Pages

Wednesday, 22 February 2012

Waktu itu..

Salam wbt..


Saya rindu nak jaga mak saya. Saya jaga mak saya kat hospital mula dari umur 20 tahun kot. Kebetulan saya seorang je yang belum berkahwin lagi waktu tu. Tetiap kali cuti semester mesti mak saya masuk hospital. Saya ingat lagi, pernah waktu tu cuti semester, hampir sebulan saya duduk di hospital menjaga mak saya. Itu yang paling lama la rasanya. Tido sekatil dengan mak. Makan sama-sama walaupun lauk saya lauk beli je, tapi mak mesti nak makan sama-sama. Dia kata baru ade selera sikit. Lepas tu teman mak pergi buat hemodialysis kat Hemodialysis Unit. Tunggu mak selama 4 jam. Kalau bawak novel memang boleh habis, kalau baca suratkhabar memang setiap inci muka surat tu saya belek..haha..memang boring tau duduk menunggu tu tapi yang pasti kena maximise kan masa yang kita ada dengan mak waktu tu. Kadang-kadang kalau lapar, pergi makan dulu lepas tu datang balik jenguk mak kat dalam klinik tu. Tanya nak buah ke, kuih ke..Kalau mak nak, belikanlah. Lepas tu suapkanlah mak makan.


Kali terakhir saya teman mak saya kat hospital adalah sebulan sebelum tarikh saya kawin. Sebelum tu memang belum berhenti keje lagi kot, tapi bila mak dah sakit kuat, saya terus berhenti keje dan duduk hospital untuk jaga mak saya. Semua persiapan perkahwinan dah saya siapkan. Untuk hantaran pulak saya memang tak buat sendiri, memang upah orang untuk tolong buatkan. Jadi, memang waktu tu peluang bagi saya untuk teman mak di hospital sebelum saya menjadi isteri orang. Saya ingat lagi, tiap kali orang datang melawat mak atau pelawat kepada jiran katil mak, mesti mak akan cakap dia ni nak kahwin ni..lepas tu orang tu mesti terperanjat dan terus tanya dah siap ke persiapan nak kahwin ni?..hehe..Pastu mak saya kira ramah orangnya, saya rasa semua orang yang sakit kat wad tu tau yang saya nak kahwin waktu tu..Waktu tu memang saya duduk teman jela takde langsung nak buat ape..haha..ok ada, saya duk siapkan kad undangan, tulis nama untuk sesapa yang saya belum bagi lagi..Serius tak tahu nak buat apa lagi waktu tu..haha. Jadi waktu tu saya jaga sampai tinggal lagi 2 minggu sebelum majlis dan mak pun dah boleh discharged dari hospital.


Selalunya kalau saya duduk menjaga mak mesti saya yang akan pegang duit mak. Waktu tu jugak rezeki saya sangat murah sebab selalunya semua orang yang datang melawat mak saya akan bagi saya duit..Diorang kata ambil la, boleh buat duit belanja..hehehe..best tau waktu tu. Kalau dekat sebulan saya boleh dapat beratus-ratus duit orang bagi saya. Pastu saya tanya mak nak ke tidak, mak kata simpanla. Buat belanja..Itu dulula zaman muda remaja.


Alhamdulillah, selepas tahun 2010 mak saya dah tak masuk hospital lagi dah. Semoga mak diberikan kesihatan yang terbaik dariNYa. Semoga Allah panjangkan umur saya untuk terus berbakti kepada mak. Semoga Allah panjangkan umur mak supaya mak sempat melihat kami sekeluarga balik tahun depan. Apapun, saya memang telah mempersiapkan diri saya sekiranya saya kehilangan mak saya dalam waktu ini. Setelah Mr K buat keputusan nak sambung belajar di sini, waktu tu saya memang dah cakap dengan diri saya kalau ada apa-apa jadi kepada mak, saya harus tabah dan redha kalau saya tak sempat jumpa buat kali terakhir.

6 comments:

ijayuji said...

Salam lia, sedihnyer baca kisah lia jaga mak kat ward,. Kita pun sejak kawen kalau boleh mmg janji nak jaga mak kita kalau sakit ke apa ke, tapi bila ddk jauh ni mmg byk perkara kena korbankan sebab dah kawen n ada keluarga sendirik. Kdg tu sedih bila tepon mak tak sihat ke sbb kalau boleh biarlah kita yg ssh2 antarkan ke klinik, tak nak menyusahkan ayah, bila fikir2 balik mmg sedih sgt2 nak balas jasa mak kita selama kita kecik sampai dah tua niii (maksudnyer sblm kawen lah kan :D) mmg tak terbalas. kita pulak yg emo hihihi.... yer la, sbb dulu janji mmg nak jaga mak kita, sampaikan kita ckp ikut ajer kita tggl kat bangkok ni tapi mak ayah tak nak, byk urusan maksudnyer nak g belajar ngaji g dgr kuliah2 g mesjid, klu duk kat sini nak dgr dia org ckp siam mmg tak phm lerr kan, pastu dgn keadaan bandar yg bising n sesak sentiasa ni kan.. Kita pun harap2 sgt, sampai masa kita balik ke mesia satu hari nanti mak n ayah kita masih setia menunggu kat depan pintu :-)

nur easy said...

semoga ada kesempatan untuk berbakti padanya.. sungguh, kehilangan itu tidak kan berganti.

keputusan sy utk balik wpun belum selesai, inilah juga sebahagian sebab yang x mampu nak tulis dalam surat tunjuk sebab. saya nak bersama2 mak, wpun dgn masa y terbatas kerana komitmen. wpun saya tak sempat jg jumpa dia pd saat akhir nafasnya, alhamdulilah sy sempat bersamanya 2 bln sblm pemergian. Al-fatihah

Nadiah Sidek said...

terharu baca kisah akak dan mak akak ni..

eija_sweetmama said...

sedey pulak eija baca
iye la lia di perantauan skrg mmg risau kalau ape2 terjadi pada family disini..

Alhamdullillah, besar tu pengorbanan yg lia dh buat masa zaman remaja dulu, mesti mak lia pun akan igt smpai bila2..

insyaallah moga dipermudahkan segalanya..AMIN.

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam kak lia..

terharunya baca..kak lia mmg seorag anak yg btggjwb..
bertuah mak akak..itu la perngorbanan yg harus dilakukan oleh seorg anak..

kak lia rindu mak ya.. ?

:)

Acik Erna said...

assalam ia..acik pun rasa terharu dan bertambah sedih bila difikiran..mampu ke anak lelaki acik jaga acik seperti
mana lia jaga mak lia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...