Pages

Friday, 9 March 2012

Sombong dan angkuh

Salam wbt.  Sempena  hari jumaat yang mulia, ingin berkongsi sesuatu untuk pengisian rohani kita dan juga untuk peringatan buat diri sendiri.


Sombong, takabbur atau merasa diri besar adalah masalah yang sangat serius. Seharusnya kita pelu berhati-hati dengan sifat ini kerana disebabkan sombong inilah syaitan terusir dari syurga dan dikutuk oleh Allah SWT selamanya. 


Tentang sifat takkabur ini Rasulluah SAW pernah bersabda: 
Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada kesombongan walau seberat debu (HR Muslim).
Allah benar-benar mengharamkan syurga untuk dimasuki oleh orang yang takkabur. Takabbur hanya layak bagi Allah yang memiliki keagungan sempurna sedangkan seluruh makhluk hanya sekadar menerima kemurahan dariNya.

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]


Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


tulip..

::auto publish entry..terima kasih kerana sudi membaca.::

9 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alhamdulliah n3 yg sgt berguna...peringatan untuk kiter moga terhindar dari menjadi sifat begituew....auwww ayat ai

Hanis Azla said...

indahnya entry ni.. terima kasih atas perkongsian yg baik ini.. semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri yg serba kekurangan ini..

Aziela said...

betol..betoll....

シャイマ said...

so true! sebab tu kdg2 nak berblogging pun takut, sbb kdg niat kita nak share pengalaman/ simpan memory or documented what we eat/ cooked tapi bila org puji lebih2 takut sgt deeeep down kita ter-rasa riak. Hopefully kita akan terhindar dr menjadi golongon ini..

cik norai said...

kak lia...tepat sangat..muhasabah diri sendiri balik.arigato!!

izahdaut said...

Alangkah rendahnya hati si penasihat .. Imam ghazali. Tq lia share

sabar dubai said...

kak lia info yg menarik dan sgt bergune

Unknown said...

Setuju dgn siapa, yg tulis tulisan jepun tu...? Tak phm*

Kdg kala tak niat pun nak menunjuk2 just nak keep the memories... Yg Allah, yglah timbul rasa riak tu kan... takutnyelah pulak...

eija_sweetmama said...

peringatan yg sgt bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...