Pages

Monday 9 April 2012

Mee Rebus


Salam wbt..mee rebus yang sedap.. Buat 2 minggu lepas, jadi memang ikut jela resipi tu. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk merasa mee rebus buatan sendiri. Dah lama simpan resipi ni, jadi 2 minggu lepasla baru terrajin nak mencuba. Resipi dari Kak Yatie, terima kasih banyak-banyak buat Kak Yatie sudi berkongsi resipi ni. 
Mohon izin buat Kak Yatie untuk saya letak resipi ni untuk rujukan masa akan datang. Terima kasih.
Mee Rebus Kak Yatie
source: Kak yatie


Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh ( buang ekor, celur dan toskan)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • Cili merah dan Cili hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)
*UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
  • 4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 tangkai cili kering *
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk kari daging *(* bahan2 yg perlu di kisar halus)
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya


Cara-cara

PENYEDIAAN AWAL
  1. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  2. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
  3. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi
UNTUK KUAHNYA
  1. Kisar bahan yang bertanda*
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  4. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  6. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  7. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS
  1. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  2. Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...

28 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Kamalia,
mee rebus ni yang tak puas hitup tang kuahnya... sedap! Lagilah kalau bubuh sambal kicapnya, jus limaunya... ya ampun! Meleleh-leleh segala yang boleh meleleh... he he hehh

Asmara said...

oh ni dia mee rebusnya. nyum2!!

Sheila Shafeareen said...

Salam..mee rebus sdp tu..tp dah habis ye mama...buat sendiri lg puas hatikan...yg mee rebus mamak tu lain sikit rasanya....nnt nak try resepi ni

ucubakery said...

jom la kita tukar2 mangkuk...untung tau..

wahhhh cantik rumah...pinjam bunga nak tanam kt laman ucu pulak ni..hihihi..

nur easy said...

alahai.. dahla baru pas hujan lebat ni

ijayuji said...

Salam lia! kita takde mood ari ni ehehe... mood sbb tak leh tgk kain menggunung, pastu mood nak menggosok pulak tak dtg uuuwaaaaa..tensi makcik huhu.. kita bwk bertih jagung jerrr, g pop2 sendirik ya :D nak bwk balik mee rebus tu 2 bungkus ya :D

Aziela said...

Sesungguhnya akak memang teramat kagum dengan Lia. Anak kecil, siap ada twins lagi, tapi manage untuk masak sedap2. Bilalaaah akak nak jadi macam Lia agaknya.

Acik Erna said...

assalam kamalia..rajin buat mee rebus..semua bahan2 ada ye..senang nak dapat bahan2 disana ye.

Qasey Honey said...

trasa mcm dh lama xmakan mee rebus ni...nmpk sedap la...nyum2

munna said...

aduhai sedapnya ni...pernah buat sekali je mee rebus ...

ADEEYA said...

Aduhai sedapnyaaa mee rebus kalau makan kat lua tak sedapp huhuhu

ADEEYA said...

Aduhai sedapnyaaa mee rebus kalau makan kat lua tak sedapp huhuhu

hazila said...

Lama tak makan mee rebus. Buat sendiri lagiiiiii la lama.

Hanis MY said...

i loike mee "berus" nama konon glam utk mee rebus hehe...

eija_sweetmama said...

sedapnye mee rebus kalau kuahnya pekat lagi sedapkan...
wah menggiurkan tgk isi daging dalam kuah mee rebus ni..

FnF Simple Life said...

Laaa...penah tido kat rumah kak emi/abg saiful ye...masa dok kaikan tu rumah dia atas rumah FnF je. kami tingkat 1, kak emi tingkat 2. Bulan 10-2010 kak emi pindah dok luar...so tak sure Kamalia dtg masa kak emi dah dok luar atau kaikan. Panggil FnF pun boleh...ehehe...tapi kalo jumpa panggil fadhil ngan fidzah...sy 32 tahun ni...tak sure sape lagi tua tp tak kisah panggil nama pun ok je...;)

zila norazila said...

dah malam2 baru dapat singgah sini..ternampak pulak mee nie..menggoda betul la..lama dh x makan ,,terliurr sgt2 nie:)

☾SHiemaCMa786☾ said...

