Pages

Tuesday, 27 March 2012

Tuna Burger Chef Wan

Salam wbt..ai is mengantuk, huhu. Ma little princess tak sihat, clingy like a koala. Seriously, this time bila dia tak sihat dan demam, she is super cranky and clingy.Langsung tak nak dengan babah dia, nak mama je. This time pun nampak dia tak larat sungguh even nak merangkak pun dia tak mampu. Tapi, semalam dah bawak pergi klinik, so dapatla bagi makan ubat cepat-cepat. Takut tau kalau dia kena masuk hospital lagi. Semalam saya cakap jugak dengan babah dia ni, kot-kot dia kena demam campak kot. Untuk budak bertiga tu diorang time macam nila selalunya kena campak. Afiya pun nampak macam sakit je, malam asyik mengerang dan tak nak makan langsung. Tapi nasib dia nak menyusu . Alhamdulillah, hari ni nampak dah sihat sikit. Dah nak makan sikit. Dah boleh senyum dengan kakak dia..For the record, hari ni still snowing. Subhanallah..Dari last week hari khamis, snowing bersama dengan hujan. Jadi snow tu tak menebal cuma jalan jadi becak dan kotor. Suhu sekejap panas, sekejap sejuk terlampau. Nanti saya tunjuk la gambar snow flakes yang turun besar-besar sungguh. Kalau kena badan dan kepala mesti berlekuk jadinya*ekeke..yang tu saya tipu..;p*

jemput sarapan..:p

Burger ni saya buat last week, hari khamis ke rabu. Tak ingat la pulak. Tapi sangat sedap uols. Anak-anak nampaknya lagi suka burger tuna dari burger daging. Takpe, mama boleh buat lagi, lagi pun sonang je nak buat dia kan..Resipi ni ambik dari CMG. CMG pulak guna resipi dari Chef Wan. Terima kasih CMG, kongsi resipi yang sedap ni. Memang berbaloi guna resipi ni. Highly recommended!

saya guna 3 tin tuna
dapatla 8 keping tuna patties 
patties tu saya tambah lagi dengan shredded cheddar cheese..
yummy..yummy 
Tuna Burger
source: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tin ikan tuna (setiap satu beratnya 185g) ditoskan- saya guna 3 tin tuna :80g each
2 camca besar cincangan bawang besar (mat guna 1 biji)
1 camca besar daun parsley, dicincang
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan serbuk roti (mat guna serbuk roti kaler oren)
1 camca besar mentega, dicairkan
1/2 camca teh mustard
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 cawan mayonnaise
Mentega untuk menggoreng kepingan burger tuna 

*saya tambah shredded cheddar cheese dalam 1/2 cawan*


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Campurkan semua bahan2 diatas kecuali mentega untuk menggoreng. Gaul rata2 dan biar sejekap. Ketepikan.
  2. Untuk mendapat saiz kepingan burger tuna yang sama besar, mat bagi bancuhan tadi kepada 8 bahagian yang setiap satu beratnya 70 gm.
  3. Alas plastik atas papan pemotong, letak bulatn besi berukuran 4 cm atas plastik tadi. Ambil 1 bahagian adunan, ratakan dalam lingkaran besi tadi, tekan2 biar padat. Keluarkan perlahan2, kemaskan dan alih dalam pinggan besar. Buat hingga siap. Simpan dalam peti sejuk sejekap.
  4. Panaskan sedikit mentega dalam non-stick pan, goreng kepingan burger tadi sehingga kuning keemasan, dengan cermat, terbalikkan dan masak lagi hingga keemasan. Angkat dan boleh digunakan...
 
gambar dari iphone..
time ni makan untuk burger yang ke2..haha..gila melantak kan..;p

21 comments:

LYAfrina said...

simple..tapi..sedappppp
xpnah lg mkn burger tuna

ijayuji said...

Salam lia!! alaaaaaaa kita 2nd mesti da abis! ahahaha... lama lah tak buat burger sendirik, mcm tak rajin pulak nak buat rotinyer>>alasan? pdhal hari2 menguli ehehehe..

izahdaut said...

ni sapa yang beriya2 melantak ni. emaknya ke anak2 nyer ke.. alaaa anak tak sakit ni mmg la kita yang saspen dan kepenatan yang amat.. pulak2 kalau jenis sakit berpakej dan berjangkit pulak ke anak2 yang lain tu. haruu tak dapat nak bergerakkan. semoga sekecik cepat sembuh laa hendaknya..take care

cplud miera said...

