Pages

Monday, 18 January 2010

Jari Jemariku..

Jari Jemariku..?? Nape ngan jari jemarimu?? Bertukar jadi jari / tangan ayam ke? Huhuhu..taklah..Elok lagi tau..Jari manusia lagi nih..Tu bertukar jadi jari momok ? Pun tak jugak..Kalau jari momok ishkk..takut..Sebenarnya,jari jemari ni sakit..Sejak datang Jepun ni, mengelupas teruk sangat.:-((

Kalau nak tahu, jari-jari ni tersangatla sensitif..Kalau guna sabun basuh pinggan tuh, memang tak boleh guna yang sembarangan..Contoh :- axion, sunlight, goodmaid..ni semua saya tak boleh guna,..kalau guna,baru 3 hari guna je jari-jari ni dah mengelupas. Kalau mengelupas tu, bukan nya kulit-kulit tu terkopek, dia jadi macam pecah-pecah dan lepas tu macam mengecut..Takut tak?!! Lagi satu, dia tak gatal-gatal tau..Kalau gatal-gatal, mungkinla ulat air ke..kurap ke.(oh tidak!!takutnye mak kot kurap.) Tapi tulah,kalau nak guna jugak sabun-sabun di atas, kenala pakai glove..Yang bole guna hanyalah jenama Kuat Harimau..Samalah juga dengan sabun tuk basuh baju..Tak boleh guna sembarangan jugak..Susah jugakla sebenarnya kalau balik umah mak or in law..yela,sabun yang diorang guna tak sama dengan yang kita gunakan ..Lagi lama duduk kat umah diorang,lagi terukla jari- jari ni..Seganla pulak nak pakai glove kat umah diorang..nampak macam ngada-ngada je..hikhik..

Jadi,bila di Jepun ni,tak dapat la nak cari sabun Kuat Harimaukan?!..Yang ada pun tak tau la jenama ape..Beli je..Baru je guna 3 hari,jari- jari ni dah mula tunjuk kesan nak mengelupas dah..Pastu,pakaila glove..Ingat bole selamat lagi..Tak jugakk..tak dapat nak selamatkan dah dik non oii..Dari 3 jari, sekarang ni dah merebak ke jari manis pulak..Susahnya bila jari-jari ni ada masalah..Nak makan yang pedas-pedas memang agak peritla. Yela,bila dah habis makan je,akan terasa jari-jari ni pijar tau..Terasa macam kena salut ngan cili api..Pedih sangat..Nak guna sudu tak best la pulak..Tak syok bila nak makan tau..Rasa tak puas je makan tuh..(*-*)

Setelah 2 bulan merana, pergila jumpa doktor..Doktor tanyala ada rasa gatal tak? Masalahnya memang takde rasa gatal langsung..Cuma,bile makan benda pedas-pedas je baru terasa pedih..Itu je pun.Jadi,doktor kata kalau takde rasa gatal dan takde mengelupas kat anggota badan yang lain, itu bukan alergi..Itu faktor luaran..Suh guna golve,dah guna..Akhir sekali, doktor suh pegi farmasi beli krim tangan..Ishkk doktor nih, kotye pun bagila nama ubat/cream tu kan..Ni dia suh pegi tanya kat farmasi..Bila kat farmasi,dia bagi sample hand cream..Gunala..Tak tunjuk apa-apa kesan pun.;(

Semalam keluar, tengah cari barang kat Homac, ternampakla satu hand cream ni..Medicated hand cream..Beli, harap-harap yang ni bolela..Kalau kat M'sia, mesti dah pegi jumpa skin specialist dah..Tapi,yela kat sinikan agak susah jugakla..Bahasa yang jadi masalah kat kami..Tapi, apa-apa pun guna je la hand cream yang terdapat kat sini..Kalau yang ni tak boleh, cuba yang lain pulak kan..(^-^)..

1 comment:

Faraheen Hazirah said...

salam, kak.. sy pon mengalami masalah yang sama.. dah dekat setahun dah ni jari menggelupas.. kak dah berjaya ke hilangkan menggelupas tu? pakai produk ape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...