Pages

Friday, 13 April 2012

Nasi Ayam Ipoh

Salam wbt. hari ni kita makan nasi ayam Ipoh pulak ye. Walaupun dah lama masak ni, 3 minggu lepas kot tapi takpe, gambar tak basikan..hehe. Ini antara nasi ayam yang selalu saya buat selain dari Nasi Ayam Penyet tu..2 resipi je nasi ayam kat rumah ni yang boleh diterima oleh rakyat jelata. Kebetulan nak hidang untuk tetamu, bolehla ambik gambar terus..p 

kalau takde tetamu, memang tak dapekla letak timun tu macam tu..hehe
Resipi ni ambik dari rumah Kak Hana. Terima kasih kak. Memang dah dekat 3 tahun guna resipi ni je. Anak- anak suka!:)
Nasi Ayam Ipoh
source: Kak Hana
resipi asal: quinne

Bahan-bahan
BAHAN NASI
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
BAHAN SUP
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
BAHAN CILI
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
BAHAN KICAP
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
BAHAN TAMBAHAN
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara
  1. Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. Penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. Cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. Cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

20 comments:

sabar dubai said...

salam kak lia...waaaaa nasi ayam ipohhh yer....menu feveret di kala malas nk masak..tpp soddaaappp kann

Acik Erna said...

assalam lia..jauhnya nasi dari ipoh terus ke jepun..

nur easy said...

wah2.. bergulung tu haa timunnya..;)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nasik ayam peberet ai ni
senang cepat mudah & sedap gituew

Amie said...

Assalamualaikum Kamalia,
nasi ayam memang sedap, kakak suka makan semua jenis masakan nasi ayam, yang ayam goreng, yang ayamnya steam, nasi ayam ipoh, hainan semua boleh masuk... he he hehh sebenarnya hantu nasi ayam!

Chik Mimi said...

best ni Lia akak jugak yang tak terbuat2 lagi

FnF Simple Life said...

Bila la nak dpt rasa nasi ayam kamalia ni...hihi

zila 4ever said...

nasi ayam antara pebret kita jgk..tp dh lama x buat kt umah tue..rindu pulak nak makan bila nengok pic akk nie..aiishhh tergoda tang ayam tue..:)

munna said...

nasib baik lunch tadi pekena nasi ayam...kalau tidak terliur lagi nanti bila masuk sini

Mixed-family in da house.... said...

kak lia! nasi ayam 4 pinggan, order dr penang!..hehehheeh

♥cmª shIemª♥ said...

salam kak lia..
wahh....cma terliur ni...
adessssss.........nyam3.. :)

Ijah EmoTemo said...

nyumss!! sedapnya!!

Qasey Honey said...

wah Mama header bru lg yer...rajin betul..QH xsempat2 nk tukar yg lain...

sedapnya tgk nasi ayam tu...mintak spinggan bleh..myelerakan tgk nasi ayam tu...mmg tgh lapo skrg ni...hihi

Papa Mifz said...

wah specel semacam jer nasi ayam ipoh ni yer...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Jengah sini ada nasi ayam.. jengah waktu malam.. tetiba lapo naa...:)))

Lady Rina said...

thanks for the recipe..tiba2 terasa lapar...:)

Nur-nba said...

Perghh menu menggoda.. p/s: Kak Kamaliaapa khabar? Nur sihat2 je..

Cik TeN10 said...

Rajinnye akak m asak nasi aym lengkap dgn sos,kicap semua..kl sy simple2 ja..malas..hahahh

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

nasib tgk time dah lepas lunch..
kalau x terliur tgk ayam dia tu..

Khairunnisa' said...

The only dishes I know how to cook. Sadis betul.

Nisa'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...