Pages

Monday 27 August 2012

Himawari / Bunga Matahari

Salam wbt..Ramai yang dah bekerja ye harini? Selamat kembali bekerja, jangan malas-malas, ingat tanggungjawab kita tau!.hehe. Ok, sana sini orang duk tayang gambar berhari raya, tapi macam saya ni setakat beraya satu rumah je takdela gambar yang nak ditayangkan sangat. Takpe..takpe, panjang umur next year dapat merasai kemeriahan berhari raya di Malaysia.Amin.

Kali ni nak share gambar bunga matahari atau himawari dalam bahasa di sini. Kiranya nama adik ShinChan, Himawari tu diambil sempena nama bunga ni la kot..;p Kami pergi yang di Koiwai Farm, kebetulan waktu tu je Mr K free. Pergi dalam minggu ke 3 berpuasa tak salah saya. Gigih bawak anak pergi sini, actually banyak sangat activiti untuk anak-anak yang boleh kita lakukan kat sini tau. Yang tu lain entri la saya cerita kot. Memang panas sangat time tu, anak-anak tah berapa botol air kot diorang minum.

time ni tak semua dah kembang..ada jugak yang baru keluar bunga dia macam ni..
Tapi, saya suka tengok dan ambil gambar bunga jenis macam ni..
bagi saya sangat cantik!


contohnya macam ni..kalau tengok dari bawah kiri baru saya tahu putik himawari ni macam ni bentuk dia..
lepas tu bunga ni akan lagi membesar putiknya seperti gambar sebelah kanan..
dan akhir sekali sebelum kembang sepenuhnya kelopak warna kuning tu dah mula kelihatankan..

yang ni pula antara dua jenis gambar yang sempat saya ambil..
dua jenis bunga yang berkembang dari arah yang berlainan..
Masya Allah..!

.
actually takdela luas sangat himawari field ni..
tak sebesar yang macam di Sunflower Zama.yang tu memang besar sungguh dan sangat cantik..
kalau la dekat memang saya dah pergi kot..;p


afiya, kenapa tutup hidung?
gatal ek?

sangat tinggi..ada yang lebih 2 meter ketinggiannya..

bunga ni pun sangat besar dan lebar!
lagi lebar dari muka Afiya..;p

kat dalam ni dibuat macam banyak jalan dan simpang..haha teruk sungguh penerangan yang saya bagi.
actually kalau kita jalan dalam 50 meter kita akan jumpa dua simpang, satu kiri atau kanan..
jadi, kalau taknak anak-anak hilang, kenala pastikan anak-anak sentiasa melekat dengan kita..

sang lebah..

dapat jugak bergambar satu family!
susah nau nak ambik gambar dengan bebudak ni tau..;)

tak ingat bila kali terakhir bergambar berdua..
semua bunga ni menunduk/ menghala ke satu arah.-----------> arah matahari.
(eh, yang ni saya tak ingat la belah mana bunga ni menunduk..kalau salah sori la ek)


sekian cerita bergambar dari saya hari ni. Insya Allah, nanti saya sambung cerita bergambar yang lain pulok..hehe
terima kaish sudi membaca. ..:))

Wednesday 22 August 2012

Syawal 1433H

Salam aidilfitri kepada semua. Belum terlambat lagikan nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Macam mana sambutan hari raya kawan-kawan? Mesti meriah sangat ni(jeles..;p). Kami di sini alhamdulillah, pagi raya tu dapat juga berkumpul dengan saki baki rakyat Malaysia yang tak pulang beraya ke Malaysia. Pagi-pagi saya ni dah sibuk siapkan juadah untuk dimakan pada pagi tu. Malam sebelum tu dah siapkan rendang ayam dan cheese cake cuma pagi tu baru saya siapkan  nasi lemak dan pizza. Lepas tu siapkan anak-anak pulak. Sukanya tengok muka masing-masing, excited nak pakai baju raya..hehe. Walaupun babah diorang takde untuk beraya bersama, tapi kemeriahan tu tetap saya wujudkan untuk anak-anak.