WOW.. CM SEDAP JER. HARUS DICUBA NIH :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

nyum3...
pagi3 dah jamu mata ngan bege..
rajinnye akak.. ^^_

*samela anak2 cma pun demam*
huhuh

eija_sweetmama said...

alan ciannya afiya..
moga cepat sembuh ye..
anak2 eija pun baru baik dari demam

selalu mkn roti cicah tuna mcm kita mkn roti cicah sardin, x pernah lg try buat tuna burger..

Anak eija mmg cukup suka mkn tuna, ratah jerk pun dia suka..

Mixed-family in da house.... said...

oowhhhhh my saliva is drooling right now!

ucubakery said...

melantak ke ummi afiya...bak mai satu..
kt sini pun turun snow jugak tapi yg jernih lah...hahahaha...

moga afiya cepat baik..nanti senang ummi nk masak..ye cayang...

nur easy said...

ada2 je menu menarik kalau masuk umah ni..;)

KakAsma said...

Lia,
ada mustard tu yang frust..penah tengok kat giant mahalll nyer..pastu tak tau apa lagi kegunaan nyer..hihihi..tapi kalau nak buat boleh ajer kan..skip ajer laaa..ko sama ngan akak melantak benar kalau dapat berger..tu pasal mak nyer tak turun2..asyik naik jarum timbang!!!

Asmara said...

masuk list jugak. nmpk senang. eheh..
*beb nnti aii mesej ok. kes jadi macam u jugaklah. hahha..

Qasey Honey said...

comeiiinya burger tuna tu...simple tp sedap tgknya...dh msuk list jugak ni...

munna said...

alahai... sedapnya... tuna mmg sedaplah ni

zila norazila said...

salam kenal dan berziarah disini..
sy follow blog nie yer..semua masakan menarik..:)

wahida said...

kenapalah ko tayang ni semua? aku lapar tahu tak?
huwaaaaaaaaaa!!

nak carik goreng pisang lah....tetiba...

hana said...

salam lia.. kabare?? tingat zaman dulo2 kalau nak mkn gini semua kene wat sendrik.. kan lia kan kan... baby tuh dah besooooooo... cumel!! aritu masih lam prottt... hihihi

Hanis MY said...

ala melantak2 pun selim melim lg... sian Afiya dmam... sbb nk tkr musim kut..l

Kamalia said...

LYarina:
sedap lya..nak buat pun takdela leceh sgtkan.

ijayuji:
salam ikaaaaaaa..ekeke,dah habisla beb.ececeh..buatla,mesti hanak2 suka diknon..cayalah..

izahdaut:
harusla mak yang melantak lebih..bonus tukang masak tau..haha
thanx izah for the doa..memang betul,susah nak bergerak.nak basuh pinggan pun nak brdukung..camno tu?

cplud miera:
insya Allah,kena dengan selera miera jugak kot..selamat mencuba.

Kamalia said...

cma:
rajin dalam terpaksa ikut tekak cma..hehe
semoga diorg cepat sembuh ye.

eija:
musim demam peringkat dunia kot eija..huhu..
bagusla anak eija suka tuna..senangkan kalau nak buat sandwich,letak tuna mesti habiskan.

dini:
ekeke..cepat lap dini..:p

Kamalia said...

ucu:
melantak isi perut yg asyik kelaaran ucu..next time buat saya bagi 2 bijik..okeh..
terima kasih ucu..sekarang baru ok sikit dah..

easy:
ehem..kadang2 masak buiasa je,ini time rajin,ambikla gambar..time malas,pegang camera pun taknak easy..huhu

kak asma:
akak,lupa nak bagitau akak..mustard tu sy tak letak..malas nak beli pun ye jugak..hehe
haha..takpe,salah kan selera makan yang menjadi2 nih..haisssh..biasa dia..:p

asmara:
senang je beb..buat tau

Kamalia said...

QH:
simple dan senang je nak buat dia kak..saya sukala..

munna:
tuna memnang sedapkan munna..

zila4ever:
salam kenal zila//terima kasih kerana sudi..

wahida:
ekeke..dah,jeles tau saya akak dapat makan pisang goreng..mano nak carik pisang goreng ni...uwaaaaaaa

hana:
salam kak..alhamdulllah sihat sokmo..itulah,dulu akak la yg paling rajin masak macam2 tau..pastu share kat dlm blog..banyak dah jasa akak pada kami sume ni ha..
hehe..dah nak masuk 9 bulna dah kak..

hanis my:
ehem..ala,uols ni..tak jumpa lagi brdepan..kalau jumpa harus pitam tengok ai tau..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...