Mochitsuki ialah satu majlis/event membuat kuih beras secara tradisional di Jepun..Selain untuk dimakan pada hari-hari biasa, ia juga adalah kuih traditisional untuk menyambut Tahun Baru Jepun..(Kalau kita,buat macam untuk hari raya : lemang,ketupat).
Dua minggu lepas,kami pergi ke majlis ni..Kami pergi agak lambat jugak,tapi masih boleh lagi untuk mencuba mengetuk beras..Majlis tu di buat kat sebuah rumah ni, jadi agak ramai foreigner dan local yang datang..Rupenye berat kayu pengetuk tuh..Saya dapat ketuk 4kali je..Tak dayo nak mengangkat kayu tu..Borek bona..Setiap orang berpeluang untuk mengetuk beras tu..Untuk jadikan beras tu lembut, ia mesti di selang-selikan dengan meletak air sedikit demi sedikit. Sebelum tu, beras (sticky rice) mestilah di rendam semalaman..Bila beras dah jadi lembut(tekstur bertukar jadi macam putih dan dah takde rupa beras),barulah bentuk ikut citarasa kita..
My hubby bersungguh-sungguh mengetuk beras tuh..pastu,orang tu macam buli dia je..suh die ketuk banyak kali.hehe
Sekarang ni, untuk mass production ,mereka gunakan mesin..Lebih mudah dan jimat masa..
Selain mochi yang biasa, ada jugak manisan yang diperbuat dari mochi..Contohnya, Daifuku; manisan yang berinti kacang merah atau kacang putih..Kalau Ichigo Daifuku; berinti sebiji buah strawberry..macam sedap je..tapi tak pernah makan pun ;p
Gambar kat atas ni,selingan persembahan nenek-nenek semasa makan-makan..Actually gambar ni dah publish kat fb,tp saje je nak letak kat entry ni jugak .:-))
3 comments:
Kamalia.. camne?? sedap tak kuih tu??
sedap kak..yg paling sedap kacang merah,yg lain2 tu biase2 je..yg plg xsdp,yg bersalut kcg soya masam..(mcm rasa taucu,tp lbh masam lg)..
Ichigo daifuku sedaaaaaaaaaaaaaaaap.. Ada kedai yang letak kat dalam tuh whip cream (tapi rasa vanilla ice cream) + ichigo.. jual kat kedai tertentu jer. Sangatla sedap. Pos satu kat sini.. ngehehe
Post a Comment