Pagi tu dah siap semuanya terus angkut anak-anak dan makanan pergi beraya rumah Kak Lisa. Senang berkumpul di sana memandangan Kak Lisa pun dah sarat mengandung nak berjalan pergi ke rumah saya. Bila 7 orang hanak-hanak berkumpul memang terasa meriah sungguh!

anak-anak lelaki saya.
Faeiq dan Faeiz..
dah besar kan..;))
nasibla pagi tu agak senang nak ambik gambar diorang ni..

anak dara saya..
pakai tudung tu sekejap je..pastu bukak
"mama, Amni panasla"..T__T

ni jela gambar paling elok..
yang lain, macam-macam aksi ado..
Afiya paling lambat bersiap pagi tu..agak bising mulut dia pagi tu mintak pakai baju lain..

ini la juadah kami pada 1 syawal hari tu..
sedih bila saya tengok balik..huhu
yela, bila telipon mak saya macam2 ado tau..tensi sungguh dengar juadah yang diorang masak hari tu..
ada rendang ayam saya,nasi lemak and the geng, pizza takde sebab tertinggal kat rumah, mee tomyam kak lisa, ketupat palas dan ketupat biasa (segera) dari Kak Lisa..kuih raya, serunding ayam, 
satey ayam, kuah kacang, macarons..(adik kamilah yang buek..)

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai selama ni ada terkasar bahasa yang di tulis dan juga mintak halalkan mana-mana resipi yang saya pernah cuba dan letak di sini. 



Wednesday 8 August 2012

Ayam Percik

Salam wbt. Terima kasih kepada kengkawan yang memberi kata dorongan kepada saya dalam entri sebelum ni. Tak sangka ramai yang prihatin. Terasa disayangi sungguh.hekhek..sayangkorangketatketat..*hugs*.

Petang ni nak share lagi lauk kegemaran kami. Sepanjang ramadhan ni, dah 3 kali saya masak ayam percik. Sebab senang, sedap dan yang pasti anak-anak memang suka. Saya suka ayam percik yang ala2 pasar malam tu. Kalau yang jenis pasar malam kan dia pedas lepas tu kalau tak salah saya dulu kita boleh pilih nak kuah percik biasa atau kuah kacang. Dulu la time saya kecik2, sekarang ni tak tahula ada 2 jenis kuah atau tak. Dah lama kan tak pergi pasar malam.;p

Sebelum ni suka guna resipi dari cikmin dot com,  memang sedap!.. Dua minggu lepas saya carik lagi resipi yang lain dan jumpa satu lagi resipi yang best jugak. Resipi ni memang tajuk dia ayam percik pasar malam. Pun best jugak. Memang terasa jadi makcik yang jual ayam percik tu la..haha. Jadi, saya letak kat sini senang untuk saya rujuk bila teringin nak masak lagi. Terima kasih cikmin dan Sajiemas,Myresipi.

untuk ayam percik yang ni saya guna resipi ayam percik pasar malam tu.
saya buat kuah dia banyak2, lepas tu frozenkan..
jadi, macam hari ni saya nak masak ayam percik saya cuma perlu defrostkan je kuah tu, ambik sedikit untuk perap ayam dalam sejam dua, pastu bakar..yang lebihan kuah tadi, bolehla curahkan atas ayam tu nanti..
macam hari ni saya buat 2 kuah..kuah kacang tu saya guna left over kuah satay hari tu..
saya memang tetiap hari masak macam hari biasa, takut petang tak larat nak  masak..
so, ayam ni suku anak2 dah selamat makan..hehe