Ades…peberetku…last buat mee rebus raya tahun lepas..huhuhu..
Nampak sungguh menyelerakan…nyam3!

yatie chomeyl said...

bahaya dtg blog ni, asyik buat rasa mengidam macam2 nak makan hahahaha

Chik Mimi said...

Assalam Lia sedapnya lama tak buat mee rebus

Cho Zila said...

mee rebus memang sedap... memang mabeles kalau kuah dia sedapler...

Unknown said...

mee rebus...lama tak pekena...huhu

Kamalia said...

Amie:
w'salam kak..betul kak,kuah tu rasanya nak minum macam tu je..hehe.oh,boleh makan dengan sambal kicap ugak ye..nanti boleh cubalah pasni..

asmara:
haah,cubala u..:)

sheila:
w'Salam kak..memang sanagt puas kak,saya rasa kalau kat malayisa ni mesti mahalakn..kalau nak makan puas,lagi elok ye buat sendirikan kak..

ucu:
suka.suka..nak tukar dengan mee bandung pak su boleh..;p
ehem,bunga tu kalau boleh bagi dah saya bagi 2-3 pasu kat uuc tau..;p

Kamalia said...

easy:
ekeke..ala,balik ni mengeth dulu kat warung mana2..boleh?

ijayuji:
salam ika..awat takde mood pulak ni?alah,kita kalau kain tu kadang2 buat tak nampak je..tapi,kalau dah cukup 2bakul,harus dilipat cepat2..kita pun tak suka menggosok jugak..benci..
nak popcorn yg dah siapla ..takmo buat sndirik:p

Kamalia said...

aziela:
Ya Allah, kak..kalau akak nak tahu say aboleh masak semua ni sebab yg twins tu pergi sekolah..kalau diorg ada rumah,mmg tak boleh buat apa pun,masak cekodok jela petang2 kot..saya tak secekap tu kalau diorg ada kat rumah,susuah sebenarnya nak buat kerja dan nak masak semua ni..

acik erna:
w'salam acik..alhamdulillah,ada mood nak masak,saya buat.kalau tengah malas,cekodok pun tak terbuat acik..hehe..haah,ada je barang dia..sennag jugakla nak dapat dan beli..

Kamalia said...

QH:
saya 1st time makan mee rebus,memnag sedap la kat tekak saya ni..buatla kak..sedap resipi ni.

munna:
bagus munna,pernah buat jugakkan..

adeeya:
hehe..kadang2 nak buat sendiri nikena ikut resipi betul2,kalau tak,msti ke laut rasanya..makan kat luar pulak,kena tengok kedaikan..dapat yg sedap,rezeki kitala tuh..

hazila:
haha..takpe kak,at least penah buat jugakkan..:)

hanis my:
ekeke..sangat glam tau nama tuu ..mee berus..eh,aklau kat skudai dulu selalula makan mee berus ni ye?

eija:
betul eija,yang ni kuah dia sangat pekat,memang sedap sanagt dan puas hirup kuah tu macma tu je..

FnF:
oh,kami pernah datang kaikan dan penah jugak datang bila dok luar..ok,fidzah ye.:_)

Kamalia said...

zila 4ever:
terima kaish datang menjenguk ye..takpe,ada masa boleh buat hujung minggu ni kan..resipi ni bagi saya sedap je.

cma:
wahmhebatnya cma pandai buat mee rebus sendiri..akak ni l abaru belajar buat..kot tak,mesti tak dapat meras akot mee rebus perantau..huhu

yatie chomeyl:
hahaha..takpe,nnti balik boleh makan puas2.kkat parit raja banyak je org yg jual mee rebus ni..:)

chik mi:
w'salam chik mi..alah,buatla kak..mehla sama2 kita naikkan berta badan..hehe

cho zila:
kan.kan..kuah ni sanagt super yummy bagi saya..

Kamalia said...

papa mifz:
apa lagi,lunch ni janag lup acarik yg sodap ok..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...