Pages

Friday 8 January 2010

Ego ga hanasemasu ka

Ego ga hanasemasu ka..(Do you speak English?) Itulah masalah kami di sini..Kami ni baru hendak belajar 2 M(menulis,membaca) dan bercakap bahasa Jepun. Jadi,segala urusan agak rumit sebab agak sedikit yang boleh berbahasa Inggeris dekat Morioka ni..(kalau bandar-bandar besar,takde masalah kot). Kalau mula2 sampai dulu, ade junior-junior yang tolong kami jadi interpreter..(ikut sekali ke mana-mana kami pergi). Tapi sampai bile nak bergantung denagn diorang kan?

Hari ni kami ade appoinment untk twin ni. Diorang tak dapat lagi imunisasi yang untuk 1 tahun1/2 tu (yang 3 serangkai;polio,dpt dan dt). Hari ni kami jangka diorang dapat la sebab hari Rabu ari tu bile buat check up kat klinik, doktor tu kate datang la hari Jumaat untuk injection DPT..Tapi sebelum tu korang bole bayangkan macam mana my hubby,nurse dan doktor berkomunikasi..(Macam itik ngan ayam..kihkihkih) Memangla dah pergi kelas tapi tak semua ape yang diorang cakap my hubby bole faham. Bile kite cakap B.Inggeris, diorang pulak yang tak faham nanti..Nasib baik la doktor tu bole cakap sepatah dua.:-o

Bile kami dah sampai ke klinik pagi tadi,(kami keluar awal ,kononnye dapat balik cepat), diorang mintak pulak rekod kesihatan..Kami tunjuk la dr M`sia, diorang taknak pulak.Nak yang Jepunnye. Mana nak carik??!! Rupe-rupenye kena ambik kat City Hall. My hubby tanye la, kalau ambik injection je terus tak boleh ke? Dengan kejamnye diorang bagi jawapan , kena dapatkan rekod kesihatan Jepun dulu..Ishkishk..Sabo jela. Hari Rabu ari tu tak cakap pulak kena ade rekod kesihatan Jepun..Gerammm.:-((

Kami pun pergila ke City Hall. Nak dapatkan rekod kesihatan tu pun satu hal. Dekat 1 jam 1/2 baru selesai..Padahal nak ambik je pun. Kat City Hall pun takde orang yang bole cakap B.Inggeris..Nak mintak rekod tu pun susah dan orang sana nak terangkan pun susah. Bile bahasa dah pelik-pelik sikit je,my hubby akan kate`Wakarimasen`. Saya dan twin tinggal kat dalam kereta je,yela kat bising pulak dengan anak-anak kami je kan kat City Hall tu..Twin pulak hari ni meragam je.Bayangkan,asyik menangis je.Bergilir-gilir pulak tu nangis. Sampaikan pakcik jage parking tu naik risau. Asyik-asyik tengok,yela kot-kot budak-budak je yang tinggal kat dalam kereta tu..Rupanye ade mak budak sekali...hehehe. Tapi mak budak tu dah tak bole control anak-anak die dah..huaaa

Laparnye..Dah la sebelum pergi tak sarapan,ingat dapat balik awal...My hubby keluar dari City Hall dalam kul 12.10pm..Nak kejar sembahyang Jumaat kul 12.30pm . Baru plan lunch nak beli sushi je.Tak dapekla..Terus balik rumah dengan perut yang lapar sangat..Kena masak lagi..huhu.

Jangan risau,kami dapat gak makan sushi.My hubby beli selepas sembahyang jumaat tadi. Sebenarnye,setiap minggu pegi beli sushi kat kedai pakcik ni .Sodap..Sushi tuna dan ebi(udang + mayo)..Pakcik ni pun dah konal budak-budak Marisia ni. hehehe..Regular Customer:-))


Mama tomei:pic ats skali:-Morioka
:pic kat tgh2:-Morioka City Hall
:pic bwh :-sushi tuna & ebi(udang)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...