Bahan untuk ayam:
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 btg serai
serbuk lada sulah

garam
(perap ayam dgn bahan2 diatas)
Bahan untuk sos:
10 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 btg serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
(semua bahan diatas kisar halus)
15 tangkai cili kering-dikisar(pedas ikut suka)
santan RM2
garam, gula dan perasa
Cara2nya:
Tumis bahan-bahan yg telah dikisar halus bersama cili kering kisar hingga naik baunya,masukkan santan dan biar sampai pecah minyak.Masukkan garam,gula dan perasa jika suka.
Bakar ayam yg telah diperap sama ada guna oven(suhu 165c selama 1 jam) atau dapur arang.Kemudian tuang sos diatas ayam yg telah siap dibakar.

ni masak 1st ramadhan aritu. hat ni guna resipi cikmin.

AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)

Bahan:-
  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan semua bahan dan di
  2. masak sampai mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  4. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  5. Bakar dan siap untuk menjamu selera.


Sambut Hari Raya tahun ni tanpa suami dan keluarga pulak jauh beribu batu..

Sesi luahan perasaan..hehe Buat pertama kalinya selepas 6 tahun berkahwin, inilah pertama kali saya beraya tanpa Mr K di sisi.

Sememangnya sejak dari bulan 6 hari tu dia memang sibuk tahap melampau( sama macam semua orang yang dalam proses menyudahkan study masing2kan). At first, saya ingat macam raya tahun ni sempatla dia bersama kami pagi hari raya tu dan kononnya sebaik selesai je sembahyang hari raya nanti baru dia bertolak ke airport. Tapikan, kita hanya mampu merancang. Memandangkan tiket pada hari ahad tu mahal melampau dan beza terlalu  banyak dengan tiket pada hari sabtu, jadi dia pun buat keputusan untuk bertolak pada hari sabtu(petang hari raya)..Walaupun kali ni conference diadakan cuma di Shanghai dan perjalanan ke sana cuma mengambil 3 jam, tapi tiket hendak ke sana memang tahap mencekik darah. Harga tiket ke sana lepasla kot untuk 2 orang balik Malaysia pergi balik..haiissshh.

Jadi, tahun ni hanya boleh beraya dengan Mr K pada hari raya ke 4, itupun malam baru sampai sini. Uwaaaaaaaaaaaaaa..Hanya mampu berfacetime je la kami nanti. Dah la baju raya Mr K dah siap beli semua sedondon nak pakai pagi raya tu. Simpan je la kot baju tu, cuma pakaikan untuk anak2 je di pagi mulia tu..dan macam biasa, konpem dari hari mantai sampaila ke hari raya tu memang banyak kali la saya akan call mak di kampung ..haha, biasala saya suka menyibuk apa yang mak saya akan masak dan apa yang diorang makan time raya tu.

Okla..itu je pun luahan emosi saya pagi ni. Actually dah tahu pasal ni dah lama, dari awal tahun aritu kot cuma bila minggu lepas dia dah confirmkan tiket dia bila, itu yang saya terus rasa lain macam sikit..hehe ok, bukan rasa lain macam sikit, rasa lain macam banyak..Apapun, yang penting kena gembirakan hati anak-anak. Walaupun hanya Amni je yang tahu apa itu hari raya, takpe kita kena tunjukkan pada mereka kegembiraan yang kita sambut pada hari itu.

Tuesday 7 August 2012

Trip To Hokkaido: Furano(Lavender Farm) Part 2

Salam wbt. Bercinta sungguh nak menghabiskan entri Hokkaido ni ha. Hari ni sambung tengok gambar jela ye..

