amik dari rumah Kak Nor. Sedap sungguh cookies ni. Saya suka. Ni pun sambil buat entry ni, sambil makan cookies. Eh, tapikan, saya rasa berat badan saya naik mungkin banyak sangat makan cookies ni kot. minggu lepas berat saya naik 700g, padahal makan nasi or pasta ke sikit je pun. Nyampah tau. Tak larat bawak lemak badan ni dah..:(

BISKUT COKLAT CHIPS
source: Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...
sebelum dibakar
sesudah dibakar

p/s:sekarangkan dah masuk summer, setiap hari kena basuh baju. bila dah basuh tu, baju yang nak kena lipat tu pun banyak. tak larat dah makyung ni ha..

p/s lagi: buat sesapa yang lepas ni duk Parit Raja, korang nak tahu, McD dah ade kat sana..hahaha, kat Bandar U tak salah..bila cite ngan Mr K, suka dia..xyah pasni nak ke BP lagi dah..Lusa, McD yang saya inginkan pun akan sampai..tak sabar nak makan..om..nom..nom..

Tuesday, 7 June 2011

3rd Pregnancy: 3rd trimester

Salam semua..Arini nak update sikit pasal cite2 mak yung nikan. Lagi berapa minggu je lagi nak kuar dah baby lam perut nih..excited + nervous sungguh. Tapi, saya rasa dalam minggu depan dah lahir kot. iA, kalau tak pun minggu lagi satu. Last week midwife pun kata your baby is engaged, maybe dalam hujung minggu ni lahir kot. Bila cerita dengan Mr K, cuak terus dia. Siap cakap dengan baby tunggu makcik dari Malaysia datang dulu, baru bole keluar..:p

34 minggu
Saya dan Mr K pergila maternity class. Rasa macam kena pergi waktu tu sebab nak tahula cara2 diorang ni duk melahirkan anakkan. Lagipun kelas ni free je. Manala tahu kot ade yang beza sikit ke dengan cara kita. Nampaknya semua sama je. Kalau nak suruh push tu pun diorang akan guna perkataan push jugak. Risau gak mak yung ni kot diorang guna nihonggo, konpem blur je kat dalam labor room tu nanti..ekeke. Ntah apo2 kan mak yung ni. Untuk kelas yang saya pergi ni memang khas tuk expecting mothers after week 30 of pregnancy. Programs yang diajar; emotional conditions before and after childbirth, delivery, breathing techniques and assisting movements dan ade jugak facility tour (delivery room and nursery).

Sebenarnya kalau tak pergi pun takpe kot. Sebab mostly yang diajar kat kelas tu semua dah ade kat dalam buku yang diorang bagi. Buku yang macam kat bawah ni. Lagi satu, kesian Mr K. Dia seorang je kumbang kat dalam kelas tu..hehehe.
35-36 minggu.
Dah mula pergi buat check up seminggu sekali. Nasib baik anak2 dah pergi sekolahkan, jadi bila balik tu takdela penat sangat. Kadang2 lepas balik tu, terus makan luar dengan Mr K je pun. Itupun tengok dia sibuk or tidak. Selalu pergi dia akan hantar, balik saya naik teksi je. Kalau free, baru dia jemput. Nak suh dia tunggu sama2 pun macam tak berbaloi je sebab lama sangatkan.

Barang- barang yang saya akan guna sewaktu berpantang.
Semua barang ni memang dah bawak sini waktu balik bulan Jan hari tu. Bersemangat sungguh tu nak berpantang bagai kat sini. Harap2 kali ni saya bole makan semua ubat ni dan boleh habiskan. Ye, saya seorang yang sangat tak berdisiplin bila bab makan ubat ni. Kali ni saya guna HPA je. waktu Amni saya guna Mustika Ratu kot. yang ni saya makan sikit je ubat dia, sebab rasa macam tak sesuai dengan saya. Cuma guna param dan pilis je. Tuk twins dulu guna Leesa Formula. Waktu tu ubat yang saya tak makan tinggal sikit je kot. Agak bagusla waktu tu. Mungkin sebab saya sakit atas dan bawah, jadi semangat nak sembuh cepat tu memang berkobar2 sungguh.

semoga sesuai dengaan ubat2 yang ni pulak.

minyak panas.
kalu2 rasa sakit2 badan kan, bolela Mr K tolong sapukan n urut2 sikit.

minyak yu yee jangan dilupakan.
manala tahu baby ni tak sesuai dengan minyak HPA tu, bole ganti dengan ni pulak kan.
ni ubat turun temurun anak2 saya.
sampai sekarang kalau diorang sakit perut, sapu jela ubat ni. konpem elok.

