Pages

Wednesday, 22 August 2012

Syawal 1433H

Salam aidilfitri kepada semua. Belum terlambat lagikan nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Macam mana sambutan hari raya kawan-kawan? Mesti meriah sangat ni(jeles..;p). Kami di sini alhamdulillah, pagi raya tu dapat juga berkumpul dengan saki baki rakyat Malaysia yang tak pulang beraya ke Malaysia. Pagi-pagi saya ni dah sibuk siapkan juadah untuk dimakan pada pagi tu. Malam sebelum tu dah siapkan rendang ayam dan cheese cake cuma pagi tu baru saya siapkan  nasi lemak dan pizza. Lepas tu siapkan anak-anak pulak. Sukanya tengok muka masing-masing, excited nak pakai baju raya..hehe. Walaupun babah diorang takde untuk beraya bersama, tapi kemeriahan tu tetap saya wujudkan untuk anak-anak.

Pagi tu dah siap semuanya terus angkut anak-anak dan makanan pergi beraya rumah Kak Lisa. Senang berkumpul di sana memandangan Kak Lisa pun dah sarat mengandung nak berjalan pergi ke rumah saya. Bila 7 orang hanak-hanak berkumpul memang terasa meriah sungguh!

anak-anak lelaki saya.
Faeiq dan Faeiz..
dah besar kan..;))
nasibla pagi tu agak senang nak ambik gambar diorang ni..

anak dara saya..
pakai tudung tu sekejap je..pastu bukak
"mama, Amni panasla"..T__T

ni jela gambar paling elok..
yang lain, macam-macam aksi ado..
Afiya paling lambat bersiap pagi tu..agak bising mulut dia pagi tu mintak pakai baju lain..

ini la juadah kami pada 1 syawal hari tu..
sedih bila saya tengok balik..huhu
yela, bila telipon mak saya macam2 ado tau..tensi sungguh dengar juadah yang diorang masak hari tu..
ada rendang ayam saya,nasi lemak and the geng, pizza takde sebab tertinggal kat rumah, mee tomyam kak lisa, ketupat palas dan ketupat biasa (segera) dari Kak Lisa..kuih raya, serunding ayam, 
satey ayam, kuah kacang, macarons..(adik kamilah yang buek..)

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai selama ni ada terkasar bahasa yang di tulis dan juga mintak halalkan mana-mana resipi yang saya pernah cuba dan letak di sini. 



10 comments:

Acik Erna said...

assalam kamalia..alhamdulillah meriah juga kamalia beraya tu..tak pe..nanti bila dah balik sini..masak dan makan sungguh2 ye.

LadyBird said...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. comel.. pakai baju ungu sedondon.. :D

FnF Simple Life said...

salam lebaran. comel sungguh anak2 berbaju purple.

Huszaini Haron said...

Selamat hari raya maaf zahir batin!!

Asmara said...

dah nampak bujang betul anak bujang 2 org tu. encem! hehe..
Buat kuih raya tak? ;D

Hanis Azla said...

serba purple semuanya.. wp tak semeriah di sini, suasana raya masih terasa dgn juadah2 yg penih meja tu kan.. salam aidilfitri buat lia dan famili.. maaf zahir dan batin dari akak..

nur easy said...

alaa dah 2 kali raya request nak purple, tp blom kecapaian lagi.. ghehehe tomei2 la anak2 kamu ;)

Nur-nba said...

Comelnya anak2 akak... :)

Takpe nanti bila akak balik Malaysia, akak makan juadah raya tu puas2 ye.. Jangan sedih2 tau..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

alhamdulillah...kemeriahan beraya ade jgk tu.. huhuh..

wah.tema purple yek? mmg tahun ni silver n purple la..hihih

samelah kita kak.. maaf zahir dan batin ye..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Salam Aidilfitiri buat lia sekeluaga..

tema purple ye thn ni..comey2 tgk anak2 liya berpakaian sedondon, mana gmbar mama & ayah dia..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...