nasibla Afiya ni masih belum boleh berjalan, so boleh la dukung sambil bergambar dengan dia..
kalau abang dan kakak dia time ni semua dah tak mo bergambar dah..
penat kekdah nya..hehe
ini di Forest House
 gambar family yang semenggah sedikit..hehe
okla dari yang lain kan walaupun Faeiq dan Faeiz buat muko camtu..
waktu ni panas sangat, panas matahari yang terik tu..
kalau nak diikutkan suhu takdela tinggi sangat waktu ni, cuma matahari yang memancar tu membuatkan kulit saya sunburn..balik hidung dah jadi kemerahan..2-3 hari lepas tu dah mula mengelupas..
 berlari carik Faeiq yang menyorok kat sebelah sana..
rainbow fields yang dibayangi oleh pokok..
ini di Irodori Field (Furano, lavender farm part 1)
 ini pulak gambar dari park yang sebelah bawah tau..tak ingat nama park tu..hehe
cuma sayangnya waktu ni bunga ni semua belum kembang sepenuhnya..
dan bagi sesiapa nak tengok bunga yang saya ambik ni berkembang dengan sepenuhnya, 
boleh klik di link farm tomita ni sendiri. Memang mereka sentiasa update website mereka untuk menunjukkan perkembangan bunga-bunga di sana..(ayat dah macam apa dah..;p)
ok dah dapat..ini di Hanabito Fields (kalu salah tolong betulkan ye..;p) 
barisan bunga..French Marigolds in orange color..actually kat sini bermacam jenis bunga ada..tapi tak semua gambar saya ambil memandangkan bunga2 tu semua masih lagi kecik cenonet tak kembang sepenuhnya ..
 hehe..model tak berbayar 
 French Marigolds, yellow color..

 Sakiwai Field

suka waktu ni..ada pokok yang rendang, ada kerusi..
duduk sambil makan kentang rebus w/out butter (ganti dgn garam)..haha
angin sepoi2 bahasa jepun pastu denagn suasana yang cantik memang sungguh tenang..eceh..;p

bunga ni di Autumn Field..banyak lagi bunga yang lain, tapi bila saya tengok balik, tak berapa cantikla pulak sebabnya nampak pokok tu setompok sana,setompok sini..
ini bunga di Forest House..terselit kat sini da..
ini adalah The Furano - Biei Norokko train
train dari Furano - Biei dan akan melalui beberapa lavender farms 
seperti Farm Tomita contohnya..
saya rasa memang best kot kalau dapat naik train ni sambil menikmati pemandangan kehijauan sawah padi, gandum dan juga lavender..
kebetulan on the way kami nak ke Lavender East, kami terserempak dengan train ni..
terus keluarkan senapang dan tembak!..
 ini pula di Lavender East..
Sekiranya kita memandu dari arah Biei, kalau nak pergi ke Farm Tomita kita harus belok ke kanan..
dan kalau nak ke Lavender East ni kita hanya perlu belok ke kiri. 
Dari simpang masuk tu lebih kurang 2.5 km ke Lavender East ni..
di sini saya tak turun pun, memandangkan Afiya dah tidur waktu tu..
Hanya Mr K turun dengan Faeiq sebab nak basuh montot dia..haha
Lavender East merupakan ladang lavender yang terbesar di Furano merangkumi keluasan 14 hektar!
selain dari kedai, cafe, observation deck, kat sini jugak ada "Lavender Bus" yang kita boleh naik (berapa kena bayar tak pasti) untuk bersiar di sekitar ladang dalam masa 15 minit/ride..
waktu mula sampai di sini, perasan jugak snipers ni semua..
suruh Mr K tengok apa yang diorang cuba tembak..
dia kata takde apa pun kat depan tu, yang ada cuma pokok lavender je..haha
saya ingat nak tunggu sunset ke apa kan..tak lama lepas tu, mereka semua ni bersiap-siap nak pergi dari
situ..mungkin ada sesuatu yang saya orang biasa ni tak tahu..;p
 gandum!
suka bebenor saya tengok pokok gandum ni..
sebenarnya sepanjang perjalanan kami dari Biei ke Furano ni memang banyakkkkkkkkk
sangat ladang gandum..memang sangat cantik, nak lagi bila ada sesetengah ladang tu yang gandum dah masak menguning. Masya Allah, sangat cantik pada pandangan mata saya ni..
 kebetulan on the way ke Lavender East memang kiri kanan adalah ladang gandum..
jadi, bila nak balik tu, Mr K berhenti sekejap bagi peluang saya untuk tengok dengan lebih dekat..
 gambar yang dapat diambil pun tak seberapa
bateri kamera dah tinggal nyawa2 ikan waktu ni..huhu
ladang ni gandum belum masak sepenuhnya..
apa pun satu lagi pengalaman baru buat saya pada hari tersebut dapat tengok pokok gandum ni ha..
ye, saya seorang yang jakun..;p
ini pulak di Biei. kami terjumpa ladang di tepi jalan yang ada pokok matahari banyak sebegini..
actually menyesal sebenarnya tak behenti waktu tu, 
walaupun Mr K dah tanya banyak kali nak berhenti tak..nak berhenti tak..nanti menyesal..
saya waktu tu macam serba salah nak berhenti atau tak sebenarnya..sebabnya time ni memang traffik agak teruk,banyak kereta..saya takut nanti kalau berhenti sampai lambat pulak kat Furano..pastu terpikir mesti kat Furano ada jugak sunflowers ni..ropa-ropanya.nan hado!belum musim lagi..uwaaaaaaaaaa..
 takde sapa yang nak ambik gambar kereta ni..hehe
ini adalah map untuk walk in the gardens di Farm Tomita ni.
selain barisan bunga, ada juga kedai yang menjual segala jenis produk yang berasaskan lavender
contohnya: potpouri, soap, perfumes  dan banyak lagi..
selain tu kalau nak beli bunga lavender yang dijual secekak-secekak ada je di sini..
gambar kedai semua tu saya terlupa nak ambil..hehe

