Pages

Wednesday 6 January 2010

Tali pusat bayi @ umbilical cord

Tahu tak warna tali pusat selepas bayi baru dilahirkan?Saya macam ingat-ingat lupe je.Sebenarnye tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu.Warna tali pusat (yang belum kering) ini warnanye sama dengan warna uri..(my hubby yang bagi tahu). Kalau waktu Amni dulu,ambil mase lebih kurang 6 hari jugak untuk kering dan tercabut.Untuk Faeiz 4 hari dan untuk Faeiq pula 5 hari je.
Sebelum bersalin mak memang dah ingatkan dan pesan.Untuk keringkan tali pusat bayi baru lahir dengan cepat,letak serbuk cap kaki tiga..Saya guna care tu untuk Amni,alhamdullillah,cepat kering dan cepat tercabut(dengan sendiri nye tau).Tip yang mak saya bagi tu memang kami adik-beradik gune dan semua menjadi..Alhamdullillah..Takde la risau baby akan nangis sebab sakit kat tali pusat dia ke.kan..Saya ni memang, bile tengok je tali pusat baby memang ngeri..Kecut peut rasenye..Memang rezeki saya,sepanjang bersalin dan berpantang 3orang ank ni,semua hubby dan orang lain yang buatkan.Saya hanye bagi susu dan tidor dengan baby je.Memang agak lembik jugakla selepas bersalin.(Sebenarnye takut sakit..hehehe)


Untuk Faeiz pulak,balik je dari hospital (3 hari duduk di hospital),esoknye dah tercabut tali pusat.Kering cepat jugak la.Jadi waktu tu hanye perlu jage tali pusat Faeiq je.Alhamdulillah,tali pusat Faeiq tercabut esoknye.

Jadi,untuk ketiga-tiga anak saya ni,saya simpan tali pusat mereka dalam satu tempat..Bak kate orang tua-tua,simpan dalam satu tempat supaya hubungan anak-anak akan rapat..Ntah,tak taula betul atau tak.Tapi saya simpan je.Mungkin betul kot.Terpulang pada pandangan masing-masing..
Darah tali pusat bayi mengandungi stem sel hematopoietik iaitu sel progenitor yang dapat membentuk sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Sejak penghasilan ubat Anemia Fanconi tahun 1988, tali pusat telah dikenal pasti sebagai sumber stem sel yang dapat digunakan untuk rawatan stem sel. Kini, rawatan stem sel yang diambil dari tali pusat terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti parkinson, penyakit genetik yang berkaitan dengan sistem imunisasi dan darah hinggalah ke kanser.

Contohnya di China, bank plasenta telah mula didirikan bagi tujuan ‘melawan’ penyakit leukemia. Ibu bapa berpeluang untuk menyimpan plasenta anak-anak mereka di bank plasenta ini yang kemudiannya boleh digunakan sekiranya anak mereka didapati menghidap leukemia. Bank plasenta ini terbuka untuk semua orang sebagai cara yang proaktif untuk ‘melawan’ penyakit leukemia.

Darah plasenta diambil setelah tali pusat dipotong dan dikeluarkan dari ujung tali pusat plasenta. Jumlah yang diambil di antara 50-100 mL. Stem sel ini mampu untuk hidup dengan sendirinya dan mengandungi lebih dari 800 juta stem sel. Penemuan terbaru mendapati bahawa darah tali pusat memiliki kelebihan yang unik berbanding transplant sumsum tulang, terutamanya untuk kanak-kanak dan dapat menyelamatkan nyawa di mana penderma yang sesuai gagal ditemui. Menurut statistik hampir 50% pesakit yang memerlukan transplant sumsum tulang tidak dapat melakukannya berikutan tiada penderma yang sesuai. Potensi stem sel sebagai alternatif kepada transplant sumsum tulang di masa akan datang adalah amat tinggi dan banyak kajian yang sedang dijalankan oleh pihak terbabit untuk meningkatkan lagi penggunaannya dalam bidang perubatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...