Selain tu, breast pump antara barang penting yang mesti ada. Memandangkan saya punya susu badan memang banyak, jadi saya perlu kosongkan selalu. Kalau tak, mesti sakit pastu demam bengkak susu. Waktu Amni dulu guna yang manual je dan tak pandai sangat nak pamkan, jadi bengkak sangat dan demam. Bila twins ni memang beli yang elektrik punya terus. Cepat sikit dan rasa memang kosongla breast lepas tu. Tuk kali ni, beli yang kat sini je. Beli apo yang ado jo. Botol susu beli dari MR @ Kamijualbeli. Dia jual botol ni memang murahla. Ntahla kot tempat lain saya tak tahula, tapi yang pasti bagi saya dia jual memang murah. Botol ni belum sampai lagi kat Jepun, hari jumaat ni baru sampai. Jadi, sesapa nak tengok barang2 murah, boleh tengok kat sana tau.breast pump

MR, aku pinjam gambo ko..tqvm

Sebenarnya tuk pregnancy yang kali ni ada kelainan la kot. Yela, ingatkan macam lambat lagi nak tambahkan, jadi bila nak beli barang2 tu rasa macam semua benda nak belikan. Saya beli gak moses basket ni. At first nak beli baby cot je, tapi bila pikir rumah ni sekangkang hamster je, belila yang ni je. Itupun mula2 beli twins dah gilir2 masuk.Haisshh..

cantik tak? cantikkan..kan..kan..


Lagi cite ape ye? Ha, cite pasal masak2 pulak. Nanti tak best la pulak kan takde cite masak2. Ni yang ade kat sini semua yang saya teringin duk makan .
Mee rojak
tuk resipi, tengok sini.

teringin sangat nak makan, balik hari tu tak dapat makan.
dah penat2 masak, bila makan sikit je..
uwaaa, tak sama macam mamak tu buat..
sebelum ni buat elok je
apakah rahsia si mamak tu agak nye..adakah peluh2 die? citttt.
tapi, Mr K kata sedap je..sob..sob..

chicken chop mak yung

ni pun balik hari tu tak makan gak.
ntahla, bila kat Malaysia, taknakla makan.
bila orang lain duk post gambo kat Fb, mula meroyan.
buat jugak, makan dengan anak2 je waktu ni.
babah diorang takde waktu tu..om..nom..nom..nom..

ada lagi satu gambar...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
It`s a girl..:D
Insya Allah.
Kalau lelaki pun kami tak kisah.
pakai jela socks ni..ekekeke.

Thursday, 2 June 2011

Sticky Caramel Chicken Wings

Salam semua..ni baru je dapat update.duk melanguk kat Fb durjana la nih..ekeke. Bukannya ape, sebenarnya dah 2 hari tak leh duk lama2, tulang pinggul ni sakit yang teramat sangat. Sekarang pun bento anak2 Mr K yang duk buat pagi2. Saya jadi mandur arah itu ini je. Bukan saya paksa, dia yang rela hati nak belajar buat bento tu dari sekarang. Besok kot saya dah bersalin duk hospital, takdela dia kelam kabut sangatkan.
kepak ayam yang sedap sangat.
anak2 dan mak pak berebut2 makan..
teringat yang kat Pizza Hut tuh.:(

Menu ni hari Ahad malam yang lepas. Kununnya hari kepak ayam la hari tu. Cari resipi yang paling simple tapi ramai yang dah cuba dan komen yang best2. Betul la, nak buat pun easy peasy je resipi ni, tapi rasa memang best to the max la. Sapa yang belum penah cuba, baik korang cuba..kot tak nanti, rugi..ececeh, baik beli kat pasar malam je kan sonang.(tp belum tentu sedap tau kalau beli tu). Kalau saya kot makan kat Pizza Hut mesti order chicken wings..omn..nom..nom..nom..yummy.

Sticky Caramel Chicken Wings
source: myresipi mutiarazura

Bahan-bahan ( 24 keping )

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
yang ni pulak, kepak ayam masak merah madu..
resipi amik kat sini.
memang sedap bila makan dengan nasi tomato
telur bungkus pun ado gak, tapi xjdla bungkus die..kena belajar lagi nih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...