Friday 3 August 2012

Satay Ayam dan Lontong Ramadhan

Bila ntah kali terakhir buat satay..rasanya 2 tahun lepas kot, lepas tu kalau nak makan satay pun saya akan buat satay goreng je. Senang dan mudah kan. Hari tu waktu berfacetime dengan Mr K (dia kat M'sia), dia baru sudah berbuka. Saya tanya dia, makan apa. Terus dia tunjukkan satay dan ayam golek yang terhidang kat atas meja, lepas tu makan satay depan saya. Tensi ai tau..kijammm. Terliur-liur saya kat sini.haha. Nasibla saya cuma rajin nak buat satay je, kalau tak harus ku buat jugak ayam golek tu..

Waktu saya duk sibuk nak bakar tu, Amni pun tanyala..
Amni: Mama, nak masak apa?
Mama:  Mama nak masak satay..
Amni:satay?apa tu?...
Mama: mama pun google tunjuk gambar satay..inila satay..
Amni:..ooo (tapi  muka still clueless..haha)
kesian tau anak2 saya..diorang suka makan satay, tu sebab saya selalu buat satay goreng, kalau bakar ni memang yang 2 tahun lepas je la kot. Pastu, kalau makan pun time gathering dengan adik2 ni je. Nak mama buat sendiri, mama is lazy..huhu

 saya buat tu dapatla dalam 34 cucuk satay rasanya.
saya bakar kat stove je, tapi kena pandai control api..kalu tidak, nanti berasap.
malas nak bakar dalam oven, nanti ayam saya jadi kecut..haha
ntah kenapa jadi camtu, tak tahu pulak saya. saya tengok orang lain elok je bakar dalam oven. 
mungkin tak pandai kot, tak pun oven saya tak suka bakar satay..ekeke

Selain tu ada jugak buat lontong. Dah alang-alang rebus ketupat tu, saya terus la buat kuah lodeh sekali. Untuk resipi satay kali ni saya guna resipi satay ayam Hj Samuri..eceh, nak resipi yang best2 je ek..haha. Memang sedap, rasa macam satay sungguh la..hehe Takdela, kalau ikut sukatan dia betul-betul, insya Allah rempah semua memang rasa meresap kat dalam ayam tu. Cuma untuk kuantiti saya tak ikutla sepenuhnya, saya cuma guna 3 keping boneless chicken je..Yang lain-lain saya main ikut suka je kurang kan kuantiti bahannya..
lontong ni Amni suka makan dengan kuah kacang saja..
Afiya suka jugak ni, banyakla dia makan hari tu.
twins..macam biasa, suap ke mulut diorang terus buat muka..ceh.:(
resipi masak lodeh saya ambik di sini..

