Pages

Monday, 23 April 2012

Amni, Faeiz & Faeiq # Influenza B

Salam wbt..fuhh..fuhhh..berhabuk dah blog kusam mak ni..huhu. Baru sempat nak update blog. Hampir seminggu rasanya tak update kot, nak BW apatah lagi. Memang tak nyempat sungguh. Inila kisahnya anak-anak di rumah ni. Bila seorang yang demam, mesti yang lain pun bejangkit jugak:(

Mulanya Faeiq yang demam dulu hari isnin lepas. Waktu tu demam biasa je, tapi half day kat sekolah sensei dah suruh bawak balik. Angkutla semua sekali balik rumahkan. Lepas tu hari rabu macam dah kebah, Amni pulak demam. Memang anak-anak ni kalau salah seorang yang demam, semua takkan pergi sekolah. Hari khamis dah dua beradik ni nampak dah sihat macam biasa, so pagi jumaat tu hantar ke sekolah macam biasa. Tak sampai 1/2 jam kat sekolah, sensei dah call babah diorang kata yang Amni dan Faeiq demam lagi. Ambik bawak balik rumah, bentou pun masih panas lagila time tu:p..Lepas tu pergi jumpa doktor sekali lagi, Amni yang diambil sample mukus tu *dia kan tak tahan sakit, nangis beria-ia dia:p* rupanya infected with influenza B. So, bila ada yang infected dengan virus ni, Faeiq pun di diagnosed sekalila dengan inluenza B..Hari tu doktor nasihatkan tolong pantau keadaan anak-anak ni. Jangan biarkan melarat sebab takut infection kat otak pulak..Sangat menakutkan bila doktor cakap macam tu. * doktor tu siap cerita lagi ada kes yang sampai nak terjun dari tingkap sebabkan otak dia dah dijangkiti oleh virus ni*

Pagi ni pulak turn Faeiz yang demam, pagi-pagi lagi babah dah bawak ke klinik. Terus doktor bagi ubat tanpa ambik sample mukus pun. Amni dan Faeiq alhamdulillah dah sihat semula. Sekarang ni kena tengok-tengokkan Faeiz jela. Harap-harap Afiya tak kena pulak. huhu. Kalau kat rumah ni Amni je yang berdisiplin pakai mask, twin tu susah sungguh nak suruh pakai. Dah pakai sekejap, lepas tu dia putuskan la tali kat tepi tu..haisshh.

Oklah.asalnya nak update pendek je, tapi terpanjang pulop..Insya Allah, bila anak-anak dah sihat macam biasa dan mama dia pun dah bersemangat nak berblog saya update lagi ye..:D

17 comments:

sabar dubai said...

biaselaa budak2 kak lia....tp skg mmg musim influenza ke kak lia?

Asmara said...

alamak you! sampai sana jugak. suhu badan yg tinggi tu bahaya. Batrisya dah baik, baru sekolah hari ni. Tapi masih berjaga2 takut jugak virus ada lg. So far Alhamdulillah Haziq dan Haqem tak berjangkit, Batrisya akk kuarantin betul, pakai mask setiap masa. Tapi tak tau la risau jugak mudah2an terus sihat la hendaknya. Amin.. Odaijini ye anak2! ;)

Acik Erna said...

assalam lia..alhamdulillah dah baik yang dua orang tu..moga2 tak jangkit ngan afiya

ucubakery said...

Assalamualaikum lia...
Insyaallah sihat lah hendaknya... redha dgn seikhlas2nye ye Lia bila diuji oleh Allah SWT..

ijayuji said...

Salam lia! kat sini panas kurang sikit musim influenza tp tak jugak kdg tu kalau dah ada pembawa mmg harus berjaga jaga, odaijini!! insyaAllah! cuma pastikan suhu tu jgn sampai tinggi sgt, bahaya tuuu.. lia pun take care!

nur easy said...

padanla senyap sekejap blognya... hope semua akan kembali sihat ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Gerun plak ai baca ni
Biler jmpa ramai org gituew la
Ai Pon risau si Adam ni
But nasib baik kt shogakko ok lg
TC na get well son to ur kids
Hugs!!!

Amie said...

Laaa.... pandai jangkit ye, tak apalah, akan baik seperti sediakala tu , insya-Allah.

Unknown said...

semoga Faeiz kembali sihat...amin...

Nadiah Sidek said...

semoga anak-anak akak cepat sembuh

☾SHiemaCMa786☾ said...

Huhu..
sentap jugak dgr pnjelasan doc tu..
apepun semoga anak2 kak lia kembali sihat..

FnF Simple Life said...

Aduhai...tunggu musim panas la agaknye baru reda virus ni... berjangkit kat sekolah ke Lia? mudah2an anak2 cepat sihat.

Unknown said...

As salam Kamalia,

Syafakallah... mmg serik klau anak2 tak sihat... Risau pulak sy yg mendgrnye... Take care... patutlah senyap je ;)

mrs kayrul said...

alhamdulillah semuanya dah sihat..takut gak dengar penyakit tue..

So Shy Lady (SSL) said...

dmam d mana2. moga ank2 cpat smbuh n sihat cria kmbali ye!

eija_sweetmama said...

Susah hati dibuatnya kita kalau anak2 x sihat..

Moga anak2 lia cepat sembuh seperti sediakala..AMIN

Hanis MY said...

kesiannya huhu... odaijini ye...insyaAllah tak ada apa2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...