Thursday 2 August 2012

Cucur Udang Rangup

Salam wbt. Cucur udang yang bila dibuat pasti jadi bila guna resipi ini..hehe sebabnya selama ni saya buat tak pernah menjadi sebenarnya(sangat sadis di situ;p)..Cucur ni memang sedap tau, bila saya duk gorengkan tu terkecur2 air liur..haha tak pasal2 kurus pahala puasa saya. Tapi, saya gantikan udang dengan ketam. Kebetulan udang dah habis dan yang tinggal crab sticks je, so guna la apo yang adakan. Alhamdulillah,sedap. Saya ni pulak tak tahu kenapa bila nak masak tu mesti tamak, saya ikut sungguh la resipi ni. Rupanya dapat banyak yang amat. Yang makannya saya sorang je( laki belum balik lagi time ni), pitam nak ngabihkan. Anyway, terima kasih penyumbang resipi, Kak Madihah..Letak di sini untuk rujukan akan datang..


Cucur Udang Rangup

Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang (crabsticks-dipotong dadu)
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)

1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya)

From KG with love

Salam wbt..KG tu adalah kampung ye anak2..haha. Sajalah nak tulis di sini apa suami yang kucintai bawak balik dari tanah air. Melampau tau saya duk mengirim barang macam dah tak nak balik Malaysia dah..padahal tinggal berapa bulan je lagi kan di sini.(InsyaAllah..)
Ok..jom tengok gambar. Maaf, kualiti gambar agak kurang memuaskan. Ambil guna ipong je.hehe
gambar atas..kuih raya babe!.Alhamdulillah..rezeki..rezeki.
kebanyakkan kuih tu kakak saya yang bagi..tempeyek kacang tu mak saya siap order dalam 4-5 kilo kot, tapi tak semua laki saya bawak balik..sebab dah tak muat beg..;p
ada jugak laki saya beli di Parit Raja, sempat lagi tu dia turun ke Parit Raja..
tempeyek dah bukak satu bungkus..lepas iftar hari ahad aritu terus saya bukak,terliur kot time kemaskan semua ni..(manjang terliur je kan saya ni..)
bawah kiri pulak..keropok ikan ready to eat..ada yang biasa dan bersira..pastu ada sotong kering kot
terima kasih SIL..
pastu roti gardenia..tapikan butterscotch takde..uwaaa..sedih mak.
roti yang kecik2 tu dah abih da..
Jadi, kengkawan semua..sempena hari raya nanti marila ke teratak buruk saya..boleh makan kuih raya..
(harap2 ada lagi time tu..hehe)

gambar atas adalah lauk maman..
terbaik dari kg..walaupun bukan mak saya buat(kakak saya yg buat), tapi still yummylicious.
bawah pulak sambal ikan bilis..banyak sungguh kakak saya bagi..
pastu ada jugak sambal hitam MIL saya..satu plastik besar..semua tu saya frozenkan je, senang nanti time saya malas boleh makan tu je..haha
last but not least..kepsi.
beriala babah diorang ni beli banyak, tapi anak-anak tak nak makan..
macam biasa, diagihkan kepada adik2 ni..

lagi ada bawak tempoyak..tapi saya tak boleh la pulak nak upload gambar dia..takpe,korang tau kan macam mana rupa tempoyak..hehe.tengokla esok lusa buatla kot sambal tempoyak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...